Saturday, November 28, 2020

Hello 2020!!

Haritu ingat nak buat come back ngam-ngam setahun lepas last post (29.10.2019) tapi apakan daya PKPB ni Cik Gayah sibuk benau menjaga anak-anak 24jam sampaikan lupa segala tarikh kecuali birthday diri sendiri, birthday suami, dan birthday ex-bf sebab tiga2 pun dlm bln november. Lalalala~

So! What's up guyyyssssssss?! 🙋‍♀


I dont really have any interesting story pun yg tetiba menulis balik ni. Just sebab terrrbuka blog then tgk kat stats eh masih tinggi count (1000+) so emm jomla tulis pape.


Cerita "pape" nya ialah..

Last month 6hb Cik Gayah pi amik exam JPA utk pengesahan jawatan. Just fyi, tempoh percubaan bg civil servant ialah 3 tahun. Cik Gayah join service 18.02.2018, so 18.02.2021 nnt genap dahla 3tahun. Dalam tempoh 3tahun ni, kita kena lengkapkan/hadir dgn jayanya 3 benda ni : PTM (Program Transformasi Minda - 5hari), Ambil exam ISAC (exam IT lebih kurang camtula - 1/2 hari) & ambil exam pengesahan jawatan JPA (1/2 hari).


PTM, Cik Gayah attend kat INTURA (INTAN Wilayah Utara masa tgh ngandungkan Nouf 5 bulan xsilap). Best gila!



Exam ISAC amik kt INTAN Sarawak. Sebab takdak option lain kat semenanjung dah time tu. Merasa dpt naik flight guna waran udara :)


Exam JPA amik kt Shah Alam. Lps habis exam pick up mama bawak pi lunch sbb dah dekat nau tempat exam dgn rumah my mom.


So all 3 dah completed. And now it's more than a month dah dari tarikh exam JPA haritu.. tapi resultnya tak keluar-keluar pun lagi. Nervous tau!



Exam JPA ni open book, 40 soalan objektif, 1 jam. Kalau ditanya susah ke tak, jawapan jujur Cik Gayah ialah SUSAHHH 😖

Susah sebab me myself kalau bab-bab exam ni very the skema ye. Harus menelaah buku at leassssttt 3hari sblm. Tp masa nk sit exam JPA ni, esok nk exam, mlm nye tu baru heret suami & anak-anak masuk Popular cari buku teks. Punnnn bukan mlm tu jg study, pagi esoknya baru nyelak-nyelak buku tu 🤐🤐🤐 Memamg this is an open book exam, tp kalau dah nama skema tu.. hmmm...

RM50 lebih kurang harga buku ni


Andai Allah rezekikan lulus, next big step is to opt for Pencen. No more KWSP. Mix feeling towards that. Mungkin sebab banyak kenangan pahit manis mencari rezeki dlm swasta and that digits in my KWSP are parts of the memoirs. 2008 - 2017. 9years. 

Anywho, apa yg lebih penting utk dipikirin skrg ialah.. bila result nak keluar ni???



Note :

After a year, terasa penulisan sendiri macam err bosannya ayat kau Cik Gayah oii 😒


Tuesday, October 29, 2019

PERSEDIAAN TEMUDUGA SPA : Saya ada diploma/ijazah, perlu masukkan sekali tak?

Update cepat-cepat sebab rasa sangat bersalah pada yg bertanya tapi saya seriously tak menyempat nak reply satu-satu!

Rasanya ni musim interview SPA (especially position N19) so hit utk entry Cik Gayah berkenaan pengalaman temuduga SPA pun mencanak-canak naik everyday. Memanglah tak setinggi hit blog popular lain, tapi hit camni pun Cik Gayah rasa dah dedebau hahah 😆



In continuation pada entry Persediaan Temuduga SPA : Resume , soalan yg PAAAAALING BANYAK saya terima ialah..

Saya ada diploma/degree/ijazah. Perlu tak saya masukkan sijil diploma saya dalam resume?
Saya ada diploma/degree/ijazah. Perlu ke saya berterus-terang pada interviewer atau tipu?

Ok first thing first, kalau nak dapat rezeki yg berkat, jgnlah mulakan dengan menipu 😥 Ada sorg pernah email saya.. dia bagitahu yg dia dah berkeluarga (ada husband, ada anak), perlu tak rahsiakan dari interviewer? I was like - erk, kenapa nak rahsiakan? Janganla camtu. Kalau dah memang Allah tentukan jawatan tu rezeki utk kita, tengah mengandung tunggu hari nak bersalin pun boleh lulus interview tau 😀 Boleh jadi rezeki kita tu Allah datangkan melalui pasangan atau anak-anak kita.

Berbalik pada soalan yg paling kerap ditanya tu, this is my template reply bila tak sempat sesangat nk respon satu per satu.

hi dear!

akak x really sure tau. tp ni akak share based on my experience masa akak iv tu k.

kisahnya.. mmg ada calon yg sama2 iv dgn akak, yg ada cert dip n degree (tp go for iv utk position spm level)

so masa pegawai daftar semak all the documents yg we brought (tapisan pertama sblm masuk ke bilik iv), the pegawai tu yg ckp kt the calon. 
"eh ada dip (cert)?" 
"ni ikut nasib la ye interviewer bg lepas ke x"

something like that.. so if you were asking me, perlu ke x include cert yg higher (dr position iv).. akak rasa dip is still acceptable tp if degree cert better dont.

again, yes mmg bgantung pd nasib kita dpt interviewer yg ok ke x. ada yg ok, mmg dorg fhm je, kita ada higher kelulusan but willing to apply for lower position (than our cert). and ada jg interviewer yg very strict. you see.. in a room, there will be 2 interviewers. kdg sorg tu jenis tak kisah, n happen to be yg lg sorg tu jns strict.

akak doakan urusan iv awak dipermudahkan. dan selamat berjaya dear!

Siapa yg dapat reply template camni, harap jawapan ni dapat membantu korang punya preparation! And to those yg saya tak reply tu, sorryyyyyyyyyyyyyy...!

Last but not least, check out entry SOALAN TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 SPA if you guys haven't read it.




Monday, September 30, 2019

Daftar Kelahiran Bayi di JPN

Assalamualaikum.

Masa daftar nama Affan kat JPN dulu, A yg uruskan a to z. So saya taktahu procedure. Yg saya tahu, kena daftar within 2weeks dari tarikh kelahiran baby. Kalau hari ke-15 & ke atas baru daftar nama kat JPN, then kena denda. Per day ye denda dia.

But this time around, masa nk discharge dari hospital lps bersalinkan second baby, nurse maklumkan yg pendaftaran nama anak can be made up to 60days dari tarikh kelahiran. Hari ke 61 baru berdenda. To which I find it very la bagus. Sbb kdg bapak baby rushing nk uruskan bining baru bersalin, baby baru lahir, keje & byk perkara lain. 14hari tu tak sempat si bapak nk berlari ke JPN utk daftar. Tak boleh nk nafikan situasi cmni. Mmg boleh wakilkan family member (yg disyarat-bolehkan oleh JPN). Tp, kadang family member "yg boleh daftarkan" tu pun ada hal masing2.

So yeah, 60 days is good & flexible enough. Mak hok bersalin tu pun dlm tempoh 60hari tu udah habih pantang. Dah boleh lebih byk bgerak so if bapak baby xnyempat ke JPN, dah less reason utk xsempat daftarkan nama baby sbb mak baby pun dah blh ke JPN & uruskan hal pendaftaran.

For our second baby, kalini saya yg uruskan. A bg green light saya gi sorg. Not that dia x sempat nak daftarkan, tp dia bagi saya me time heheheh. 😇

Dah lama tak drive sendiri. Sejak kandungan dh masuk 3rd trimester haritu mmg lgsg xde rasa & xde keperluan utk drive sndiri. So bila dpt pegang stereng masa nk gi JPN tu, Cik Gayah punya heksaited dik nonnn... makan jem pun masa tu rasa manisssss je rasa. Sikit Cik Gayah tak stress ngadap jem otw tu. Siap lentok2 layan sinar.fm bila keluar lagu jiwang2 😆

Btw, saya daftar kat JPN cawangan Melawati. Gi hari Jumaat. Tutup utk rehat pukul 12.15pm dan buka semula pukul 2.45pm. Standard waktu urusan kerajaan.

Mula2 mestilah ambil nombor giliran. Utk daftar kelahiran, dia ada kod giliran tersendiri so urusan mcm lbh cepat.


Eh tapi depends la.. kot hari yg korang gi nk daftar nama baby tu kebetulan ada 68 org lain nk mendaftar nama anak jugak, sabau yolah nunggu nombor giliran yo?

Saya haritu tak ramai (yg daftar kelahiran). Alhamdulillah.


Dokumen yg perlu disediakan :

1. Kad pengenalan ibu bapa bayi (yg asal & 1 salinan) - kalau suami yg gi daftarkan, kena bawa IC isteri sekali. Mcm saya, saya bawa sekali IC A. Saya ada tanya kat pegawai kaunter tu, ni kira salah ke di sisi undang2 bila saya pegang/bawa IC suami (sedangkan diantakde bersama saya waktu tu)? Pegawai tu kata, utk urusan pendaftaran kelahiran, mmg dibolehkan bawa/pegang IC suami/isteri (yg x hadir ke JPN).

2. Sijil nikah (yg asal & 1 salinan)

3. Buku pink mengandung (yg asal & 1 salinan muka surat-muka surat yg nurse hospital dah 'tandakan' - masa saya discharge lps bersalin, nurse mmg dah tanda X kt page mana yg kena buat photocopy. Dan, dkt JPN Melawati ni pegawai tu siap tambah lg page yg perlu diphotocopy. In total ada 10 muka surat (5 A4 la kiranya).

4. Borang Daftar Kelahiran JPN - hospital akan siap2 bg ni masa kita keluar hospital. Ada bhgian yg hospital dah isi, ada bhgian yg kita kena isi sendiri. Guna pen hitam dakwat biasa ye.


Lepas dah serahkan semua dokumen, tggu sat, nnt pegawai panggil semula nombor kita. Pastu kita akan diberi Sijil Kelahiran Contoh yg ada details baby kita utk kita check semua betoi ke dak. Kot la nk letak nama baby. RATU, tapi pegawai terrrtaip RATA. Kalau ada typo, kena bgtahu masa tu supaya dorg blh terus betulkan. If all details betul, kita kena sign Sijil Kelahiran Contoh tu. Then only dorg print Sijil Kelahiran yg sebenar, yg ada stiker ori JPN.


Taraaaaa!!

Adik Affan dah ada sijil lahir.. Ada org panggil sijil beranak...

Muhammad Nouf nama dia 😊
Bila nak cerita pasal Nouf? Jgn tanyaaaaa.. 😪

Ok settle dah & boleh balik.

Bayaran?
Percuma.
Tapi kalau nak beli cover transparency sijil lahir tu, harganya RM3 ada dijual dikaunter tu jugak. Cik Gayah beli hohoh.

Berapa lama siap?
Sekejapan.
Maybe 20minit kot.. tu pun sbb kena gi kedai fotostat utk fotostat helaian tambahan buku pink. If tak, 10minit je kot siap.

Overall, bestla JPN Melawati ni. Pegawai2 ok, perkhidmatan ok. Kedai fotostat pun ada betul2 sebelah JPN ni so sgtla senang kalau terrrlupa & perlu buat pape salinan dokumen. Cuma.. saya dgr (dari kaunter sebelah menyebelah), kalau nk buat MyKad baru, amik masa 5hari. Kalau kt UTC siap 24jam atau lbh cepat.

Till then peepsy!