Wednesday, June 10, 2015

Berpantang Keguguran : Apa yg saya makan, guna, pakai, dan buat?

{auto published entry}


Kemain panjang tajuk. Entry ni pun mmg dah siap draft cuma nk gali gambar dari folder ntah maa-mana yg buat lambat di publish. By the way, entries sebelum ni sarat dgn ayat panjang berjela lotih nak baca, kan..? but hey it's okay, I dont mind typing long asalkn benefitial for some who's purposely looking for it.

Kali ni inshaaAllah selang-seli dgn gambar. Jom start tour berpantang keguguran with my style.


*****


1. Luaran

Berstokin. Of course utk ibu-ibu yg dlm pantang x kisahlah berpantang bersalin normal ke bedah ke keguguran ke, pakai stokin is a must! Kenapa? Bg mengelakkan 'angin sejuk' masuk dlm bdn ikut tapak kaki. Apetah lg rmh jaman skrg ni kn bersimen bermosaic. Kang kembang urat2 dlmn, bentan pulak. Na'uzubillahiminzalik. Na'uzubillahiminzalik.


Peha kanan bercinta dgn peha kiri. BERKEPIT 24jam

Kain batik tu buat syarat je. In my case takde jahit apa kat bawah tu jadi nk pakai seluar pun boleh. Tapi utk maintain feel berpantang, seminggu pertama saya tekun berkain batik.

Tp sebelum jumpa stokin (kami baru pindah rumah jd x jumpa stokin), kita balut dgn selimut dulu. Janji kaki x masuk angin. Tukang balut, tu yg pakai kain pelekat biru tu :)




Bengkung. Masa kt rmh mertua, kakak ipar saya bg pinjam her bengkung yg jenis stripe (white cotton material). Kakak ipar saya ni big size sikit orgnya. Dia dh pesan, nnt pandai2 la adjust bengkung tu (while I'm looking at my 25-26" waist -_-'). So by time en.Ubi cuba pakaikn saya that bengkung, punyalah kami mengekek2 ketawa kami suami isteri sbb dh adjust gitu gini bengkung tu tp still tak fit me well. Kalau terlebih lipat the bengkung, nnt x jumpa hujung nk stripe. Kalau terkurang lipat, nnt londeh bebenau bengkung tu. End up saya pulangkan.

Bengkung sendiri. Brown color.
 
Dh berpantang hari ke-5 baru en.Ubi berkesempatan belikan saya bengkung sendiri. Jenis stripe juga. Free size tp padat dan kemas bila saya pakai. Sekali lilit jek. Brand V'Asia. Rm33 tp dpt discount jadi Rm30. Beli dkt kedai jamu dlm Jusco Au2. Pakai 2hari je perut dah kempes. Tak tahu nak rasa ceria ke rasa sedih -_-"



Minyak panas. Saya pakai minyak ni je. Beli dari kawan. Rm10 mcmtu ke belas2 sikit. Minyak ni berangin dan beraroma lemon. Takde bau2 typical minyak angin yg berherba sgt. Walaupun bau lemon tp rasa panas minyak ni tetap best. Plus dia jenis roll on dan kecik jd sgt covenient. Saya beli dan pakai ever since sblm pregnant, sampai skrg blm hbs (saya kerap pakai tau. En.Ubi pun). Ni buat sapu kt perut, betis, tapak kaki, pinggang, tengkuk, hidung, kt kepala pun saya sapu kalau pening. Alhamdulillah minyak ni serasi dgn saya. Saya tak berani nk sapu yg pati halia mustajab tu sbb saya ni bdn dh x byk isi, kang terlebih mustajab pati halia tu dgn kulit2 saya kempes.




*****


2. Dalaman


Manjakani & Pati Halia. Kakak ipar belikan. Makmen pesan mesti minum ni utk kecutkn rahim semula. Saya belum minum sbb mcm berdebar2 takut tekak x boleh terima. Tp saya akan minum juga sbb dh tak sanggup dgr en.Ubi membebel knp tak minum knp tak minum demi menjaga kesihatan dalaman.



Tungku. Saya nk beli tungku ni sebab tungku ni boleh re-heat guna microwave. So saya survey through insta and saya contact this seller. Tp tengok apa dia cadangkan.



Hee. She suggest mcmtu sbb dia rasa rumah saya ni dekat dgn Kemensah. Tp saya rasa mcm jauh bebenor je -_-" Whatever it is, sampai ke sudah takde pun merengek kat en.Ubi soh pi cari batu sungai tu. Perut pun dah kempes sekempes kempesnya ni ha. Plan B berkaitan tungku ni (sbb mcmana sekali pun, nak bertungku), berharap kat tukang urut kalau ada rezeki nanti. InshaaAllah.

 



*****

3. Makanan

Saya ada 3 kategori makan.
1. Breakfast. Breakfast every day without fail menu nya ialah cream cracker HupSeng cicah milo panas kurang manis. Sedap tak ingat. Sekali hadap adela dalam 10 keping biskut. Pastu slrrp slrrp air milo panas-panas. Aduh duh duh~
2. Lunch & Dinner. Nasi putih baru ditanak atau bubur kosong, ikan bilis goreng dgn lada hitam, bawang, & cili padi / sup ayam / sawi masak air dgn ayam. Masa berpantang kat rumah mertua, makmen buat nasi ayam. Ya Allah SIN - DAL - PA SEDAAAAAAAAAAAAAAPPP!!! Siap tambah nasi hirup-hirup sup. Alhamdulillah bertuah badan makmen pandai angat masyak au *tak amik gambar nasi ayam takut makmen ingat bentan tak pernah jumpa nasi ayam apa menantu ku ini?*
3. Kunyah2. Yg ni boleh jadi at any time. Setakat ni anggur merah dan cornflakes tak pernah putus. Oh that day masa kat rumah mertua ganti anggur dengan buah epal merah. Minta tlg en.Ubi kupaskan kulit bila mkn epal merah tu tetiba rasa mcm eh sedap juga epal merah rupanya. Selalu saya tak pandang epal merah ni. Saya suka epal hijau. Masam-masam.


Dari segi makan, kalau ikut my in laws, they didn't ask you to strictly do not eat this and that. Kakak ipar sulung saya berpantang keguguran, maggie pun she bedal. Wuwuwu saya tak beranilah nk hardcore to that point.

Honestly, bg pendapat saya, makan dalam tempoh berpantang keguguran mudahnya begini : yg mana obvious mmg tak boleh consume like iced water, cold water, ikan tajam2 (pls don't imagine ikan buntal), buah-buahan (terlalu) sejuk/panas like tembikai, pisang, durian, sayur menjalar (you can simply google those), jgnlah buat degil pi makan juga. Tu mmg sendiri cari penyakit.

For others yg kita confuse2 eh boleh makan ke ni ye like chocolates, roti, gula2, you can always try makan in small quantity once, then you monitor how your body reacts. For example, there was this one night, sugar level saya rendah. Nk makan biskut kering tak sesuai sbb saya perlu cari benda manis utk stabilize my sugar level. Nk buat milo tak larat. Gula2 takde. Yg ada coklat Kitkat. Saya baca ingredients pd wrapper Kitkat tu. Ada yis. Yg saya tahu, dlm pantang jgn makan benda berunsur yis sbb tu kalau nk makan roti better go for roti bakar. Tp sbb saya takut saya black out pengsan sorang-sorang kat rumah, so saya telan juga kitkat tu. Dgn niat nk ok kan sugar level. Mula2 mkn satu bar je, mcm ok. Mkn lg satu bar, eh sedap pulak. Last2 habis semua 4bar. Mlm tu saya tidur ok je. Tp the next day saya rasa mcm loya2 sikit. So saya tak makan dah coklat. Semalam kejadian sama berlaku lg and again saya gigit sikit kitkat just to stabilized sugar level. Bukan mkn kitkat utk sedapkan tekak mcm sblmnya. And today, alhamdulillah, takde loya2. Roti canai pun saya try makan tapi tak cicah kuah dal/kari. Saya cicah dgn susu pekat mcm zaman blm sekolah dulu. Alhamdulillah, makan roti canai cicah susu pekat dalam tempoh berpantang ni bdn saya takde rasa tidak ok.



Ubat. Atas nasihat doktor, saya continue makan all this medicine yg saya dapat masa mengandungkan baby I. Doktor cakap takde masalah utk saya continue and habiskan those medicines. Sesekali bila saya headache dan nak cepat2 hilangkan sakit kepala, saya makan paracetemol. Pun yg ni saya beli kt klinik masa tgh mengandungkan baby I.

*****


4. Kebersihan

Part ni intimate sikit tapi inshaaAllah 
demi manfaat wanita yg senasib dgn saya (keguguran), saya kongsikan juga.



Saya mandi air suam togel. Takde rumput-rampai dalam baldi air mandian saya. En.Ubi akan masak satu kettle air panas, beliau curah dalam baldi, then saya tambah dgn air paip ikut takat suam yg badan saya boleh terima. Biasanya kuantiti air tu akan jadi 3/4 dari saiz baldi. Tempoh saya mandi bergantung pd air. Selagi air baldi tu blm habis, selagi tu saya duduk atas toilet bowl jirus2 air ke kepala, badan, kaki semua. Biasanya dgn syampu, sabun, gosok gigi, around 15minutes kot.



Saya syampu rambut guna Head & Shoulder biasa. Ada entry dr blogger lain yg pesan jgn guna syampu with menthol sewaktu berpantang. Head & Shoulder yg ada dlm bilik air kami takdak menthol rasanya. Tp demi berwaspada, cara saya bersyampu camni : Basahkan siap2 rambut dgn air mandian. Tuang syampu kat tapak tangan (kuantiti syampu around size duit 50sen), letak air sikit, terus gosok2 guna kedua belah tapak tgn. Bila dah ada buih sikit, baru bawa syampu td ke rambut. Tonyoh2 rambut ala kadar, sekadar saya rasa semua rambut dh kena the syampu (tak perlu tunggu buih byk2 atas kepala) then bilas. Hasilnya? Rambut cun je. Walaupun teknik syampu setakat 2-3minit je, tapi sebab kita berpantang makan, jd rambut tak banyak masalah. Ini teori saya la. Wallahu'alam.

Tu part syampu. Part jaga kebersihan yg di bawah tu pun kena ambil berat. Saya pakai sireh ayu warna pink tu ha. Tp sebenarnya saya lebih suka yg warna hijau. Yg tu mmg bau daun sireh, kira bau herbs la. Kelebihan pencuci wanita ni rata-rata sama je - ph yg sesuai utk dia. Bila ph sesuai, nak sental sabunkan lama mana pun saya rasa mcm tak risau. Lagi lama sental sabunkan dia lagi rasa bersih dan ayu suci.

On top of that, jgn lah malas tukar pad/panty liner. Wanita yg melahirkan atau keguguran akan mengeluarkan darah kotor yg kita panggil sbg darah nifas. Kalau ikut kajian kesihatan, sekali pemakaian pad sesuai utk tempoh 5-6jam (ni utk amount of darah yg biasa, tak terlalu heavy). So maksudnya dlm sehari, penggunaan pad 4-5 keping adalah wajar. Jgn rasa nk jimat nau sampai sehari tukar 2kali je. Kesian dia, nanti mcm2 kuman pulak serang. Kalau betul nak jimat, bila darah nifas dh slow down (berkurangan), boleh tukar pakai panty liner dah.


*****

5. Aktiviti

Tentulah rindukan baby I, ingat Allah, makan, tidur, tengok tv, browse internet, melahu, ulang-ulang. There was a day saya cuba2 basuh pinggan, tuptup darah nifas turun lebih dr kebiasaan. Jd saya maklum sendiri, kena rehat mean sila duduk atau baring sahaja. Nak apa-apa kena minta pertolongan en.Ubi. Rumah bersepah, dapur tak kemas, pejam mata. Dah habis pantang nanti baru senseng lengan ngemas.

*drama favorite saya sepanjang berpantang ni ialah drama korea tv2. tajuknya My Kids Give Me Headache. Pukul 5-6petang*


*****

Masa mula2 nak berpantang, saya ada anggapan yg I have to spend like at least RM300+ or maybe up to RM1k utk segala hal berkaitan pantang ni. Manakan tidak, tengok set berpantang yg ada di pasaran je dah berapa ratus ringgit. If ada rezeki, go ahead. Mungkin mmg lagi mudah beli yg set berpantang tu. Semua benda dalam set tu dah sah-sah utk keperluan ibu berpantang. But unlike me myself, masa nak kena berpantang ni lah ada hal lain yg lebih memerlukan duit. Jd saya pilih cara yg jimat cermat mcm ni. Kalau nak compare dgn wanita seangkatan saya di luar sana yg ada set berpantang plus panggil mak bidan urut 3-7hari, berlauk pantang ikan siakap setiap hari, memang ada rasa jeles dan sedih sayu sikit. Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri, Ini rezeki yg Allah turunkan buat saya saat ni. Ini yg termampu suami saya sediakan saat ni. Saya harus redha sebagaimana beliau juga redha menerima saya apa adanya sbg isteri. Dan hasilnya, saya rasa kos berpantang saya alahai berapa ringgit je rupanya! :)

Selepas kesulitan ada kesenangan 
(petikan surah favorite saya, Insyirah)
  
Semoga bermanfaat! Tata~




77 comments:

  1. bile bace post sis ni,same mcm ape yg sy alami skrg..sy miscariage pd mingu 6-8,xsempat nk tau brp mingu coz kitaran haid irregular n saiz janin kurang dr 7mm..berpantang dgn ape yg ade..skit sbyk pengalaman sis ni dpt mnambah info sy bkaitan pantang gugur..terima kasih😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi mas. semoga kita sama2 kuat dgn apapun ujian Allah. Amin :)

      Delete
    2. Sye bru keguguran 6 w yesterday..sedih sgt ypi x pe lah x de rezeki sye

      Delete
    3. Saya keguguran 3bln 11mggu,sedih tp redho semua kerana dia yg lebih tahu....

      Delete
    4. sis pantang cuci incomplated atau complated bersih

      Delete
  2. sayunya baca.. sy pon kguguran 9mggu.. cari cara berpntang tbuka blog puan.. semangat sy utk truskn hidup cmni.. tq puan sbb sudi share smue ttg ni.. (selepas kesulitan, ade kesenangan) insyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah, Allah sebaik-baik perancang. pasti ada hikmah Allah dlm setiap aturanNya :) Saya doakan Nadia dapat berpantang dgn selesa dan tenang :)

      Delete
  3. Hi, sy keguguran 13w, now breast bengkak. How to solve this? U ada alami breast bengkak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i didnt experience breast bengkak masa pantang gugur. tp pantang lps deliver yes mmg experience breast bengkak. you try to tuam dengan kain yg u dh rendam dlm air suam. kt hospital pun dulu they taught me camtu. kalau x ok juga, you can request ubat dari Klinik Kesihatan (utk stopkan proses pengeluaran susu). traditional way ada gak. you letak daun kobis kt breast. try and error k darling! oh, my sincere condolence on your lost darling...

      Delete
  4. hi...same with me.. pembukaan tahun 2018...adalah permulaan yang menyedihkan...disahkan gugur 7w.... so nak tahu..sis gugur masa ni kandungan brapa lama ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dear, hug from me. ada hikmah all this. to answer ur question, saya gugur masa tu 14w dah dear..

      Delete
    2. Ya Allah.. mesti beratkan rasa masa tu. Saya dh 12w.. tapi baby saiz ttp mcm 8w.. ada can.. selama 4w mmg dh tk ada.. luluh sgt.. apa2 pun.. terima kasih kerana berkongsi..

      Delete
    3. Saya tgh berpantang. Keguguran 16weeks.. tp bila kluarkan janin.. his actually 20weeks.. saya cari2 juga apa boleh x xboleh buat semasa pantang ni. Jumpa entry sis ni.. izin buat rujukan ya.

      Delete
  5. Sama mcm sy jgk disahkan gugur 8w3d.. Scan baby dh xde, tggl kantung dia jer.. Skrg dlm proses keguguran.. Dr suh tggu 10 ari lg utk scan smula..

    ReplyDelete
  6. Salam sis, semoga ada rwzwki kita akan dtg. Saya keguguran masa 8w4d. Cuma kdg confuse ikan bilis boleh mkn ke ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Atiqah dearie. inshaaAllah Allah sentiasa murah dgn rezeki2 Dia :) if berpantang czer / ada buat d&c, try elakkan ikan bilis dlm 2mggu pertama. Then try sikit2 dulu mkn ikan bilis. if xde apa2 kesan yg pelik2 or memudaratkan, then boleh continue makan ikan bilis.

      Letak minyak sikiiiiiiiiiiiiiiit je buat syarat. Tumis bawang holand/bawang besar. Dah naik bau, masuk ikan bilis dengan 5-6 biji lada hitam. Makan dgn nasi panas2.

      Ni antara menu saya :) Take a good care of yourself k dear

      Delete
  7. Saya pun mengalami keguguran 8minggu+ inshallah Ada hikmah dari keguguran yakin dgn perancangan allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm sy...usianya kandungan 8 minggu jer... Dh mula bekerja... Jaga kesihatan diri sdr...

      Delete
  8. Sy pun tgh berpantang keguguran...baru 2 hari masuk keje semula...sedih tu sentiasa ada...tp bt mcm biasa n jaga kesihatan diri sdr...InshaAllah akan ada rezeki nnti...Aamiin

    ReplyDelete
  9. Hai & slm sejahtera.. sya baru jer 3 hari bpantang,trpaksa buat d&c sbb bby x mnjadi, mmg dari awal xjumpa jantung bby until 9week. normal kah klau lepas buat d&c, sya tiada kluar darah? Hanya pd hari sya buat d&c saja ada spotting pv bleed...

    ReplyDelete
  10. Sy pun mgkin gugur 8mggu. Tp dr xpasti yg keluar smlm tu janin atau bukan.kna ambik drh check betahcg dlu. Scan rahim kosong.

    ReplyDelete
  11. Sy pun baru je gugur x pasti berapa minggu, sblm gugur sporting keluar darah 3 hari banyak sangat mcn period, sllunya normal sikit je.lepas tu selang 2 minggu cek uring naik 2 lain, kemudian cek lagi selang beberapa hari sampai 3 minggu makin pudar lain ke 2 sehingga turun darah jadi negatif.masa turun darah segugut kuat dan rasa sakit dlm perut, pergi scan doktor kata dah bersih dlm rahim.

    ReplyDelete
  12. Tq for sharing your experince sis.
    Saya baru keguguran 12 minggu 5 hari lepas. Saya berusia 44 tahun dan ini adalah 1st pregnancy, setelah 20 tahun menunggu.
    Doktor dah clearkan rahim tapi bukan D&C...dan mereka inserted IUCD terus. Sekarang ni tompok tompok je bleeding, mcm melekit.
    > Saya tak bertungku, berurut dan berbengkung, ok ke?
    > Saya tak amalkan jamu tapi makan rempah kacangma dan minuman panas...ok ke?
    Terima kasih...mKay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan..bykkn bersabar..bykkn bc surah Al Baqarah empat ayat terakhir..lauanzalna..smi akhir..

      Delete
  13. Salam hai semua... saya pon baru berapa hari keguguran buat kali kedua selepas kguguran pertama bulan 10/2017 tapi kali ni kandungan saya dah 3 bulan... doc sahkan saya mngandung kosong hanya uri dan kantung sahaja membesar...tanpa melakukan d&c saya complete miscarriage... saya nak tahu biskut cklat boleh ke makan.....ada yang ckp minum air asam kunyit bgus tp ad yg ckp minum hari2 boleh menopouse sye baru brumur 25 tahun...saya nak tahu apa yg boleh dimakan waktu berpantng ni.....sekian..

    ReplyDelete
  14. Salam..boleh saya tau pengalaman sis brp lama darah akan stop pas gugur ye.saya gugur 31/3/18 sehingga skrg masih berdarah.saya confuse skrg.saya gugur 8w dan xde dnc.lagi brp hari nak puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama jgk ya sis msih berdarah....masa sy gugur after keluar semua ketulan janin...darah dah stop...sblm gugur darah mmg banyak kluar...sis dah pg follow up doctor?

      Delete
  15. Salam. Sy bru lps gugur saat baby usia 15minggu..sy pun berpantang ikut kemampuan.. Tp masih pakai bengkung dan pantang mkn.. Ubt2 mcm jamu ke apa sy mmg xmkn.. Krja rumah buat yg mn boleh.. Cuci bju msuk washing machine je.. Pinggan stakat 2 3 boleh la sy cuci.. Cuma kalau sy byk berdiri nnti drh nifas kluar byk.. Jd sy akn baring rehat.. Mnyapu blm buat lg.. Pejam mata jela yg mn berhabuk tu. Suami pun suruh byk rehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kadang2 kita rasa kita mamu buat sbb nampak mcm kerja rumah yg biasa je kan? Tp bila dlm pantang, buat kerja mudah pun (cth menyapu), darah nifas blh turun byk. Tq share pengalaman :)

      Delete
  16. Salam...sy bru lepas gugur saat bby usia 16wk..br pantang 2hari..jd sy nak tanya sis brapa lama darah akan stop...sbb skrg ni darah sy dh takde lagi adakah ia normal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Darah nifas mcm darah period. Ada certain wanita yg darah period lama (5-7 hari atau lebih), ada yg period 2-3 hari je.
      Yg gugur tu mmg dh gi check hospital ye dear? Kalau mmg dah sah gugur, dan tiada darah lagi, awak just banyakkan berehat dan pastikan rahim kembali kuat/sihat. Teruskan berpantang. Mungkin selepas berurut akan lancarkan pengeluaran darah nifas (wallahu'alam). Tp kalau mmg tiada darah nifas lg yg keluar, tp awak ada rasa sakit/tak selesa kt bhg dalam perut, cepat2 gi rujuk doctor k

      Delete
    2. salam... hi awak nk tnye.. awak gugur sendiri kt uma ke @ sakit g hosp??

      Delete
    3. wsalam. saya ada cerita detail kt dlm post saya. saya menahan sakit dan janin turun/keluar/gugur di rumah. suami saya balik 1 jam kemudian baru saya ke hospital utk cek dan doktor sahkan saya keguguran

      Delete
  17. Slm sis.sy br keguguran kandungan berusia 4 minggu. Bru 2 hari berpantang.mc yg Dr beri cuma 5 hari. Perlu tak sy smbung mc lg...walaupun sy rasa tk la sakit mana tp sy risau jg sb tugas sy sbg guru yg perlu bayk berjaln n turun naik tangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Takziah dear..
      Pendapat saya, kalau lps 5 hari tu masih turun darah nifas dgn agak byk, try ke klinik semula dan maklumkan pada doktor - utk minta tambahan cuti/mc krn keguguran. Sebaiknya mmg kena betul2 rehat dan jaga pantang selepas keguguran.
      Take care dear!

      Delete
    2. Takziah sis.. saye pon baru 3hari gugur... tp doktor kasi 2weeks mc..

      Delete
  18. Assalam sis.. sy pun keguguran.. dan ini yg pertama kali. Boleh tanya. Sy dah hari ke-13 berpantang... masih ada darah warna coklat tak byk tapi ada la dlm setiap pagi atau setiap kli byk bergerak. Normal ke sis?? Dan lepas gugur memang doc tak sediakan ubat mencuci rahim ker? Sy tak bertanya sebab doc & nurse tak de kata apa2 pasal ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Takziah dear..
      Masa saya dulu lama juga darah nifas keluar. Lebih 2 mggu. Tp selepas 7 hari pertama, mmg mcm spotting je (tompok coklat/merah pekat).
      Saya pun x cuci rahim (D&C) sbb doctor kata rahim dah bersih (ketulan darah/janin dah keluar habis). Balik rumah, just berpantang biasa. Mmg takde makan ubat kecuali ubat2 masa mengandung saya teruskan makan atas nasihat doctor (baca dalam cerita saya atas tu).
      Take a good rest k darling!

      Delete
    2. Sis.. terima kasih ye atas pencerahan tersebut.. terima kasih assalamualaikum ☺

      Delete
  19. sy pon baru lepas keguguran baru start pantang.. 10w+ x da rezeki.. byk search en google sebab bepantang sndiri jer dgn anak umo 2tahun.. husband keja luar smpai bulan depan.. sad sngt la pantang sndiri..

    ReplyDelete
  20. Salam . Puan makan nasi ayam xda apa2 effect ke? Sebab ayam katanya x elok ketika berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. saya makan setakat merasa je awak ayam tu. xdela makan ayam tu beria. nasi dgn sup yg byk makan. hehe. mcm saya tulis, kita kna tahu kesesuaian badan kita. boleh try sikit2 :)

      Delete
  21. Salam sis... saya baru nak 3 mggu dan baru semalam keguguran... ini kali pertama... saya mula2 rse badan dah start lain... dan sebelum tu saya ada ambik morning after pills... bler dah start rse lain dan sakit dekat kawasan perut saya pergi check doktor dan doktor kata tak nampak... doktor suruh tggu 2 mggu dulu... dan semalam saya terasa sakit sangat dan saya rse ia keluar... saya tak tahu apa yang saya perlu buat... saya tak tahu mcm mne nak berpantang... dan mmg normal ke klu saya punya darah tu kluar tak banyak??

    ReplyDelete
  22. Sy dah ada 2 org anak. Last saturday sy keguguran anak ke 3 at 12 weeks..yesterday, anak sulung merengek nk sy dtg tgk dia bersukan (sukaneka yadika je pon) tp sbbkan anak sulung, sy turutkan..pakai stokin baju lengan panjang. Aukan tu smp tghri jek. Ptg tu ok je xde rasa apa2 lg. Menjelang ptg dpt berita sepupu kena samun..cedera parah lak tu. So gagahkan diri jgk pegi melawat dia. Coz fmly dia semua kat sabah. N sy adalah fmly member yg terdekat yg dia ada. Malamnya, hanya Allah yg tahu..walaupun berstokin masa keluar rumah tu, badan tetap sakit2..lebih sakit dpd berpantang masa bersalin dulu..skg tgh menghadap lenguh2 badan..n kaki pun dh start edema..alahai..jaga diri ye puan2 yg dikasihi semua..jgn jd mcm sy huhuhu

    ReplyDelete
  23. 16thn prkhwinan..30/08/18 cek kncing positif..Allah ja tahu prasaan sy&suami..14mggu kandungan gugur..Allahuakbar..��..Allah berkehendak begitu..redho.hari ni 17mgu pantang..bila sndri rindu bertandang..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum.. sy cari menu berpantang gugur, jumpa blog nie.. sy berpantang hari ke-3 sejak jumaat 2/11/218, kali nie dpt rezeki mak bidan jawa, dikongsikan cara berpantang jawa, dia suruh elak makan cencaru even bakar pun, bole mkn bawal putih, ikan merah, kerisi, gelama.. diajar cara buat air kunyit (kunyit hidup potong bulat2, asam jawa, manjakani just ketuk2 jer jgn smpi hancur & gula batu) xperlu halia if berpantang bersalin tambah halia.. rebus simpan dlm peti ais, nk minum suamkan dulu, 2 mnggu nie elak minum byk air, rahim lambat mengecut katanya.. jdkan kunyit hidup ulam setiap kali mkn.. pagi/snack time, kalo bole mkn nasi/bubur.. elak mkn biskut/roti, kalo x serasi bdn bole berangin.. tp terpulang bdn masing.. sayur ganti suun, tempe, kentang.. Sy suka mknn berpantang nie.. sedap & sihatkan.. sy bptg sendiri xde batu tungku, sy pki batu anak lesung, hahaa.. bole larr.. senang nk pegang, semoga urusan berpantang ibu2 keguguran dipermudahkan.. Semoga ade rezeki lebih baik buat kita semua Insyaa Allah

    ReplyDelete
  25. Sy bru mscarriadge 7w... Thanks for info puan👍

    ReplyDelete
  26. Saya pun baru keguguran. Lebih kepada janin tidak menjadi. Setakat umur 5 weeks. Saya terpaksa kena dnc. Emmm dahla anak pertama. Doctor cakap 80% normal untuk anak pertama. Saya perhatikan ramai juga yang senasib dengan saya. Adakah sebab faktor gaya hidup dan persekitaran juga

    ReplyDelete
  27. Saya pun baru keguguran. Lebih kepada janin tidak menjadi. Setakat umur 5 weeks. Saya terpaksa kena dnc. Emmm dahla anak pertama. Doctor cakap 80% normal untuk anak pertama. Saya perhatikan ramai juga yang senasib dengan saya. Adakah sebab faktor gaya hidup dan persekitaran juga

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum..sya baru shj keguguran kandungan 8-9week (biochemical pregnancy). Nak tanya berapa lama kena pantang? perlu ke pergi urut? perlu ke ambik jamu set berpantang. Harap ada yg blh kongsi. Sbb apa kawan2 bagitahu suruh pantang makan saja. Saya takut klau2 ada effect lain dgn peranakan. Semoga kita semua ada rezeki untuk mendapat zuriat.

    ReplyDelete
  29. saya keguguran baby sy dah 5bulan😅tapi tak ape la xde rezeki.. tabah je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takziah,,sis kegugran 5 bulan rasa sakit mcm sengugut ke..sbb sy pun dh 5 bulan..sejak 2 3 hari skit bahagian bawah..

      Delete
  30. nasi ayam tu boleh mkn ke sis?? nasi dia bt cmna ye?? nak try jgak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mertua yg buat nasi ayam tu. Mcm nasi ayam biasa jual kt kedai.. blh atau x blh mkn, mcm saya suggest kt dlm post saya tu.. try sikit2. Tgk pd kesesuaian bdn k dear

      Delete
  31. Saya keguguran 3w.. darah start keluar 28/1 hari tu.. Tapi sampai skang masih sakit sangat dekat bahagian perut dan lenguh2 pinggang semua.. Mmg normal ke macam tu.? Saya takde pergi jumpa doktor lagi sebab ada baca dekat google kalau usia kandungan bawah 10w dia akan keluar sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better gi hospital/klinik darling. Utk check dalaman. Saya doakan semua dipermudahkan dan salam takziah :'(

      Delete
  32. 24/2 buat D&C, kandungan 12 minggu. 4kali pregnant 2x miscarriage berselang seli. Tp kali ni sakit lain sgt2 drp kali pertama.pantang, makan, tungku semua jaga.. Sbb berpantang gugur ni panas sgt xboleh, sejuk sgt pun xblh...

    ReplyDelete
  33. Sy pregnant 4w...then bleeding..doc masukkan speculum utk check pintu servik..pintu servik sy close means sy belom keguguran lagi..scan perot nampak ada kantung...so kena tahan wad..then esok nyer still bleading lagi doc masokkan camera melalui bawah nampak lam perot kandungan tu ilang dan hanya nampak segumpalan darah dan pada ovari nampak macam ada cyst so doc minta buat beta hcg...first amik drah menunjukkan y sy masih pregnant so doc suspect sy pregnant luar rahim...then repeat lg amik drah memunjukkan sy failling pregnancy means sy dh keguguran...so doc minta repeat amik darah lg pada jumaat ni...

    ReplyDelete
  34. Sy dlm tempoh berpantang,, xtau nak ckp gugur ke dtg bulan.. Sbb period dh lewat sebulan tapi check upt masih negetif, pegi hospital klinik swasta semua suruh balik je ckp xpregnnt,, bile pergi berurut bidan tu ckp dh rasa ketulan dia kata lebih kurang 2minggu mcm tu., jadi nya berpantang je lah dekat rumah lepas tungku je keluar darah ketul sikit sikit,, confius sbb pengalaman first dh kena mcm ni,, pegi hospital disuruh anggap darah period,,nk scan pon xdibagi ckp xperlu., berpantang sndiri lah ikut cara org dulu untuk bersih kan darah2 yg kat dlm,,

    ReplyDelete
  35. Tq for sharing sis..
    sy br je complete miss carriage maghrib td..
    Usia kandungan sepatutnya 9w tp scan saiz 6w..
    Doktor kata bkn rezeki utk kali ni..x perlu dnc sbb dah keluar habis..
    Still rasa sengal2 perut n pinggang..

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum.. saye pun baru keguguran pagi smlm... bleeding truk sgt... tp alhamdulilah ta kne proceed d&c... semoga ade rezeki di hari mendatang...

    ReplyDelete
  37. Hi... maaf saya bertanya, jamu tu dimakan dua-dua sekali pada waktu yang samakah? Mohon pencerahan. Saat ini, saya mengalami nasib yang sama seperti puan 4tahun yang lepas.

    ReplyDelete
  38. Assalammualaikum sis. Terima kasih Sbb berkongsi tips dgn kami smua. Alhamdulillah ade yg bermanfaat. Sy bru keguguran ptg smlm. And my baby nak masuk 27w , babyboy, baby yg sy harap sgt masa awal kehamilan. Mase scan 25w mcm nak nangis sbb termakbul tp Allah lebih sayanggg kan dia. L...

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum ... Allah. Sy pon genap 21 weeks, baby nak kuar cpt sngt. Mudah ja baby kuar...uri n everything kuar sekali. Tak kena d&c jugak. Sbb doc ckp dh clear. Sedih tak terkata cz 2 tahun tunggu baby first. La ni kena redha. Baby boy saya slmt dilahirkan dan dikembumikan 19.6.19. So la ni..duk kna pantang. Dpt cuti 2 minggu ja.. Tq sis sudi share. Saya boleh jdkan panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Naza sama mcm sy .. Keguguran saat baby 21 week anak 1st 18.6.19 dilahirkan dan 19.6.19 selamat dikebumikan. Hari ini genap 14hari sy bpantang.. Mmg sedih tpi kena redha yg Allah punya perancangan. Tpi sy hy dpt mc 8hari termasuk hari sy di dalam wad. Baby boy juga.. Cuma masa pantang sy xsmpt pakai bengkong kerana toada siapa tlg belikan.. Alhamdulillah rahim da kecut masa urut tukang urut bgi tau.. Risau juga masa tu. 9hari mmenahan sakit pingang setiap petang.. TpI Alhamdulillaah kini dah ok semua. Tq tips pantang, namun masih konpius berapa hari jumlah hari berpantang ni emm.

      Delete
  40. Assalamualaikum. Setelah 12 tahun menunggu, saya pregnant tp x sedar tiba2 bby keluar sendiri, cm uri yg x keluar, buat d&c. Kata doktor dh 4 bulan usia bby tu. Skrg tgh berpantang. Terima kasih ats perkongsian utk berpantang.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum. Sy pn tgh berpantang spt puan2 smua. Kandungan gugur masa week 10. Hrni msuk hri ke 15. X kena D&C sbb dh kuar smua. Redha dgn ketentuan Nya. TQ smua utk info. Ni first time sy berpantang. Byk dpt maklumat dr rakan2 di cni. Semoga ada rezeki kita smua utk menimang cahaya mata satu hari nti.

    ReplyDelete
  42. Baru je keguguran 2 days ago.. expected miscarriage sbb scan masa 11 weeks dah xde heartbeat, incomplete miscarriage masa janin 14weeks, kluar janin kat umah, tp xhabis kena refer hospital.. alhamdulillah x kena dnc.. trauma sbb bleeding banyak sangat.. hari ke3 berpantang, rasa lemau duk baring duduk je, jalan laju sikit kena warning dek suami😅 tahniah ibu ibu keguguran semua kerana kuat.. even saya yang dah expect kena gugurkan kandungan ni pom still bersedih teringat.. moga ada rezeki pada masa hadapan insyaAllah

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum.. Saya pun tgh berpantang 5 hari..minggu ke 7 pergi klinik scan sbb bleeding bila scan hanya nampak kantong..doc cakap mungkin proses keguguran.. 2 hari kemudian p scan lg dkt hospital result sama hanya npak kantong saja.. Doc bg tempoh 2minggu scan len.. Blk rumah still bleeding. Menghitung hari darah mkn hari makin kuaq byk hari ke10 bleeding kuaq byk x mcm slalu lenguh tulang punggung dr pagi on of mcm nak bersalin sampai rasa mcm ada benda pelik kuaq p bilik air tgk ada benda jatuh mcm kantong perut ikan... Saya ambik letak dlm bekas terus p hospital dgn husban scan doc kata dah kosong x de pe check in smlm kat spital esoknya scan doc kt x payah cuci smua dah jatuh ptg blh blk. Kat rumah saya x beleh nak relex pantang mcm org len sbb saya ada anak yg masih skolah kena masak dan uruskan umah sikit²..tp bab pemakanan bengkung mengurut tu smua saya jaga betul2..

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum,t.kasih atas perkongsian.Slmt berpantang smua,semoga ada hikmah disebalik kejadian,sesungguhnya kita hanya merancang,tapi perancangan Allah lebih baik dari kita,

    ReplyDelete
  45. Saya baru keguguran 7minggu. tetiba teringat kne pantang. Alhamdulillah terjumpa blog puan. Terima kasih sharing experience and tips. Sangat berguna buat saya yang first time preggers n gugur ni. Bila baca ni rasa ada semangat nak carry on life macam biasa walaupun hati sedih.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikom..sy bru je gugur ari jumaat 23/8/2019...kandungan 13week ank yg yg ke-4.. berpantang mcm masa bersalin..cume msh confuse nk berpantang 2minggu ke 44ari.. lg lama lg bgs kn.. takziah buat semua ibu2 yg senasib dgn sy..smoga ad rezki Allah bg lps ni..Inn shaa Allah..

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum semua, alhamdulillah jumpa blog puan. 16/10/19 sy baru buka buku Pink alhamdulillah dah 10mggu usia kandungan..17/10/19 kua darah banyak so terus ke hospital emergency.. Check baby xde heartbeat dah.. Sedih sgt time tu tp percaya ada hikmahnya.. Skara doc bg 2mggu tuk baby gugur sendiri.. Cuma sy nak tahu perlu ke sy start berpantang skara? Darah kua cikit2 je.. Tp sakit pinggang, lenguh bdan n kaki pn sejuk memanjang.. Riso pulak.. Ada yang boleh kongsikan pengalaman?? ;

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum semua. Saya pun tengah berpantang sekarang ni. Miscarriage 11.12.2019 hr tu. Sedih sangat tp Allah lg sayangkan baby. 18 minggu baby gurl. Tiba2 nak keluar. Ni anak pertama lepas 4 tahun lebih menanti. Besar kemungkinan disebabkan saya ade fibroid besar 8 cm. Placenta baby melekat kat fibroid. Tapi masa baby keluar, baby bergerak. Tu yang tambah sedih tu. Lahir pra matang. Xpela. Allah lagi sayang biarpun sekuat mana saya sayangkan anak saya. Tq tips2 berpantang semasa keguguran. Dapat bantu saya yang belum berpengalaman ni... Semoga kita semua diberikan rezeki lepas ni...

    ReplyDelete
  49. Assalamuaalaikum semua....saya pun baru je berpantang...saya baru je gugur baby baru 14 minggu pada 29/10/2021..scan punya scan baby xde...tggal kangtung je...5/10/2021 saya kena cuci...tq ya dh bagi tip2 masa berpantang...dapat bantu saya serba sedikit ttg pasal berpantang masa gugur

    ReplyDelete
  50. Salam puan. Berguna sgt posting ni. Sy baru gugur semalam kandungan 7w. Scan 4hari lepas kantung still ada, semalam scan ksong dah rahim. Bila masa keluar pun sy xtahu, tp mmg bleed 2 3hari sebelum cuma xheavy. Pantyliner pun xpayah tukar sepatutnya (tp tetap tukar tiap kali kncing). Ragu2 nak berurut takut still ada sbnrnya, tp dah scan takkan scan tu bohong kn😅 hope ada rezeki sy lepas ni.

    ReplyDelete