7 hari lepas sana sini sibuk kita dengar, terbaca dan ucap Ramadhan Kareem. Nak menyambut bulan puasa kan, memang elok pun kita wish2 gitu. Tapi apa makna Ramadhan Kareem? Ramadhan Kareem tu maknanya Bulan yg Mulia. Now you know Kareem tu maknanya Mulia. Ada dop kawan ngan sesapa yg nama dia atau nama ayah dia Kareem/Karim? Berperibadi mulia tak dia? Moga2 kita tak panggil dah kawan kita yg nama Kareem tu jadik Kay ke, Kar ke, Rim ke.. Ingat deme tu rim keto ko gapo boh?
Balik pd hal Ramadhan Kareem satni. Bila kita dgr org wish kt kita, "Ramadhan Kareem bro!", jawablah "Allah hu Akram" yg bermaksud, Allah lebih Mulia. Ha.. now you know. Jgn nak semedang wish Ramadhan Kareem, Ramadhan Kareem, tp tak tahu makna. Kalau jawab Allah hu Akram kan dan boleh dapat pahala percuma (inshaaAllah) sbb lebih memuliakan Allah. P/S sikit, nak letak nama anak Kareem/Karim boleh, tp make sure ada Abdul (hamba) kt depannya yo. Kot nak letak nama anak Karem hat mainan karem tu haa yg tu takyah nk ber-Abdul.
Muqaddimah 2 perenggan cite pasal wishing menyambut bulan puasa. Insaf sikit blog Cik Gayah ni hendaknya. Amin :) Tapi mcm lari tajuk je kan? No. Ni nak cerita pasal 8 bulan kahwin la ni. Jom.
Kalau ikut calendar georgian 26hb Jun nanti baru genap 8 bulan saya menikah dgn jejaka kacak coklat manis dipandang tak jemu tu. Tp sebab masa pilih tarikh nikah dulu pun mmg berdasarkan calendar hijrah, maka nk kira usia pernikahan dulu pun biarlah saya ikut calendar hijrah. Dulu mmg aim nak nikah on 1 Muharram. Simbolik hijrah kami dari bujang ke pasangan suami isteri. Kebetulan 1 Muharram jatuh hari Sabtu (25 Oktober). Tp kt mana2 pun majoriti ada sambutan Ma'al Hijrah jd jurunikah fully booked utk sambutan tu. Rupanya Allah dah tulis yg ijabkabul saya dan en.Ubi adalah pada 2 Muharram 1436 H :)
Kalau lah kita ni dah tahu jodoh kita dgn siapa, bila akan kahwin, dah sah-sah kita akan rilex je tak cintan-cintun frust nonggeng ye dak? Plus mak pak boleh buat persiapan menikah anak seawal anak tu akil baligh gamaknya! Nampak mcm ha'a why yeh Allah never reveals benda ni kat kita awal2? Jwpn paling simple bagi pendapat saya, sbb Allah sayangkan kita. Allah nak kita usaha mencari di mana adanya jodoh kita tu, berdoa sepenuh hati, dan tawakkal pd Dia utk dapatkan jodoh yg terbaik. Bab mencari tu, simbolik yg mengajar kita supaya sabar, sabar, sabar, sampai jumpa yg Allah tentukan utk kita.
Eh mana cerita 8 bulan menikah Cik Gayah ni??
Ok. Ok.
So. 2 Muharram - 2 Ramadhan. Genaplah 8 bulan. Nyanyi sikit! Muharram, Safar, Rabi'ul Awal, Rabi'ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Sya'ban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah =D
Kali ni takdak episod sinetron mcm masa genap usia perkahwinan 4 bulan (baca kat sini). Kali ni masing2 cuma wish sahaja with our common question, "Rasa apa dah 8 bulan kahwin?" To be honest, dah masuk 8 bulan ni, masing2 dh semakin arif tentang diri pasangan. Yg kuat merengek, yg terlebih manja, rupanya saya dan bukan en.Ubi. Gahahahah. En.Ubi dia dapat part terlebih sabar, terlebih pemaham, terlebih penakut. Takut apa, biarlah saya isterinya saja yg simpan rahsia beliau. Teehee.
Earlier, we had an impromptu date kat IOI Mall (before masuk bulan puasa). Mmg impromptu. Satunya sbb saya ada hal kt Seri Kembangan, duanya sbb ada rezeki tiba2 Allah bg pd saya, jd selayaknya berkongsi dgn suami soleh ni. We never touch down kat IOI Mall Putrajaya. Bila tgk kwn2 gi situ, mmg berhajat nau nau rasanya. Mujur tak sesat barat, cuma asyik terlepas nk masuk basement. Kalau sesiapa yg baru nk ke sini mcm saya, jgn risau. Google Maps je (saya tak reti pakai Waze). Bab terlepas nk masuk basement parking tu pun jgn risau sbb laluan masuk ke basement memang mcm mengelilingi building IOI Mall tu. So terlepas satu, jalan je ke depan lagi. Terlepas juga lagi, jalan ke depan lagi. Begitu lah seterusnya. Hehehe.
We were looking for Just Pie restaurant berdasarkan sponsoring entry oleh beberapa blogger famous. (saya la tu yg beria tarik baju en.Ubi nak try makan kat situ). Memusing cari tak jumpa. Tak jumpa sbb Just Pie ni bukan lah restaurant besar2 tp dia ialah kategori booth sahaja. Bila tanya kt kaunter pertanyaan, org tu pun mcm blur blur kat mana ye Just Pie ni? -_-" Rupanya Just Pie ni betul2 kt ice skating court. Bila dah jumpa Just Pie ni, saya pulak yg mcm, erm... tukar tempat lain lah yang. The place is ok. Tp mcm tak menarik minat saya. The menu pun saya tengok ala2 DeliFrance so mcm, hm, takpelah. Jalan lg menawaf IOI Mall mencari makan. (IOI ni besar weyh!) Perut dah lapar bebenau. Nmpk restaurant Johnny Rocket, masuk. Saya pernah masuk Johnny Rocket kat Avenue K depan KLCC nun. Masa kt Avenue K tu dah duduk keluar balik sbb tgk dorg ada serve alcohol. Konsep sama mcm Chillis, Tony Romas, TGI la Johnny Rocket ni. Tgk2 Johnny Rocket kt IOI Mall ni pun sama. Dalam buku menu part beverages tu mmg ada terang2 gambar alcohol drinks. So jom lah sayang kita beredar. Walaupun dalam makanan dan minuman kami order takdak that alcohol portion, tapi tak sanggup saya nak sedut udara sekitar kt tempat gitu. Ye, saya mmg mudah jatuh was-was dan mmg saya tak terbuka dalam hal-hal gini.
Misi mencari makan kembali. Tawaf-tawaf sekali en.Ubi terpana dgn Osaka Teppan. And he seriously dragged me in. Mcm pelik pulak suami I ni sbb sokmo makanan jepun korea cina ni beliau yg wek wek tak boleh telan. Ni tetiba ajak ittadakimas wakarimas ni bakpo pulok yeh? Tengok menu, hm, harga not bad. Per set tu range harga RM18 ke atas. So we sat kt sebelah fountain kecik. Belek2 menu. Order, dan tak berapa lama lps tu makanan pun sampai. Service agak cepat walaupun masa tu peak hour (lunch break) dan mmg customer ramai kat Osaka Teppan.
Mmg rezeki Allah betul, setiap suapan sedapnya la hai. Dari the sticky rice (rasa tawar je pun padahal. hahah), chicken ball tu, sup dia, kena sesangat dgn selera saya. Udang tempura saya en.Ubi habisin!! Apa lg, merajuk la kejap. Seketul pun xdapek den meraso. Jgn kata seketul, sesuap pun tak rasa hokehhh. Tahu-tahu dah tinggal kacang panjang dgn terung tempura je. Korang rasa??? -_-"
udang tempura.. i miss youuuu |
Dah kenyang, duduk bersantai sat kat luar building. Exterior features dia saya rasa biasa2 jek. Redup lagi kt Alamanda and mcm meriah lg kat Setia City Mall. Masuk IOI Mall semula, en.Ubi ajak pi outlet Yes nak bayar bill. Kebetulan nampak tu yg beliau ajak tu. Service cepat dan ok. *Tepuk tangan*
juling mata baby tu tgk en.Ubi. hahahah |
Then saya sekali lagi tarik baju en.Ubi ajak nk merasa masuk Magnum Cafe pulak. Padahal nk makan ice cream magnum beli kat kedai KK kt area rumah pun boleh. Tp jakun punya pasal tengok kawan2 sokmo upload gambar makan ice cream kt Magnum Cafe, moh le kita menerai. Tengok menu dulu apa2 hal pun. Yg paling murah yg ice cream magnum biasa pastu kita boleh pilih topping2 (mcm kt tutti fruitty konsepnya). Hat ni RM9.90 per ice cream (max 3 toppings. kalau kt tutti fruitty x kisah nk letak byk mana topping sbb dorg charge ikut gram). Wallauhu'alam ada GST ke tak sbb kt sini en.Ubi je yg makan ice cream tu. Saya jamah-jamah je. Menu lain ada yg cecah RM70 (ice cream in a bowl. Big bowl) which for me, kalau makan berdua mmg sgt la tak berbaloi malah pembaziran lg.
rasa? rasa mcm ice cream magnum biasa jek |
Last sekali kami masuk Fipper. Arakian semenjak kahwin selipar jepun en.Ubi hilang kat masjid lah, putus la, tertinggal kt kampung la, mcm2 hal. Beli sepasang untuk beliau. Ha dh dapat selipar baru, senyap terus. Kalau tidak... tengok ni, sikit tak duduk diam! -_-" Stress betul saya nengoknya.
Tu je perkongsian kali ni. Kita jumpa lagi bila dh genap 12bulan menikah. Hahahah.
Ramadhan Kareem semua!
Jawab apa?
Jawab, Allah hu Akram :)
No comments:
Post a Comment