Saya main tak aci jap ek. Skip cerita krabi. Dah beberapa hari meluap2 rasa nak membebel pasal cinta segi2 ni. Fine.. korang have no idea apehal pulak saya meroyan ni. Ni semua gara2 layan cerita Bila hati berbicara dan cerita pinoy Chasing moments. Tajuk cerita dlm bahasa tagalog saya tak ingat pulak. Kekdahnya dlm dua2 cerita ni ada sesi rebut-merebut.
Kalau cerita Bila hati berbicara, yg si Tania tu dah kawin pastu dok kuch kuch hota hai ngan si Bad tu lg kenapa. Walaupun hakikatnya Cik Gayah nyokong bebenor si Bad tu (sbb di mata Cik Gayah Bad tu hensem yow) tp tetappp Cik Gayah idak menyokong si Tania tu jumpa2 lg si Bad. Siap belikan sourvenir balik dr honeymoon. Ohla Tania, of course la suami awak Emir tu jeles (Emir tu dulu best buddy Bad pulak tu. Klise sgt -_-")
Tu cerita melayu. Yg cerita pinoy ni pulak mslh hubungan mak pak heroin. Biasalah cerita pinoy. Episod 30 masalah watak sampingan. Esok2 dah episod 80 baru jumpa masalah hero ngan heroin. Pastu membawak sampai ke episod 130 orang jahatnya liat bebenor nak mati. Kadang tu dah kena bom dah kena tolak dr tingkat 18 pun ehhhhhh hidup pulak lagi lepastu. Paling dahsyat pun satu badan berbalut tapi tetappp hidup dan dendam tak habis ngan hero heroin. Yg Cik Gayah ni pun tekun la follow cerita tu. Kalau mak ke nenek heroin nangis mengenangkan penderitaan hidup heroin eh Cik Gayah pung samo naik sawan jeghit (nangis) retek (juga) Duhhhh~
Ok dah. Tu je luahan saya. Sekian.
No comments:
Post a Comment