Sunday, December 7, 2014

Kelam-kabut ke Krabi : Touchdown

Buka tutup buka tutup blog sendiri tengok traffic makin hari makin naik. Ni dh sah2 korang pun buka tutup buka tutup my blog tapi memasing kecewa dgn guwe sbb cerita Krabi tak berkesudahan pun. Maaf. Dah, jom sambung cerita.

(Entry ni diupdate guna hp. Gambar dlm laptop. So kebarangkalian ayat pnjg bjela tnpa gambar adalah tinggi)

Touch down kat airport Krabi at 7.00pm waktu Msia. Waktu depa lambat 55minit dari kita. So jam depa time tu ialah pukul 6.05pm. Tapi keadaan langit dah mmg nampak gelap senja sama mcm kt Msia. And how were us bila dah sampai bumi Thailand, yg tu saya sambung next entry k ;)

Immigration Msia and Thailand tak ketat sgt (dari pengalaman sendiri) :p Mungkin tak seketat Aussie's (dari pembacaan saya). Dah pass kt immigration, saya menonong cari kaunter shuttle bus. Mmg saya dah aim nak naik bus shj ke Krabi Town sbb murah. Kalau mai dldm 5-6 orang baru berbaloi naik taxi. Harga selain bas ke Krabi Town sila tengok kt slip bawah ni :


Kan saya rajin study about going to Krabi kan. So rupanya di luar sedar, saya dh set in mind, utk bus ni 150 THB/seorang. Tapi bila kat kaunter tu, counter girl tu cakap 90 THB per person. 2 person 180 THB. Blurr kejap guwe. Bakpo lain yeh? Pastu dalam pada terkebil-kebil nak keluarkan duit, saya pi bagi kat akak kaunter tu 2000 THB -_-" Mujur akak kaunter tu jujur. Dia bgtahu that is 2000 ka. Ticket only 180 ka.. Pastu en.Ubi terbuntang biji mata kt titew sbb titew blur. Haha.

Ingat ni. Gi Krabi Town naik shuttle bus 90 THB sahaja per person. Hat 150 THB tu kalau naik shuttle bus pi Ao Nang terus.

Dah berjaya beli tiket bas tanpa ditipu oleh diri sendiri, kami keluar dari bangunan airport. Jalan sikit jek sbb airport depa kecik comel je. Kat luar airport, ada sorang akak ni terus approach kami tanya where to go? Kami jawab Krabi Town. Dia tanya lagi Which hotel are you staying? Kami jawab Andaman Legacy hotel. Dia angguk2 pastu dia bgtahu yg bas akan drop kami betul2 kat that hotel sambil tunjuk tu ha bas. So kami pun pi la menghala ke arah bas.

titew naik Merc tau :p

dalaman bas. bersih, ada aircond, selesa - driver bas tunggu
sampai agak2 bas penuh - tingkap bas -_-" - my husband, ofcourse
Kat head bus tu tulis Ao Nang-Airport kan.. kiranya dari airport dia stop jap kat Krabi Town then continue trip ke Ao Nang. Kami antara yg awal sampai. So ade la dalam 20minit menunggu bas penuh, baru bas jalan. Kalau ikut notes yg sempat saya tulis, bas ni bergerak at 7.31pm dan kami sampai ke bandar krabi pukul 8.10pm.

Jlnraya kt sana tak ubah mcm jln kt negara kita. Signboard, traffic lights, deret2 kedai & pokok2 sepanjang jln mmg sama sgt mcm jln luar bndar di Malaysia ni ha (mcm kt muar, port dickson, meru, sri iskandar). Saya tahu yg kami dh memasuki Krabi Town bila nmpk mcm ada pasar malam yg happening. But then bas berhenti kt satu bgnn ni. Bkn bus station tp more look a like of hotel. Mula-mula tercengang-cengang jugalah. Ni ke hotel kami?

Driver bus dah jerit2, "Krabi Town! Krabi Town!". Saya & en.Ubi angkut segala beg, turun, dan nmpk satu kaunter. Terus tanya kt counter girl tu Excuse me, do you know where is Andaman Legacy Hotel? Dia bgtahu kak jln kaki 5minit je. Hala ke kiri. Wahhhh ckp melayu! Gotcha! Tu titew dh siap2 translate. Hiks~ Menapak la kami suami isteri ke hotel. Ye mmg sekejap je menapak terus jumpa hotel budget yg saya dh siap2 reserved online. 500 Thb/malam. Yg hotel ni saya reserved guna credit card tp saya choose utk bayar masa check in.

Important notes people :
1. Print every single reservation receipt yg korang dah buat.
2. Put all printed documents dalam satu poket/beg khas. Mudah nk dicapai bila diperlukan.
3. Almost 89% of Krabi's people yg saya jumpa, susah sikit nk bcakap dlm bahasa Inggeris. Depa nk faham apa kita cakap pun payah. Jd, sila tabah.

Sambil2 en.Ubi fill up check in form, sempat lah saya Cik Gayah dgn budak kaunter tu. Lelaki. Tp mcm au au sikit. Saya tanya psl nk sewa motor, tanya pakej island tour, tanya jauh tak nk gi night market, mcm2la. This guy sgt ramah walaupun payah dia nk bcakap dlm bahasa inggeris dan payah utk Cik Gayah faham apa yg dia cuba sampaikan -_-" Masuk bilik, golek2 sat bg hilang penat, mandi, solat jamak, terus merengek kt en.Ubi nk gi Night Market.

(Gambar hotel dan bilik dlm laptop)

Night Market ni pasar malam la senang cerita. Dibuka dgn meriahnya pd hari Jumaat, Sabtu, & Ahad shj. Yg famous kt sini ialah sourvenirs yg murah kalau nk dibandingkan dgn harga kat Ao Nang nanti (apetah lg kt airport). Memandangkan harini ialah hari ahad dan esok kami dh bermusafir kat Ao Nang pulak, so mmg dh diset dlm jadual saya utk terjah Night Market mlm ni. So how's the Night Market in my own experience? Hmmm hummm hemmm hammm.. tak best sgt :( Tapi tapi tapi! Saya rasa saya tahu knp ianya tak best (tak seperti yg diceritakan dlm blog org lain) sbb kebetulan mlm tu ada karnival or keraian apentah jd gerai karnival lbh byk berbanding gerai pasar mlm. Karnival tu Cik Gayah rasa karnival nelayan kot sbb byk gerai2 berunsur hasil laut. Idok ler Cik Gayah nk memborong ikans and sotongs utk dijadikan cenderamata kan.. Sampai Malaysia sok kocut2 dh cenderamata tu.

(Gambar Night Market dlm laptop)

We end up buy nothing kat situ. En.Ubi ajak balik hotel tp kami tak mkn lg. Nmpk 7e, kami masuk. Beli kunyah2 utk mlm tu. Saya suka masuk 7e sbb blh compare hrga brg kt Msia dan boleh jumpa kopok2 dan air minuman tempatan yg adakala menarik, adakala pelik.

(Gambar barang2 yg dibeli kt 7e dlm laptop)

Dlm pjalanan balik hotel, kami nampak satu tempat yg agak meriah juga dgn lampu2 & mcm ada gerai2 makanan. Jadi kami melencong ke situ. Rupanya ni tepi jeti apentah. Ada gerai2 makanan. Survey punya survey, nampak gerai pancake. Nak kena cuba nih! Saya order banana+nutella, en.Ubi order egg+cheese. Mine was heavenly heaven. Sedap weyhhhh! En.Ubi punya saya kembang tekak sikit menelannya. Heee. Tp en.ubi rilex jek makan. Beliau mmg hantu cheese. So tekak beliau tak boleh dipercayai. Beliau jd buyers bila ada unsur2 cheese ni. En.Ubi beli juga teh ais yg subhanallah sangatla manis. Tak tertelan Cik Gayah.

(Gambar dlm laptop)

Dh settle dinner makan, walk back to hotel dan tidur tak gerak2.






No comments:

Post a Comment