Currency exchange / Money changer / MYR to THB
Seminggu sblm fly, saya check kat google dulu berapa nilai duit kita and Thailand. By time saya check tu, 1 MYR = 9.83 THB. This will be my baseline. Saya study gak kat mana money changer yg jual duit asing dgn harga yg paling murah. Rata-rata orang cakap kat Midvalley & kat Kajang (deret kedai depan Metro Kajang). I hate to go to Midvalley just because jalan nk ke sana tak pernahnya tak sesak, basement parking kat situ bahang lain macam, and lastly of course sbb mall tu besaq sgt melecet kaki I nk menawaf. I hate to go Metro Kajang jugak sbb dulu masa nk pi Bali pernah survey money changer kat situ & mmg tukar duit kat situ pun. Murah ke idok tak igt. Tp kwsn situ horror beb I tell you. Masa survey dulu tu saya siap witness kejadian warga asing bergaduh2 kat situ. So no no no gi situ.
Saya sambung survey lagi through google kat mana area KL yg ada money changer murah. There is one blogger ni cakap kat Ampang. But then saya lupa la pulak hat dia habaq tu Ampang Park ke Ampang Point. Entah kenapa my instinct says kat Ampang Point, not Ampang Park. So saya heret la en.Ubi gi situ (4 hari before fly). Sblm shoot to Ampang Point, saya singgah money changer Jusco AU2. Depa jual 1 MYR = 10.45 THB. Mahal! Gi Ampang Point, dalam mall tu cuma ada satu je outlet money changer. Depa pulak jual pd harga 1 MYR = 10.50 THB. Ushh lagi mahal. So tanya kat receptionist kot2 ada nearest money changer yg lain. Rupanya kat blkg mall Ampang Point ni ada kedai money changer kecik (next to CIMB). Ha yg ni jual 1 MYR = 10.38 THB. Murah antara ketiga2 tempat yg saya dah survey tapi.. kenapa kat google baru 9.83? Saya keluar dari kedai kecik tu dgn dahi berkerut2. Pastu en.Ubi explain panjang lebar yg harga niaga mmg takkan sama dgn harga google.
Dh puas hati dgn penjelasan en.Ubi, saya masuk balik kedai kecik td and cakap nk tukar RM500. Walaupun ikut itinerary patut bawa 10,000 THB, tapi Cik Gayah degil, still nak cari tempat yg dapat tukar lagi murah. Sbb tu tukar separuh dulu. Pekedai tu cakap, nak tak beli 5000 THB terus, bayar RM519?
Oh ok jugak tu. Pekedai pun nampak friendly dlm berurusan dan tak kekwat nak menjawab bila Cik Gayah gayah sgt bertanya itu-ini. So urusniaga selesai di situ.
*Actually saya ada amik namecard that kedai kecik tapi ni cari2 tak jumpa pulak. Kalu jumpa nanti saya tepek k.
The next day saya check berapa money coverter MYR to THB.
Nampak tak dia dah turun harga 0.02 THB. Nilai yg ciput ni kalau tukar ratus2 ribu2 akan jadi besar perbezaannya. Tapi.... sadly lps dh ada 5000 THB dlm tgn, kami masing2 sibuk sampai lupa tukar another 5000 THB. Tu yg kelam-kelibut tukar duit last minute dalam entry sebelum ni T_T
Td saya saja check lagi berapa money coverter MYR to THB.
Hamik kawww~
If you rarely travel or a first time traveler to outside of the country, mungkin tips2 ni blh membantu.
a. Elakkan tukar duit terrrrrrlalu awal like a month before. Takut rugi tang nilainya. Tp kalau hampa spesis busy dan short term memory lost ala-ala Cik Gayah, sila lah tukar dgn awal. Kang kelam-kelibut mcm I pulak.
b. Senantiasalah (omboih) ngadap laptop/hp/pc kome utk survey deep deep kat mana money changer yg murah dan berbaloi utk kome.
c. Sebolehnya elakkan tukar kat airport sbb depa juai duit lagi mahal I tell you.
d. Rancang aktiviti kat negara yg kome nk kunjungi tu supaya bawa duit ngamngamsoi. Kalau bawa sikit, naya pulak. Kalau bawa lebih pun naya juga sbb mata juling nk membeli je kejenya kat negara orang (selagi duit masih berbaki dalam tangan)
And one thing yg saya experienced bila kita gi negara orang ni (apetah lagi yg nilai matawang mereka sedikit lbh rendah bbanding kita), kita tend to rasa seolah-olah duit negara tu mcm duit monopoli. Jgn salah faham. Bkn saya merendahkan negara orang. Maksud saya ialah, kebiasaan kita pegang duit negara kita. Kita tahu nilai RM5 besar mana, RM10 besar mana, RM50 besar mana, RM100 besar mana. Bila kita pegang duit asing, kita tengok duit tu mcm duit menan monopoli. Kita tak rasa, tak nampak duit 500 THB tu sama nilai dgn RM50. Unless kepala kita ialah kalkulator bergerak. Dengar je peniaga sana sebut harga "30 baht, ka.." zass kita convert jadi RM3. So kita pun nilaikan, utk sekeping roti canai RM3, berbaloi ke idok kita order? Sekian.
International Withdrawal / Pengeluaran Antarabangsa menggunakan kad ATM
Yg ni pun saya dapt ilmu dari blogger lain. Depa byk buat while still in Msia. Buat melalui setting kat mesin ATM nk keluar duit tu.
Pengeluaran Antarabangsa menggunakan kad ATM ni membolehkan korang guna kad ATM Msia (Maybank ke, CIMB ke) di mesin ATM negara yg korang kunjungi dengan syarat mesin ATM negara luar tu dan kad kome ada icon PLUS & VISA (this one mainly for Maybank users). 2days before fly saya soh en.Ubi activatekan international withdrawal ni utk ATM card dia. Dah bawa sampai ke ATM machine tapi beliau cakap tak jumpa butang mana nk tekan T_T Gerammmmmmmmmm sangat!
So dipendekkan cerita, both of us takde kad ATM yg dah di activate kn dgn fungsi pengeluaran antarabangsa. Sampai bumi Thailand, dalam tangan mmg ada 7,000 THB and I know that kami mmg akan short of money. Masin mulut Cik Gayah. Hari ketiga mmg kami rasa tak cukup duit nk berbelanja. Bukan berbelanja mewah pun, tp masa ni sourvenir belum beli, duit airport transfer (dr hotel ke airport) esok tak sebelahkan lagi, duit nk dinner malam tu, kot-kot ada tax kat immigration check pulak nanti. Gelabah juga la sbb kita ada kat negara orang, kan. So masa keluar nk cari dinner malam akhir kat Ao Nang, kami ternampak ATM station. Dengan machonya kami menonong ke situ. Guess what, tak boleh withdraw. Hahah. Ekau tak setting, memang la ekau tak boleh keluo kan duit. Cik Gayah obviously dah stress2. Tekak ngidam nk makan pancake Yaminla tp dah kalau duit yg ada cukup2 nk bayar duit taxi ngan makan nasi jek malam ni, mmg sampai balik Msia pun xdapat la merasa :(
Dalam hati dh mengomel itu ini bisingkan en.Ubi yg tak-jumpa-butang-mana-nk-tekan-masa-kat-ATM Maybank haritu. Kalau en.Ubi dengar apa yg saya mengomel dalam hati waktu tu, berdarah telinga beliau agaknya. Then en.Ubi membijakkan diri utk buat international call - nak call Maybank - utk allow international withdrawal. Rezeki kami, kami jumpa satu-satunya cybercafe kat Ao Nang yg ada perkhidmatan international call. HP kami mmg still under flight mode (konon taknak kena caj perayauan antarabangsa) sbb tu tak buat international call guna HP sndiri.
Nama cybercafe tu minta maaf saya tak ingat dan tak ambil gambar luar kedai. Yg saya ingat, kedai tu sederet dgn SCB Siam Commercial Bank (selang 5-6 kedai makan/hotel dari SCB).
SCB ni warna purple |
tokey kedai namanya Mark ke Mek entah. Baik budi pekerti |
Mark (anggap jelah nama dia Mark okeh) charge 40 baht utk seminit call ke luar negara. Kalau nak kira betul2, RM4.152/minit. By time ktorang masuk kedai dia and bgtahu nak make international call, terus dia tanya "Malaysia? Maybank?" Bila kitorang iyekan, dia bgtahu yg ramai rupanya org Msia buat camni - lupa activate international withdrawal masa kat Msia - so activate guna internatinal call. Mark dah sesiap pesan, masa call adelah bergantung pd kecepatan dan ketangkasan operator Maybank yg menjawab call kami.
Ok saya cerita sikit isi-isi conversation saya dgn Maybank utk pengaktifan pengeluaran antarabangsa ni.
1. Nombor nk call Maybank dari luar negara ada kat belakang kad ATM korang : 603-7844 3696
2. Terus akan disambung ke bahagian kad kredit (ni my own experienced). Bgtahu yg kita nak activate international withdrawaal utk ATM kad - operator akan sambung kan ke bhg kad ATM
3. Verification process. Basically soalan yg depa tanya utk kesahihan identiti adelah sgt detail. Kalau tak ingat (cth : depa tanya kali terakhir pengeluaran berapa amount, guna ATM ke guna Mbb2u, berapa haribulan last pengeluaran, cawangan bank buat kad ATM mula2 dulu kat mana), jawab je jujur Cik, saya tak ingat. Ada soalan lain tak Cik? Mungkin yg lain saya ingat dan boleh bg jawapan yg betul. Gittew... Sila bersopan ye. Ingat, kome nk minta tolong depa, jadi molek2 sikit bahasa dan tonasi tu yo.
Jumlah masa my call haritu was 18minutes. Jadi 40 THB * 18 = 720 THB tapi en.Ubi cakap Mark tunjuk kat calculator 360 THB sahaja. Tak tahula Mark y salah kira ke caner. Dah dia tunjuk caj byk tu, itu jelah pun yg en.Ubi bayar kat dia.
Operator Maybank akan activate pengeluaran antarabangsa serta-merta kalau verification successful. Zasss, boleh patah balik SCB dan susutkan jumlah simpanan anda T_T
200 = rm20, 500 = rm50, 1000 = rm100 & seterusnya. Kalau tak yakin pilih English |
nin dia jejaka yg tak-jumpa-butang-mana-nak-tekan masa kat ATM Maybank. |
4. Ada additional fee ok utk setiap pengeluaran. Machine akan tulis You will be charge 180 THB for this transaction. Lebih kurang RM18 la kalau convert duit kita. Tp td masa call Maybank depa kata RM12 sahaja. Part ni Cik Gayah belum cek kesahihannya yg mana satu sbb Cik Gayah tak buat pengeluaran masa kat sana. Kita kikis duit suami kita dulu. Muahahhahahh.
Hm, tu je kot yg saya nak share dalam entry kali ni tentang persediaan kewangan bila ke luar negara. Boring sikit entry ni. Hadap jelah yo. Till then!
Good info
ReplyDeletePuan, sy Cimb card holder.. sy dh activated intrnational withdrwal.. sy cek kad sy ade logo Mastercard, Cirrus and MEPS.. tp xde VISA & Plus.. so sy still leh wt pngeluaran @ x kt krabi?
ReplyDeletetarmizi :: klau di pekan krabi ada cimb niaga kalau tak silap sy..so boleh cucuk di sana je dgn syarat aktifkan kad anda..sy pn esok nk ke krabi, dh siap2 aktifkan..pernah guna kad cimb di indonesia, tiada caj dikenakan kalau cucuk di cimb niaga
ReplyDeletegood info
ReplyDeletepuan saya nak tanya.mcm mana ye dengan tukaran currency.ade bnyak beza ke eh.
ReplyDeleteurmm, maaf, saya kurang faham soalan ni.. maybe kita boleh continue sembang via email? email saya k :)
Deletemammagamma11@gmail.com
hello..nak tanya sikit..kalau kita nak withdraw duit dari atm overseas contoh macam kat phuket,jumlah duit kita dlm tu masih dlm ringgit malaysia atau pun thai bath?
ReplyDelete