Housemate : Ye, for the time being, saya ada housemate. Nama dia Nazurah
Message en.Ubi : Semalam titew tak tidur ngan suami titew. Suami tidur rumah bujang kawan dia. Sbb ada Nazurah. Haha
Lps sedar, agak2 rasa kepala ringan sikit, cepat2 capai laptop. Sambung buat keje. Dah memalam cmni laju pulak vpn office ni ye. Gigihlah juga saya buat keje sampai pukul3pagi. Plan nk tidur tapi teringat ada benda yg belum direncanakan! And I am like running out of time. Die.
Fiuhhh.. sempat juga book. Tapi ni baru book accommodation utk hari yang TERRRR-istimewa. Accommodation utk hari yg istimewa sahaja tanpa terrr, belum di book sbb mata dah juling nk buat pilihan.
I know you guys pening tak paham hapah satu Cik Gayah beletiaq (omboih) ni. Ingat tak entry2 lepas Cik Gayah cite yg Cik Gayah ala-ala nk pi bercuti. Ha... inilah masanya. Not now tho. But soon. Very the soon I tell you. And memandangkan titew dah ada suami skrg ni kan, harusla ku heretin sekali mas ku ini. Bisa ya mas, engkau ngikutin aku. Ya maaaaaaaaaaasss. (dengan harapan hadiah birthday en.Ubi belikan emas. Harga emas tgh rendah ni *tetiba*).
Oh nk habaq mai juga, sampai laa ni en.Ubi taktahu Cik Gayah nk bawa dia pi mana nanti ni. Mungkin juga dia ada godek sana-sini my hp ke my laptop ke my gmail ke my creditcard ke utk korek rahsia. But I do really hope dia taktahu, biar dia berteka-teka. The fact is that this is the very first time kami nak sambut hari kelahiran masing2 sebagai suami isteri. Harijadi en.Ubi, 17hb. Harijadi Cik Gayah, 18hb :) So yeah, this aint a honeymoon trip. I dont need a trip to be sweet like honey for my husby. *flip tudung*
Gedik terlebih pulak kau Gayah menjak dah kahwin ni?
Bangkit pagi tadi celik mata terus capai laptop and menelaah trivago, expedia, agoda segala. Excell sheet dh berapa byk page create new create new utk susun jadual pi sana pi sini. Leka sampai seharian tak makan. Leka sampai tak on vpn langsung! Pastu td senior kt office whatsapp tanya ni work frm home ke cuti ni?? T_T Terus ada perasaan nk resign. Gahahah.
Akhir kata, ada beberapa kata Cik Gayah nk kata.
Dari selatan sampai ke Dengkil,
Cari berus buat melukis,
Saya mencari kerja di KL,
Kalau ada, bagitahu saya please.
*Ini pantun serious. Tak larat ulang alik cyber dah :(
**Korang yg dah tahu Cik Gayah nk pi mana, dok dendiam haa..
No comments:
Post a Comment