Tengok gambar ni rasa mcm nk nyanyi Bawa.. aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti, Bawa.. aku pergi, pacu laju lagi, malah kita, tak perlu kembali.. Itu lagu favorite zaman bujang hokeh. Gi maghi gi maghi nok nyanyi lagu tu sokmo. Now dah jadi isteri orang, kena favor lagu lain pulak :)
Lagi 3 hari? Hoh? 3 hari termasuk hari ni la. Duit baru tukar rm500. Kalau ikut my excell-planner, kurang-kurang kena tukar another rm500. Tengok exchange rate tadi, susut sesen duit sana. Kot-kot esok susut lagi sesen, untung la Cik Gayah.
Remember in the first place I wish to make this trip a surprise for en.Ubi? Nk dijadikan cerita, ptg td lepas en.Ubi balik solat Jumaat, dah terkantoian :( Half my fault, half his fault. Apa lagi, merajuk la I. Merajuk nangis-nangis tekup muka kat bantal. Tak cukup dgn drama camtu, I lari kurung bilik dalam bilik Nazurah. Gahahah. Itu pentingnya rumah 2-3bilik hokeh. Kalau nk merajuk, ada tempat nk berkurung. Tak lama pun. Kesian en.Ubi dok ketuk-ketuk pintu bilik sambil baca mantera "Buah hati.. Cinta.. Isteri.. Buah hati.. Cinta.. Isteri.." Itu jelah skrip en.Ubi kalau nk memujuk -_-" Bila kenangkan yg tadi en.Ubi balik solat Jumaat blm makan, terus saya tak jadi nk merajuk lama-lama. Saya pulas tombol pintu bilik Nazurah, tak boleh buka! Ah sudah.. Saya terkunci dari dalam bilik! Aigooo.. And now I am the one yg ketuk pintu dari dalam pulak. Suruh en.Ubi tolak pintu. Tapi saya tahu yg en.Ubi tak dengar suara saya sbb dia masih khusyuk mengetuk pintu dari luar dgn alunan mentera td. Saya takboleh panik, ego kena jaga beb. Saya pulas lg sekali sepenuh hati. Taraaaaaaa! Pintu terbuka! =)) And there, my hubsy dok bersila kt depan pintu sambil peluk bantal.
Biasaaaaaaaa dia..! Nak kena babap nih! |
Baju-baju dah start packed in. Barang-barang kecik mcm toiletries belum sort out. Rasa nk beli kt sana je. Ikut pengalaman Cik Gayah masa gi Bali dulu, better beli bila dah touch down kat sana. Cuma yg paling merisaukan skrg ni ialah keadaan kesihatan. Saya demam. En.Ubi pun. Tp both of us are getting ok rasanya. Temperature slowly down to normal walaupun masing-masing suara mcm suara orang gasar. Antibiotik kena habiskan utk bagi antibody kuat. Drug camtu kena declare ke yeh kat airport nanti? Kat KLIA Cik Gayah tak risau sgt sbb still in our country. Komunikasi tanpa batasan. Kat airport depa tu yg Cik Gayah cuak-cuak sikit. Ker, tinggal je ubat-ubat ni? Takyah bawa?
No comments:
Post a Comment