Suami Cik Gayah terketor-ketor tangan main Dota kat sebelah ni ha. Biar kan dia. Hari keje takleh main game. Hari dia cuti biar dia balas dendam kat segala musuh2 beliau dalam Dota nun. Lagi pulak td lama beliau tidur sbb badan mcm nak demam. Kang kalau melarat demam Cik Gayah yg susah hati. So biar dia leka dgn game jd tak terikukan sgt demam tu. Patut semalam saya update blog. Tapi kesihatan tak mengizinkan pulak. Tingtong sebab makan sardin. Haa korang mampu tekak macam I? Sardin is nehi nehi hokeh. Yang benornya zaman sblm sakit, sardin tu favorite tu. Makan dgn nasi lemak makcik kedai hujung kat cafe menara celcom. Fuhh dia punya terangkat. Dapat pulak krupkrap krupkrap dengan paru goreng makcik tu. Huiihlahai. Rasa nak bertapa makan kat tingkek limo tu.
Cik Gayah kalau terbayang makanan sejak dua menjak ni, terliur dia tu lain mcm sikit. Kadang-kadang sendiri rasa sedih kalau tak dapat apa yg dihajati tu. Tp I is positive hey nehi pregnant hey. Confuse di sini. Macam tengahari td. Gigih pi cari satu restoran dekat-dekat danau kota. Pusing punya pusing tak jumpa. Frust. Tapi pujuk diri sendiri, takpelah, makan je kat mana kedai yg ada. Pastu elok dah parking kat satu kedai makan ni, baru en.Ubi and me perasan yg kami tak bawa duit!! Oh la super frust. Nk buat mcm mana, patah balik rumah la. Dalam kete diam jek tak bercakap. En.Ubi pujuk pun tak jalan (padahal bukan salah beliau pun -_-"). Rasa takdak mood nk layan beliau. Yg syaitonirrojim pun mcm makin mencucuk2 I supaya tak melayan suami. I hate you syaitonirrojim. Shuhh! Pelan-pelan cool kan diri sendiri. Lps amik duit, en.Ubi ajak pi makan dkt2 area rumah. Tak sedap :( Frust :( Lps makan, teringat ada pasar malam kat Jusco AU2. Sedapnya kalau dapat mangga muda hat kecik2 yg biasanya blh jumpa kt org jual sayur, bawang, ikan bilis tu. Nak ajak en.Ubi terus, malu. Sbb tadi buat perangai, kan.. :~ So jenuhla memikior mana gaya nk tackle en.Ubi balik.
Dah sampai kwsn rumah, bila en.Ubi ajak masuk rumah, terus cakap, "Kita nak jalan-jalan boleh?" En.Ubi is a good husband to me, Alhamdulillah :) Dengan senyuman melebar beliau tanya, "Buah hati nk jalan-jalan kat mana?" Happy ler tu Iolls dah tak merajuk :p Titew pun happy to have you, Manja :')
So he brought me to the pasar malam. Tiga kali kau kami tawaf pasar malam tu! Puaih hati. Lagi puas hati dengan buah mangga tu pun dapat! Sampai rumah, badan en.Ubi start dedar, mcm nk demam. Terus isteri ni rasa nk berlutut minta ampun selamat hari raya maaf zahir batin yang. Gila rasa serba salah weyh td tarik moncong kat suami. So I let him lelap kejap sementara nak masuk maghrib. Dah azan maghrib, kejut beliau perlahan-lahan. Takbangun. Kejut lagi. Takbangun juga. Dekat 40minit kemudian saya kejut juga tanpa henti baru dia bangun. Lps solat, beliau melepek tidur balik.
Saya kat hall kena settlekan keje office & siapkan kad kawen client. Almost 10.30pm camtu baru en.Ubi bangun. Dah siap keje, saya gorengkan beliau kopok lekor beli mentah kat pasar malam td. Buatkan nescafe. Tengok dia berselera makan, badan pun tak dedar dah, tangan pun kemain laju main Dota, lapang dada I.
How la if I have Baby I nanti.. Baby M ni pun kelam-kabut sikit rasanya nak jaga beliau -_-"
M for Manja.
Sila muntah dan pitam.
Bai.
No comments:
Post a Comment