Tapi cerita ni, it really deserves a detail review! Entry ni mmg entry spoil alert so kalau agak-agak taknak tahu ttg cerita ni sblm tengok sendiri, baik hampa takyah baca entry ni.
*****
Cerita bermula di satu perkampungan atas bukit, Kashmir, belah Pakistan. Ada satu keluarga ni pengembala kambing, anak perempuan tunggal dorg bisu. Shahida nama budak ni. Kalau dlm poster filem, yg Salman Khan dokong tu la Shahida. Comel gilos I tell you! Kalau anak titew gigirl, kita berdoa baby titew secomel Shahida ni. Hikhiks.
Harshaali Malhotra aka Shahida dlm cerita ni |
Yg berlakon jadi mak Shahida ni pun cantik juga wehh. Gamaknya org Kashmir mmg cun cun. Family Shahida ni muslim, sejuk je mata tengok cerita ni sbb pelakonnya berpashmina selain pakai kurti yg besar dan labuh. Nak dijadikan cerita satu hari Shahida ni tgh main-main, dia jatuh bukit. Dia nak jerit, dia bisu. So sampai ke malam la misi mencari Shahida ni. Mujur jumpa. Bila dah jumpa tu, the next day, mak ayah Shahida dan org-org kampung berbincang - caner2 pun nak usahakan juga ubatkan Shahida ni supaya boleh bercakap. Yelah, kalau jd apa2 at least Shahida ni boleh la menjerit minta tolong. Takdela sunyi sepi nangis pun tak keluar suara mcm masa dia jatuh bukit semalam.
Bincang punya bincang, last2 mak Shahida ni nekad nak bawa Shahida ni berubat kat negara jiran iaitu India. Dikisahkan, Pakistan dgn India mmg dua negara bermusuhan. Mcm Korea Utara dgn Korea Selatan. So procedure nak masuk border India tu payah/strict la sikit. Yg masuk India, mak Shahida dgn Shahida je, dorg guna jalan darat - naik keretapi. Dorg masuk secara sah tapi sekejap je. Just mcm pergi berdoa kat satu tempat dlm negara India, pastu terus bergegas balik Pakistan. Kira pergi balik hari la.
Nak dijadikan cerita, masa on the way balik Pakistan tu, elok je keretapi nak masuk sempadan Pakistan, keretapi tu ada kerosakan sikit. Masa ni dah malam. Mak Shahida pun dah lena atas keretapi. Shahida ni pulak terjaga pastu dia nampak kat tepi keretapi tu ada anak kambing tersepit. Dia kan anak pengembala kambing, so excited la nk menolong anak kambing tu. Dan dan je dia turun tolong anak kambing tu, keretapi td ok balik dan start jalan semula. Kelam kabut la Shahida ni mengejar keretapi tu. Nk jerit panggil mak dia yg terlentok tepi tingkap keretapi, dia bisu. Last2 dia berani kan diri naik gerabak seterusnya which dia ingatkan keretapi tu menuju laluan yg sama dgn keretapi mak dia, tapi rupanya gerabak tu pergi ke bahagian lain dalam negara India. Masa mak Shahida tersedar, dia panik la of course tapi tak boleh dah simply nak patah balik sbb dah melepasi sempadan dua negara.
Time ni la bermulanya pertemuan Shahida dgn Salman Khan. Salman Khan masa mula2 muncul dlm movie ni terus nyanyi2 kat depan kuil, mcm ada upacara doa ke persembahan pd tuhan depa gitu. FYI, lagu2 dlm cerita ni semua tak best. Heee. Shahida ni nampak Salman Khan dan terus dia nk follow Salman - mungkin sbb instinct dia rasa Salman Khan ni baik kot. At first, Salman belanja Shahida makan minum dan suruh Shahida ni tggu mak ayah dia kat depan kuil. Tp Shahida ni membontot je Salman sampai Salman naik bas nk balik ke Delhi. Salman tahu yg Shahida ni bisu sbb dr td dia tnya mmg sepatah haram Shahida ni tak jawab. All the way dlm bas nk ke Delhi tu, sempat pulak Salman ni bercerita kat penumpang lain, siapa diri dia. (Cerita hindustan kan...). Nama dia Pawan, tp org panggil dia Bajrangi Bhaijaan. Dia ni jenis yg kuat agama. Dia pergi Delhi ni sbb arwah bapak dia suruh dia cari someone - kawan bapak dia. Dh beberapa lama duk kat rumah kawan bapak dia tu, dia fall in love and plan nk kahwin dgn anak pakcik tu, pelakonnya Kareena Kapoor.
Ayahnya si Kareena Kapoor (Riska) ni kuat kasta. Kiranya mmg kalau agama lain, dia mmg anti la. So by time Pawan bawa balik Shahida, semua tak tahu asal usul Shahida. Tak tahu yg Shahida ni dari Pakistan, tak tahu yg Shahida ni Islam. Dorg ingat Shahida ni local people (orang dari negara India juga), siap bg nama baru kat Shahida, dorg panggil Munni. Setiap hari Pawan akan cari jalan nk temukan Munni dgn family dia. Tp tak berhasil. Sampai la Pawan dgn Riska dpt beberapa hint ttg asal usul Munni. 1, bila Munni tumpang makan ayam kt rumah jiran sebelah yg beragama Islam - kalau dkt rumah Riska semua org vegetarian (agama dorg mmg tak makan apa-apa daging). 2, Masa Pawan bawa Munni pergi kuil, Munni lari masuk dalam masjid (masjid tu depan kuil) dan Pawan nampak Munni amik pashmina, pakai, pastu tadah tangan berdoa. Panikla Pawan dgn Riska! Lagu mana nk sorok dr ayahnya Riska. Tp mengenangkan hanya dorg berdua je yg tahu dan Munni tu pulak bisu, takkan boleh kantoi nya lah kan. Dorg cool kejap. Tp malam tu pulak masa kt rumah, ramai-ramai berkumpul tgk perlawanan kriket antara India dgn Pakistan. Ayahnya Riska pun ada sekali. India kalah, Pakistan menang, Satu rumah unhappy kecuali Munni terlompat2 tepuk tangan siap cium bendera Pakistan kat tv lg kau. Haaaaaaaa, kantoi di situ.
Mengamuk la ayah Riska. Dia suruh juga hantar Munni balik ke Pakistan tak kira apa cara sekali pun. Mula2 nk pakai travel agent bawa masuk ke Pakistan, tapi rupanya travel agent tu jahat. Hampir2 Munni kena jual dkt rumah pelacuran. Pawan mengamuk habis dibelasahnya travel agent tu. So now Pawan nekad, apa jd sekalipun, biar dia sendiri yg hantar Munni balik Pakistan dan dia akan make sure Munni jumpa dgn mak ayah dia balik.
*****
Penat betul Cik Gayah menaip. Part 2 nanti Cik Gayah cerita sambungan nya yo!
UPDATE:
Rasa tak patut pulak ada sambungan part 2. Sebab smlm officemate duk cerita in detail lagi satu cerita hindustan yg best, yg Ajay Devgan berlakon tu. Guess what! Saya terus takdak rasa nak tengok cerita tu sbb dah tahu keseluruhan jalan ceritanya. Hahah. So taknak la kome feel the same mcm saya. Akhir kata, sila lah nonton Bajrangi Bhaijaan!
No comments:
Post a Comment