Masa kt UiTM Sri Iskandar saya tak kerja tp saya berniaga. Jual selfmade hotdog bun dgn sandwiches bapak sedap dr bilik ke bilik. Fuhh.. mmg pengalaman yg sgt berharga. Dah berangan nk cerita ttg hal ni kt cicit Cik Gayah nnt! =D
Masa kt UiTM Shah Alam pulak saya part time kt Secret Receipe Seksyen 9, dekat2 Plaza Masalam. Tu pekerjaan pertama saya yg ada potongan EPF. Tp kerja tak lama pun sbb pekerja abadi kt situ asyik la kerek dgn den - kau budak Uni apehal sibuk nk kerja sini?? Camtu la lbh kurang. Drama sgt dorg buat titew time tu. Pdhal titew ikhlas nk cari rezeki taknak susahkn mak ayah kt kampung duit nk siapkn assignment tak cukup :( Mmg pengalaman perit la dgn pekerja abadi kt situ :(
Sehari start cuti sem, dh ligat fikir caner nk kumpul duit utk next sem nya. Tak sanggup dah nk part time lps pngalaman sblmnya. Rezeki Allah - dpt temporary job kat satu Legal Company - pun dkt Seksyen 9. Tak berkembang langsung komuniti den masa tu. Kekekek. Dgn xdak pengalaman lgsg, bos company tu still sudi bg kepercayaan kt saya utk bantu lawyer2 dia sediakn legal2 document. Saya akn kenang jasa bos tu smpai bila2 :') Saya happy kerja kt situ. Satunya sbb saya mmg dr kecik suka membayangkn diri saya bekerja dlm suasana pejabat. Keduanya sbb bos saya tu rules the company in islamic way. Gaji? Gaji kecik masa tu tp saya rasa banyak! Bos bg gaji minggu2, setiap hari jumaat sblm balik kerja. Hehe. Cash RM 200 kerja isnin-jumaat. Tp kt sini x potong EPF - mungkin sbb temporary worker je kot. Bila sem dibuka, saya pun stop la berkhidmat.
Dalam resume, saya letak this job as my first working experienced. Nama and contact number ladyboss ni pun sampai skrg saya jadikan reference. Walhal ntah-ntah bos dah tukar nombor phone lain. Tp sbb tmpt kerja ni bg kenangan manis kat saya. Sbb tu saya appreciate dan sgt ingat pengalaman keje kt situ.
Zaman jd budak architecture, merasa la intern kat architecture firm. Firm cina, kecik je pun. Jd draughtmen masa tu. Dorg byr RM300 je sebulan tp workload sama hebat mcm pekerja lain kt situ. Dgn kna ot nya. Mmg kaw-kaw boss dgn bini boss firm tu 'gunakan' bdk intern. 4bln tempoh intern mmg memenatkan travel dr Shah Alam - Damansara Heights naik public transport tp masa tu darah muda beb, apa adehall. Lulz~
Tanpa konvo, again, saya tak duduk diam terus buka surat khabar cari kerja! Hoyess Cik Gayah cari kojo masa tu guna surat khabar je hokeyyy. Penghujung 2008 camtu. Kt ruangan iklan kerja tu kan, ha sebiji demi sebiji huruf saya baca. Rezeki Allah, dpt kerja kat catering company. Position ala2 sales personnel. Gaji mati RM2000. Kiranya kalau close deal byk mana pun dlm bulan tu, gaji tetap RM2000. Komisen ilek. Benefits lain medical ke, ot ke, pun tarak. Bos masa tu perempuan, kutturunan mamak. How was she? Saya bertahan 3bln je camtu. So again. How was she? :p
Dlm sebulan jg saya menganggur lpstu. Sgt panas montot. Kais balik semula surat khabar dkt rak tv. Selak balik semula bhgian iklan. Rezeki Allah lg. Dpt interview kat bangsar, jawatan Executive Customer Service Representative. Ni first pengalaman interview siap kna buat typing test. Few days lps tu dpt call dr that company suruh second stage interview kat Menara Celcom pd tarikh sekian2. Menara Celcom? Knp tmpt interview lain2? Masa ni rasa mcm kna scam pun ada. Tp pd tarikh yg disuruh, saya gi juga interview kt Menara Celcom. First day stepped in kat Menara Celcom, hati berbunga2 kembang setaman! Perasaan 'nak' kerja kat that building membuak2 apetah lg bila tgk the staff yg sama2 naik lif gojes2, semark2 abe weh!
Interview tu pun berjaya diharungi and few days lps tu dpt call dr company bangsar td, bgtahu saya boleh start kerja kat Menara Celcom pd sekian-sekian haribulan. Happy bukan kepalang. Yg kelakarnya, masa first day at work baru saya tahu yg company bangsar tu is actually a third party yg supply manpower kpd client2 dorg. Btw company bangsar saya ni namanya Millenium Consultant.
Setahun saya duk under Millenium Consultant tapi berkhidmat kpd Celcom. Dlm tempoh setahun ni, term saya ialah Leasing Employee - kira mcm staff yg dipinjamkan. ID saya pun waktu tu temp_ias = temporary_huruf-pertama-nama-penuh. Dlm tempoh setahun ni, saya pulun buat OT. Sehari 3jam OT. Kdg2 sabtu ahad pun mai dtg buat OT. Ada masa mmg force OT, ada masa mmg sengaja buat OT sbb nk seronok tgk payslip hujung bulan. Dan kebanyakkan bulan, OT shj RM800+. Saya mampu sewa satu rumah 3bilik masa tu tanpa sentuh duit gaji basic. Kenangan betul semua tu. Tp yg tak bestnya masa dlm tempoh leasing ni, bila staff Celcom dpt bonus, awok melopong ler. Dh la bonus Celcom zaman tu meletop ya amat! Rezeki saya, lps setahun tu Head of Department buat proposal ke HR utk absorb kan saya sbg staff Celcom. So berterusan lah khidmat saya kat situ lg 2tahun tp kali ni sbg permanent staff - ID pun dh upgrade takde tempias tempias lg dah :p Masa tahun ketiga saya kat Celcom, saya frust menonggeng putuih cinta yeop oii terus rasa mcm nk tinggalkan KL, tinggalkan semua kenangan. Hahah poyo sungguh! Tp mmg masa ni start la eyeing on new job sbb saya tahu, deep down in me, I can do more, I can earn more!
Dlm pd tu, ehhh
Masa tgh cintan-cintun dgn en.Ubi, dapat pulak offer interview kat Shell. Mula2 gi interview mmg tak confident langsung akan dapat. Siap sesat jalan lg nk ke building Shell kat Cyberjaya nun. Tp tu la, berkat setiap hari bersungguh berdoa minta Allah luaskan pintu rezeki, dapat jg keje kat Shell tu. Excited bgtahu en.Ubi and he was excited too. Sampai la kami bercakap tentang saya akan move to Putrajaya sbb nk ulang-alik KL-Cyber akan consume byk duit, masa, tenaga.. masa ni, like berbelah hati juga nak proceed pindah ke idok. Tp saya ni spesis keras hati. Walaupun by the day saya nak dekat2 pindah ke Putrajaya, there was one moment en.Ubi nangis (aww thank you for loving me that way)(oh and sorry that I share it here :p), saya buat keras je juga. Masa ni saya yakin, kalau mmg jodoh dgn en.Ubi, kot kot mana pun, we will still love and jujur to each other. Moreover, it's oil and gas company! Takkan nak lepaskan! :p
Jodoh kerja di Shell 2tahun je. Bermula dgn tragedi sakit, lps tu nikah, pindah balik KL, kerja kat small company,
No comments:
Post a Comment