Few days ago, nampak kat FB 3D 4D Scan Malaysia dorg ada buat promo utk bulan Febuari 2016 - Scan 3D hanya RM70 je. Murah tak terhingga! Mestilah excited nk tengok mana rupa honeybun titew :) Tapi bila di-study2 balik, 3d scan ni sesuai utk pregnancy 24week - 32weeks. Reason why, dlm tempoh ni tumbesaran baby paling perfect utk kita tgk dia secara 3d. Dgn debabnya, dgn lasaknya dia nk bergerak ha masa tu lah :) Kalau blm smpi tempoh tu, kang buat scan 3d risau pulak tgk anak halus kurus je mcm x cukup zat. Plus, pembentukan raut muka anak pun tak nampak jelas lg so hmm no point juga if nak book 3d scan.
(saya try cari semula iklan promo kt FB dorg tapi tak jumpa pulak dah)
Ni promo January 2016 |
Study lg.
Oh ada 2d detail scan pulak. Kalau kt pregnancy web biasa nya dorg guna term NT scan (Nuchal Translucency). NT scan sesuai dibuat sekitar 20weeks - 24weeks. NT scan ni sbnrnya penting utk memeriksa kalau2 anak kita ada masalah pd struktur jantung, leher, mata, mulut (sumbing), tali pusat, kedudukan uri dan baby, atau ketidaksempurnaan lain dr segi anggota tubuh badan dia. Jantina pun boleh check time ni. Satu je yg tak boleh - keadaan kromosom - antara masalah kromosom ialah syndrom down. (ni melalui pembacaan saya la).
But since saya baru je nak entering 16weeks masa tu, 3D scan tak sesuai buat, NT scan pun tak sesuai buat. Hmm.. Tapi, both of us sangat rindu nak tengok nak jumpa our honeybun :) En.Ubi la yg sgt excited and sgt demanding nak jumpa our baby :) So godek lg cari kat mana yg ok nk scan biasa. Jumpa la this review tentang Klinik Sofea Puchong. En.Ubi call, alhamdulillah the nurse yg jawab call elok je berbudi pekerti - trust me, saya pernah experience nurse yg jwb call punyalah kerek baq hang. Tak perlu set any appointment, blh terus walk in to Klinik Sofea ni. Lunch break pun xdak nurse tu kata :p
Gigih Cik Gayah dgn En.Ubi meredah tol dan jam sampai ke Puchong demi nk lepas rindu kat anak :) Tak susah nak cari klinik ni. By time kami smpai, dalam pukul 1.15pm. Prosedur mcm biasa, bg IC sbb first time datang. The clinic quite small, nothing fancy, tp patient mmg quite ramai (sblm saya ada lg 7 patients). Times fly, almost 2hours pun blm dpt turn jumpa doktor. Alhamdulillah saya still cool, kejap2 ngadap hp, kejap2 dgr En.Ubi ckp tentang ntahpape, kejap2 kunyah kismis.. But then kami notice yg this clinic is actually attach business dgn klinik sebelah. Tapi.. klinik sebelah tu ialah klinik kencing manis. Ngeee. Mula2 mcm pelik sbb tgk nurse kat Klinik Sofea tu keluar masuk bawa jarum, insulin, segala. Tp lps dah tahu ttg attach business tu, rasa mcm erm.. kureng best pulak :/ Patient satu angka depan saya dah buat muka masa tanya kat nurse, "lama lg ke turn saya?"
Tunggu lg dalam satu jam alhamdulillah now it's my turn. Masuk jumpa doktor, doktor perempuan. Baik, lembut je bercakap. Tp zass dia suruh baring, zass dia sapu gel, zass dia scan perut den, zass zass zass padaiyappa dia explain gitu gini ttg our baby. Sempat la juga saya menyelit tanya apa yg saya nak tahu cumanya ke-rush-an tu mmg obvious sgt. En.Ubi sempat selit tanya satu dua soalan termasuklah 'doktor, isteri saya boleh makan durian tak?' (walhal beliau yg ngidam nak makan durian. like I didnt know it -_-). Doktor jawab dgn lemah lembut dan sopan tapi bab nampak-rush-mcm-nak-suruh-kami cepat-cepat-keluar-sbb-patient-ramai-lg-kt-luar-tu memang obvious bebenau. Kiranya kami dlm consultation room tu takdan setengah jam pun :/ But two good thing, doktornya lembut berbudi bahasa dan dia akan catat hasil pemeriksaan dia dalam buku pink!
Keluar dr consultation room, tak sampai 5minit dh dipanggil utk buat bayaran. Total bayaran ialah RM50 sahaja :) To be more positive on this session, sila la anggap doktor td just bg consultation free. Yg RM50 just charge utk scan honeybun.
Berbaloi tak drive all the way ke Klinik Sofea Puchong? Ok ok la :)
No comments:
Post a Comment