Monday, November 13, 2017

Playtime - Kidzoona

En.Ubi and I have an aim to let Affan to enjoy playground (be it indoor and outdoor) EVERY WEEKEND. Weekend is very crucial for me sebab that is the only days yg saya rasa saya betul2 together dapat main-main, exercise, gelak-gelak, relax-relax dgn Affan, dan dalam masa yg sama ajar Affan on sooooo many things! Colors, shapes, interaction, depth, macam-macam lagilah!

Just recently cuaca mcm tak berapa sesuai utk outdoor activity so kita keluarlah duit sikit belanja anak masuk Kidzoona. Kidzoona ni ada kat semua Aeon Jusco rasanya. Fee masuk pun taklah semahal Kidzania atau playarea shopping complex lain. Fee utk weekdays ialah RM10 all day long. Stokin budak rm3, stokin ongtua rm4. So kalau nak jimat, bawa stokin siap2.

Suppose activity mcm ni kami buat over the weekend. Tp disebabkan last week busy pindah, so babah belanja Affan on weekday lps pindah rumah tu. Best rupanya pergi on weekdays sebab takramai org hahahah. Takdela risau sgt ada budak-budak yg tgh galak berlari berkejaran terlanggar Affan ke apa.





I was so happy to see Affan dah berani meredah lautan bola-bola ni. Sebelum2 ni, Affan memang takut nak cecah kaki kat these balls. Tak tahulah kenapa tapi maybe dia rasa tak selamat.. maybe dia rasa dia akan tenggelam dalam balls tu kot 😕

I read somewhere, bila anak-anak is afraid on something that he/she suppose not to be afraid of, JANGAN PAKSA or lepaskan dorg konon mcm nk ajar dorg utk overcome perasaan takut tu. Perasan tak, bila dorg takut, dorg akan berpaut or lari and peluk or menyorok belakang kita his/her parent? Its a good sign that anak kita rasa lebih selamat dan lebih yakin dengan kita. Having that in mind, kita kena bagi masa pd anak kita utk overcome their feelings. Bukannya paksa anak-anak utk tak takut which in result, anak-anak boleh jd kurang kepercayaan kpd kita their parents (kita bukan lg penyelamat/pelindung dorg).

Contohnya sebelum ni Affan takut bola-bola ni, at first attempt, second attempts, third attempts, fourth attempts dia taknak, saya ikutkan aje. Saya dukung peluk dia but at the same time tunjuk kat dia yg the balls are not giving any harm, the balls are fun instead! Tp dia still takut, so it's okay. Next trip (percubaan kali kelima) saya cuba lagi and this time around saya yg masuk dulu dalam the balls island and slowly ajak Affan join in. Alhamdulillah dia start to berani.

Sama kes kalau anak taknak dengan orang. Kita as a parent pleaselah JANGAN terus lepas tinggalkan anak tu kat org lain. Be it atoknye ke, pak menakannye ke, best friend korang ke, big please, just don't. Jangan kerana anak tu kecik lagi takpandai tak kuat kudrat utk me-reject, maka kita memaksa anak silently. Kejam namanya tu. Berbijaklah utk interact dgn psychology anak slowly. Tanamkan dalam diri dorg it is ok and safe to be with that new person, while you (ibu/mama/mak/mommy/ummi) akan still ada kat sini. Memang akan ambil masa but slowly, anak akan built that kepercayaan yg kita tanamkan tu. Plus point, anak akan rasa "eh betul lah ibu kata.. tak bahaya pun benda ni.. tak scary pun org ni.."

Oh panjang pulak mengomel. Sambung tengok gambar Affan having fun kat Kidzoona jom.








Kebetulan teringat my friend yg supervised Kidzoona ni (different outlet) pernah tunjuk staff2 dia duk mengelap SETIAP biji bola ni as a standard procedure to keep mainan ni semua hygienic. So apa kata kita tanya dia sekali lagi utk kepastian.




Gotten the answer, so lepas ni bolehlah plan bawa anak on Monday itself sebab haritu mainan masih lagi super bersih. Heheheh.






Tuesday, November 7, 2017

Random update


Mata rabak tak tidur properly dekat seminggu lebih. Asalnya me myself demam on and off. Dalam pada demam tu sibuk pulak kena pindah rumah ughh. Ni bersambung pulak Affan demam meragam nak tumbuh gigi adoilaaa...

Lucky for me, dalam pada all this life's-roller-coaster situation, I have a chance to enjoy these fun and vivid foodies! Dah masuk bulan kedua my perut ni asyikla memproses makanan hotel. Almost everyday! Bila tengok gambar-gambar ni, terasa betapa banyaknya yg Allah dah blessed me. Banyak sangat benda-benda yg saya kena dan patut syukuri instead of whining tak cukup tidurla, kucing asyik berak kat depan rumah la, en.Ubi hilangkan berus gigi la..




I will not post long this time sebab takde idea sebab I am just too sleepy still. Plus, all I am thinking now is how is Affan doing at his babysitter place. Kesian anak ibu.. Mesti nangis meragam cari ibu ye.. 😭






Thursday, November 2, 2017

SOALAN TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

Tahniah pada yg sama-sama dapat panggilan temuduga SPA untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 baru-baru ni. Temuduga dah bermula 29 Oktober 2017 (Ahad - untuk negeri-negeri tertentu) dan akan berakhir 17 November 2017 nanti.



Sesi temuduga saya di Kompleks C, Putrajaya, 30 Oktober 2017 haritu. Nervous toksah cakap lah kan. Tp persiapan still last minute mcm zaman sekolah and uni dulu pfffthh. Esok nak interview, malam sebelumnya baru terkial-kial nak baca berita isu semasa la, nak hafal nama menteri la, nak study tugas-tugas dan bidang kerja N19 la, print resume pun pukul 10 malam! ❗Disclaimer : Jangan ikut aksi ini

Ikut email invitation, interview pukul 9pagi so obviously I have to be there earlier la kan. Alhamdulillah journey dari Shah Alam to Putrajaya went well and I safely reached by 8.20am. Pengawal lalulintas ada bertugas kat gate nak masuk kawasan bangunan SPA tu so bertambah mudahlah nak cari kawasan parking pun. Time ni parking lot melambak so saya cadangkan kalau interview korang pukul 9 or 10 pagi, dtg jelah before 8.30pagi. 6kali nak go-head-go-stan masuk parking pun boleyy time ni kekekkekekkek.. Eh Cik Gayah terror reverse parking tau. Sekejapan je dah masuk parking bay cantekk punya *tetiba*

Dalam pada terkedek-kedek nak mencari Blok C7, saya nampak ramaaaaaiii sangat orang. Panic gak la sbb ingatkan dah awal dah rupanya mcm ter-paling lambat sampai.



Siap bawa luggage and family members datang beramai-ramai me-nye-port nk interview weh apekehei yeop?? Setelah dicek-cek, ghopenye deme ni semua batch yg dah lulus interview sebelum ni and harini datang utk lapor diri. Oooo patutla siap bawa luggage bagai dan turut ditemani sanak-saudara. Syoknye uolls dah dapat keje kajaan! Iolls baru nak intebiu ni. Wuwuwuwu 😰



Blok C7, tingkat 6. Berdebar tengok pintu ni macamkan nak masuk dewan bedah beranakkan Affan dulu 😀



Tak ramai candidates. Maybe yg ada ni batch pukul 8pagi dan 9pagi. Batch 10pagi belum sampai. Nanti akan ada kaunter saringan (untuk saring/cek dokumen kita cukup atau tidak). Lepas lulus saringan, baru dapat nombor giliran untuk diinterview.


Nombor candidate terkini yang tengah diinterview - 0405. 7 candidates more to go. Sempat la saya scan candidate2 lain. Masing-masing appearance (baju, kasut, gaya bawa handbag) dah mcm ongkeje kajaan. Hahahahah. Saya sorang je sendu pakai tudung bawal simpul bunjut kat hujung tudung. Bajet comel mcm Datin Norjuma la kah kah kah! Yg lain shawl lilit-lilit weh ngan make up vavavah vajiva!

Kecut perut mai dah masa ni. So untuk mengelakkan nervous sorang2, moh le kita ber-cik-gayah dengan candidate lain. Sayangnya, gugurls depan ni semua taknak kawan ngan titew. Maybe sebab appearance ku yg sendu ini 😩




See. Duduk sorang2 kat meja lain. Takde sapa nak layan Cik Gayah. Sobs. Tapi Cik Gayah tak berputus asa! LOL. Lepas tu sorang demi sorang Allah datangkan kawan baru pada saya dan alhamdulillah the ladies are all very kind and we were easily click siap create group whatsapp kau 😜




Ok. Habis dah babak-babak sebelum bermulanya interview. Sekarang masa yg ditunggu-tunggu.

THE INTERVIEW.

Sebelum masuk bilik interview, ketuk pintu, then masuk terus takyah tunggu interviewer jemput masuk.
Beri salam atau ucap selamat pagi.
Ada 2 orang pegawai penemuduga (masa saya, dua2 penemuduga lelaki)
Dokumen/Resume asal dan salinan, serah pada penemuduga.
Minta izin duduk, dan duduk dengan sopan.

SOALAN TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19.

1. Sila kenalkan diri puan dan nyatakan kenapa kami perlu pilih puan untuk menjawat jawatan ini?

Saya sebut nama, negeri kelahiran, sekarang menetap di mana, pengalaman kerja saya, tahap pendidikan tertinggi. Saya bagitahu yg saya patut dapat jawatan ni sebab saya berjiwa besar dan fokus pada ketelitian. Tu 2 points saya. Of course lepastu kena elaborate, kena huraikan 2 points tu. Saya yakin dengan 2 points ni sebab, itu memang character saya. So takde tipu-tipu. Agak smooth juga saya menjawab soalan ni CUMA taktahulah kenapa lidah ni gatai asyik nk tercakap bahasa inggeris. Bila saya tersedar saya menggunakan perkataan bahasa inggeris, saya cepat2 cantikkan balik susunan bahasa melayu saya. Maybe there is nothing wrong pun kalau bertutur dlm bahasa inggeris, cuma personally saya rasa agak kurang sopan la bila interviewer bertanya dan bertutur dlm bahasa melayu tapi kita nk jawab menggunakan bahasa lain.

2. Puan ada buat background study tak berkenaan jawatan ni? Kalau ada, apa yg puan tahu mengenai jawatan ini?

Ada. Bidang tugas jawatan pembantu tadbir antaranya ialah :

- memastikan tugas-tugas perkeranian untuk sesuatu jabatan berjalan lancar
- mengurus sistem perfailan
- jika perlu, bertndak sebagai PA kepada pihak atasan
- jika perlu, bertindak sebagai penghantar dokumen
- menyemak kehadiran pekerja jabatan

Percayalah.. Ini dua je soalan yg interviewer tanya pada saya. Selebihnya, antara soalan 1 dan 2, interviewer berminat nak tahu tentang diri saya (personal - i talked about my medical history) dan mereka mendengar dengan tekun dan penh minat. Bukan takat tanya buat cukup syarat.

Total time saya berada dalam bilik temuduga ialah 20minit.

Saya ada refer pd kawan yg skrg btugas dgn kerajaan. She said, some of her friends yg bertugas sbg penemuduga, they said the most important thing yg diorang nk tengok is keyakinan calon. Saya agak, sbb position ni kan kna banyak bergaul dgn staff lain. So maybe kena ada character yg mudah utk berurusan with. Rasanye lah....

Ok. Itu je yg dapat dikongsi dgn calon-calon lain. Semoga ada rezeki buat kita! Amin!!! Oh btw, result keluar 19 December 2017 nanti. Penantian suatu penyiksaan.


p/s : Ada sorang calon ni, dia ada degree. Tapi dia apply this position guna result SPM. Dalam fail dokumen yg dia bawa that day, dia letak sekali transkrip degree dia. So masa kat kaunter saringan, pegawai tu kata, patutnya tak boleh ni cik. Bila calon ada degree atau diploma maknanya dia dah lebih kelayakan utk jawatan ni. Tapi takpelah, cik cuba jelah k.




UPDATE 
26 SEPTEMBER 2018
jika ada yg nak bertanya apa2 soalan lanjutan dr entry saya ni, boleh email saya kat
mammagamma11@gmail.com


3 OKTOBER 2018