Sunday, January 18, 2015

AJL 29

Rasanya semua orang pun mcm tgh layan AJL 29. Saya vote for Mojo, Dayang & Hafiz. Kena vote sesiap sbb jap lg nk kena fetch adik blk keja. Hoyes selain menjadi bibik masak, basuh pinggan, kemas rumah, membebel kat en.Ubi, ada tanggungjawab baru bertambah di bahu saya yg bersaiz 13.5cm ni ye puan-puan. Iaitu menghantar dan mengambil adik pi balik keja. Bahasa pasarnya jadi mbak supir. Adik saya hat no.4 dah stay with us kat KL ni ha. Selain sebab keje, sebab nk memudahkan urusan check up kt HKL. My not-so-little-sis suffers from talesmia. She inherits talesmia dari both my parents yg merupakan pembawa gen talesmia. Saya pun pembawa gen talesmia. En.Ubi, wallahu'alam taktahu sebab beliau tak pernah cek lagi. I pray hard en.Ubi bukan pembawa gen talesmia so that Baby I wont inherits sakit talesmia tu.

My sis is a nurse kat klinik swasta. Makanya rajinla kakyong dia ni berdoa siang malam biaq berjodohan dgn tuan dokter yg baik. Dulu kakyong ngidam nak jadi dokter tp payah benor nak dapat A subjek biologi. So doa dapat adik ipaq dokter pun rasanya dh boleh hilangkan ngidam tu. Ekekekek. Btw ada sorang dokter tu ya ampun hensem sangat. En.Ubi pun cakap dokter tu hensem. Confuse I~

Entry ni takdak specific pape. Cuma rasa nak membebel sbb en.Ubi tgh keje kang nak membebel kat beliau je tak capai tahap isteri mithali pulak.

Ni baru lps Najwa dgn Shila Amzah perform. Biasa2 je to me. They were awesome but the songs yg bg saya biasa2. Lagu yg saya rasa hebat ialah 3 lagu td tu. Roman Cinta, Di Pintu Syurga dan Matahari. Performers lagu2 tu pulak td mmg vavavah meremang bulu tengkuk. Lagu Sesal Separuh Nyawa pun best melampau tapi the way Alyah perform td below impressive level. Mungkin dia tgh susah hati kan. Poor her :(


Friday, January 16, 2015

Enjoying Me-Time

Baru lepas tengok Cinta Ilahi. Menggeletis sengsorang tgk cerita tu. (En.Ubi keje malam) Syok sgt tgk bila Hud usaha nak tackle heroin apedah nama lupa. Teringat zaman kegemilangan bila en.Ubi usaha nak tackle iolls. Uh takpelah kita tinggalkan kisah zaman kegemilangan tu sbb skrg bukan lagi zaman bila dgr lagu boleh feeling2 mcm berkait jek dgn kisah cinta diri ini. Hewhew. Skrg zaman kena perbanyakkan mendengar kuliah pasai rumahtangga, tanggungjawab suami isteri, pengurusan kewangan dan persiapan bersalin. Heh?

Taktahu merapu apa tp yg nak diceritakan sbnrnya ialah i am now really enjoying my me-time. Selalunya bila en.Ubi keje dan saya dok sorang kat rumah, tak dan dua jam sekali mesti ping beliau merengek sebab takde kawan nak kacau. Tapi mlm ni mcm lain sikit. Rasa mcm oh best pulak duk relax sendirian kat rmh. Lepas solat boleh doa nangis2, masak ikut tekak sendiri, ngadap tv dgn volume rendah (saya jns yg tgk tv x suka volume mcm kn rmh kita je ada tv) dan boleh berambut seperti kak limah yg femes itu.

Like i mentioned just now, lauk blh masak ikut tahap kemalasan tekak sendiri. Macam malam ni, rasa nk habiskan baki isi ayam sbb esok ada pasar tani jd nk beli lauk baru yg fresh. Nak buat nasi goreng, telur dah habis. So lauk paling malas mudah yg boleh dicampak-campak je teknik memasaknya ialah ayam masak kunyit. Bukan ayam goreng kunyit ye sebab mmg saya tak goreng dulu ayam tu. Potong kasar2 bawang kecik 2ulas, tumis, campak isi ayam yg dah didadu, letak serbuk kunyit sikit, garam sikit, potong satu rantai kacang panjang (satu rantai?), campak kacang panjang, tuang air sikit. Kacau kacau kacau sampai isi ayam dah masak dan kacang panjang dah rangup. Patahkan cili padi 2, campak. Tutup api, cedok masuk pinggan.

Taraaaa!!


Makan dgn nasi putih panas. Dah suapan kedua baru baca Allah humma bariklana sampai habis -_-"

*cedok nasi guna sudu ye puan-puan barulah terbukti kemalasan di tahap maksima. Oh dan jua selepas itu sudu itu digunakn pula utk mencedok lauk. Jd selepas mkn hanya perlu basuh satu sudu. Bijak kan puan-puan?*

Saya pun taktahu pasaipa me-time mlm ni mcm heaven sgt. Intan payung jgn risau ye. Guwe masih cintain luh :p Yang benar donggg~




One step forward by en.Ubi on his business. I pray that you will be blessed by Allah for everything that you pray and work on. Jangan lupa saya masa dah senang nanti ye :')


Wednesday, January 14, 2015

Berlalunya masa




This guy is one of my primary schoolmate masa kat kampung dulu. Bila he texted me rasa macam ya Allah dah tua nya saya. It has been almost what.. erm.. 17 years old since we last met? Uwuuu tua dah Cik Gayah rupanya. Nasib baik Cik Gayah ni kecik mulus je orangnya. Meninggi idok, mengembang pun idok. So kalau pakai baju sekolah pun orang sudi bagi duit banje kat titew lagi :p

Well, 17 years keep lots of stories for sure. Masa ni la baru dapat tahu dulu si A ada crush kat si B and whatnot. And a sure thing to makes me smile when having this conversation. Paling tak boleh tahan rasanya part betul kan tie tu. Omo dulu rasanya sikit pun tak terlintas betul kan tie kawan tu boleh mendatangkan apa-apa makna. Masa tu mungkin fikir Heh kenapa kau pakai tie macam tu? Meh sini aku betul kan! Tetiba jek sampai ke skrg kwn tu dok teringat yg Cik Gayah pernah betul kan tie dia. Comel je. Comel masa hang kecik la. Laa ni kalau guwe bilang loh comel, bakalan disaster semuanya. Hahah.

And then it came to the sad part bila kawan-kawan ajak jumpa, nak tahu keadaan skrg, nak tahu apekah sakit Cik Gayah yg sebenarnya. Susah nk explain kenapa saya ready jumpa certain people but not the rest. Perasaan ni mungkin hanya orang yg sakit je yg faham.

Beberapa hari lepas I, again, had a serious talk dgn en.Ubi. We were discussing how we were deeply in love masa zaman belum kahwin. Sampai pukul 2-3 pagi pun sanggup message bercakap tentang kehidupan lepas ada anak 4. Miang sangat dua-dua time tu -_-" Zaman dah kawin pukul 2-3 pagi en.Ubi dah sibuk berdengkur. Kalau tak berdengkur sibuk mengigau itu ini (nasib baik ngigau sebut nama lelaki. lol), yg saya pulak kalau pukul 2-3 pagi kejenya berperang tarik selimut dan bantal dari en.Ubi sbb beliau spesis akan conquer segala benda atas katil bikirin guwe stress amat! Memang la elok tidur berbantalkan lengan suami tapi kalau tiap2 malam kisshkissh tiak you loya juga yang oi. Hewhew.

Pastu kitorang compare lg, kalau lah dulu we were not fall for each other, saya tak pilih en.Ubi, beliau tak pilih saya, agaknya macamana kehidupan masing-masing saat ni? Bila saya pejam mata dan bayangkan life not as his wife, cepat-cepat saya buka mata. Tak sanggup bayangkan diri hidup dgn org lain. Walaupun kehidupan yg saya ada bersama en.Ubi masih jauh dari kesempurnaan, tapi saya bersyukur ada beliau sebagai jodoh saya. Betul lah yg dikata-kata, Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk tiap-tiap hambaNya. Saat saya berdepan dgn masalah, kadang-kadang bila sujud mengadu pd Allah, rasa kering dah ayaq mata. Seolahnya macam dah habis mengadu, dah habis daya dah nak face up ujian-ujian Allah. Tp bila tengok di depan, ada en.Ubi, beliau hulurkan tangan nak bersalam lepas habis baca doa, perasaan relief tu pulak datang. Apetah lg bila en.Ubi peluk siap pok-pok-pok nak calm me down, rasa macam Allah beritahu saya yg Dia sentiasa ada dengan saya. Malah Dia kirimkan en.Ubi untuk temankan saya hadapi hari-hari seterusnya.


Moral of the story, always learn to appreciate your husband/wife.

Kelebihan mereka kekurangan kita.
Kelebihan kita kekurangan mereka.


Saturday, January 10, 2015

Rindu Awak 200%


Update entry sambil nangis sorang2 sebab oh only Allah knows how much how bad how deep how painfull I miss studying. Rindu rindu rindu!! Tengok muka lecturer, muka coursemate, lagi la membuak-buak rasa rindu ni. Kejap-kejap rasa nk minta izin en.Ubi nk g UTM. Tp lps tu sendiri yg taknak pergi simply sebab tahu if saya pijak kaki je kt UTM tu mau pagi2 dah drama samarinda kang. Tu belum jumpa coursemate & lecturer. Lagi la UTM tu jadi Kuala Krai pulak.

Saya pi office lama jumpa officemate lama pun camtu. Sembangnya sikit. Nangisnya banyak. Pastu sewel sambil nangis sambil ketawakan diri sendiri. Sebab taknak jd sewel tu yg saya bercinta nk jenguk2 UTM ni. Haishh..

Asal kamu tau ya, UTM ini emangnya spot guwe pacaran kamu ngertik!

Bottomline is, i miss u. I miss u all :')

*lap ayaq mata. Tacimm*


What kind of wife are you?

Dah beberapa mlm dok tanya kat diri sendiri. Puncanya sebab baru perasan yg diri sendiri dh beberapa mlm akan lewat tidur sebab nk kemas dapur and hall. Saya rasa saya ada syndrome housewife yg jenih lebih baik kemas mlm ni jd esok pagi2 takdela semak mata, kepala, perut tgk dapur tak licin, hall berselerak sblm keluar rmh. Otherwise blk rmh nnt double triple tiring lagi la saya tak sanggup. It's ok if I hve a housewife syndrome drpd kena sindrom yg terlalu pembersih tu ape nama ntah. Habisla kecut blk saraf otak saya if I ever got that syndrome. Oh well, en.Ubi is not being blessed with sifat rajin tanpa dijerit disuruh, atau sifat pengemas yang jujur. He is kinda person yg boleh mengemas bila kita minta tolong but always cheat in his cleaning duty. Sigh...

Tp tu bukan yg saya nk cerita sbnrnya. Saya nk share  pasal masak2. Lol. Muqaddimah jauh menyimpang. Dulu2 zaman cintan-cintun, whenever saya demam, en.Ubi akan dtg at my place semata2 nk hntar bubur. How sweet was that? Takdela sweet mana pun. Haha. Trust me, there was this one guy yg lagi la bersungguh nk try to get me sampai sanggup mai dr soromban ke kl semata-mata nk bawa saya pi klinik blkg rmh. Tp dh jodoh saya dgn en.Ubi si penghantar bubur, saya redha. Kekekek *mati la 10hari en.Ubi protes taknak buang sampah lps baca ni*

Back to bubur td. Somehow that was the least pe'el romantic yg en.Ubi bawa dr zaman blm nikah sampai laa. Whenever I fall sick, he would offer to either buy food outside or he cooks. These couple days were not gentle at me. I was down by fever, headache, stomach ache, muscle pain dan segala mcm lg lah. As expected, en.Ubi ckp biar dia masak. Seronok didengari tp tak seronok di hati. Rasa tak sampai hati tgk suami balik kerja penat2 kena masuk dapur masakkan utk kita yg tak sihat ni. Kerana tak sampai hati tu, saya gagah kn jugala bawa badan masuk dapur. So here are our menu takat larat badan.

Tak ingat menu hari apa
Menu kelmarin


Walaupun en.Ubi kenyang, makan bertambah (part ni paling win sekali bg seorang isteri *cry happily*), tp saya sedih sbb tak dapat masakkan beliau sotong goreng kunyit. Dah seminggu gamaknya beliau ada cakap2 teringin nk makan sotong goreng kunyit :( Bila badan tak sihat ni, keje nak masakmyg mudah je. Walhal dalam adab berumahtangga ada berpesan, utamakan selera suami.. Now I feel like will be getting grade F for my annual-wifey-report-card :(




Dulu zaman nk mengorat titew siap belanja baskin robbins. Sekarang dah nikah, takat bergambar dekat dinding baskin robbins je -_-"

Adik2 yg belum nikah tu sila take note ye. Bukan semua suami di dunia nyata adelah seperti Airil Istikharah Cinta ye *tetiba*




Wednesday, January 7, 2015

The Compilation of Krabi's Episodes

Krabi's Episodes

1. Pre-Story
2. Tentang Duit
3. Touchdown
4. Manis berdebar-debar
5. Cinta Beralih Arah
6. Camar yang Pulang


Doktor

Blog-blog that I really enjoy reading it masing-masing update 2-3 entries. Puaih hati Cik Gayah baca. Mieh mieh. Blog sendiri mmg style buka tutup buka tutup je laa ni. Tu pun sebab sendiri lupa Eh last entry haritu titew cerita apew yew? 

I apologize to myself cerita Krabi tak juga habis2 (and of course apologize accepted) sebab I know I was down these couple days due to demam melepek. Memang melepek. Terbaring jek kejenya. Pastu kang sikit2 merengek kat en.Ubi pasai tak sedap badan. So he is eventually to be called Dr.en.Ubi. Demam ni yg benarannya jangkit dari Dr.en.Ubi. Tp pasai beliau tak takut mkn ubat jd beliau easily cured. Contra to me, saya mmg spesis manusia payah mkn ubat. Kalau tiba masa Dr.en.Ubi suruh saya mkn ubat, mcm2 alasan saya create. To the stage Dr.en.Ubi akan cakap, "Kenapa dia (saya la tu) taknak dengar cakap suami.."

Dannnggggggg.

Deep weyh. Deep.

Terus Cik Gayah tadah tgn minta ubat yg dah dibelah-belah kpd 2 atau 3 bahagian dan sumbat masuk mulut dgn dahi berkerut-kerut serta hati mengomel dalam diam Oooo, guna kuasa veto. Mana aci..!

After all, the best part of getting fever (several times dah) semenjak dah nikah ni is when Dr.en.Ubi tanya, "Ada Baby I ke ni?"


Sunday, January 4, 2015

Kelam-kabut ke Krabi : Camar yang pulang

Tak boleh check in sebab silap booked date. So plan B please.

En.Ubi advise untuk cari hotel area Krabi Town for that night. Supayanya, kami tak perlu extend tempoh sewa motor. Sebelum patah balik ke Krabi Town, kami perlu cari, survey, dan book island tour package untuk aktiviti esok. Lps dah kenyang makan padthai yang enak dan air juice limau yang heaven-tak-mampu-nak-diluah-dengan-kata-kata tu, kami pi survey island package along Ao Nang main street. Park motor kat satu point, then jalan kaki. Cuaca agak bahang dengan keadaan saya yg berjalan tidaklah sepantas orang yg sihat wal'afiat. I was aiming for Phi Phi Island tour by speed boat. And my budget was 1000 THB per person. Of course this is all based on my reading before sampai sini. Things that I wasnt alert was November is one of the month with monsoon climate. So I should expect some different in the package fee. Sebenarnya alert je. Tapi my own judgement silap. Saya ingat bila musim tengkujuh ni, pakej jadi murah sikit. Rupanya jadi makin mahal. Mungkin sebab bulan-bulan cuti jadi harga dorang naikkan. Mungkin.

For record: Phi Phi Island tour packge
Jan-June : 1000 THB
July-Dec : 1200 THB

Memang most of booth yg kami survey, offer this price. But 1200 per person is too expensive for me. Sampai kat satu booth ni, rasa capek tak larat menapak dah. Bargain harga minta 1000 THB juga, tak dapat. Last fee dia boleh bagi, 1100 THB. Disebabkan tak larat nak menapak dah, deal jelah. We pay, collect receipt, and tanya nanti boleh ke jemput kat Krabi Town? Dia bgtahu tak boleh. Kalau kami bermalam kat Ao Nang, memang dorang akan pick us up depan hotel, tapi kalau we stayed kat Krabi Town, tak boleh jemput. As I looked deeply into en.Ubi's eyes, he gave me a signal that No worries baby, we'll figure it out later. Esok, tunggu kat sini pukul 8.30pagi. Pesan budak kaunter tu kat kami.

Lepas tu rasanya kami terus ambil beg-beg dari Miti Hotel dan pergi juga singgah satu dua hotel along Ao Nang street. Risau juga esok bangun lambat ke, takdak transport dari Krabi Town ke Ao Nang ke, dah satu hal terlepas Phi Phi Island tour ni ha. Hangusss 2200 THB. Nehi nehi hey.

Tapi 2-3 hotel yang kami survey kat Ao Nang tu paling murah pun paling budget pun 800 THB. Location memang strategic, in terms of how close it is to the booth we bought package tu td. Tp saya tak berkenan sebab kiri kanan hotel tu ada pub. But more to that, saya kalau boleh nak spend around 500 THB je for a room tonight. I know it is almost impossible to get a room at 500 THB kat Ao Nang ni. So that's it lah. We headed to Krabi Town. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di waktu petang. Ye saya, petang tu around 4pm hujan lebat pulak kat Ao Nang. Kami baru vroom vroom nk keluar ke jalan besar all the way to Krabi Town. En.Ubi taknak saya kena hujan so beliau ajak singgah kat satu gerai makan ni. En.Ubi beli air sebotol - so that tak nampak rude sangat menumpang kedai semata-mata nak tunggu hujan reda. Alhamdulillah hujan tak sampai setengah jam dah tinggal gerimis nipis-nipis je. Yayy boleh balik Krabi Town. Otak dah fokus nak mandi, nak katil, nak lena. Saya tahu en.Ubi pun sangat-sangat penat dah. Sebelum gerak, sempat en.Ubi singgah kedai sebelah tu beli selipar nak buat pakai esok. Selipar konsep macam flipper je. 80 THB. Murah if were to compare dengan harga kat Ao Nang main street dan kat Malaysia. Selipar ni kalau kat Malaysia paling murah pun rasanya dalam RM 10. And we off.

Sepanjang perjalanan atas motor, energy bar masing-masing dah blinking. Sampai Krabi Town, terus pergi A Mansion Hotel. Paling murah bilik yg available with aircond, 600 THB. Deal. Tak larat nak survey hotel lain dah. This hotel located dekat sangat dgn Andaman Legacy Hotel. Dalam 5minit jalan kaki. Kalau naik motor tak sampai seminit gamaknya. Hotel ni mmg dr semalam kami dah perasan because exterior hotel ni agak menepati citarasa saya. Nampak semenggah, nampak cukup sifat, tak di sekitar pub, dan yg paling win sekali hotel ni betul2 depan kedai sewa motor pagi tadi! Suka suka suka! But now, first thing first, jom kita check in yang oi.

Masuk je bilik, aircond on, kipas pun on, bummm tidoq tak ingat dunia. Yg td konon nak mandi nak wangikan ketiak takdak dah. Bau jelah yang kalau ketiak titew ni mashem. Padahal plan asal beria norr nak hotel hevatt-hevatt malam ni sebab nak meraikan birthday en.Ubi. Tuptup stay selang 5minit dari hotel semalam. Gahahah. But hey I personally recommended this hotel for it's comfortness, location, budget rate, looks, dan beberapa perkara lagi. And just for you to know, Cik Gayah memang ada nawaitu saumaghodin nak buat entry khas utk review hotel - each hotel we've stayed at. Doa bebanyak nawaitu ni dimakbulkan :p Ok sambung. Almost 7pm saya tersedar. Letih lagi sebenarnya tapi kena gagah bangkit juga sebab ada perkara yg perlu di settelkan. First thing first, solat. Dah bersiap, keluar, tuju ke kedai motor dulu. Nak tanya pagi esok paling awal boleh pulang motor pukul berapa sbb kami kena be at Ao Nang pukul 8.30pagi. Kedai sewa motor tu patut buka pukul 8.30pagi tapi isteri tokey tu cakap esok mai je dalam pukul 7pagi. Nanti dia sampaikan pesan kat suami dia soh bangkit awai amik kunci motor dari kami dan pulangkan passport. Settled. Senang hati. Sikit. Esok nak pi Ao Nang ni camano jang? Saya minta en.Ubi singgah kat tempat shutte bus berhentikan kami semalam-masa kami sampai sini. They said the earliest trip to Ao Nang, pukul 8.30pagi. Oh ni dah almost impossbile ni nak gi Ao Nang camano ni esok pagi-pagi buto ey jang.

Think think think! Think like a local people I was. Eceh. Kami survey tut-tut dgn lori juai ikan tu. Macam ada harapan. InshaaAllah. Yakin dan tawakkal je konsep kami malam tu untuk segala yg bakalan jadi esok. Pffthh. Malam tu baru teringin rasa nak pancake Yaminla. En.Ubi pun ajak untuk beromantik jalan-jalan main pasir di tepian pantai Ao Nang. Pucuk dicita ulam mendatang. Vroom vroom pi Ao Nang cari makan. Kami sampai-sampai je kat stall Yaminla, tengok-tengok dia dah mengemas dah. Omo, takdak rezeki. Mmg stall depa tutup awai. Pukul 9.00malam mmg dah mengemas dah. Ni maksudnya kena cari proper dinner maksudnya. Nasi lauk-lauk atau goreng2. Terus teringat pasal restoran Lemon dgn restoran Cabai. These 2 restaurants banyak juga dipromote oleh Malaysian yg dah jejak kaki kat sini. Cari punya cari yg jumpa ialah restoran Lemon. Restoran Cabai sampai ke sudah kami tak jumpa.

Dinner and tomorrow's activity Cik Gayah sambung next entry naa. Ni en.Ubi cakap dah macam buat manuskrip drama dah -_-"

See you when I see you *eceh*


Saturday, January 3, 2015

Jom, jom, jom ke pasar malam



Ye. Di atas ialah gambar bawang besar dan batu lesung. Takdak gambar takdak  mood nak update blog. Tu pasai cerita jalan-jalan kat Krabi tersadai seketika lama. Masa Cik Gayah place bawang-bawang besar ni atas meja tadi untuk ambil gambar, en.Ubi sound, "Susah dapat isteri moden ni". Deep hokeh. Walhal kita ngambik gambar ni sbb nk kenakan him here in the first place. Tengok-tengok beliau dah bagi setepek kat kita dulu -_-" Harini ada pasar malam. Cik Gayah start lemau-lemau badan jangkit dari en.Ubi - potensi nak demam - musim kan. Jadi malas nk follow pi pasar malam. Cuma kirim kat beliau untuk beli bawang. Nampak beliau meluru nk keluar pi pasar malam, pantassss Cik Gayah jerit.

Yang! Nak beli apa tu karang?
Bawang. Bawang kecik.

(amboih, confident bebenor suami I jawab. Kalaupun betul bawang kecik, nak beli banyak mana?
*ciri-ciri isteri tak pernah nak yakin dengan kebolehan suami beli barang dapur sendirian*)

Makanya dengan nada isteri mithali, Cik Gayah arahkan kirim seperti yang di bawah:
Bawang besar 5biji je.
Bawang kecik beli segenggam cukup (siap tunjuk segenggam tu camano)
Bawang putih 2 labu. Yg bulat2 tu (kalau beliau beli 2 ulas je kompom tiada lagi malam jemahat for the next 3-4 months ye yang).

Bawang besar 5biji, bawang kecik segenggam. Bawang putih 2biji.
Beliau ulang.

So he went. Balik pasar malam, saya tengah sapu2 hall tengok2 dia terus ke dapur keluarkan semua yang dibeli. Bila Cik Gayah ke dapur tengok bawang kuuuuuuu semangat besau nau nau bawang besau nya! Sepenumbuk Cik Gayah besaunya setiap biji bawang besau tu. I was expecting bawang besar yg takde lah sebesar ni. Maybe lain kali kena pesan Bawang besar medium saiz -_-" Taktahulah ni kes perli ke apa. Tapi dah beliau beli yg ni, malas nak banyak bunyi. And bila en.Ubi bgtahu yg dia beli batu lesung juga, rasa happy but yet rasa takyah beli dulu pun takpe sebab titew malas sebenarnya nak tumbuk bawang cili segala. Nape tak beli blender terus yangggggggg..

So there you go.
Now I feel like Im a wife with the most biggest onion in ma' kitchen together with the batu lesung.

Hebat blog ni. Batu lesung ngan bawang pun boleh jadik satu entry.

K lah. Nak draft sambungan Krabi. Doakan draft and publish, not draft and save :p

Oh lupa. Selamat tahun baru semua! May many good things happen to us in this new year, inshaaAllah. Salam Maulidul Rasul juga. Keep salawat to our beloved prophet, Nabi Muhammad saw. Sedangkan Allah dan para malaikat berselawat ke atas bagina Nabi Muhammad saw, inikan pula kita umatnya :)