{auto published entry}
Cerita tentang moment keguguran rasanya dh hbs. Kalaupun ada yg tertinggal, mungkin bab bil - berapa kena charge in total. Part tu nnt esok saya godek2 cari kt mana en.Ubi simpan bil semua. Tengah berpantang ni rajin juga nk berblog sbb rasa nk kenang sampai bila2 sambil nk hiburkn hati sendiri pun ye jg. Kalau tak dihiburkan nnt terikut perasaan rindu kt baby I, bahaya pulak.
Oh ibu misses you, honeybun..!!
*****
So, pantang. Saya blh dikatakan berpantang sendiri di KL. Hari pertama berpantang sendiri tanpa pengawasan org-org tua, saya rasa mix feeling sgt. Sat sat rasa sedih sbb byk sgt yg saya tak tahu. Ini boleh makan ke, itu boleh minum ke, macam ni boleh buat ke. Google and whatsapp helped me a lot, and of course en.Ubi the great bidan. Balik je dr HKL sepatutnya saya dah mula berpantang, tp sbb semuanya berlaku terlalu pantas, dan ketandusan ilmu, dan juga sbb terlalu lapar, maka saya bedal je mkn fish and chips pukul 1pagi lps balik dari HKL. Sebenarnya teringin nk mkn bubur kosong (the moment settle hal kat hospital, terus niat nak berpantang strictly) tp org warung tak buat bubur pulak malam tu.
Fish tu wallahu'alam org warung tu pakai ikan apa.
Chips tu pulak nk dijadikan cerita org kedai tu pakai chips made of ubi kayu. Bedalll.
Coleslaw pun saya terrrsuap sikit.
Air, saya teguk sekali sahaja teh ais en.Ubi walaupun paling tahu bahawa org pantang tak boleh minum ais.
Dah esok-esoknya baru tahu yg org pantang (keguguran especially) tak boleh take foodies yg ada unsur ubi kayu (remember my chips?) dan kobis (remember my coleslaw?) Nasib la hai badan.. :/
Byk juga list of lauk-pauk, ikan-ikan, buah-buah yg org berpantang kena elakkan rupanya. Bila dpt tahu ni, mix feeling lagi sedih pantang sorang2 :( Depan en.Ubi buat2 kebal boleh je berpantang sendiri sbb taknak beliau susah hati. En.Ubi insist saya duk rmh his family sbb makmen saya mmg dh berpengalaman sesangat jaga org dlm pantang (both pantang bersalin & pantang keguguran) tp saya mcm berat hati sikit nk menyusahkan makmen and ipar duai semua. Demi mendamaikan hati en.Ubi, saya turut kan jugalah permintaan beliau supaya balik ke kampung mertua. Tapi tak lama pun kat kampung.. 2 malam je, lepas tu balik kl semula sbb ada hal.
*****
Hari pertama officially berpantang:
Kami kan baru juga pindah rumah, kain baju mmg belum sempat saya sort out jadi antara yg penting saat ni tp tak-tahu-ada-dalam-beg-mana ialah kain batik dan stokin. Solution saya, pakai kain telekung kebetulan kain telekung bukan jenis yg bergetah pastu saya minta en.Ubi balut kaki saya dgn selimut utk gantikan stokin :p
Saya minta tlg en.Ubi simpulkan kain telekung ketat2 kt perut sbg ganti bengkung *sebak lagi*. Lps tu en.Ubi keluar beli breakfast. Utk saya, beliau belikan biskut tawar 4segi (cream cracker cap ping pong) dan beliau punya bihun goreng. En.Ubi buatkan saya milo panas. Cicah dgn biskut segarnya rasa. Sikit pun saya tak mengecek bihun goreng en.Ubi. Alhamdulillah, bangga dgn diri sendiri sbb tak terliur nk mkn bihun goreng :)
Lps breakfast, en.Ubi sediakan asid folik, iron tablets, vitamin b complex dan duphaston sbb doktor yg treat saya kat EPAU suggest saya continue habiskan ubat2 tu. Stgh jam lps tu, en.Ubi suruh saya baring berehat (read: tidur balik) while he do house chores.
Tengahari terjaga sendiri sbb badan berpeluh. Semua kipas dlm rumah on slow speed sbb taknak bagi saya sejuk. Lapar. Bgtahu kt en.Ubi dan beliau masak kan nasi. Cuma lauk je terpaksa beli kat luar (ready cook) sbb kepala gas rosak. Saya google cari lunch menu org pantang and decide utk makan sawi masak air dgn ayam. Saya keep on reminding en.Ubi utk bgtahu kat org kedai yg lauk tu utk org berpantang. Alhamdulillah, dapat apa yg dihajati. Air, minum air suam. Sedap? Alhamdulillah, sgt kena dgn selera dan mengenyangkan!
Pukul 6.00petang merengek kat en.Ubi nak mandi tak tahan badan berlengaih dan nak makan nasi. Kali ni en.Ubi belikan lauk ikan bilis goreng dgn lada hitam. Gambar takdak sbb masa ni entah angin apa merajuk nangis2 jenuh betul en.Ubi nk melayan sampai makan pun en.Ubi suap dlm bilik. Haih la jiwa.. Lps mood dah ok, hantar en.Ubi pergi kerja. Hantar ke muka pintu jelah. Ye, en.Ubi kerja malam hari pertama saya berpantang. Sedih kan...? *cry a river*
Tgh malam lapar sorang-sorang kt rumah, buat susu enfagrow lps tu makan dgn cornflakes. Selain tu mengunyah anggur
Aktiviti malam selain mengunyah, saya sibukla cari lebih info tentang berpantang kerana keguguran. Start juga survey tentang bengkung, tungku moden, dan orang mengurut. Any hasil from the surveys cerita kemudian. Entry berpantang satu hari pun dah too wordy.
Jom berehat.
No comments:
Post a Comment