Friday, May 29, 2015

Pengalaman Keguguran : Dilema cuci rahim

{auto published entry}


Kali pertama saya ke HKL (yg Klinik Kesihatan suruh pergi tu), patient sblm saya diperiksa ialah seorang ibu muda india. Umur baru 25tahun dan itu kes keguguran ke-dua dia. The moment doktor cakap je her baby xde progress, dia terus decide utk buat D&C - dilation and curettage atau cuci rahim. Ibu muda india ni menangis tak henti dan saya sgt bersimpati dgnnya walaupun waktu tu saya belum sah kehilangan baby I.

Kali kedua saya ke HKL (yg emergency sbb baby I dah 'lahir'), juga ada seorang patient je, bukan local people, mungkin Indonesian berumur lingkungan 35 above. Selesai turn that lady check up, dia keluar dgn senyuman di bibir. Besar kebarangkalian her baby sihat wal'afiat. Bersyukur saya melihat ibu tu tersenyum. Saya tahu betapa bahagianya dia bila dimaklumkan doktor bahawa baby nya sihat dan selamat walaupun waktu tu saya hakikatnya telah pun 'melahirkan' baby I.. :')


*****


Untuk sambung pengalaman keguguran haritu, saya mulakan dgn proses memeriksa keadaan rahim secara manual - guna speculum. But I think I better type out my experience a bit detail. So this entry would be panjang berjela.

Upon en.Ubi registered my case di blok hospital bersalin HKL, beliau diberi wheelchair. Maka satu-satunya suami mithali saya (oh i must type this out here. i love you, sweetheart!!) menyorong saya naik lif ke EPAU, tingkat 1. Sementara saya menunggu turn saya utk di-tabrak, prosedur biasa, sorang doktor pelatih akan tanya kita itu ini utk rekod dlm fail. Nurse in charge pulak berikan saya sehelai kain pink plain (mcm kain batik lepas) utk dililit dipakai sblm prosedur di-tabrak speculum dimulakan.

Bila tiba turn saya utk di-tabrak, (again, doktor pelatih yg buat prosedur ni) saya tengok doktor lelaki melayu yg sdg bersiap sedia nk pakai glove segala. Saya gelisah. En.Ubi turun beli air kat vending machine pulak.. Jadi saya ringankan mulut utk minta prosedur ni dibuat oleh doktor perempuan walaupun hakikatnya saya tahu hospital kerajaan tak boleh demand nk doktor sekian-sekian. Doktor lelaki melayu tu cuma menjawab, "O nak doktor perempuan.." dan dia keluar dari ruang prosedur tu. 15 minit kemudian mai pulak doktor lelaki india pun nampak dah bersiap-siap nk menabrak.

Sekali lg saya demand saya agar doktor perempuan yg do the procedure. Kali ni nurse yg menjawab, "Puan, doktor pelatih on the floor yg ada mlm ni 2org je. Dua2 lelaki, puan". Saya terdiam kejap. "Doktor pelatih perempuan dh blk pukul 10 td. Lgpun hospital kerajaan sepatutnya patient tak blh request nk doktor lelaki ke perempuan. Kalau ada doktor perempuan kira rezeki la tu. Mcm smlm doktor pelatih perempuan on the floor. Tp hrini mmg xde doktor pelatih perempuan dah" Sambung nurse tu. She might want to make me understand even clear.

Saya faham. Mmg faham.. tp tak blh nk disorok riak rasa terkilan kt muka ni - knp pihak kementerian kesihatan kita tak mengsyorkan jadual bertugas doktor pelatih ke, houseman ke, medical officer ke doktor on call ke, at least, seorang perempuan, khasnya kt unit bersalin ni? Kan kita negara dgn majoriti rakyat muslim.. Kita bkn negara darurat..

Selingan kekecewaan tu mmg buat riak muka saya berubah. Doktor pelatih india tu cuba fhm condition saya as a patient-of-a-govern-hospital so dia tnya kt nurse tu, "Doktor xxx (nama perempuan melayu) lama lg kt bwh?" Yg nurse tu inform xtahu pulak doktor xxx tu akan naik pukul brp sbb ramai patient dkt floor bwh. "Saya mnta hold dulu prosedur blh doktor? Saya tggu husbnd saya skjp ye doktor", cepat2 saya mencelah sbb it seems xde jln utk 'dapatkan' doktor perempuan dan saya malas nk fikir so baik tunggu en.Ubi minta izin. The doctor was ok but the nurse yg mcm buat muka sikit. Huuu. Nyampah dia melayan saya demand2 mcmtu kot. Sori ye nurse :/

Nmpk je kelibat en.Ubi terus saya cerita begitu begini. En.Ubi pun berubah riak muka. Tiba2 nurse td lalu dan entah mcmna we both come out dgn 2 options.

1. Balik dulu. Dtg semula ke EPAU pagi esok (dgn hrpn pagi esok mesti ada doktor perempuan)
2. Kami 'check out' dari EPAU skrg dan terus rujuk kes saya ni ke private mlm ni juga

Dua2 options kena reject dgn cik nurse. Lulz~

Sebabnya kata nurse tu
1. Kes mcmni tak blh hold lama2 risau infection dlm perut dlm darah
2. Saya dah mai sini in the first place, medical report dh initiated so ikut prosedur dorg x blh close report gitu je tnpa apa2 investigation.

Kerut2 muka en.Ubi nk bg izin doktor lelaki yg buat prosedur speculum tu. Nmpk sgt beliau berat hati tp terpaksa bg izin demi memastikan keadaan saya selamat. He did request utk ada bersama saya masa prosedur tu tp nurse tu ckp peraturan EPAU x allow. Boo sikit!

Now that en.Ubi dh bg keizinan, both doktor lelaki tu gi mkn ler pulak. Takpe takpe. We cool. Stgh jam lps tu doktor lelaki india tu muncul dan sap sap sap buat prosedur speculum. Saya cuak this time around sbb takut sakit! Dr.Kay pernah beritahu saya kalau kes keguguran, scan through vagina akan menyebabkan rasa sakit. Uuu seriaunya!! Berterabur saya berzikir beristighfar tapiiii alhamdulillah subhanallah, saya sedikit pun tak rasa sakit! Allah meringankan semuanya buat saya, itu yg saya fikir waktu tu.

Berbeza dgn prosedur speculum sblm ni, kali ni doktor bkn setakat cek tp juga cuci lightly dinding rahim saya guna kapas. Saya totally sedar waktu tu (yelah mana ada kna bius ke apa kan), jd saya mmg totally dpt rasa doktor dap dap kapas kt dinding rahim saya. Again, alhamdulillah subhanallah ya Allah, saya sikit pun x rasa sakit. Kalau blh saya perincikan lg, bila doktor dap dap kapas kt dinding rahim, rasanya sama je mcm kita dap dap kapas kt pipi or kt tgn ke kt mana2 lah.

Mcm biasa saya Cik Gayah dok ngintai apabenda yg keluar dr hasil dari di-tabrak td. Darah. Darah cair ada, darah beku mcm hati ayam around 1cm saiz pun ada. Tp kuantiti darah tidak lah byk. Bila saya tengok tu saya xdela rasa panic kot-kot saya major bleeding ke apa. Allah has ease everything for me rasanya. Terima kasih ya Allah.

Next, scan perut dan transducer pulak. Utk yg ni, doktor pelatih tak boleh buat. Kena tunggu doktor boss (doktor perempuan yg tgh bertugas kt floor bawah tu ialah boss kpd doktor pelatih td). Dekat 45minit juga menunggu so sambil tu doktor lelaki india td soal selidik saya itu ini utk direkodkan dalam fail. Masa ni saya dh mula rasa 'selesa' utk berbual dgn doktor tu sbb dia pun pandai interact dgn patient. Saya ada tanya apa hasil check up td. Doktor tu inform yg dinding rahim saya nampak agak bersih (tak banyak sisa tertinggal dari miscarriage) dan pintu rahim pun telah tertutup rapat (tiada bukaan) which is good. Kalau sisa miscarriage ada (banyak) lg dan pintu rahim masih terbuka, high chances kena buat D&C. Saya terus berzikir berdoa dalam hati minta Allah terus permudahkan everything for me sbb saya taknak buat D&C tu *cry a river. no. cry riversss* Well, I have to admit ni semua gara2 terlalu banyak baca from google pengalaman org buat D&C tak pernah nya tak sakit! (slps D&C). Somehow at this moment, I don't adore google.

After a while, saya dpt duduk berdua dgn en.Ubi (still tunggu doktor boss). Saya keep on saying minta ampun pd en.Ubi so he asks me why. Saya ckp saya minta ampun sbb saya rasa bersalah tak jaga our baby betul2. En.Ubi, mcm biasa, being a great husband to me, ask me to not mention it lagi plus en.Ubi ckp not my fault pun - dah bukan rezeki kami. But the truth is, saya non stop minta ampun tu sbb saya rasa not happy procedure speculum td dibuat oleh doktor lelaki. Walaupun en.Ubi yg bg keizinan, entah knp saya tetap rasa bersalah pd suami sendiri :(

Cut it short, doktor boss pun sampai dan dia terus ajak buat scan. En.Ubi minta izin to stay to watch. Baik pulak doktor boss tu sbb bg izin. Haha. Cuma doktor boss tanya, "Berani tengok darah tak?" I saw en.Ubi with his blur face. Agaknya beliau dok bayangkan scan ikut perut mcm dlm tv selalu tu xdak darah pun?

Doktor boss buat ultrasound kat perut sekejap lps tu terus buat scan guna transducer. Doktor boss ni tegas yet baik orangya. Straight away masa scan guna transducer tu, doktor boss bgtahu, "Baby dah takde ye puan. Mmg dah gugurlah maksudnya. Ini rahim puan (she pointed to the monitor and showed me), tengok ruang rahim ni dah kosong. Patut ada kantung kan sblm ni? (saya angguk-angguk). Ni dah kosong. Rahim puan pun dah bersih ni. Tak perlu buat D&C (lega dengar. Alhamdulillah ya Allah). So utk malam ni puan boleh balik la maksudnya.

Doktor tarik keluar transducer dan ada darah sikit2. Saya nampak muka en.Ubi antara confuse dgn terkejut tengok darah. Mujur beliau tak pitam kat situ. Sebelum saya keluar tukar kain, doktor boss tu inform saya yg selepas ni mmg akan ada darah nifas (miscariage ni sama je mcm bersalin, bezanya baby dah takde *sebak*), tempoh lama mana darah nifas keluar bergantung pd badan seseorang (ada seminggu je, ada 2minggu), dan jika sakit perut yg melampau atau berlaku pendarahan terlalu banyak, kena datang rujuk kes ke EPAU semula.


*****


There was a moment sblm kami balik, yg saya teringat2, terbayang2. termimpi2 sampai ke harini - saat saya melihat 2 orang bayi yg sgt comel yg kebetulan baru selesai dibersihkan oleh nurse. Seorang tu mata terbuka luas entah apa yg ditengoknya. Seorang lg nyenyak tidur tp mulut terkumat-kamit minta disusukan agaknya. Allahu. Hati saya mcm seluas padang waktu melihat keduanya.



Ibu misses you, honeybun...



6 comments:

  1. Thanks for sharing... Good sharing. Sdg mengalami perkara yg sama, harapnya xperlu D&C esok.. Amin...

    ReplyDelete
  2. Sy br lpas d&c on 14/12/2018 , but masalah sy, perut sy sering sakit. Darah pula kurang keluar. Nak tanya sis.. memang akan jd macamtu ke ? Skg sy masih berpantang. Urut , tunku semua dah buat. Tp perut belah kiri kanan masih terasa sakit macam tertarik3. Perlu refer doc ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, better check and consult doctor.. at least puas hati if dalaman doctor sahkan mmg dh xde problem.

      Delete
  3. Baby sy meninggal dlm rahim. 13 minggu usianya. Sy kena induce untuk paksa baby keluar sbb sy xde tanda2 nak bersalin pun. 10 kali induce, Alhamdulillah..keluar baby sy, yg dah cukup sifat cuma jantina je belum terbentuk. Sebesar saiz tapak tangan. Memang sedih sangat. Sy masih merinduinya. Apa pun, dia dah tenang bahagia kat syurga sana. Mungkin ini yang terbaik buat sy dan baby sy tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kandungan saya dah 13minggu. 6/9 turun darah banyak sangat, 7/9 d&c, dktr insert ubt lembutkan rahim,laluan baby kluar xbukak. terpaksa process d&c,saya tak dapat tgk bby saya. sy doakan dia bahagia disana..

      Delete
  4. sorry for the loss and good write up. But the medical practitioners are doing their work. Not goofing around. They're being professional.

    ReplyDelete