Thursday, May 28, 2015

Pengalaman Keguguran : Tanda dan saat keguguran

{auto published entry}


Hm entah dari mana nak mula dulu. Cerita tentang being pregnant atau cerita tentang keguguran, miscarriage. Ini akibat dok ikutkan sangat sifat lemau semasa mengandung sampai liat nau nak update blog.

The truth is that, cerita pregnancy ada je dah di draft tapi mcm berat tangan nak publish. Macam tahu-tahu je baby I wont stay that long with us :'( Takpelah, mulakan dengan cerita keguguran lah. Then slowly flashback ke hari gembira mengetahui adanya baby I dalam perut ni :) InshaaAllah mcm ni saya tak bersedih sangat. InshaaAllah. InshaaAllah.



*****


Hari Jumaat drive balik rumah mertua sebab dah lama tak balik (mood pregnant taknak duk dalam kereta lama-lama) dan kebetulan the Sabtu esoknya en.Ubi nak attend kenduri kahwin kakak Mr.H. Everything was smooth cuma masa shishi pagi tu dan tengahari mcm ada blood stain sikit. Hari sebelum tu ada small spotting kat panties. Alert en.Ubi and en.Ubi cecepat google. Dari our reading, most cases, spotting in early pregnancy tu memang normal. So we cool (padahal dalam hati cuak juga sebenarnya).

Dekat rumah in laws, spotting sentiasa ada dan semakin banyak. Yet, masih lg just a tompok2 brownish color macamtu. Bila bgtahu kakak ipar, dia suruh check dgn doktor cepat2. Tapi kami tak bawa balik buku pink baby I. Plus selasa nanti memang dah ada appointment dengan doktor Klinik Kesihatan. Bincang2 dgn en.Ubi, kami decide tunggu jelah appointment hari selasa tu. Plus it just a spotting. Bukan bleeding. Or heavy bleeding. Bila dikenang balik, teruk betul judgement masa ni :(

Isnin balik KL, dah bleeding mcm hari-hari akhir period. Tak terlalu banyak yet no longer kategori spotting. Kalau setakat panty liner tu, 2 lapis lencun juga. Perut pun start cramp mcm period pain. On and off. Tahap kesakitan : Bearable. Alert en.Ubi tapi masih dgn konsep berdegil dan bertahan - tunggu appointment pagi esok. Walhal en.Ubi dah insist pergi private je bila beliau tengok lencunnya panty liner tu. Tp saya agak sbb ni first time beliau tengok pad/panty liner yg dah digunakan, so he panic. Sebelum ni kalau period memang tak pernah sekalipun bagi izin kat beliau tengok2 pad tu. Bg saya tu satu-satunya rahsia diri sendiri yg sebolehnya suami pun nehi nehi hey tak boley tengok hey.

Long story short, selasa lepas breakfast pergi Klinik Kesihatan dan berjam menunggu turn jumpa doktor. Dah masuk bilik doktor, cerita la pasal spotting and bleeding tu, doktor scan. Based on scan, baby I is not progressing well. Size baby I dari bulan lepas ke bulan ni hanya beza 1cm. Plus, no echo (heartbeat) detected. Suppose baby I is 12weeks (3months) so bila scan dah boleh detect heartbeat nya. S-t-u-n-t. Doktor buat referral letter soh pi Hospital Kuala Lumpur by today juga.

So we went to HKL straight away, ke bahagian EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit). EPAU ni attach dgn building bersalin HKL. Masa register tu siap2 nurse bg tag tangan, dia cakap kot-kot karang kena warded. Adoila, lemah semangat dengar bab-bab warded ni. Dekat EPAU (tingkat 1), patient tak ramai tp procedure makan masa sejam ke dua jam juga sbb entah ye, saya pun tak sure. Kami sampai EPAU around 11.30pagi, settle semua2 dalam pukul 1.30petang lebih kurang.

Kat EPAU tu doktor pelatih duk buat vaginal scan guna speculum.
*Pregnant women might know menatang ni, might not know juga.



Ini Speculum. Mcm mulut itik ada, mcm paip air pun ada. 

Ini pulak kekdah menerobek nyo. Tak sakit. Cuma terkezutts


Berdasarkan pengalaman sendiri, proses di-tabrak oleh speculum ni tidak le sakit cuma ada perasaan mcm oopsie-doopsie! masa that thing goes in down there. Masa doktor pelatih do the thing saya pejam mata but by time dia dah keluarkan the speculum, cepat2 saya curi tengok. Nk tengok kot kot ada keluaq apa-apa ka. Takdak. Nampak mcm bersih ja. Oh lepas dah keluarkan speculum tu doktor ada tabrak me guna jari-jemari dia pulak haih. Mujur doktor perempuan. Ayu je mukanya. Kesian cik doktor keja kena menabrak ibu mengandung -_-" Curi tengok glove doktor pun takdak apa. Takdak darah everyting. Hmm.

Tunggu pulak turn utk buat ultrasound perut. Yg ni doktor in house buat. Scan ikut perut doktor tak puas hati, buat guna transducer pulak.



Ini transducer. 
Ini cara check guna transducer

Pun tak sakit. Cuma oopsie-doopsie! feeling. By this time, kt monitor tu nampak kantung baby I tp kosong je dalam tu. Suppose nampak line spine baby I (at least) atau the baby shape him/herself yg dah start develop. Tp in my case, there was nothing in the kantung :'(

Doktor suggest utk tunggu lg 2 minggu.. see if there is any new progress by baby I. Tp doktor juga pesan, kalau bleeding teruk atau sakit kt bhgian perut, urgently datang EPAU ni. Bila saya cerita all this thing to en.Ubi (masa semua check up tabrak-tabrak tu suami tak dibenarkan tengok), en.Ubi hold me tightly and he keep on saying our baby would be okay. Mungkin beliau taknak saya stress. Walhal makin beliau berharap, makin saya sedih mengenangkan how bad I am tak menjaga baby I betul2 :(

Blk dr hospital, lunch cukup syarat (dh seminggu tak berselera mkn sbnrnya. Tak mcm masa first 2weeks pregnant. Masa tu sgt berselera & cpt lapar), kemudian rest.

Kejadian bleeding together dgn cramp perut on & off, berterusan rabu khamis tu. Khamis tgk tahap bleeding mcm makin teruk so after asar camtu saya call Klinik Medina kt Tmn Melati request nk buat appointment, nk dptkn consultation Dr.Mashitah (maaf doktor kalau saya wrongly spell nama doktor). Just for record, masa mula2 check up pregnancy dulu saya pergi Klinik Maternity Tunku Azizah kt Sri Rampai - consultation dgn Dr Kay. Knp kali ni saya tetiba call Klinik Medina pulak? Sbb dlm hati ni dh terasa-rasa yg baby I is not going to make it, jd kalau betul keguguran, saya berharap dpt di check, di-sampaikan-berita, dinasihat, oleh seorang doktor yg bersifat keibuan. Dari pembacaan saya, Dr.Marshitah is the one. Dr.Kay baik je, tapi mungkin 'kurang serasi' dgn jiwa saya.

Set appointment lps solat Jumaat. En.Ubi kje mlm that day, by time en.Ubi nk gi kje baru saya inform him about tomorrow's appointment. Alhamdulillah beliau setuju dgn pilihan saya. So en.Ubi pergilah kje tnpa dpt saya hntr di muka pintu sbb perut mai sakit dan saya terbaring jek. Dari pukul 7pm ke 7.30pm saya berulang ke bilik air 3-4kali. Perut sgt2 sakit mcm period pain pun ye mcm nk terberry pun ye. Dan setiap kali di bilik air saya mmg monitor apa yg keluar. Darah, darah, darah. But now fresh blood clot mcm hati ayam tu. (Sorry ye disgusting sikit part ni). Saiz setiap blood clot tu around besar ibu jari. Oh I did berry 2kali jugak. Hee :p

Kali ke-4 di bilik air saya berpeluh2. Rasa tak blh duduk so cpt2 balik bilik baring. Baru baring 2-3saat perut cramp to the max! Maksima sgt smpi saya mengucap 2kali. Ni mmg pe'el saya, bila saya detect sesuatu yg totally melampau happen in my body, syg mmg akan mengucap. Saya jerit panggil en.Ubi minta tlg walaupun tahu beliau takde di sisi waktu tu. Peluh makin hebat. Airmata dh keluar entahkn menangis kerana menahan sakit atau mengenangkan menghadapi semua tu seorang diri. Menambah dramatik lagi kpd moment tu, dlm menahan sakit yg teramat tu saya berdoa kat Allah, jika dgn sakit ni sedikit sebanyak menghapuskan dosa saya, hapuskan lah dosa saya..

Saya gagahkan diri ke bilik air dgn intention nk alirkn air dari perut ke bawah. Cara ni somehow mmg blh kurangkn sakit saya utk beberapa ketika. By time saya bgn je, zzzrrrppppp! Rasa ada benda turun dari bhgian bawah. Terkengkang2 jln ke bilik air dan bila buka seluar & panties je, saya nmpk ketulan darah sebesar sebiji tomato!

Allah! Allah! Is that you, honeybun..? :'( Is that you, baby..? :'( Ibu mnta ampun ibu x dapat tunduk angkat baby ibu.. Ibu minta ampun ibu terpaksa tunggu babah balik baru babah angkat baby ibu. Ibu minta ampun...

Lemahnya saya waktu ni rasanya hanya menunggu mata terpejam je. Balik ke bilik sempat toleh cermin, tgk bibir putih. Saya humban bdn ke katil dan cepat2 call en.Ubi. En.Ubi tak jwb call!! Allah.. Whatsapp kakak ipar suruh call en.Ubi & ask him balik urgently.

Dingdong dingdong en.Ubi blk sejam kemudian & terus bawa saya ke HKL.


*****


Semua saat2 tu berlaku terlalu pantas tapi cukup untuk saya nikmati betapa indahnya saya melahirkan baby I. Jika dpt diputar masa, saya sanggup merasa sakit perit tu lg dan menunggu en.Ubi tiba, dan memberi ruang kpd beliau menyaksikan baby I lahir.. agar beliau juga dapat menikmati saat sbg babah walau sesaat sahaja.

Everything happen after that, biarlah saya ingat sbg memori membersihkan / mencuci rahim. Memori keguguran ni terlalu indah dan saya nak mengenangnya sewaktu saya masih bersama baby I.

Ibu misses you, honeybun..

4 comments:

  1. Assalamualaikum sis.. Sy pregnant 12weeks tp smlm doctor scan, jantung baby dh tak bergerak n bentuk rahim pun dh tak normal mcm sblom ni :') doctor bg masa 2weeks for baby trun sendiri. Sy baca semua entries sis dari sis pantang makan apa n sampai memories sis dgn baby, smoga sis terus kuat ya :') sy risau jgk nk tunggu baby turun ni sbb berdua je dgn suami, risau klau baby turun time suami pegi kerja. Tp baca pengalaman sis hadapi sorang2, sy harap sy kuat mcm sis jgk inshaaAllah :') doakan sy ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikom sis..klo bole nk tggu time bby turun tu kene ad seseorg teman..sbb sy bru je alami keguguran...scan mmg xnmpk jntung bby..tgu 2 minggu die ggur sndri..skali die dh keluar mmg mcm tumpah drh sis..sy smpat pengsan skjp..drh beku n ketol2 daging keluar bnyk..nsb baik time tu ad akk ipR n suami..diorg yg angkat sy msok dln kreta..smpai hp doc scan sume dh clear.. alhamdullilah..skrg sy tgh berpntang hari ke-2.. smoga urusan sis juga dipermudahkan ye..

      Delete
  2. Maaf sis.. Sy komen tadi bentuk rahim ke? Sy tersilap, sbenarnya bentuk kantung baby yg dah tak normal mcm biasa. Heheh tersilap plak

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum sis...
    now 11w pregnancy, sac seen, no heartbeat, embryo not visualized...
    tengah tgu untuk naturally gugur..nebess sgt nih..sebb masih p kerja mcmbiasa..huhuhu
    ari2 ada rse sakit2 tp x de bleeding lg..da nak 1week menunggu ni...

    ReplyDelete