Friday, April 15, 2016

Jualan Amal Bak Tailor

Tiba2 ternampak Bak Tailor update status kt FB dorg yg dorg ada buat jualan amal dekat tak dekat dgn area rumah kami. Apa lg, serbuuuuu!! Mmg spontan je heret ajak en.Ubi pergi tgk jualan amal ni. Mujur beliau nak layankan, kalau idok, kempunan la titew (segala-mala yg den teringin dlm masa 9bulan ni den kira tapau masuk kategori ngidam. Teringin cuci mato, teringin gi sano gi sini, hah tu bg den ngidam la tu. Kuasa ibu mengandung!)

Kt FB Bak Tailor tu ckp, baju melayu lelaki RM40-RM60 je! Mau tak berdebar kencang jantung Cik Gayah menengoknya?? Biarlah over pun. Dulu masa nk menikah teringin nau nk tempah baju nikah en.Ubi kt Bak. Tp belum rezeki masa tu. Keluar masuk 2-3 cawangan Bak pun tak dpt tunaikan impian tu. Sbb preparation nikah dibuat seminggu je so mmg tak sempatla baju nk siap tempah. Huhu. Then masa our very first raya sbg suami isteri. Menggunung pulak harapan nk grab promo baju melayu Bak RM99/set. But again, belum rezeki masa tu. Bila walk in outlet Bak, baru tahu yg that promo available utk online purchase je. Minggu depannya dh nak raya. Mmg kirim salam la abe posmeng nok tolong hanto baju ke rumoh boh.

Tp sabar itu indah. Eceh. Eh but true wor. Kalau kita sabar, inshaaAllah kita dpt jg akhirnya. But more to that, I would assume this is rezeki yg our baby hadiahkan for his/her babah :)

Dh setahun lebih teringin, baru tiba izin dari Allah utk merasa juga beli baju melayu Bak. Beli time harga kaw kaw murah pulak tu. Rezeki, rezeki..

Dorg buat jualan amal ni kt dewan org ramai. Tak besar mana pun dewan tu. Mungkin sebesar bilik darjah sekolah rendah. Stok baju mmg dorg longgok2 jelah. Ada yg atas rak, ada yg kt lantai, ada yg tergantung kt display rack, ada yg masih elok berlipat dlm plastik, ada yg org dh keluarkan dr plastik pastu x masukkan balik. Ha pandai2 customer la nk belek satu per satu cari saiz ke cari color ke cari mana bajunya mana seluarnya. Kt situ ada assistant 2-3org tp bkn local people. Biasa kalau kt jusco ke kt mana2 shopping mall, assistant tu akan lipat2 susun2 balik baju yg customer punggah, kan? Ha yg ni, assistant tu yg sound customer, "Kalau dh buka, lipat balik. Jgn tinggalkan je ye!" Haha setepek customer kena sound. Saya ngan en.Ubi ok je sbb ktorg ni dlm kategori customer yg makan saman. Takde pun rasa assistant tu kerek ke apa. What to expect, kita kat jualan amal longgok2 kot ;)

Mula2 en.Ubi berkenan this baju melayu yg ada pattern2 kt kainnya. Cantik mmg cantik. Sekali gi fitting kuuuu semangat kenapa udah rupa Hulk nk gi beraya yang oii?? Tersembul2 lemak creamy en.Ubi. Dia tersembul tang perut, tang lengan, tang sana, tang sini. Berubah airmuka en.Ubi. Hahahahhahhah. Sbb beliau budget badan beliau tough tp rupanya it's too tough to explain. Kekekekekek. Check punya check, baju tu jenis yg fit. Ala2 baju melayu zizan kt jakel tu. Jenis yg pesak bercantum ke caner gaya ntah. Big NO la this type of fashion for en.Ubi. Pilih yg lain pulak. Yg bercorak jg. Pun, udah rupa Hulk nak minta duit raya. Conclusion yg kami dpt, mana2 jenis kain bercorak, mmg fashion nya jenis yg fit.

Maka moh la kita beralih cari yg kain plain je. Yg berpesak biasa. Ada yg berkenan :) Dah try fitting dan mmg terletak elok dgn en.Ubi. Excited! Excited! Tp sblm bayar, sempat la saya bersila kt lantai belek2 warna yg lain pulak. Mana la tahu... kan.. ada yg lain pulak yg ter-ber-kenan. En.Ubi dh gelisah nk bayar je. He is so that type bila gi shopping. Asal dah jumpa yg ok je terus nk bayar bungkus balik. Yg kita ni nak la scan hat lain sekali dua tiga empat sepuluh imbas kot kot ada yg lbh worthy ke kennn :P

Saya lega sgt dah dapat baju raya utk en.Ubi. Lega sbb blind date saya dgn anak is somewhere dalam bulan raya. Saya confirm bulan puasa tu saya dah tak gigih nak menawaf mana-mana mall nak mencari baju raya en.Ubi. Mmg la beliau boleh je gi beli sendiri sbb beliau asal-ada je konsepnya. Jgn nanti disebabkan konsep asal-ada tu je, kang pagi2 raya org lain salam raya ngan suami nangis2 minta ampun. Yg Cik Gayah ni nangis2 salam raya dgn suami sbb tak puas hati nengok baju raya beliau.

p/s : Baju raya tahun ni kena special sbb baju tu akan jadi baju first yg our baby tengok babahnya pakai nanti. Like baby will shout, Hensemnya babah! :) :) :)




So. Inilah the baju peeps!

Harga jualan amal jadi RM40 sahaja. Rejeki.


En.Ubi dgn his baju raya aka baju sambut anak. Hehe


Persoalannya sekarang.... baju raya Cik Gayah nya mana???

1 comment:

  1. Baju raya en.ubi tu kira merangkap baju knduri akikah sekali lah tu yea... :-)

    ReplyDelete