Sunday, November 23, 2014

Kelam-kabut ke Krabi : Tentang duit

Entry kali ni pun belum betul2 masuk cerita percutian kat Krabi & Ao Nang. Saya nak cerita pasal persediaan dan bekalan duit yg di bawa ke sana.

Currency exchange / Money changer / MYR to THB

Seminggu sblm fly, saya check kat google dulu berapa nilai duit kita and Thailand. By time saya check tu, 1 MYR = 9.83 THB. This will be my baseline. Saya study gak kat mana money changer yg jual duit asing dgn harga yg paling murah. Rata-rata orang cakap kat Midvalley & kat Kajang (deret kedai depan Metro Kajang). I hate to go to Midvalley just because jalan nk ke sana tak pernahnya tak sesak, basement parking kat situ bahang lain macam, and lastly of course sbb mall tu besaq sgt melecet kaki I nk menawaf. I hate to go Metro Kajang jugak sbb dulu masa nk pi Bali pernah survey money changer kat situ & mmg tukar duit kat situ pun. Murah ke idok tak igt. Tp kwsn situ horror beb I tell you. Masa survey dulu tu saya siap witness kejadian warga asing bergaduh2 kat situ. So no no no gi situ. 

Saya sambung survey lagi through google kat mana area KL yg ada money changer murah. There is one blogger ni cakap kat Ampang. But then saya lupa la pulak hat dia habaq tu Ampang Park ke Ampang Point. Entah kenapa my instinct says kat Ampang Point, not Ampang Park. So saya heret la en.Ubi gi situ (4 hari before fly). Sblm shoot to Ampang Point, saya singgah money changer Jusco AU2. Depa jual 1 MYR = 10.45 THB. Mahal! Gi Ampang Point, dalam mall tu cuma ada satu je outlet money changer. Depa pulak jual pd harga 1 MYR = 10.50 THB. Ushh lagi mahal. So tanya kat receptionist kot2 ada nearest money changer yg lain. Rupanya kat blkg mall Ampang Point ni ada kedai money changer kecik (next to CIMB). Ha yg ni jual 1 MYR = 10.38 THB. Murah antara ketiga2 tempat yg saya dah survey tapi.. kenapa kat google baru 9.83? Saya keluar dari kedai kecik tu dgn dahi berkerut2. Pastu en.Ubi explain panjang lebar yg harga niaga mmg takkan sama dgn harga google. 

Dh puas hati dgn penjelasan en.Ubi, saya masuk balik kedai kecik td and cakap nk tukar RM500. Walaupun ikut itinerary patut bawa 10,000 THB, tapi Cik Gayah degil, still nak cari tempat yg dapat tukar lagi murah. Sbb tu tukar separuh dulu. Pekedai tu cakap, nak tak beli 5000 THB terus, bayar RM519? 



Oh ok jugak tu. Pekedai pun nampak friendly dlm berurusan dan tak kekwat nak menjawab bila Cik Gayah gayah sgt bertanya itu-ini. So urusniaga selesai di situ.

*Actually saya ada amik namecard that kedai kecik tapi ni cari2 tak jumpa pulak. Kalu jumpa nanti saya tepek k.

The next day saya check berapa money coverter MYR to THB.


Nampak tak dia dah turun harga 0.02 THB. Nilai yg ciput ni kalau tukar ratus2 ribu2 akan jadi besar perbezaannya. Tapi.... sadly lps dh ada 5000 THB dlm tgn, kami masing2 sibuk sampai lupa tukar another 5000 THB. Tu yg kelam-kelibut tukar duit last minute dalam entry sebelum ni T_T

Td saya saja check lagi berapa money coverter MYR to THB.


Hamik kawww~

If you rarely travel or a first time traveler to outside of the country, mungkin tips2 ni blh membantu.

a. Elakkan tukar duit terrrrrrlalu awal like a month before. Takut rugi tang nilainya. Tp kalau hampa spesis busy dan short term memory lost ala-ala Cik Gayah, sila lah tukar dgn awal. Kang kelam-kelibut mcm I pulak.

b. Senantiasalah (omboih) ngadap laptop/hp/pc kome utk survey deep deep kat mana money changer yg murah dan berbaloi utk kome. 

c. Sebolehnya elakkan tukar kat airport sbb depa juai duit lagi mahal I tell you.

d. Rancang aktiviti kat negara yg kome nk kunjungi tu supaya bawa duit ngamngamsoi. Kalau bawa sikit, naya pulak. Kalau bawa lebih pun naya juga sbb mata juling nk membeli je kejenya kat negara orang (selagi duit masih berbaki dalam tangan)

And one thing yg saya experienced bila kita gi negara orang ni (apetah lagi yg nilai matawang mereka sedikit lbh rendah bbanding kita), kita tend to rasa seolah-olah duit negara tu mcm duit monopoli. Jgn salah faham. Bkn saya merendahkan negara orang. Maksud saya ialah, kebiasaan kita pegang duit negara kita. Kita tahu nilai RM5 besar mana, RM10 besar mana, RM50 besar mana, RM100 besar mana. Bila kita pegang duit asing, kita tengok duit tu mcm duit menan monopoli. Kita tak rasa, tak nampak duit 500 THB tu sama nilai dgn RM50. Unless kepala kita ialah kalkulator bergerak. Dengar je peniaga sana sebut harga "30 baht, ka.." zass kita convert jadi RM3. So kita pun nilaikan, utk sekeping roti canai RM3, berbaloi ke idok kita order? Sekian.



International Withdrawal / Pengeluaran Antarabangsa menggunakan kad ATM

Yg ni pun saya dapt ilmu dari blogger lain. Depa byk buat while still in Msia. Buat melalui setting kat mesin ATM nk keluar duit tu.

Pengeluaran Antarabangsa menggunakan kad ATM ni membolehkan korang guna kad ATM Msia (Maybank ke, CIMB ke) di mesin ATM negara yg korang kunjungi dengan syarat mesin ATM negara luar tu dan kad kome ada icon PLUS & VISA (this one mainly for Maybank users). 2days before fly saya soh en.Ubi activatekan international withdrawal ni utk ATM card dia. Dah bawa sampai ke ATM machine tapi beliau cakap tak jumpa butang mana nk tekan T_T Gerammmmmmmmmm sangat! 

So dipendekkan cerita, both of us takde kad ATM yg dah di activate kn dgn fungsi pengeluaran antarabangsa. Sampai bumi Thailand, dalam tangan mmg ada 7,000 THB and I know that kami mmg akan short of money. Masin mulut Cik Gayah. Hari ketiga mmg kami rasa tak cukup duit nk berbelanja. Bukan berbelanja mewah pun, tp masa ni sourvenir belum beli, duit airport transfer (dr hotel ke airport) esok tak sebelahkan lagi, duit nk dinner malam tu, kot-kot ada tax kat immigration check pulak nanti. Gelabah juga la sbb kita ada kat negara orang, kan. So masa keluar nk cari dinner malam akhir kat Ao Nang, kami ternampak ATM station. Dengan machonya kami menonong ke situ. Guess what, tak boleh withdraw. Hahah. Ekau tak setting, memang la ekau tak boleh keluo kan duit. Cik Gayah obviously dah stress2. Tekak ngidam nk makan pancake Yaminla tp dah kalau duit yg ada cukup2 nk bayar duit taxi ngan makan nasi jek malam ni, mmg sampai balik Msia pun xdapat la merasa :(

Dalam hati dh mengomel itu ini bisingkan en.Ubi yg tak-jumpa-butang-mana-nk-tekan-masa-kat-ATM Maybank haritu. Kalau en.Ubi dengar apa yg saya mengomel dalam hati waktu tu, berdarah telinga beliau agaknya. Then en.Ubi membijakkan diri utk buat international call - nak call Maybank - utk allow international withdrawal. Rezeki kami, kami jumpa satu-satunya cybercafe kat Ao Nang yg ada perkhidmatan international call. HP kami mmg still under flight mode (konon taknak kena caj perayauan antarabangsa) sbb tu tak buat international call guna HP sndiri. 

Nama cybercafe tu minta maaf saya tak ingat dan tak ambil gambar luar kedai. Yg saya ingat, kedai tu sederet dgn SCB Siam Commercial Bank (selang 5-6 kedai makan/hotel dari SCB). 

SCB ni warna purple

tokey kedai namanya Mark ke Mek entah. Baik budi pekerti
Mark (anggap jelah nama dia Mark okeh) charge 40 baht utk seminit call ke luar negara. Kalau nak kira betul2, RM4.152/minit. By time ktorang masuk kedai dia and bgtahu nak make international call, terus dia tanya "Malaysia? Maybank?" Bila kitorang iyekan, dia bgtahu yg ramai rupanya org Msia buat camni - lupa activate international withdrawal masa kat Msia - so activate guna internatinal call. Mark dah sesiap pesan, masa call adelah bergantung pd kecepatan dan ketangkasan operator Maybank yg menjawab call kami.

Ok saya cerita sikit isi-isi conversation saya dgn Maybank utk pengaktifan pengeluaran antarabangsa ni.

1. Nombor nk call Maybank dari luar negara ada kat belakang kad ATM korang : 603-7844 3696 


2. Terus akan disambung ke bahagian kad kredit (ni my own experienced). Bgtahu yg kita nak activate international withdrawaal utk ATM kad - operator akan sambung kan ke bhg kad ATM

3. Verification process. Basically soalan yg depa tanya utk kesahihan identiti adelah sgt detail. Kalau tak ingat (cth : depa tanya kali terakhir pengeluaran berapa amount, guna ATM ke guna Mbb2u, berapa haribulan last pengeluaran, cawangan bank buat kad ATM mula2 dulu kat mana), jawab je jujur Cik, saya tak ingat. Ada soalan lain tak Cik? Mungkin yg lain saya ingat dan boleh bg jawapan yg betul. Gittew... Sila bersopan ye. Ingat, kome nk minta tolong depa, jadi molek2 sikit bahasa dan tonasi tu yo.

Jumlah masa my call haritu was 18minutes. Jadi 40 THB * 18 = 720 THB tapi en.Ubi cakap Mark tunjuk kat calculator 360 THB sahaja. Tak tahula Mark y salah kira ke caner. Dah dia tunjuk caj byk tu, itu jelah pun yg en.Ubi bayar kat dia.

Operator Maybank akan activate pengeluaran antarabangsa serta-merta kalau verification successful. Zasss, boleh patah balik SCB dan susutkan jumlah simpanan anda T_T

200 = rm20, 500 = rm50, 1000 = rm100 & seterusnya. Kalau tak yakin pilih English

nin dia jejaka yg
tak-jumpa-butang-mana-nak-tekan
masa kat ATM Maybank.

4. Ada additional fee ok utk setiap pengeluaran. Machine akan tulis You will be charge 180 THB for this transaction. Lebih kurang RM18 la kalau convert duit kita. Tp td masa call Maybank depa kata RM12 sahaja. Part ni Cik Gayah belum cek kesahihannya yg mana satu sbb Cik Gayah tak buat pengeluaran masa kat sana. Kita kikis duit suami kita dulu. Muahahhahahh.

Hm, tu je kot yg saya nak share dalam entry kali ni tentang persediaan kewangan bila ke luar negara. Boring sikit entry ni. Hadap jelah yo. Till then!



Friday, November 21, 2014

Kelam-kabut ke Krabi : Pre-story

Assalamualaikum. En.Ubi asyik cakap yg kami dh balik ke dunia nyata. Tapi saya masih dalam mood bercuti. Kan best kalau hari-hari boleh bercuti tapi gaji masuk :)

Nah straight to main content. Of course saya nak gebang pasai recent vacation to.. Krabi! Yg ada my FB sure dah tahu I went to Krabi on 16-19 November 2014. Tapi kat blog saya dok cakap nk pi 'A' kenapa pulak? A is for Ao Nang, which is located next to Krabi. Dalam setengah jam - 45minit naik motor/kereta.



Sebelum saya gebang panjang, let me put some keywords dulu biar mudah orang lain nk buat study pasal bercuti ke Krabi.

Bercuti di Krabi 2014
Bercuti ke Krabi 2014
Honeymoon di Krabi 2014
Percutian Bajet Krabi
Percutian Budget Krabi

Penting untuk saya put the year as well sbb besar kebarangkalian harga barang, harga pakej semua dah berubah mengikut tahun & musim.

Oh utk entry ni saya akan bercerita pasal my own preparation before the vacation days itself yo. Biar kome tahu mcm mana kelam-kelibutnya Cik Gayah ngurus segala tok nenek benda berkaitan percutian ni. Cik Gayah kengkonon nk surprise suami Cik Gayah, remember?? Tapi tobat lahum dah pasni nk gi memana mesti nk bincang dgn beliau dulu. Stress tau uruskan itinerary segala sorang diri. To the part saya tak tahu nak naik bus ke, nk jalan kaki ke, nak makan ini ke, nak makan itu ke (sepanjang proses preparation i mean).



Siap ada excell sheet utk susun semuanya. Ada lagi satu file on what to bring, what to wear. Yg tu saya taknak tepek sini sbb nanti berapa helai boxer en.Ubi nak kena bawa pun korang tahu :p

So the plan is that, Day 1, flight on 16 after Asar - sampai airport Krabi - shoot gi Krabi Town - stay semalam kat Krabi Town (check in hotel) - mandi solat - keluar gi Street Market (cari makan, cari sourvenir, ambil gambar) - balik hotel, tidur.

Was that happened to as what I have planned? 50-50. Hahah. Meh nak cerita.

1. Kalau ikut timetable Cik Gayah, siap ada part cook lunch, having lunch bagai. Nan hado okeh. Masa tu la sibuk nak gi kedai self laundry sbb nk keringkan baju2 en.Ubi. Nk dijadikan cerita, malam sebelumnya saya basuh baju beliau yg nak dibawa ke Krabi tapi pagi ahad tu hujan selebat-lebatmya so memang lencun la baju suami titew T_T Rush pegi dry laundry tghri tu tapi super pack dgn makhluk alam yg sama issue takdak washing machine mcm Cik Gayah gamaknya. Stress level go up one level dah ni. Takpe, kita buat2 takdak hal lah baju still belum kering. Shoot pulak pegi money changer. Sebelum ni dah tukar 5000thb, tapi ikut plan, perlu tambah lagi 5000thb. Apakan daya kedai yg kami pergi tu close shop! Stress level go up second level now. Patah balik and singgah kat Jusco. Ni option terakhir sbb rate kat sini kedua murah based on yg saya dah compare sebelum2 ni. Tapi kat sini cuma tukar 2000thb sbb cash kat tangan cuma ada tak sampai rm300 and we are out of time already.

2. Naik LRT pi KL Sentral. Sampai KL Sentral around 3.15pm terus pi kat kwsn nak naik Skybus. Mujur masa ni saya bijak sikit, suruh en.Ubi tanya kat abang driver Skybus kalau flight pukul 4.30pm sempat dak naik bas bang? Jawapannya tidaaaaaaaaaakkk. Maka terkedek2 lah kami gi pulak kat ERL Express kaunter. Beli yg non-stop to KLIA2. RM35 seorang. Hangussss duit di situ. Tiket Skybus rm8 seorang yg dah siap2 beli online hangus juga T_T Naik ERL Express dari KL Setral ke KLIA2 dalam 33minit dan train schedule every 20minutes. Rezeki kami, train yg ada kat bwh time tu lagi 4minit nk gerak. Challoo challoo mere tum se pyar ka ti ho! Dah dalam ERL baru la rasa lega. Bergedikla dgn suami amik gambo mcm kan jakun sgt tak pernah naik ERL. Saya dah web check-in the day before & everything yg kami bawa mmg saya dh set by hand-carry. So at this point of time, mmg bab timing Im pretty sure takkan ada masalah dah.

3. Well, this is my first time jejak kaki ke KLIA2. Punyalah jauh nak menapak ke departure gate T_T Penat weyh.. Sebelum masuk gate, suami Cik Gayah nak terkucil pulaaaaaak. Adoi dah mcm ada anak kecik pulak nak terberry nak tershishi time-time genting camni. Ku relakan jualah si suami gi toilet. Kang tak bagi kang satu hal pulak nk ngelap dia tershishi tetengah gate tu. Dah lepas gate & immigration check semua, duduk lah kami kat waiting area. Baru dapat tahu yg flight delay
T_________________________T
Perut lapar bukan main time ni tapi sbb dorg tak announce delay sampai pukul berapa, so tak berani la pulak kami nak gi makan dulu. Lgpun dah kat waiting departure area tu kalau nak beli juga makanan, harga memang dindingding too expensive for me. So, no. Jenuhla pujuk en.Ubi utk beli nasi lemak pak nasser dlm flight nnt. Yg saya igt, nasi lemak pak nasser tu mmg sedap.

4. Almost 5.05pm camtu baru blh naik kapal. Tu pun menunggu lg sbb kapal tgh isi minyak. 5.30pm kapal berlepas. Jarak masa utk unfasten seat belt & cabin crew serve/jual makanan agak lama dari masa kapal berlepas sbb kt luar hujan (keadaan cuaca tak stabil). Tunggu punya tunggu dkt pukul 6.15pm baru dorg start jual makanan. Menggelupur la kami berdua order 2 pek nasi lemak pak nasser (rm15/pek) dgn 1 kopi panas (rm6/cup). Bayar in RM. Tengah-tengah syok makan, dengar kapten announce yg kapal nk landing dah. Omo! Im still eating nasi lemak pak nasser ni kapten! Tercungap-cungap nk habiskan my lunch. Tp confirmla tak habis so pass kat en.Ubi. Biar beliau bambam. Muahahhah.

Touch down kat airport Krabi at 7.00pm waktu Msia. Waktu depa lambat 55minit dari kita. So jam depa time tu ialah pukul 6.05pm. Tapi keadaan langit dah mmg nampak gelap senja sama mcm kt Msia. And how were us bila dah sampai bumi Thailand, yg tu saya sambung next entry k ;)



Friday, November 14, 2014

Kantoi dah


Tengok gambar ni rasa mcm nk nyanyi Bawa.. aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti, Bawa.. aku pergi, pacu laju lagi, malah kita, tak perlu kembali.. Itu lagu favorite zaman bujang hokeh. Gi maghi gi maghi nok nyanyi lagu tu sokmo. Now dah jadi isteri orang, kena favor lagu lain pulak :)

Lagi 3 hari? Hoh? 3 hari termasuk hari ni la. Duit baru tukar rm500. Kalau ikut my excell-planner, kurang-kurang kena tukar another rm500. Tengok exchange rate tadi, susut sesen duit sana. Kot-kot esok susut lagi sesen, untung la Cik Gayah.

Remember in the first place I wish to make this trip a surprise for en.Ubi? Nk dijadikan cerita, ptg td lepas en.Ubi balik solat Jumaat, dah terkantoian :( Half my fault, half his fault. Apa lagi, merajuk la I. Merajuk nangis-nangis tekup muka kat bantal. Tak cukup dgn drama camtu, I lari kurung bilik dalam bilik Nazurah. Gahahah. Itu pentingnya rumah 2-3bilik hokeh. Kalau nk merajuk, ada tempat nk berkurung. Tak lama pun. Kesian en.Ubi dok ketuk-ketuk pintu bilik sambil baca mantera "Buah hati.. Cinta.. Isteri.. Buah hati.. Cinta.. Isteri.." Itu jelah skrip en.Ubi kalau nk memujuk  -_-" Bila kenangkan yg tadi en.Ubi balik solat Jumaat blm makan, terus saya tak jadi nk merajuk lama-lama. Saya pulas tombol pintu bilik Nazurah, tak boleh buka! Ah sudah.. Saya terkunci dari dalam bilik! Aigooo.. And now I am the one yg ketuk pintu dari dalam pulak. Suruh en.Ubi tolak pintu. Tapi saya tahu yg en.Ubi tak dengar suara saya sbb dia masih khusyuk mengetuk pintu dari luar dgn alunan mentera td. Saya takboleh panik, ego kena jaga beb. Saya pulas lg sekali sepenuh hati. Taraaaaaaa! Pintu terbuka! =)) And there, my hubsy dok bersila kt depan pintu sambil peluk bantal.

Biasaaaaaaaa dia..! Nak kena babap nih!
Tak sampai sebulan kawin kan.. mahu ler dia layan kerenah Cik Gayah camni. Tengok esok dah setahun kawin.. masa Cik Gayah sibuk merajuk, dah sepinggan nasi dia sapedek agaknya T_T

Baju-baju dah start packed in. Barang-barang kecik mcm toiletries belum sort out. Rasa nk beli kt sana je. Ikut pengalaman Cik Gayah masa gi Bali dulu, better beli bila dah touch down kat sana. Cuma yg paling merisaukan skrg ni ialah keadaan kesihatan. Saya demam. En.Ubi pun. Tp both of us are getting ok rasanya. Temperature slowly down to normal walaupun masing-masing suara mcm suara orang gasar. Antibiotik kena habiskan utk bagi antibody kuat. Drug camtu kena declare ke yeh kat airport nanti? Kat KLIA Cik Gayah tak risau sgt sbb still in our country. Komunikasi tanpa batasan. Kat airport depa tu yg Cik Gayah cuak-cuak sikit. Ker, tinggal je ubat-ubat ni? Takyah bawa?


Thursday, November 13, 2014

Memoncong lagi



Sedapnya kalau dapat pavlova!

Abaikan tekak Cik Gayah yg masih gigih meroyan. Alkisah semalam en.Ubi around kul10 malam camtu ajak gi cari supper sbb dia teringin nk minum yg sejuk2. Pucuk dicita ulam mendatang. Cik Gayah apa lg, melompat la! Kalau dapat ABC sedap nih! Bersiap lebih kurang then vroom vroom en.Ubi bawa pi jenjalan naik motor. Sonoknya embun malam. I'm a happy wife! Tp dek kerana dok risau batuk & selsema en.Ubi mcm tak berapa nk berkurang, kami gi klinik dulu. Nk ambil ubat & nk dapatkan approval doctor utk fly out weekend ni. Doktor ckp nothing serious, cuma batuk & selsema. Lung en.Ubi in a good shape. Alhamdulillah.

Settle hal kt klinik, gi singgah tempat lain sat. Ada hal. Dlm setengah jam kat situ, dan dan masa nak balik, hujan selebat-lebatnya! Basah lah kami suami isteri mandi hujan ataih motor. En.Ubi kesian kt saya, yela, kena hujan kang tak pasai2 demam melepek. He knew me best. Dia tahu saya mesti mood swing at that point of time. So tanpa diminta, dia memujuk. Dalam hujan, atas motor. Sila ingat scene ini. Dia baca zikir-zikir kuat2 - setakat yg dia tahu saya boleh dengar. And to tell you peeps, it works! Saya tak mood swing pun. Instead, walaupun dibasahi air hujan, tapi saya ada perasaan yg sgt2 bersyukur. Bersyukur sebab buat masa ni, itu kenderaan yg suami saya mampu sediakan - sebuah motorsikal. Motorsikal yg beliau dah habis bayar dgn hasil titik peluh sendiri. I have nothing to complain. Apelah sgt hujan lebat tu jika nk dibandingkan dgn anugerah tuhan yg paling indah yg saya boleh peluk, boleh colet pipi, boleh sondol2 depan saya saat tu.

Oh bahagia pulak rasanya meredah hujan dgn suami!

Dalam sendirian Cik Gayah mengelamun atas motor tu, terdengar en.Ubi tanya, "Nak singgah kedai tepi2 (kedai runcit) beli air ke kopok?"

Tadi kata nk gi warung ke kedai makaaaaaaaaaannn!! Kita nak ABC!!! (ni scene jerit2 dlm hati jelah).

Kebahagiaan guwe cair umpama cairnya semangkuk ABC. Terus guwe protes dgn moncong sampai masuk rumah. Sekian.


Tuesday, November 11, 2014

Quicky



Bersiaran dari office setelah sekian lamo dok terperap kat rumah. Puas hati dapat settlekan lg beberapa hal nak gi bercuti. Dapat print most all of the documents! Semalam seharian jugala bertapa kat UTC Sentul - apply new utk passport en.Ubi. Kalau urusan MyKad ke Passport ke mmg hala tuju saya ke UTC Sentul. Dulu2 sblm ada UTC, mesti tuju kat JPN Sri Rampai nun. Kat sana pun cepat juga urusannya cuma parking sangat hazab. Kat UTC Sentul ni pun lbh urang jek hazabnya cuma ada free parking kat basement. And rezeki kami mudah pulak dpt spot parking semalam kt basement tu. Selalu kena double park.

En.Ubi apply hat 2tahun punya. Masih lagi harga yg sama dgn by time saya buat passport dulu-dulu: RM100 utk 2tahun. Yg beza cuma pada gambar. Kalau dulu, kita kena provide gambar 2keping. Sbb tu kat sekitar-sekitar JPN ke Pejabat Imigresen ke mesti ada kedai gambar. Tapi skrg, cuma perlu provide salinan MyKad jek. Gambar, nanti depa amik kat kaunter yg proses application passport korang. Senang. Jimat betul. I loike.

Now that passport en.Ubi dah siap, saya dah boleh online check-in. Nanti saya plan camni : Rumah - Rapid Bus - LRT - KL Sentral - Skybus - KLIA2.

K la uolls. Nak bersiap balik rumah dah. Daaaaaa~

Monday, November 10, 2014

Cerita malam-malam

Baru-baru kahwin ni, gelora badai berumah tangga masih belum sampai musimnya. (Semoga Allah melindungi selamanya. Aminn..) Mungkin inilah yg dikatakan bulan madu. Semuanya indah bak bulan, semuanya manis bak madu. Tidur malam pun berdodoi-dodoian.

Alkisah di suatu malam, en.Ubi sedang ingin mendodoikan I..

Buah hati, pejam mata. Tidur ye.

Hm.. 
I jawab manja. Kepala disodok-sodok masuk armpit suami. Cari pahala katanya

Subhanallah, srooot.. 
Kesiannya suamiku! Selsema!

.. walhamdulillah, srooot..
Ohh..!

.. wa laa ilahaillallah, srooot.. wallah hu akbar, prooottttt..

Aik? Lain bunyi selsema?
Suami kentot yehh!?????

Countdown to A



Rajin kan Cik Gayah update blog tiap2 hari di mana jua anda berada? :) Esok den kojo. Suami sepuluh kali pesan, tido jang oi.. Eh ni zaman bila pulak en.Ubi jadik orang nogori. Beliau nok kecek klate pung dop bunyik. Ini kan nk cakap negeri. Bergulung lidah dalam tekak kang.

At this point of time, Im craving for ice cream. Cone ice cream. Choc mint for specific. Picture countdown ni pun kira membunuh jiwa raga sendiri la. Nak merengek kat en.Ubi tetengah malam camni minta aiskrim, mau beliau sumbat dengan mangga muda kat dapur tu. Kalau kronik sgt ngidam, Cik Gayah kena standby talian Nur. Hahah.

Dinner td kena jerkah ngan en.Ubi pasai tak pandai geografi. Titew memang tak minat Geografi sebab dulu cikgu Geografi tak hensem. Kisah benaran ni donggg. My classmate lagi teruk. Cikgu Geografi kami ni dikisahkan sblm ni ialah pramugara. So my classmate sangat2 meragui cerita tu. Diorang cakap pramugara patut hensem, cikgu tu tak hensem pun? Sebab tu dia kena pecat kot?? -_-"

Eh sambung nanti ek. En.Ubi suruh tido jugak. Bai.

Sunday, November 9, 2014

Kisah rumah tangga yg kelam-kabut



Suami Cik Gayah terketor-ketor tangan main Dota kat sebelah ni ha. Biar kan dia. Hari keje takleh main game. Hari dia cuti biar dia balas dendam kat segala musuh2 beliau dalam Dota nun. Lagi pulak td lama beliau tidur sbb badan mcm nak demam. Kang kalau melarat demam Cik Gayah yg susah hati. So biar dia leka dgn game jd tak terikukan sgt demam tu. Patut semalam saya update blog. Tapi kesihatan tak mengizinkan pulak. Tingtong sebab makan sardin. Haa korang mampu tekak macam I? Sardin is nehi nehi hokeh. Yang benornya zaman sblm sakit, sardin tu favorite tu. Makan dgn nasi lemak makcik kedai hujung kat cafe menara celcom. Fuhh dia punya terangkat. Dapat pulak krupkrap krupkrap dengan paru goreng makcik tu. Huiihlahai. Rasa nak bertapa makan kat tingkek limo tu.

Cik Gayah kalau terbayang makanan sejak dua menjak ni, terliur dia tu lain mcm sikit. Kadang-kadang sendiri rasa sedih kalau tak dapat apa yg dihajati tu. Tp I is positive hey nehi pregnant hey. Confuse di sini. Macam tengahari td. Gigih pi cari satu restoran dekat-dekat danau kota. Pusing punya pusing tak jumpa. Frust. Tapi pujuk diri sendiri, takpelah, makan je kat mana kedai yg ada. Pastu elok dah parking kat satu kedai makan ni, baru en.Ubi and me perasan yg kami tak bawa duit!! Oh la super frust. Nk buat mcm mana, patah balik rumah la. Dalam kete diam jek tak bercakap. En.Ubi pujuk pun tak jalan (padahal bukan salah beliau pun -_-"). Rasa takdak mood nk layan beliau. Yg syaitonirrojim pun mcm makin mencucuk2 I supaya tak melayan suami. I hate you syaitonirrojim. Shuhh! Pelan-pelan cool kan diri sendiri. Lps amik duit, en.Ubi ajak pi makan dkt2 area rumah. Tak sedap :( Frust :( Lps makan, teringat ada pasar malam kat Jusco AU2. Sedapnya kalau dapat mangga muda hat kecik2 yg biasanya blh jumpa kt org jual sayur, bawang, ikan bilis tu. Nak ajak en.Ubi terus, malu. Sbb tadi buat perangai, kan.. :~ So jenuhla memikior mana gaya nk tackle en.Ubi balik.

Dah sampai kwsn rumah, bila en.Ubi ajak masuk rumah, terus cakap, "Kita nak jalan-jalan boleh?" En.Ubi is a good husband to me, Alhamdulillah :) Dengan senyuman melebar beliau tanya, "Buah hati nk jalan-jalan kat mana?" Happy ler tu Iolls dah tak merajuk :p Titew pun happy to have you, Manja :')

So he brought me to the pasar malam. Tiga kali kau kami tawaf pasar malam tu! Puaih hati. Lagi puas hati dengan buah mangga tu pun dapat! Sampai rumah, badan en.Ubi start dedar, mcm nk demam. Terus isteri ni rasa nk berlutut minta ampun selamat hari raya maaf zahir batin yang. Gila rasa serba salah weyh td tarik moncong kat suami. So I let him lelap kejap sementara nak masuk maghrib. Dah azan maghrib, kejut beliau perlahan-lahan. Takbangun. Kejut lagi. Takbangun juga. Dekat 40minit kemudian saya kejut juga tanpa henti baru dia bangun. Lps solat, beliau melepek tidur balik.

Saya kat hall kena settlekan keje office & siapkan kad kawen client. Almost 10.30pm camtu baru en.Ubi bangun. Dah siap keje, saya gorengkan beliau kopok lekor beli mentah kat pasar malam td. Buatkan nescafe. Tengok dia berselera makan, badan pun tak dedar dah, tangan pun kemain laju main Dota, lapang dada I.

How la if I have Baby I nanti.. Baby M ni pun kelam-kabut sikit rasanya nak jaga beliau -_-"

M for Manja.
Sila muntah dan pitam.
Bai.



Friday, November 7, 2014

Countdown to A



Ofcourse Cik Gayah ada benda nk bebel panjang. Mlm ni k. Janji tauuu~

Thursday, November 6, 2014

Let's start the Countdown to A!

Hujan lebat kat luar. En.Ubi balik keje biasanya dh masuk Isya' pun. Suami cari rezeki, jadi isteri kena dok dendiam kat rumah. Oh izinkan saya berehat barang sehari ni. Sebenarnya dari semalam work from home. Memang request dari bos nak work from home sampai Jumaat. Tapi kena menahan hazab sbb connection to vpn office (guna wifi UMobile je. isk) super slow.mo. Akibatnya guwe jadi stress ammat. Smlm sakit mai balik. Small simptom mcm masa memula nk dapat sakit ni dulu. Sakit kepala yg unbearable, sakit perut. Tapi sempat lagi tengok drama 7 suami :p Takut juga kot2 sampai tahap wekwek melambak. So cepat2 cari ubat. Ubat pulak suami pi tinggai kat rumah makmen. Terpaksa guna teknik memaksa housemate* kais2 beg ubat dia. Dapat paracetemol sebiji pun jadilah time tu. Lps telan ubat, baring. Pejam mata kuat2. Message* en.Ubi bgtahu keadaan diri. Lepas tu terlelap kejap kot. Sedar2 je dah midnight.

Housemate : Ye, for the time being, saya ada housemate. Nama dia Nazurah
Message en.Ubi : Semalam titew tak tidur ngan suami titew. Suami tidur rumah bujang kawan dia. Sbb ada Nazurah. Haha

Lps sedar, agak2 rasa kepala ringan sikit, cepat2 capai laptop. Sambung buat keje. Dah memalam cmni laju pulak vpn office ni ye. Gigihlah juga saya buat keje sampai pukul3pagi. Plan nk tidur tapi teringat ada benda yg belum direncanakan! And I am like running out of time. Die.





Fiuhhh.. sempat juga book. Tapi ni baru book accommodation utk hari yang TERRRR-istimewa. Accommodation utk hari yg istimewa sahaja tanpa terrr, belum di book sbb mata dah juling nk buat pilihan.

I know you guys pening tak paham hapah satu Cik Gayah beletiaq (omboih) ni. Ingat tak entry2 lepas Cik Gayah cite yg Cik Gayah ala-ala nk pi bercuti. Ha... inilah masanya. Not now tho. But soon. Very the soon I tell you. And memandangkan titew dah ada suami skrg ni kan, harusla ku heretin sekali mas ku ini. Bisa ya mas, engkau ngikutin aku. Ya maaaaaaaaaaasss. (dengan harapan hadiah birthday en.Ubi belikan emas. Harga emas tgh rendah ni *tetiba*).

Oh nk habaq mai juga, sampai laa ni en.Ubi taktahu Cik Gayah nk bawa dia pi mana nanti ni. Mungkin juga dia ada godek sana-sini my hp ke my laptop ke my gmail ke my creditcard ke utk korek rahsia. But I do really hope dia taktahu, biar dia berteka-teka. The fact is that this is the very first time kami nak sambut hari kelahiran masing2 sebagai suami isteri. Harijadi en.Ubi, 17hb. Harijadi Cik Gayah, 18hb :) So yeah, this aint a honeymoon trip. I dont need a trip to be sweet like honey for my husby. *flip tudung*

Gedik terlebih pulak kau Gayah menjak dah kahwin ni?

Bangkit pagi tadi celik mata terus capai laptop and menelaah trivago, expedia, agoda segala. Excell sheet dh berapa byk page create new create new utk susun jadual pi sana pi sini. Leka sampai seharian tak makan. Leka sampai tak on vpn langsung! Pastu td senior kt office whatsapp tanya ni work frm home ke cuti ni?? T_T Terus ada perasaan nk resign. Gahahah.

Akhir kata, ada beberapa kata Cik Gayah nk kata.


Dari selatan sampai ke Dengkil,
Cari berus buat melukis,
Saya mencari kerja di KL,
Kalau ada, bagitahu saya please.



*Ini pantun serious. Tak larat ulang alik cyber dah :(
**Korang yg dah tahu Cik Gayah nk pi mana, dok dendiam haa..



Tuesday, November 4, 2014

Pregnant?

Entry preparation nikah dh 70% siap draf. Nnt saya molek2 kan ayat dulu baru saya post entry tu k. Ni baru lps baca blog kak namee. Namee Roslan yg cun melecun tp dr gaya penulisannya, saya agak kak namee ni gila humble orangnya. Kak namee cerita ttg second pregnancy dia. And to our surprise, 2nd pregnancy dia terus jadi hanya 3bln lps dia deliver first baby. Literally like habis pantang terus preggy balik! Dia n husband dia pun tokojut jugak hokeh. Ada la jg dia reveal yg second pregnancy tu jd hanya dgn sekali kemesraan. Aww. Cik Gayah menggeletis taip perkataan kemesraan. Tiba2 nak call en.Ubi cakap I love you Manja. Hahhhahhahaah.

Dah dah jgn nk miang sgt tetengahari buta ni.


Gambar apa kat atas ni? Jeng Jeng Jenggg.. Sudahkah? Telahkah? Adakah? Benarkah? Alangkan kak namee yg sekali kemesraan pun blh beroleh second baby, inikan Cik Gayah yg pengantin baru :p

Belumla. Betul ni. Belum. Cik Gayah blm wekwek lg. Tp yg ngidam mangga muda siap cicah garam ni mmg pe'el Cik Gayah dari zaman muda remaja lg. Closest fmly members & en.Ubi mmg tahu ketagihan saya pd mangga muda cicah garam. Mkn epal hijau pun lg heaven bila cicah dgn garam. Tp ada jg ketagihan saya yg en.Ubi xtahu. Antaranya, saya suka ratah asam jawa (sbb rasa dia yg masam masin), saya hantu ikan masin, saya malah boleh ratah garam camtu-camtu jek. Alhamdulillah takde darah tinggi. But now mmg nk kurangkn semua ketagihan kemengidaman ni sbb saya tahu ianya tak elok utk kesihatan. Walaupun blm wekwek, saya berdoa kt Allah, kalau ada rezeki saya mengandungkan Baby I, jgnlah saya mengidam benda yg di luar kemampuan en.Ubi. Yela, kot nnt Cik Gayah ngidam nk makan kaviar cicah garam ke, safron cicah garam ke, menggelupor la en.Ubi korek tabung nk beli kaviar ngan safron.

Did I mentioned Baby I just now? Weeeeee.. Kami Cik Gayah mmg gediks, borak ngan en.Ubi nk baby berapa orang and nk bg nama apa.

Tengah2 borak tetiba saya sakit perut.

Eh kenapa ni isteri?
Menjak kahwin ni en.Ubi rajin panggil Cik Gayah - isteri. Ingat Cik Gayah je sorang yg gediks??

Kita sakit perut..

Perut kosong kot. Td makan tak?

Ni bukan sakit perut biasa..

Huh? Habis tu sakit perut apa ni?

Sakit perut nk period ni.

Huh??? Alaaaaaaa.....

Saturday, November 1, 2014

Private Time

Dh hampir seminggu kahwin tp guwe masih nggak ngertik apekah yg menariknya game dota tu. En.Ubi mmg dr zmn belum kahwin ialah mangsa jajahan dota. I knew that. And yes, I have married to this person. No regrets. Tangan kemain laju klik2 mouse and keyboard segala. Biji mata beliau pun dh mcm mata katak roll roll tgk character dota tu kejap ke sana kejap ke sini.

Saya kisah?
Jujur, kalau dia too much too long too into the game, saya akan kisah. But alhamdulillah, never had a time yg dia main game sampai lupa me dunia. Sbb bila character tu mati ke or respawn ke beliau mesti cari saya. I loike! Haha. Saya dulu pun zaman uni kaki game. Trust me. Paling berlagak main Assasin Creed sbb graphic that game super real. I played because I appreciate the graphic. Yg en.Ubi ni dia main sbb dia appreciate private time dia kot.

Apobondo pulak private time tu?
Private time ntah caner kitorang blh ter-praktis-kn in our marriage life since day one or two. Private time ni whereby masing2 nk do whatever we want without psgn kita. Tak perlu lari jauh dr psgn kita, cukup kita buat benda yg mmg solely utk kepuasan diri sendiri. As for me, biasanya private time ni saya gunakn utk ngadap hp, update blog, baca gossip sites (lol).. Kalau tetiba en.Ubi kacau, saya akan mnta time out like Manja, skrg 10.28. Kita private time kejaaaap je pls. Sampai pukul 11.00. Biasanya beliau faham. Beliau takkan kacau.

Tp kalau mood isteri solehah tu mai, I wont give a damn (eceh) to the so call private time. Segala benda I will put aside and terus ngadap en.Ubi.

Again, baru sgt berstatus isteri. Nothing much I can share. So Im thinking of sharing preparation majlis akad nikah haritu. Mungkin berguna bg sesetengah B2B. InshaaAllah :)

Ada kawan tanya, "Best tak kahwin?"

My answer, "Bessstttttttttttttt sangat!!!"