Kitorang start hantar Affan ke nursery masa umur dia 30 hari if im not mistaken. Tapi yg pastinya saya belum habis tempoh pantang 44 hari pun waktu tu. Owner nursery tu baik sgt2. Staff pun okay, cuma nursery tu baru jd dorg kekurangan staff (pengasuh). Affan nak masuk 6 bulan, saya berhenti kerja dan jaga Affan sendiri. Tak lama.. dalam 3-4 bulan je. Then terpaksa start kerja balik sbb kami financially x strong bila bergantung pd gaji A sahaja waktu tu.
This time around, hantar Affan ke rumah pengasuh instead of nursery. Sebab? Sebab bayaran lebih murah. Kalau hantar ke nursery sebelum ni monthly fee was RM450, kt pengasuh saya bayar RM300 sebulan. Mmg yg paling murah dah tu. Alhamdulillah the family yg mengasuh Affan tu takde menyusahkan hati saya. Alhamdulillah dorg dapat jaga Affan semoleknya walaupun adela beberapa perkara kecil yg kadang2 tak serasi dgn parenting-style saya. Tapi overall, alhamdulillah all are ok.
After almost half a year hantar kat pengasuh, kami berpindah rumah. Kebetulan jugak, pengasuh Affan waktu tu dapat offer jadi polis. Jadi sampai situ jelah kenangan Affan dgn pengasuh dia. Kat kwsn perumahan baru, agak susah jg nak cari nursery.. Masa ni umur Affan nak masuk 17 bulan (1 thn 4 bln). Cari cari cari, dapat register kat nursery Affan yg pertama dulu (cawangan dkt area rumah baru ni). Of course saya happy sbb ini ialah brand nursery yg sama - yg saya dah ada pengalaman hantar Affan masa dia very small dulu). All looks good. The teachers, the nursery environment, the play areas, i even love the fact that they use vinyl/laminate flooring inside the nursery 😃
|
Day 1 kt nursery |
Tapi, in mid July kitorg withdraw Affan dari nursery tu. Kenapa? Ini ceritanya..
Kitorg hantar Affan kt situ starts May. Few first weeks Affan menangis. Masa hantar menangis, masa kitorg ambil pun menangis. Tapi both A and i cekalkan hati. We keep on telling ourselves, "biasalah tu.. permulaan.." Alhamdulillah one of the teacher yg rajin communicate (whatsapp me to update pasal Affan) pun kata, Affan nangis 10-20minit je lepas kitorg tinggalkan. Lepastu dia start leka main2 dgn kwn2 dah. Alhamdulillah of course lega sikit hati dgr feedback mcm tu.
But then, dah berganti bulan (June), Affan still menangis bila dihantar ke nursery. Mmg nampak betapa dia sedih bila A nk
pass dia pd the teacher. A starts buka mulut - bgtahu rasa mcm x ok hantar Affan kt situ. Entah knp.. saya pulak mcm 'keras hati' waktu tu.. saya calm kan A, ckp, inshaaAllah all are good. Sampai lah towards the end of June tu, that nursery bertukar owner. Ntah saya pun kurang faham, tp yg pastinya, teacher kt situ pun dh bertukar org. Teacher sblm ni ditukar ke cawangan lain.
Actually kami xde mslh pun, nursery tu bertukar owver ke bertukar teacher ke.. so long maintain its services atau lagi bagus kalau ada penambahbaikan. Sadly, the week yg management bertukar tu, I started received whatsapp from the new owner (merangkap teacher kt situ), bgtahu that Affan keep
buat kawan - mostly the reports were Affan gigit kawan and cengkam/cakar kawan. At first, of course saya minta maaf on behalf Affan. Yela, budak2 kan. Mmg tu salah satu perangai
nakal dorg to which for me, at his age, dia tak tahu pun apa yg dia buat tu is kategori perangai nakal. We as adult la yg kena bantu tegur and ajar budak sekecik tu.
Am im wrong somewhere in this statement?? I even told the owner that I am okay / allow her to marah or pukul sikit Affan dgn tujuan menegur bila Affan buat silap. I will totally understand.
Kat rumah, obviously Affan xde buat pe'el gitu. So I keep telling to myself, mmg kadang2 anak ni bila dgn parents sendiri, pe'el nya lain, tp bila xde parents, pe'el nya lain. Saya tak pernah sesekali kata Affan la budak yg paling baik, yg paling senang dijaga, paling dgr cakap. No! I know the real fact, budak2 mmg mcm2 ragam, mcm2 kerenah, mcm2 pe'el. But again, org dewasa kena monitor and tegur wherever appropriate. Berbalik kpd reports owner tu tadi, bila dah EVERYDAY dia whatsapp saya camtu, naik bengang la jg jadinya. Kau teacher kt situ, kau la tolong monitor and halang kalau ada budak buat perangai. Kau keje nk report kat mak budak tu je, kau expect mak budak tu boleh start enjin kereta pecut gi nursery dan marah budak tu ke? Dia kata, tak sempat nak halang Affan dah buat kawan. Hello, kau dah kenalpasti ada student kau yg perlu extra monitoring, kau monitor la extra sikit. Budak umur Affan tu.. kalau ditegur/dibabab sikit, dia xdenya 28 minggu kendian pun nak ulang buat salah yg sama. Melainkan that kid ada special situation (autisme ke adhd ke), yes, yg tu probability dia keep doing the same mistakes mmg ada.
A memang naik meluat dah bila saya sampaikan report owner tu pd dia. Sbb EVERYDAY benda yg sama! And kitorg pun rasa mcm eh kau nk manage nursery budak2, kau patut lebih arif dgn pelbagai ragam budak. Kau bukan manage nursery flora yg ada pokok2 tumbuhan tu ye.
Naluri keibuan saya pun dah trigger something tak best. Entah mcm mana A found out that kawan yg Affan selalu buat tu is anak that owner! Patutla kau merentan semacam bila anak kena cakar. Oh lupa nak cerita.. lps dah 2-3 kali owner tu report Affan cakar/gigit kawan, saya minta no phone parents that kid (si mangsa). Tujuannya biar saya dan A sndiri minta maaf atas kenakalan Affan. Tahu apa owner tu jawab? Dia kata xpe, biar kami selesaikan sendiri. Hoihhh kau ingat ni kes maha besar ke ada pertumpahan darah ke nk pihak management sahaja yg selesaikan? Ni kes budak-budak umur setahun dua kot! Makpak budak2 tu memasing bernyawa lagi. Takat nk minta maaf atas kenakalan anak umur setahun dua saya sanggup salam cium tgn la dgn makpak budak tu!
Tak sempat kitorg nk confront pasal benda ni, the next day kebetulan A dpt keluar ofis awal sikit and sampai kt nursery lebih awal dr kebiasaan. No teacher perasan yg A dh sampai. A sempat intai dr tepi tingkap nursery and nampak Affan di asingkan kt tempat lain dlm nursery tu. Sorang2 je Affan kt situ okeh! Bapak sedih anak aku kau buat camtu! Entah berapa lama and entah dah berapa hari dorg asingkan Affan dari yg lain2. Patutla budak tu sedih semacam bila A amik dr nursery. Ya Allah, sedih sgt bayangkan perasaan anak umur setahun lebih kena 'denda' diasingkan mcm tu 😭😭😭
A bg salam. Affan dgr je suara babah dia terus dia menangis weyh 😭😭 Masa teacher buka pintu mmg nampakla Affan 'keluar' dr tempat pengasingan tu then meluru ke arah A. Pastu ada pulak budak lain (tak sure ni anak owner ke atau bkn), dia mcm hadang guna tangan tak bagi Affan nk capai A. So Affan autimatically reaction dia, dia cengkam la tangan budak yg menghadang tu. Korang tahu apa teacher tu act? Dia boleh just cakap kt A, "Ha, mcmtu lah Affan selalu buat kawan (cengkam tgn budak lain). WHAT THE TAHIKKKK!!!
A terus tarik tangan Affan slowly and kind of warn Affan, "Affan, tak baik buat kawan mcmtu". Yg teacher td sikit pun xde nak alih tangan Affan ke ape wehhh. Dia mmg nengok gitu je Affan cengkam tangan budak tu. Hoi kau sakit otak ke apa??? Kalau camtu cara kau monitor budak dari pagi, memangla semedang kau-tak-sempat-halang Affan buat kawan dia. Sbb kau menengok aje tanpa halang. Yang kau buat, asingkan anak aku duk kt tempat lain sorang2 kan!
Kejadian tu hari Jumaat rasanya. A balik cerita dkt saya, terus saya decide - that's it! Kita tayah hantar dah Affan kt situ! Mmg saya nekad betul waktu tu. Terus gunakan weekend yg ada utk cari nursery baru utk Affan.
Dan rezeki Allah bukakan jalan, temukan jodoh dengan kindy baru. Dah hampir 6 bulan Affan kt kindy baru and all I can say Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ya Allah utk rezeki temukan kindy baru ni dgn kami sekeluarga.
Affan is happy and learning so much new thing kat kindy baru. Later saya cerita pasal kindy Affan ni k. Thank you sudi baca luahan perasaan pasal nursery Affan yg lama tu.
|
tadika baru. a lil bit trauma sejak kes kt nursery lama tp alhamdulillah he is happy |