Friday, August 29, 2014

En.Ubi dan salon

Saya terjaga pukul4 pagi. Pi shishi, spray bilik, golek2 xblh smbung tidur. Iman takcukup hebat utk buat qiam. Ni bertahan smpi azan subuh. Kalau tdur now mahu subuh nk hbs nnt pun liat nk bangkit. Smlm i slept at 10pm kot. Awal. Entah penangan nasi grg usa yg hbs licin saya kerjakn or sbb otak lotih memikior.


Dlm pd golek2 ni, cek2 album kt hp, saya jmpa gmbr ni. Rasanya it was taken dlm bln Ramdhan kot. Masa ni saya belanja en.Ubi potong rmbut sekali dgn buat scalp treatment. Rm180 yo. Mungkin bg yg biasa pi salon, harga cheapsket je tu. Tp bg saya, omo mahal weh. Rasa nk pesan kt en.Ubi no helmet after this please. Yela rambut rm180 benyek kena helmet nnt. Haha.

En.Ubi syok gamaknya rambut dia kena belai2 dgn amoi tu. Asal pay day saya je mula la skrip dia,

Buah hati, misai dgn janggut saya ni ok tak?
Tak.
Nak saya potong? (Kemaskan)
Nak.

Rambut saya ni ok tak?
Tak.
Nak saya potong?
Nak.
Jom.

Jom?? Ah sudah. Dia tanya dan2 time lalu dpn salon tu. Akai panjang sungguh!

Ok jom.
Cik gayah jln pelan-pelan pegi hujung jusco.
Pergi mana tu??
En.Ubi lari2 anak membontot i.
Kwik Cut!

Rm18 jek. Dia akai panjang. Saya akai kedekut jimat. Kekekek.


Wednesday, August 27, 2014

Update sikit

Bila en.Ubi tanya saya, saya percaya kt dia tak? Less than a second saya jawab nope!

See. Gambar ni sampai saya kena crop sbb muka huduh bebenor.


See lg. Dh mcm hunchback plak i. Pdhal effect angin pd tudung dan baju. Yg en.Ubi pun main snaaaaap je. Bkn nk tggu smpi iolls nmpk cun sikit. Pun crop sbb muka huduh.


Bila dia dh snapped, saya tanya cantik ke tak, jawapannya always, "Irma, dia bila2 masa pun cantik di mata kita"

Nasib badan la bercinta dgn taukeh tebu. Penuh batang tebu tepi bibir. Silap2 kalau check guna microscope, dgn mesin tebu pun ada skali kt bibir tu -_-"

By the way.
We went to Bali last weekend.

Caught ya! Nan hado gi Bali. en.Ubi passport pun tak di buek2 laie. Saya ni pun dh brp lama x byr ptptn. Tak tahu la lps lg ke tak nak keluar negara. Sbnrnya kami pi tgk venue utk majlis kesyukuran after nikah. Dlm Malaysia je la of course. It's a villa with balinese style inspired. Have we booked the place? No. Long way to go. Mcm2 hal & kerenah lg saya nk kena hadap before I can share with you lovely people on the jemputan. Pls bear with me.

The idea of having majlis kesyukuran at a villa came as en.Ubi said his relatives quite a number. So nk bg fmly selesa masa berjamuan, we thought a house would do. Yg mana ada ank kecik, lps mkn blh terus ddk mnyusukn aor tidurkn anak kt dlm rmh. Ada aircond, blh tgk tv, blh baring2. Tp nk buat betul2 kt rmh, saya selalu xnk sbb xnk menyusah memenatkan ahli keluarga. Sbb lps tetamu blk mst rmh tunggang langgang kan? So biar buat kt tmpt lain. Biar cleaner tmpt tu yg pening kepala after the event. We pay, we stay, we left. Dah.

Apepun, the villa is just one of the listed venue. Mcm saya ckp td, long way to go. We both noticed yg kami ni mmg byk aral perlu ditempuh sblm the day finally comes. But Allah always will be fair enough to us, right? Ada org kurang rezeki dlm hal rumah, ada org kurang rezeki dlm hal anak. Ada jg yg kurang rezeki dlm hal kerjaya. Mcm saya, I would say saya kurang rezeki dlm hal ke arah perkahwinan. Bila ckp mcmni, saya selalu teringat nasihat one of my friends yg saya rasa dia tak pernah ada masalah hidup. She said, "Irma, mungkin Irma ssh sblm kahwin. Tp byk kesenangan slps tu. Dpt suami yg penyayang, setia, sudi berkorban utk isteri, memahami isteri, bertanggungjawab.. Kita mmg xde mslh mcm Irma skrg. Tp kita xtahu nnt lps kita kahwin khidupan kita mcmna. Mgkin sbb dh terlalu sng skrg, nnt lps kahwin ssh sikit pun kita x blh handle. Siapa tahu, kan?"

Lately en.Ubi dh x bg saya fikir anythg about the preparation. Because he's aware yg kesihatan saya menurun balik. As simple as my jalan pun melayang2 blk. Mana tak nya, bila byk berfikir, headache. Bila headache dh unbearable, mcmna nk balance kn diri bila bjalan.

Bila org ckp saya kuat, sbnrnya bg saya, en.Ubi lbh kuat. Dia yg lbh byk berkorban hati, perasaan dan masa. Dia jg yg byk beralah dgn dunia when it comes to be with me, still. Saya ni selalunya fikir pendek. Serabut2 sgt, kita had a break la intan payung. Somethg like that. Tp dia tetap x berganjak. Tu yg cik gayah selalu drama ayaq mata dpt en.Ubi chenta mati kt cik gayah. Hikhik!

I pray that dunia will understand where we stand.

Friday, August 22, 2014

Hai la kahwin..

Tak tahu tak boleh tidur ni sbb stress memikior ke atau sbb sakit perut since ths morning. Perut sgt tak stabil sampaikn saya x berani drve blk kl. Berulang ke toilet lbh dr 10kali kt office td. Tak berry pun cuma kerap shishi mcm byk minum air. Knp ntah. Laa ni bermalam kt Putrajaya rmh makcik. Heaven nyelah short distance drve without toll. Sampai rmh nasi panas dgn lauk-pauk dh terhidang. Tinggal nk basuh tgn nganga molot je. Kalaulah tiap2 hari blh mcmni, hariharihariraya!

Mmg pe'el saya dr dulu, bila serabut nk fikir hal personal, saya akan tend to let myself deeply into work-world. Saya buuuuat kerja bertan-tan utk elak TERfikir hal peribadi. Biarlah balik lewat pun. Sbb buat office duties ni means saya sdg mnyelesaikan mslh org. Mslh saya sndiri boleh dop kalu ore laen hok tolong selesă kan? Mokcik seřo canno' go, doh.. Haaa kalau cannot pun dh ada idgham di hujungnya tu, mknonyo mèmè doh canno' sangak2 doh tu bè.. Harak maklung dèh.

Apa yg saya stress? Kahwin.
To the point saya ckp kt en.Ubi, "Cancel jelah.." Trust me, I did said so. Recently saya terbaca kisah psgn yg bertunang 1minit. Korang ada baca?

Kisahnya mcmni..
Dorg mmg get ready utk mjlis bertunang. Simple one la. Lps dh bakal makmen sarung cincin, dh sah jd tunangan org, tuptup bapa si perempuan tanya kt si lelaki. "Kamu dh bersedia nk nikah? Kamu nk bernikah?" Lbh kurang gitu lah gaya soalanya. Nak tu of course lah nak, kan? Tp mana nk cekau duit dan-dan tu jg? Pastu bapa perempuan tu nyanyi rilek brader, brader rilek.. kekekek. Ok fine. Tak lawak.

Nk dijadikan cerita, si lelaki ni ada simpan seketul dinar emas dlm wallet dia. Yg pak perempuan ni pula sungguh mulia hatinya dan berilmu agama orgnya, maka dinikah kn terus psgn td. Pak dia yg nikahkn, pak dia yg bacakn khutbah nikah.

*kalau spotcheck wallet en.Ubi, yg dia simpan ke hulu ke hiliaq, duit rm5 yg dh koyak -_-"

Subhanallah.. Nikah tu AMAT MUDAH dlm Islam sebenaqnya. Hat pi buat nallla punya masalah bila pikiaq nk baju glamour2 la, nk pelamin gini2 la, nk jemputan ramai ni la, nk sediakn accommodation la, nk serve lauk ini la, nk kena ada saving byk sekian2 la, last-last lps nikah, mempelai yg sengsara.

Payah nk ingatkan balik rukun nikah tu apa. Payah sbb the oldies sort of terikat dgn adat. Part mana dlm rukun nikah tu yg mention kena standby at least 10k? Takdak cheq... Yg ada syarat minimum simpanan tu syarat nk buat haji cheq... bkn syarat nk menikah.

I know that I am barking towards the mountain now. Kita pngkat org muda kena taat. Semoga ketaatan yg jujurnya ada masa tak wajar ni diberi balasan setimpal oleh Allah. Saya nk taat pd suruhan Allah dulu sblm taat pd suruhan hamba Allah. Dgn niat begini, semoga Allah melembutkan hati pihak2 berkaitan utk memudahkn urusan nikah saya satu hri nnt.

Cik gayah takut en.Ubi menggila culik cik gayah bawa pi siam kang. Tak rela tak rela. Oh lupa, en.Ubi takdak passport. Selamat i.

Thursday, August 14, 2014

Cerita harini

Pada siapa yg sempat baca post semalam, tahniahlah ye. Anda antara yg terawal dan ter-sempat baca. Ni td saya dah pin down that post sbb rasa mcm post smlm tu ikut perasaan sgt. I dont want people to judge me based on my emotional writing. So better i keep it to myself.

To overwrite post smlm, let me share with you guys how was my day today.

Saya gerak gi office around 9.30am. Jln quite jam nk menghala ke Ampang Park. Pasaipa ntah. Tuptup lps je russian embassy, saya dgr bunyi bumbb! Kuuu semangat. Igtkn kot la bgnn kedutaan rusia tu dibaling bom tgn ke apa. Rupanya taxi langgar rider. Exactly after my car lepas entrance embassy, the taxi took selekoh in and mungkin tak perasan there was motorcycle rides over. Sempat saya kerling kt cermin sisi, the rider terdengkot2 ambil helmet dia jatuh bergolek ke tgh jalan. Simpati :( tp saya tak stop dan teruskn perjalanan ke office.

10.30am sampai office, 11.30am ada 'get-to-know-you (gtky)' session. Gtky ni sbb saya nk masuk department baru. Skrg saya jaga policy, surrender dah rasanya buat request info. Tak terkejar nk kaut semua polisi pak arab pak malaun segala. Department baru more to transaction. Create position, maintain organisation unit. Okla enoughla pasal kerja. Takde sapa berminat nk tahu apa yg saya buat kt ofis. Lol.

Blk sharp 6pm walaupun kerja byk taksiap sbb nk jumpa client. Jumpa kt mana? Jumpa kt office Celcom. This client are my ex Celcom colleagues. Org ckp, tempat jatuh lagikan dikenang.. Menangis saya jumpa beberapa org kwn lama td. Dorg pun menangis. Sebak betul tgk cubical lama saya. Kt cubical lama tu lah saya tekun dok buat kerja. Kt desk-headboard tampal itu ini. Plastik cekelat pun tampal. Ouh kenangan! :'(

Sit with the bakal pengantin dlm sejam, review blk dsgn card utk di finalized, gedebak-gedebuk ntah mcm mna ada pulak another bakal pengantin pun nk tempah kad with me. I didnt know him before sbb dia mmg dr department & level lain. Rezeki. But let's do the proposal dulu and if he really interested commits business with me, that is when my rezeki really is.


Gambar ni candid by bakal pengantin lelaki. Saja saya edit sbb kalau tepek gambar asal semata-mata nampak benor ke-cik gayah-an I. Jari dh melentik, moncong kejap ke depan kejap ke tepi, tudung ketkot-ketkot, mmg sah cik gayah tgh naik shaikh masa meeting td. Tgk bakal pengantin perempuan, bertenang je riak muka. Gila contra dgn cik gayah. So budget dgn edit mirror2 ni boleh men-tone-down sifat cik gayah tu iolls tu. Harap korang percaya betapa sopannya saya in reality. Percaya lah. Please?

Tuesday, August 12, 2014

Marry that girl

Cik Gayah busy uolls. Keje banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk. 
Tapi Cik Gayah cannot stress stress remember? So layan ini lagu babeh.


Dok terbayang en.Ubi nyanyi lagu rengge (tak tahu eja macam mana) depan pak men. Wkwkwkkwkwk.

Bai. Assalamualaikum.

Sunday, August 10, 2014

November

Yes I know we are still in August. No worries, penyakit saya tak menjejaskan ingatan sampai tahap bulan brapa ni pun tak ingat :) Oh and yes, no worries, saya bukan kahwin bulan sebelas ni. Hangpa cuak je menunggu bila cik gayah nk menikah yo? Sabar. Tuan badan lagi kan boleh bersabar, inikan pulak kalian.

So whats up with November babeh? November always be the memorable month for me. Satu, of course sbb saya lahir dalam bulan sebelas. Kedua sebab my first love dulu pun lahir bulan sebelas. Ketiga sbb en.Ubi pun nyenyebok juga lahir dalam bulan sebelas. So the power of remembering November tu kuat sbb byk sentimental value in this month. Ni lps en.Ubi baca ni confirm dia tanya, "Ingat lagi kat orang lama?" Siapa tak lupa kat first love ye dak? Tapi ingat gitu-gitu jelah. Takde nk berdoa buat solat hajat bagai supaya dia balik kepangkuan kita. Kalau dia nk balik pun, saya taknak. Saya happy dgn en.Ubi, alhamdulillah.

Mungkin ramai yg tak tahu bahawasanya harijadi saya and en.Ubi sebelah sebelah je tarikhnya. En.Ubi 17, saya 18. Dah 2 tahun cintan-cintun (eh yeke 2tahun intan payung?) saya rasa saya tak pernah bg birthday present kt beliau. Sbb sokmo sumbat perut dia dgn makanan jd rasa saya dh cukup menjalankan tanggungjawab sbg seorang kekasih. Haha. Td dok blogwalk and dapat satu idea this year nk bg hadiah apa kt en.Ubi nnt. Hadiah tu, benda tu, actually en.Ubi dh ada. Tapi, tak salah kot kalau en.Ubi ada satu lg utk dibuat tukar-tukar. Harga pun boleh tahan murah. Eh ke nk buat jadikan hantaran?? Hoh idea spontan nih! Suka suka suka!

Pastu nampak pulak blogger tu promote New Zealand Natural. Ala.. yg mcm Coffee Bean, Tutti Fruitty tu.. Terliur tengok menu NZN. Saya tak pernah jejak sekali pun kt NZN. Maybe boleh celebrate birthday kt situ nnt? (Nak gi Baskin Robin iolls kedekut). Or maybe boleh merengek kat en.Ubi minta dia bawa pi NZN esok???

Harini apa yg penat sgt entah sampai tak mandi ptg td. Nk kata cuaca sejuk, padahal panas je bilik cik gayah ni. Pastu ni sambil bermalas-malasan atas katil menaip, dok makan buah mata kucing beli kt Jusco lps mgrb td. Bila kipas pusing sekali lalu, saya ada terbau masam-masam sikit. Now cik gayah confuse. Cik gayah yg bau mashemm ke atau buah mata kucing tu yg ada bau? Ahahah (kamu boleh ketawa gayah..???)

Ptg td sembang-sembang dgn en.Ubi dan dia pesan kat saya buat kesekian kalinya. "Nanti dah kahwin jgn malas-malas. Kalau kt rumah family, jangan duduk dalam bilik je, rajin-rajin duduk bercampur kt hall. Tak bersembang sgt pun takpe, asalkan nampak yg awak pandai bawa diri". Oh mak is sentap uolls. Bukan sentap as if sentap tak puas hati. Tp sentap sbb rasa mcm hoh takutnya nnt kalau dh kahwin kena taat kt perintah en.Ubi walhal skrg ni kalau merajuk and beliau panggil, lg saya buat degil takmo toleh kt beliau. Evil sungguh rasa diri ni tetiba. Pastu ada lg en.Ubi pesan-pesan pasal life after marriage. Yg ni pun selalu juga beliau ingatkan - which, jgn panggil dia 'abang'. Pelik tak? Bg dia biar adik-adik or anak saudara dia je panggil dia 'abang'. Kalau saya panggil dia 'abang', dia rasa awkward.

Td masa kt jusco ada pulak satu insiden yg saya boleh relate kan dgn permintaan en.Ubi ni. Alkisah ada sorg pakcik dgn this sales girl, bila sembang-sembang, sales girl ni panggil pakcik ni 'abang'.
"Abang gini gini ke?"
"Abang gitu gitu ke?"
Teringat saya kt ceramah Ustaz Kazim Elias. Dia cakap, kak yg mana dh kahwin, jgn hey hey je bila panggil suami. Jgn juga panggil 'ayahnya' atau 'bapaknya' atau 'you-you' je. Sbb dkt luar, orang panggil suami kita 'abang'. Anak dara lain, isteri org lain panggil suami kita 'abang'. Masa tu suami kita umur 44tahun terus rasa mcm 34 tahun kak. Hati2.

So cik gayah gelabah. Dah mcmana ni? En.Ubi pesan jgn panggil dia 'abang'..

Kidding! Takdenya saya gelabah. Jgn ambil lurus sgt isi ceramah tu. Apa yg ustaz cuba sampaikan ialah, panggil lah suami atau isteri dgn panggilan yg enak-enak, yg menggembirakan hati pasangan. Nabi pun tak panggil isterinya sayang ke baby ke darling ke. Tp baginda panggil Siti Aisyah r.a, 'Humaira' sebab warna kulit isteri baginda yg putih kemerah-merahan. Famouskan sirah ni? Rasanya majoriti tahu.

So I was thinking panggil en.Ubi - coki sbb kulit en.Ubi warna cekelat. Ahahahhahhahah! Okay tak lawak :~

Nabi juga panggil Siti Aisyah dgn panggilan 'Muwaffaqah'. Maksudnya cerdik dan mencerdikkan orang lain. Sebab Siti Aisyah ni sifatnya rajin bertanya.

Nak praktis jd pasangan yg barokah (amboihh), td masa call en.Ubi, dah jawab salam semua, bila dia panggil, saya pun jawabla, "Ye manja.." Konon lembutla panggilan ni utk dia. Konon in my mind sbb dia bersifat manja dan penyayang jd eloklah panggil camtu. Sembang-sembang lg saya jawab camtu juga. "Ha'a manja", "O yeke manja?". Lps dua tiga kali ku manja-manja-in beliau, en.Ubi start tanya, "Saya manja sangat ke yg awak asyik panggil saya manja ni?"

Ok lps ni panggil confirm beliau coki!

Saturday, August 9, 2014

HIV test. Second round.

Baru sat lps mkn nasi putih dgn paprik ayam. Heaven woo. Motif makan nasi di lewat mlm begini adalah supaya berat badan bertambah. Berat saya skrg nk buka pintu kereta pun kena tarik dua-tiga kali -_-"

Actually nk upload gambar buat HIV test that day tp hp pulak buat hal. So saya cerita jelah k, then pandai2 korang nk imagine ada background lagu kabhi kushi ke apa. The bakal pengantin yg tak tahu bila nk menikah ni went to Klinik Kesihatan Kerajaan kat AU2. Tu yg paling dekat yg saya jumpa dr blog b2b siapa ntah tak igt. Plan asal nk pi Klinik kat HKL terus tapi sbb tahu akan super pack kt sana, so cari alternative klinik kesihatan luar. Klinik ni blkg Kompleks Majlis Sukan Negara MSN. Close to Jusco AU2 juga. Korang google map je, confirm jumpa.

Hari Jumaat we went (kot?) tapi misi kt situ bgtahu kena buat appointment. Gitu kekdahnya kt klinik sini. Mungkin sbb terlalu ramai org nk buat ujian berdarah ni. Masa saya buat kt Klinik Kesihatan Putrajaya dulu, walk in je boleh terus buat. So available day yg ada adalah pd hari selasa. Fix timing ujian darah2 ni in between pukul 2-3.30 ptg.

Proses bila dh ada appointment tu sat je.
- Mai klinik
- Bgtahu kt misi yg korang ada appointment
- Cek nama kt buku appointment
- Isi borang
- Submit borang
- Tunggu sat nnt org kaunter panggil and bayar singgit per borang
- Queue borang utk cek tekanan darah, tinggi, berat (tinggi cik gayah 147cm. Macam makin bantut pulak)
- Queue utk buat HIV test

Masa turn en.Ubi nk buat HIV test, saya mcm biasalah kan dok nyenyebok kt tepi beliau. Konon nk amik2 gambar la sbb nk tepek kt sini. Sekali misi tu cakap, "Cik duduk dulu ye. Sbb test ni private sikit" (tapi misi ni baik dan ramah malah cun pulak tu). Kesimpulannya tak kisahlah kome nk menikah ptg tu pun, HIV test is super private. It's only between the nurse and the patient. Yela kot la tetiba that person ada HIV, tak ke menggelabah pasangannya. I guess the nurse has done a good job by making sure what private remains private.

As most of you may know, test HIV ni guna kit mcm pregnancy test. Bezanya, pregnancy test guna urine (kena shishi), HIV test guna darah (cucuk sikiiiit je kt jari mcm cek gula dlm darah). Result pun almost the same. Kalau 1 line, negative, bebas HIV. Bebas bayi bg kes pregnancy test. Haha.

Result dpt on the spot. Lps the nurse explain yg patient free from HIV, dia akan verified a form dan borang ni la nnt kome kena submit kat tok imam ke tok kadi ke pjbt agama ke me not sure sbb blm gone through the process.

Mungkin ada yg wonder perlu ke buat talesmia test. When I did my nak-kahwin-test kt Putrajaya dulu, both tests are compulsory. HIV test result valid for 6months whilst talesmia test result valid for life. Kt this clinic when I asked the nurse, dia cakap tak nak buat pun takpe. So, en.Ubi tak buat.

Sekian, habis sudah my cerita pergi buat HIV test.

Tuesday, August 5, 2014

Surprise! Suka tak?

I must say that this is kinda appreciation entry to the most kacak-man in my life ; en.Ubi. Applause!

Pd sesiapa yg bosan baca ttg en.Ubi, selamat hari raya maaf zahir batin saya ucapkan :)

Td en.Ubi tanya.. saya tak suka ke dia buat surprise kt saya? Being a lady, mestilah saya suka bila ada org buat surprise kt saya. Cuba bayangkn, tgh2 busy buat keje kt office tetiba ada postboy dtg "kak, bouquet delivery utk akak". Mestilah fe-feeling mcm ratu dooonia cik gayah masa tu. Kembang kuncup lubang hidung sama laju dgn adrenaline dlm bdn. Wah!

Tapi.. en.Ubi is just not that kind of man. Dh beberapa purnama be with him (feeling sgt kau gayah??), sekuntum bunga tepi jln pun dia takkan petik bg kt saya. Kisah? Pernah ter-kisah. I did questioned him looong time ago. Kenapa ye tak buat begini-begini? Kenapa org lain buat mcmtu tp dia tak buat?

There is his point. ORANG LAIN BUAT.

En.Ubi pernah surprisekan saya dgn ala pandora which have ukiran my name on it. Saya tak pakai sbb longgar.

I guess the misunderstanding we both have here is that, he wanted to be different and special for me. Meanwhile, saya sendiri pulak konon biasa-biasa je takpe asalkn itu adalah pemberian ikhlas dia. Tak perlu over the top.

Together we tried to work our understanding better, he did another surprise for me not so recently.


He bought me 2 pieces sajaddah & a tafsir. Allah.. I almost cry. Kalau perempuan lain mungkin dpt barang ni masa nk bina masjid. Tp saya dpt barang2 ni seawal yg saya & en.Ubi taktahu panjang mana jodoh kami. Seawal yg kami tertanya, dapat ke akhirnya kami bernikah? *cried inside*

Ni bkn kali pertama dia hadiahkn saya dgn tafsir. Tafsir pertama ada di kampung, saya tak bawa blk kl bila dh start kerja. Tafsir pertama tu lah peneman saya selama saya terbaring sakit kt kampung. Bila saya mengiring, saya nmpk tafsir tu, saya capai. Selak dan baca walau sekejap. Tp syahdunya (mengenangkan ianya pemberian en.Ubi) hanya Allah yg tahu.

Sejadah tu en.Ubi beli dua. Satu hijau satu biru. Yg biru masih dlm plastik. Kalau surprise2 ni dtg sekali dgn kad, mungkin saya tahu apa yg en.Ubi nk-saya-tahu (kot la ada maksud tersirat ke hapa kan.. cik gayah kn suka feeling2 drama queen nih). Tp sbb takdak kad, so ini olahan maksud yg saya berangan sendiri :p

Saya pejam mata and bayangkan en.Ubi ckp cenggini, "Buah.. 2 sejadah tu simboliknya nnt dh kawen blh titew jemaah sesama. Nnt lps dh jemaah, buah salam ciom tgn titew lpstu lpstu lpstu titew ciom dahi buah.."

Pangggg se das!
Back to reality pleaseee.

Yg buah tu asalnya en.Ubi sokmo panggil cik gayah "buah hati" tp lama2 dia malas menaip tu yg tinggal "buah" je -_-"

In the end, my point is that, if I need to answer to his question whether I love him making surprises for me or not, the answer would be

Yes, as long it wont burdening you.

I do pray that you are indeed my jodoh.

Who are you?
The nothing you.
The clumsy you.
The hitam you.
The susah-bangun-tidur you.
The one who promise to bring me round the world kalau ada duit.
The one who sudi sorong saya yg pucat atas wheel chair waktu di kampung.

:')

Saturday, August 2, 2014

Raya : Nak saya belikan lingkaran ubat nyamuk?

Untunglaa ada byk gambar raya. Saya sekeping pun takdak I tell you. Betul tak tipu. Pagi ahad yg esoknya nk raya sampai2 je rumah shah alam anak buah ckp nk shishi la nk berry la. His mom went out beli barang nk masak. So saya la yg melayan. Pastu anak ni lapar pulak. Zass ajak dia pi beli food kt luar. Haha iolls nk senang hidup. Lps zohor mama mnta tlg sembat baju raya customer. 3helai je pun tp sbb keadaan 'siput' saya laa ni, semua pekerjaan slooow je saya siapkn. Lps asar bersila kt dapur kupas bawang segala. Sampai midnight, kaki dh mula shaking, heart beat pun dh mula perlahan, that's it lah. Better i get my rest. Nnt kang beraya kt hospital pulak. Takmo.

Pagi raya, kena tolong mama sembat baju lg. Kali ni her own baju. Smpi zohor baru settle and me baru terkial2 nk pi mandi sbb ada 3-4org dlm rmh diarrhea jd asyik berebut bilik ayor. 

Saya pakai baju kurung warna pink. Fully beaded kt chest, wrist, and kaki baju. Beli kt first lady. Murah! Beli 2-3bln lps utk gi keja manatahu jd baju raya pulak tetiba.

Lpstu semua pakat bergerak ke Teluk Intan nk ziarah kubur arwah tok wan and mak tuk. They gonna stay a night there. Saya mmg dr awal plan taknak pergi ofcourse sbb my condition la kan - tak berani jln jauh - so left alone kt rmh tu. Basuh periuk belanga kms dapur sampai kecapekan then tertidur smpi nk mgrb. Bgn, solat, mkn, then bergayut dgn en.Ubi kot? Ntah tak igt buat apa lpstu. Esoknya pagi2 pukul 7 dh gerak blk KL. Rabu the third raya saya dh mula kerja.

Korang tell me kt part mana yg cik gayah nk menggedik amik gambarnya? Time kupas bawang? Hoyyes mmg ada gmbr cikgayah kupas bawang. Cikgayah sgt tau.. but sorry darling. Wont tepek that picha here. Muahahaha.

Untung2 raya next year lebih bermakna for me. InshaaAllah :)))))


Clockwise : Cccccolek beli dkt depan jusco. Ya Allah heavennya dpt ccccolek * Pi service keta pakai baju smlm (takbasuh) pastu kena ngorat. Ahaha. Retisss sgt i * B's favorite scent * Eden sakit tokak jd kono mkn sayo * His * Eden sakit tokak. Songlap strepsils en.Ubi * Beliau * Nak belikn beliau coffee bean tp takjadi sbb mahal. Akekek

KL in bad haze, people. Saya fragile-ly kena demam sbb cikgayah mmg ado tonsil problem. Pastu ngadula kt en.Ubi. But before that saya cerita kt dia yg dlm bilik air saya ada jejentik.

"Kita demam"

En.Ubi jawab, "Nak saya belikan lingkaran ubat nyamuk?"

"Takyah.. Kita kn demam kan. So kita buka kipas no.1 (perlahan). Tp lpstu byk nyamuk pulak. Sbb kipas perlahan, kan? Kalau kipas kuat baru nyamuk takboleh terbang"

En.Ubi balas, "Nak saya belikan lingkaran ubat nyamuk?"

"Taknaak. Haritu hujan lebat giler mcm nk banjir sgt dh. Nasib baik kwsn rmh ni tggi so tak mudah la naik air"

"Nak saya belikan lingkaran ubat nyamuk?"

Okayyyyyyyyy. Ape ke sadis sgt kehidupan cikgayah nk dpt toklaki yg obses dgn Lingkaran Ubat Nyamuk??

And by the way.. sebut ubat nyamuk je tak boleh ke intan payung oiii? Lingkaran bagai -_-"