Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Saturday, January 2, 2016

Dari KL ke Bromo : Keluh Kesah Hari Pertama

Mood ke laut betul nk tulis detailed itinerary.

Touch down kat airport Juanda (terminal 2) selepas 2jam setengah perjalanan dari KLIA2. But to tell you guys the truth, kami landed terlajak sikit masa sbb cuaca kurang baik. Masa tgh fly pun kejap-kejap kapal bergegar langgar awan. But I kinda like it. Hee.

Dalam flight penuh dgn warga Surabaya of course. Agak berbeza masa kami ke Krabi dulu, lebih ramai passenger mat saleh. Immigration thingy kat Juanda Airport agak lama waAllahu'alam pasaipa. Mungkin sbb the local people yg turun flight pun main potong queue ikut suka atau mungkin juga sbb detailed checking oleh pegawai imigresen tu sendiri.

En.Ubi jadi orang last sekali kat gate immigration. Haha. Kesian. Asyik bertukar-tukar lane konon nk lepas cepat tuptup jd org akhir juga. Poor my hubs :)

kanan tu ada org kena tahan. luggage dia kena periksa. taktahu kes apa


*****

Lepas gate immigration, belok kiri menghala ke automatic glass door, belok kiri lagi. Jalan sampai ke hujung blok airport tu, jumpa lah bas damri dan pak-pak driver nya. Bus Damri atau disebut Bis Damri (dalam sebutan warga suroboyo) ni ialah shuttle bus airport ke beberapa lokasi / terminal bus yg lain. Sorry that I dont really take a look other routes except to Terminal Bungurasih. Konsep naik bus kat sini, tak kiralah bus lompat-lompat ke, bus express ke, airport shuttle ni ke, konsepnya naik dulu nanti dh duduk enak-enak kat dalam tu the driver akan collect tambang.


*****

Perjalanan ke Terminal Bungurasih lebih kurang 30 - 40 minit. We both felt asleep all the way pasai Bas Damri tu selesa I tell you. Tp bila tiba kat Terminal Bungurasih, bermula lah episod berhabuk, kotor, and what not. Terminal ni diorang tgh renovate.., hence. Terminal Bungurasih ni mcm terminal kt kampung-kampung kita. Tak se-gah terminal Melaka Sentral apetah lagi TBS yg dh mcm klia 3 nun. Turun je bas, mcm biasa orang-orang bas/teksi/ojek(teksi motor) akan duk kerumun tanya nk pi mana. Standard la tu kt Malaysia sama je kan. Ada la juga dekat sorang dua yg saya response, jawab nk ke Malang. Then dia tunjukkan arah ke bahagian tiket antarabandar. As the terminal tgh di renovate, so mmg terpaksa melalui laluan yg mmg xberapa nk rasa selamat. Dgn kain canvas sana sini, simen, batu simen. Dek kerana cuaca membahang (almost noon atau pass noon dah masa ni), dgn segala habuk, bus pun aircond sayup-sayup je terasa, memang den hilang gedik la nak amik gambau. Ditambah pulak trend kat sana, penjual-penjual roti, surat khabar, sarung tangan, stokin, sticker surah-surah akan turun naik bas dan go and forth ke setiap seat dan tanya kita nk beli ke tak. Mmg Cik Gayah awal-awal lagi dh pura-pura tidur konon nk elakkan depa singgah kt seat kami. Tp konsep depa, depa akan campak juga produk depa tu atas tgn kita, kalau dh habis round semua seat dalam tu baru depa kutip balik their product.

*****


Finally! Oh oh oh bahagianya jumpa katil :) :) :)

Moh kite rewind sikit sebelum mata terbeliak nampak katil empuk ni, what had happened?

# Tempoh perjalanan dari Terminal Bungurasih - Daerah Malang (stop at Terminal Arjosari) mengambil masa 3-4jam juga. Tempoh perjalanan dipengaruhi tahap kesesakan jalanraya. So, based on my personal experienced, to fly with the earliest flight ke Surabaya was very wise decision.

# Harga tiket : Rp25000 seorang (dalam RM8)

# Terminal Arjosari is much smaller dari Terminal Bungurasih. Pun tgh direnovate. Tp tahap rasa selamat tu mcm lebih selamat la kat sini. Selamat tak selamat, dalam hati ni tak putus la baca itu ini minta lindungan Allah.

Kami bgtahu pd sorang pakcik ni yg kami nk ke hotel sekian-sekian. Walaupun tak berapa nak familiar dgn nama hotel tu, tapi nama jalan tu mungkin pakcik ni familiar. Pastu terus dia mcm agree nk bawa kami naik ojek. Masa dia sebut ojek, dalam kepala saya terbayang angkut. Angkut ni mcm mini van. So Cik Gayah terus tanya harga dan agree (dia cakap Rp8000 seorang). Lps tu dia suruh kami follow dia ke hujung terminal (sbb dia park ojek dia kat situ) but then dia mcm panggil sorang kawan dia utk join hantar kami. Saya blur-blur kejap. Waduh waduh neng. Rupanya ojek tu motor! En.Ubi dah beria say no to the ojek. Yela, kalau kami naik gak ojek tu maknanya, en.Ubi naik motor dgn mas joko, manakala den pulak naik motor ngan mas raden *nama sekadar nk bg cerita nampak gempak* Terkedu la kejap Cik Gayah. Td dah beria deal dgn pakcik ni. Waduh waduh, gi mana nih mau di-cancel-in nih.

Muka en.Ubi ketat gilos masa ni - jeles lettew kalau titew naik motor dgn mas raden. Wakakakkak :p Haishh, Cik Gayah pun tak sior ler nak naik motor dgn lelaki lain. Plus dok terbayang bau bdn mas raden dgn bau helmet yg pelik-pelik. Euwww.

Memandangkan ini memang kesilapan dan kecuaian saya sendiri, haruslah saya yg bertanggungjawab. What did I do? Saya keluarkan handphone pura-pura call hotel, lps tu pura-pura hotel cakap nk ambil kat situ :p Ni betul-betul tipu sunat kat mas joko. Maaf ya masss. Maaf banget. How did mas joko response? Hm, dia membebel la jugak but alhamdulillah membebel gitu-gitu je. Takde la sampai menakutkan kami as a tourist. Sekali lagi maaf ya mas joko :/

Next! Kami menyusup kembali ke bhgian depan terminal dan oh, ternampak bapak-bapak taksi. Terus tanya, kalau nk gi hotel kami, chartered sebuah teksi berapa rupiah. Rp25000 je! (ni tanpa ikut meter. Kalau ikut meter, en.Ubi curi-curi pandang masa dh sampai hotel haritu, dlm belas-belas rupiah je uolls). Takpelah, janji kami dpt naik teksi yg selesa, driver teksi pun ramah, dan selamat sampai ke hotel.


*****

Hotel story.

Saya booked Kartanegara Premium Guesthouse. Lebih kurang 30minit memandu dari Terminal Arjosari bergantung pd keadaan trafik.


Malas nak tepek gambar dr camera sendiri sbb tak bawa camera canggih dlm trip ni. Sobs. So pakai gambar kat website depa je. But to share the truth, apa yg kita nampak kt website, mmg itu lah yg ada dihotel. Cantik. Bersih. Selesa. Staff yg baik dan sgt membantu. The best part ttg hotel ni, ialah bila en.Ubi pun sgt-sgt satisfied with everythg about the hotel. Kegembiraan mu kebahagiaan ku. Gitew tema setahun jagung menikah. Kekekkekkekekk.

Saya book hotel ni via their website sbb lg murah dr harga trivago ke agoda ke expedia segala. Rp317,020.00 (lebih kurang RM98) dah termasuk service tax (without breakfast) boleh pilih nak :
Standard Plus King Streetview atau
Standard Plus Spacious King atau
Standard Plus King

Mcm xde beza je kan nama bilik ni? Hahah. Ni jawapan dari wakil Kartanegara Premium Guesthouse.

harga di web yg dia maksudkan tu : Rp262,000.00

Perut mula lapar. Last makan kt KLIA2, makan nasi lemak sedap sepinggan berkongsi 2orang. Nk keluar pi cari makanan, kt luar mcm mendung plak dah. Tilam yg empuk, aircond yg mendamaikan, memberatkan montot masing-masing nk keluar bilik. En.Ubi dan balut montot beliau dgn selimut tebal masa tu. Kekekekek. Last decision, room service!

nasi goreng ayam. Rp25,000

Elok tgh menjamu selera atas katil mcm org kaya (ke mcm org sakit? :p), hujan pun turun. Arakian bertambah lajulah kami menghabiskan nasi goreng sepinggan tu sbb tak sabau nk melelapkan mata. Tp golek punya golek atas katil masing-masing tak boleh tidur. Hahah. Nk smoochie smoochie pun tak bermaya. Penat weyh dr sblm subuh mengharung dunia luar. Kiranya kalau Cik Gayah tampal misai and janggut kat muka sendiri pehtu buat cobaan memeluk en.Ubi dgn rakusnya, beliau redha je tak mampu nk mempertahankan diri pun. Kekekkekkekkek.

*****



Sakit tengkuk pulak ngadap laptop. Sambung nanti k. Jgn marah ;)

Oh, btw, harini dah 2 January 2016! Azam kome apa? Azam mike nk ada anak. Mike dah masuk 3 series dah tahun ni yeop oii. Tak beranak-pinak lagi ni. Berangan nak perut lebih besor dari perut en.Ubi. Kekekkekekek. 






Saturday, November 28, 2015

Dari KL ke Bromo : Tarikh lahir salah masa booking tiket AirAsia!

Kemain panjang tajuk. Dah, straight to the issue.

*****

Isu : Saya beli flight tiket AA. Detail Guest 2 (detail en.Ubi - tahun kelahiran salah letak - cth: saya letak 2015, yg betulnya 2014)

Penyelesaian :

1. Isi e-form Air Asia


*Pastikan dah scan passport Guest yg nak diperbetulkan maklumatnya. Nanti perlu attach scan passport dalam e-form
*Booking number, flight number, flight date and time tu sila isi juga ya. Kalau tak e-form ni tak boleh di 'send'

2. Tunggu lebih kurang sejam, baru follow up dgn AA - melalui Live Chat facility


*Is your feeback related to apa? Click je kat Booking
*Katakan bila korang klik link Live Chat ni tapi dia tak keluar camni, sebaliknya dia tulis dorg tgh menghadapi high volume of customer kan.. caranya, korang tutup page tu dan klik link semula. Try dalam 3-4 kali. Biasanya saya buat camtu baru dapat ke this page.

3. Mari bersembang!




4. Selepas bersembang tu, sekejapan je dapat la email dari dorg. Dan silalah check juga kat Manage My Booking kat website AA and see if memang the changes has been reflected.




*****

I was so happy that this thing settled sebab cuak gak kang en.Ubi ta kboleh fly, fly la Iolls sengsorang ke Bromo tu. Harap this entry membantu pd sesiapa yg had an issue like me ;)

Friday, November 27, 2015

Dari KL ke Bromo : Baju Sejuk Bundle Ampang Waterfont

Kewujudan tentang kedai bundle ni saya dapat tahu dari group FB Backpacker Malaysia. Seronok join group tu sebab ransangan utk berjalan ke negara orang akan membuak-buak bila tengok org lain berkongsi tips dan pengalaman.

Saya pergi kedai bundle ni 2 kali. First time, pergi malam, pukul 12 lebih. Budget kalau kedai-kedai mcm ni dia buka sampai pukul 1 atau 2. Apa kau fikirin pekerja kedai bundle takdak life??? Pulang dengan hampa sbb kedai tutup dah rupanya. Tapi hampa tak lama sbb esok hari nya entah kenapa en.Ubi cinta mati kat Cik Gayah tetiba jek bawa gi kedai tu lagi. Kali ni kita pergi pagi dekat-dekat pukul 10.30-11.00 camtu. Haaaaaaaaaaaaa, puas hati tengok kedai buka! Kedainya mmg dipenuhi dgn pakaian bundle la of course. Tak banyak buang masa terus saya tuju ke bahagian baju-baju sejuk, baju tebal-tebal. Dalam 3minit selak-selak pufff terjumpa yg berkenan. Hohemjii excited nya!!

Mula-mula budget harga dalam RM10 je hahah gila cheapskate kan? :P Sekali tengok pricetag, RM18. Ommo acaner ni acaner? Terkebil-kebil tengok en.Ubi, rasa serba salah pulak tadi terus buat aksi excited berlebih. Kesian pulak kat suami kena belanja isteri tercinta ni sampai RM18 (trust me, I am a cheapskate lady). Tp en.Ubi cool je and he said "Cantik, ambil jelah" (saya rasa org lain pun rasa RM18 tu dah gila murah juga. Pffthh). Hormon excited merembes kembali. Hahah.

Now that dah dapat saya punya baju sejuk, kita fokus kat baju sejuk en.Ubi pulak. Actually, en.Ubi dah ada satu baju sejuk beli kat carbootsale sblm ni. RM10 je. Murahkan? Tp yg tu ketebalannya so so je. Saya baca pengalaman other people yg dah pernah sampai Bromo, rata-rata cakap kat sana mmg sejuk yg tahap mencengkam tulang. Makanya, harus mencarikan beliau satu lagi baju sejuk yg tebal. Cari punya cari, ada 2 yg en.Ubi berkenan - satu warna putih, satu lg warna light brown. Dua-dua gebus je Cik Gayah tengok en.Ubi pakai. Udah rupe kucing parsy pulak. Hewhew. Tengok harga yg putih oh murah nyo RM11 jek. Belek punya belek, nampak yellowish stains all over the lengan. Sebab tu la murah. Tengok yg light brown tu pulak, cantik juga, tapi ada koyak secoet. Suruh en.Ubi try, tapi payah pulak nk buka zip nya. Bawa ke kaunter, minta cashier buka kan the zip. Dia berjaya buka kan zip tu tapi tak boleh nak tutup balik. Gahahhahahh. Zip tu rosak dah. Bila tanya en.Ubi, beliau mmg berkenan nau the baju. Harga? Ha mahal weyh. RM28. Sebab baju ni mmg tebal. Gebus suami I pakai baju ni. Bila en.Ubi insist nak juga the baju, haruslah Cik Gayah buka silat tawar-menawar. Saya minta baju en.Ubi tu RM20. Cashier tu cakap RM25. Saya minta RM22. Cashier terus gi kat supervisor dia minta persetujuan. Last-last supervisor dia bg RM20 utk baju en.Ubi dan RM15 utk baju saya!

Kesimpulannya, if korang mai kedai ni, sila lah tawar-menawar ye. Check and belek betul-betul pakain yg korang nak beli tu dan try to bargain sebijaknya. Bayangkan kalau tak teliti check the baju-baju, pastu main bayar je ikut harga tag, total would be RM46. Sedangkan lepas bargain td, saya dapat harga RM35 je ;)

Tu je for this entry. Tata!

Thursday, November 26, 2015

Dari KL ke Bromo : Memburu Tiket Murah

Ini kali pertama saya beli flight tiket asing-asing. I was planned to go to Mount Bromo, so for the flight, yg mudahnya beli return flight tickets KUL – SUB – KUL (Kuala Lumpur – Surabaya – Kuala Lumpur) la kan. AirAsia buat promo KUL – SUB starts from RM41.00 and Alhamdulillah rezeki saya, I got that promo fare.

Few may know me, I’m a cheapskate person! :p Makanya, sebelum kecepuss membeli tiket, harus check dulu kot-kot ada cara lebih jimat. I tried Skyscanner and Kayak tapi both webs show harga lebih mahal sedikit dari website AirAsia sendiri. Moreover, saya lebih selesa dan yakin utk beli tiket dari page AirAsia itu sendiri.

So now memang akan beli through AirAsia website lah kan. Tapi masih juga den nak torai kot-kot ado caro nok boie dapek hargo muroh laie. Jadinyo, den pun buek la gini :

Kekdah 1 - Try check harga tiket KUL-SUB-KUL
Kekdah 2 - Try check harga tiket KUL-SUB  (+)  check harga tiket SUB-KUL

Compare kan. Mana lagi murah. Muahaha.

**detail tiket-tiket utk kekdah 1 atau 2 kena sama.
- tarikh, masa
- include tax ke tak
- pilih seat ke tak
- pre order meal ke tak
- ada checked in baggage ke tak
- bayar guna apa
                   

So, 

Kekdah 1 
KUL - SUB - KUL : RM 287.84



Kekdah 2
KUL - SUB : RM 115.84 (+) SUB - KUL : RM 159.25
Total : RM275.09 (Penjimatan RM 12.75)





HAPPY.........!!! 
*gelek-gelek montot sekali!*


Mungkin ada yg berminat nak tahu tang mana yg membezakan harga tu. Mari den explain.

1. Kekdah 1 dan kekdah 2, harga KUL-SUB adalah sama

Kekdah 1
Kekdah 2


2. Kekdah 1 dan kekdah 2, harga SUB-KUL adalah berbeza

Kekdah 1

Kekdah 2

3. Kekdah 1 dan kekdah 2, harga insurans (AirAsia Travel Protection) adalah berbeza

Kekdah 1 : 
AirAsia Travel Protection
KUL-SUB-KUL
RM30/seorang

Kekdah 2 : 
AirAsia Travel Protection
KUL-SUB
RM28/2orang (RM14/seorang)

Kekdah 2 : 
AirAsia Travel Protection
SUB-KUL
RM24/2orang (RM12/seorang)
4. Kekdah 1 dan kekdah 2, charge processing fee (bayar guna online banking)adalah berbeza.

Kekdah 1 : RM4 (satu transaction shj. KUL-SUB-KUL)
Kekdah 2 : RM4 + RM3 (sebab dua kali transaction. KUL-SUB, SUB-KUL)
Boleh refer gambar mula-mula.

Walaupun duit processing fee kekdah 1 lebih jimat, tapi part insurance and harga tiket tu jadi lebuh murah if kita beli tiket tu asing-asing (kekdah 2).



*****

Hm. Panjang betui den membebel. Harapnya info ni sedikit sebanyak berguna especially pd korang-korang yg baru nak try-try beli flight ticket. Saya pun dah tetua ni la baru merasa naik kapal terbang. Dulu masa kecik-kecik ingatkan kalau dapat naik kapal terbang tu dah habis kaya la. Rupanya orang marhaen mcm saya ni pun skrg ni dah mampu nak merasa naik kapal terbang. Tp tula, naik hat tambang murah je. Oh, nanti saya share pengalaman saya naik MAS! Thank you for now ;)












Wednesday, November 25, 2015

Dari KL ke Bromo : Kenapa Bromo?


My praises to Allah. What else can I say. Dari plan nak ke Ho Chi Minh, akhirnya tiket ke Surabaya juga yg dibeli. Dari sekadar menyimpan angan-angan menunggang kuda di kaki Gunung Bromo, akhirnya tiket ke Surabaya juga yg dibeli. Dari beralah hati mahu ke Cameron Highland sahaja, akhirnya tiket ke Surabaya juga yg dibeli. Such a dramatic plan, really.

Awal bulan 9, dah mula memasang angan-angan utk berjalan November nanti. Biar lah Oktober tu dah mengukur Kedah dan Perak sekalipun. November bulan cinta saya dan en.Ubi. Jadi ke-harus-an berbulan madu tu meluap-luap susah nak habaq :) (sila geli)

Jangkauan terluas di mana nak berbulan madu masih dalam boundary Asia. Belum mampu nak ke negara bersalji. Nak-nak pulak currency yang kuuuuu semangat hujung-hujung 2015. Kaki ni dah pernah menjejak tanah Indonesia, tanah Thailand, tanah Singapura. Walaupun hakikatnya kawasan dalam 3 negara tu jejaknya sepelaung dua je, tapi eh eksen nya kemain lagi Cik Gayah nggak mahu ngulangin di negara-negara tu lagi. Makanya tanah Vietnam jadi buruan – Ho Chi Minh!

Itinerary sepanjang plan utk berada 4h 3m di Ho Chi Minh dah cantik-cantik saya susun. Hanya menunggu sale kawkaw tiket KUL-SGN-KUL. Dalam tempoh menunggu ni, yg paling murah saya pernah jumpa, berharga RM290/per pax/return – via Vietnam Airlines. Was so excited to buy tickets! Tapi bila diusulkan pd en.Ubi, he said, “Sabar dulu, tunggu dulu..” Walaupun en.Ubi excites utk try naik Vietnam Airlines, but his rasional-mind said nanti.. Sudahnya of course saya pun kena rasional kan diri sendiri - Nanti.


Days change. Sun rises. Sun sets.


Harga tiket dah mula naik, naik, dan naik. Dari rasional skala 1, saya up rasional ke skala 5 dgn sendirinya. Tak perlu lagi en.Ubi suruh sabar atau cakap nanti dulu. Saya sendiri yg memilih utk call off the plan. I guess memang bukan rezeki tahun ni utk menjejakkan kaki di bumi Allah yg lain. Diam-diam pujuk diri sendiri.

Pujuk mcmmana? Cari option lain. Haha. Then it came the idea of touring bumi Cameron Highland. Cameron Highland pun best apa! Boleh petik-petik strawberry, boleh ambil gambar cantik-cantik dekat ladang teh boh dan ladang lavender, takpayah pakai passport, takpayah beli tiket flight mahal-mahal, boleh drive kereta sendiri, senang cari makanan halal, takde language barrier. Huh positifnya rasa! After a month or so, it seems like Cameron Highland it is.

Sampai la satu malam ni, TERRRRbuka website AirAsia dan TERRRRperasan yg AA ada buat promo to certain Indonesian states. Medan, Jakarta, Surabaya, Banda Acheh and Padang, one way ticket starts from RM41.00! Cek pulak date yg saya nak, ehhhhhhh kena pulak dgn harga promo tu! Cepat-cepat google tourist attractions kat Medan, Jakarta dan Surabaya. And so happen to be, Mount Bromo explodes before my eyes! Haha. Over tak perumpamaan? :p


Terusssss menggelupurss okay. Hilang dah segala ego kemain tadi taknak repeat countries yg den dah ponah poie. Skala rasional pun dan dan turun jadi -18. Kekekekekekek..

Tapi tapi tapi, tak terus beli weyh. Harus minta izin kat en.Ubi dulu. Jenuh juga la kuis-kuis jari telunjuk kat bahu beliau dgn harapan kali ni beliau izinkan. Dan akhirnya..



Jadi, kenapa Bromo? Sebab tiket tengah murah dan .. (nanti cerita apa yang best kat Bromo dalam entri lain)