Showing posts with label SPA. Show all posts
Showing posts with label SPA. Show all posts

Tuesday, October 29, 2019

PERSEDIAAN TEMUDUGA SPA : Saya ada diploma/ijazah, perlu masukkan sekali tak?

Update cepat-cepat sebab rasa sangat bersalah pada yg bertanya tapi saya seriously tak menyempat nak reply satu-satu!

Rasanya ni musim interview SPA (especially position N19) so hit utk entry Cik Gayah berkenaan pengalaman temuduga SPA pun mencanak-canak naik everyday. Memanglah tak setinggi hit blog popular lain, tapi hit camni pun Cik Gayah rasa dah dedebau hahah 😆



In continuation pada entry Persediaan Temuduga SPA : Resume , soalan yg PAAAAALING BANYAK saya terima ialah..

Saya ada diploma/degree/ijazah. Perlu tak saya masukkan sijil diploma saya dalam resume?
Saya ada diploma/degree/ijazah. Perlu ke saya berterus-terang pada interviewer atau tipu?

Ok first thing first, kalau nak dapat rezeki yg berkat, jgnlah mulakan dengan menipu 😥 Ada sorg pernah email saya.. dia bagitahu yg dia dah berkeluarga (ada husband, ada anak), perlu tak rahsiakan dari interviewer? I was like - erk, kenapa nak rahsiakan? Janganla camtu. Kalau dah memang Allah tentukan jawatan tu rezeki utk kita, tengah mengandung tunggu hari nak bersalin pun boleh lulus interview tau 😀 Boleh jadi rezeki kita tu Allah datangkan melalui pasangan atau anak-anak kita.

Berbalik pada soalan yg paling kerap ditanya tu, this is my template reply bila tak sempat sesangat nk respon satu per satu.

hi dear!

akak x really sure tau. tp ni akak share based on my experience masa akak iv tu k.

kisahnya.. mmg ada calon yg sama2 iv dgn akak, yg ada cert dip n degree (tp go for iv utk position spm level)

so masa pegawai daftar semak all the documents yg we brought (tapisan pertama sblm masuk ke bilik iv), the pegawai tu yg ckp kt the calon. 
"eh ada dip (cert)?" 
"ni ikut nasib la ye interviewer bg lepas ke x"

something like that.. so if you were asking me, perlu ke x include cert yg higher (dr position iv).. akak rasa dip is still acceptable tp if degree cert better dont.

again, yes mmg bgantung pd nasib kita dpt interviewer yg ok ke x. ada yg ok, mmg dorg fhm je, kita ada higher kelulusan but willing to apply for lower position (than our cert). and ada jg interviewer yg very strict. you see.. in a room, there will be 2 interviewers. kdg sorg tu jenis tak kisah, n happen to be yg lg sorg tu jns strict.

akak doakan urusan iv awak dipermudahkan. dan selamat berjaya dear!

Siapa yg dapat reply template camni, harap jawapan ni dapat membantu korang punya preparation! And to those yg saya tak reply tu, sorryyyyyyyyyyyyyy...!

Last but not least, check out entry SOALAN TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 SPA if you guys haven't read it.




Friday, November 16, 2018

Ujian Psikometrik U11

Bulan lepas, tetiba dpt email utk buat Ujian Psikometrik bg Gred S19 under Jabatan Arkib Negara. Bila bgtahu kwn2 yg kje dlm kajaan ttg S19 ni, majority bg feedback N19 yg saya hold skrg lebih valuable. Lebih mudah nk ke sana-sini (tukar jabatan/kementerian -jika perlu). Moreover saya under Kementerian Luar Negeri. One of the top best Ministry KATENYERRR. To be honest, saya still x fhm konsep tukar2 tu haha. Tp part KLN ni cambest, ok la yg ni YES saya rasa mmg best sbb tgk pegawai or staff sokongan dpt assignment kena posting luar negara wohoo!!

Makmen selalu cakap, "Kalau Ema kena posting gi luar negara, mcm mana Affan? Takpe, ibu blh teman Ema"

Ingatkan dia nak neman Affan, rupanya nak ngikut gi posting jugekkk 😅 Pastu tengoklah tu, Ema dipanggilnya Cik Gayah padahal nama iolls sikit punya meletops level2 artis. #ohmymakmen. Kalau kakak ipar Cik Gayah lagi hazab. Imar dipanggilnya. Kau ghaseeeeer?? Kau ghase sabar jelah Halimah.. 😆😆

Selang sehari kendian adik saya pulak dpt email utk buat Ujian Psikometrik bg Gred U11 under Kementerian Kesihatan (kot?). Tapi tarikh ujian, dia dulu, baru saya. So hari yg dia amik ujian Psikometrik tu, saya nyenyebok la tengok mcm mana rupa ujiannya tu. Ada soalan kena jwb dgn jujur mengenai karakter/tindak balas terhadap sesuatu perkara dan ada soalan matematik. Nnt saya share detail soalan-soalan psikometrik utk S19 k, sbb yg U11 saya x save soalan2 nya.

Dan harini, result Ujian Psikometrik H11 dah keluar.





Lepas saya bgtahu result ni kt group (sbb saya yg check kan result), saya senyap. Biar dorg je yg mnyembang. Sebab? Sebab i cannot yeh hal-hal camni. Cik Gayah sedih. Cik Gayah luaran very the pemarah, tp dalaman, hati tisu. Tisu brand tesco, nipis ja 😂 Alangkan masa dia dpt jemputan utk buat Ujian Psikometrik ni pun saya sebak, ini kan bila dia lulus ujian ni. Esok kalau Allah rezeki kan dia lulus interview and dapat kerja ni, mesti saya nangis terharu 😭😭😭

Perasaan ni mcm perasaan mak-mak bila tengok anak-anak berjaya, tapi sebenarnya inilah perasaan saya sebagai anak sulung. Family kitorg dari kami kecik, susah. Ada masa memang sgt2 kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada masa, cukup seadanya. Cuma lepas adik saya yg no.2 ni lahir, keadaan family kami at one of it lowest I would say. Sejak tu, sejak ada adik, saya mmg jd over protective kat adik2. Dan kebetulan adik saya yg no.2 ni dia lemah sikit dlm pelajaran. Tp dari segi kudrat, dia mmg tak lokek membantu. Lagi2 bila dia dah kawin. Nampak perubahan dan proses kematangan dia. But yet, belum ada rezeki kerja yg kukuh.

Apapun, Allah pemilik rezeki. Jika Dia berkehendak, inshaaAllah semuanya dipermudahkan dan ditetapkan utk adik saya dapat kerja tu. Korang kalau baca ni, tolong aminkan doa saya utk adik saya ya. Terima kasih, korang 😊


Tuesday, October 2, 2018

PERSEDIAAN TEMUDUGA SPA : Resume

Saya terima BANYAAAAAAAAAAAAKKK sangat email bertanya tentang temuduga SPA. Saya tak terjawab semua email. Saya akan cuba buat entry berkaitan PERSEDIAAN TEMUDUGA SPA satu per satu. Sebelum tu, ni hot list pertanyaan dalam email yg saya terima.


Macam mana nak buat resume?
Dalam resume nak tulis apa?
Nak susun dokumen dan sijil macam mana?
Nak tips interview boleh?
Ada group whatsapp?


So utk first entry PERSEDIAAN TEMUDUGA SPA ni, saya decide nak share mcm mana nk buat resume.

Sebelum tu, email jemputan temuduga yg korang terima pun mesti dapat email lebih kurang camni kan? Tu tengok kt perkara 4 apa dia kata? 


Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat mengandungi maklumat berikut:
  a. Nama;
  b. Nombor Kad Pengenalan;
  c. Sumbangan; dan
  d. Kebolehan istimewa

So pada siapa yg bertanya - mcm mana nak buat resume, dalam resume nak tulis apa.. ha tu darlingss sebenarnya dlm email yg korang terima tu dah ada maklumat lengkap dah pun. Tapi takpelah sebab ada yg first time katanya nk menghadapi temuduga so nervous melampau sampai cannot brain at all how to make a resume, meh ye akak kongsi kan cara akak buat resume dulu. Tapi awas ya.. ini cara akak. Ini bukan cara yg terpaling betul tepat pasti lulus interview. Tidak ya adik2. Ini hanya perkongsian ikhlas dari pengalaman akak sendiri.



Simple gila!?
Ye, memang simple dan ringkas. Satu page je dah cukup. Again, saya nak ingatkan bahawa saya sekadar berkongsi apa yg saya buat utk interview saya dulu. Tak semestinya apa yg saya buat ni adalah terpaling tepat atau betul ye adik2.

Next entry saya cuba share kan tips pulak k. Semoga ada kelapangan masa nak buat entry tu sebelum tarikh interview korang hehe.












Thursday, March 1, 2018

Roads to lapor diri

Lama kan tak update? Tak sempat, ada je hal. Ni menulis juga sbb taknak lupa everybits dan berharap dapat jd rujukan kpd yg memerlukan di masa depan.

Recap sikit :

31 Oktober - Interview
8 Januari - Result keluar online
30 Januari - JPA maklumkan (melalui panggilan telefon) tarikh dan lokasi lapor diri serta kursus
13 Februari - Terima surat rasmi (beserta borang2 rasmi)


Tarikh kursus saya, 18 Februari (Ahad) di INTIM Kemaman, Terengganu. By the time I write this, I have less than 48 hours to pack.

Nak dijadikan cerita, surat LAMBAT sampai. Bukan saya sorang yg lambat terima surat, ramai lagi actually. Cumanya my situation is a lil' bit mess here and there sampai saya mohon untuk tukar/postpone tarikh lapor diri kepada JPA. Tapi yg tu saya cerita kendian k.

13 Februari (Selasa) petang baru terima surat rasmi.
14 Februari (Rabu) berkorban tak start anything utk completekan borang sbb en.Ubi outstation
15 Februari (Khamis) the only day I have utk completekan borang memandangkan esok 16 Februari (Jumaat) ialah CNY.
17 Februari (Sabtu)
18 Februari (Ahad) lapor diri


Korang bayangkan la betapa kelam kabut saya nak buat preparation. Part paling hazab, nak settlekan borang laporan kesihatan. Kalau ada duit, boleh je buat kat klinik swasta. Tp sbb tak boleh nak tabur duit sewenang-wenangnya masa tu, usahakan jugalah buat kat klinik kesihatan kerajaan (KK).

Fast forward, 18 Februari daftar dan berkumpul di JPA Putrajaya dan kemudian bergerak ke INTIM, Kemaman naik bas JPA. Berkursus sampai hari Jumaat 23 Febuari. Sesi terakhir kursus ialah penyerahan surat penempatan. Debaran berakhir bila urus setia umumkan yg saya ditugaskan di Kementerian Luar Negeri (KLN / Ministry of Foreign Affairs), Putrajaya.


26 Februari (Isnin) lapor diri di KLN Putrajaya, terus buat permohonan untuk ditukarkan ke KL.
27 Februari (Selasa) dapat surat pertukaran, terus lapor diri di IDFR.

But till today, saya belum lagi ditugaskan di bawah unit/center mana. Tu yg ada masa update blog ni kekekeke. Hopefully by esok dah dapat tahu unit mana then dapatla mulakan tugas hakiki. Dok melahu takdak buat apa adalah sangat mengantuk hokeyy.

Gambar2 gi kursus and all, nanti2 lah share. Ni pakai wifi kajaan uolls. Jaga sikit integriti tu Cik Gayah oii :P






Tuesday, January 16, 2018

Tetap ke Kontrak?

Bertabahlah korang baca saya duk ligan meng-update pasal keje kajaan tak habis-habis hahah. Well, this is truly an achievement and a dream came true for me, maka izinin daku sematkan segala kenangan kat sini ya kalian.

Biasanya bila bgtahu kt org yg kita dapat kerja kerajaan, ni je pusing2 soalan balas yg kita terima.

Bestnya! Dapat jawatan apa?
Bawah kementerian/jabatan apa?
Kat mana?
Tetap ke Kontrak?
Bila start?

Semua soalan tu belum ada jawapan tepat sbb masih menunggu surat rasmi dari JPA.

Cuma satu soalan yg dah ada jawapan tepat sekarang ni, ialah, Tetap ke Kontrak? Ni jawapannya :


FYI, sebelum ni kalau check online, status urusan dia tulis kat situ AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN (something like that lah lupo pulok den nak screen shot sblm nih sobab eh ingat eh dio memang forever eh tulis akan diberitahu kemudian.

So, pd calon yg berjaya, korang dah check tak status korang tu? Pergi check dan lompat bintang cepat! 😁

Friday, January 12, 2018

Group Whatsapp untuk yang lulus temuduga PTPO N19

Memandang ke-excite-an lulus temuduga PTPO haritu masih menyala-nyala, saya nk share bahawasanya ada pihak yg bagus dah meng-create satu group whatsapp utk calon2 yg berjaya. Bukan Cik Gayah yg create group tu sbb Cik Gayah nk ngantor link invitation pun tak reti hahah!

Ini link invitation group whatsapp tu : https://chat.whatsapp.com/D3kdAr5MJYU75iLzfDaZCh

Saya harap calon2 PTPO N19 yg berjaya, kot-kot la korang ada terbaca entry ni, maila kita berkumpul dalam whatsapp group tu. Kalau ikut statistik, 601 orang calon berjaya. Tapi yg berjaya dikumpul dlm group tu baru 97 orang. Kenapa nak kena ada group ni? Sebab.. kat group ni kita saling bertukar info penting pasal next step lepas dah tahu result haritu. Selain tu, boleh saling tahu mana yg senegeri. InshaaAllah group ni beneficial utk calon2 yg berjaya.





Setakat ni, beberapa info penting yg saya peroleh dari group tu ialah :

1. Calon yg berjaya (setelah semak keputusan kat website SPA), kena tunggu surat tawaran yang akan dihantar ke alamat rumah. Rumah mana? Alamat rumah yg korang letak kt website SPA.

2. Surat tawaran dikeluarkan oleh pihak SPA, tetapi urusan pos pos ni dilakukan oleh pihak JPA. So kalau nak follow up pape boleh call JPA bahagian pengambilan. 03-88854129.

3. Surat tawaran dijangka sampai ke alamat calon berjaya dalam tempoh 1 bulan dari tarikh result interview keluar kt website. Result keluar haritu 8 Jan 2018, so inshaaAllah paling lewat 8 Feb 2018 calon berjaya sepatutnya dah terima surat tawaran tu. Kalau lepas dari tarikh 8 Feb 2018, silakan call JPA dan tanya status surat korang.


Last but not least, rugi tau tak join group whatsapp tu! 😉









Tuesday, January 9, 2018

KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19


Bila bagitahu je yg result dah keluar, en.Ubi questioned me camni.


Adoiiiii, yg kita ni dah la nk gugur jantung nak tahu keputusan. Boleh pulak dia bg soalan matematik bab peratus-peratusan ni. Haiiii lah suami. Saya tak berani nk check sendiri, soh en.Ubi yg check kan. Hahah!

Btw. Flashback to November, couple weeks selepas saya pergi interview SPA, saya ada terima email dari pihak SPA. Email bertarikh 18 November (it was my birthday!) tapi saya sedar kewujudan email ni 10 hari kemudian okehh! 10 hari! Lebih dari seminggu! Bila baca isi kandungan email tu lagila rasa mcm nk terkeluar jantung!



Orang SPA minta sijil beranak weyh! SEBELUM 24 November pulak tu. Dan Cik Gayah pulak 28 November baru baca that email. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Korang faham tak betapa dukacita nya jiwa lara saya waktu tu sbb dah terlepas tarikh akhir submit dokumen yg dorg minta. Kejung rasa sel-sel otak takleh nak mikior tapi kena akur sbb mmg silap sendiri.

Kisahnya, email address yg saya apply utk SPA ialah XX@gmail.com. XX ni memang gelenyar tergedik punya nama la. Create pun zaman sekolah so faham2 jelah tahap kegedikan nama email iolls mcmmana masa tu bhahhaah 😜 So I thought, dalam resume yg nak diserah pada pegawai temuduga nanti, biarla email address yg senonoh profesional. Makanya, saya pun create la email address yg profesional. YY@gmail.com.

And that very email dari SPA yg minta surat beranak tu dihantar ke YY. In whichhhhh, saya tak selalu cek pun inbox YY ni! Again, salah sendiri 😓

What I did, promptly lepas baca email tu, saya call pegawai SPA yg hantar email tu dan jelaskan my situation. Alhamdulillah puan tu terima alasan saya dan suruh saya submit secepat mungkin.

Fast forward, beberapa hari lepas (sebelum keluar result), saya mcm terperasan sesuatu that trigger my instinct on what my results would be. Jeng jeng jenggggg.




Saya kelebet balik email SPA yg minta surat beranak dulu tu. Sukacita? Ni memang sejenis ayat kerajaan ke apa nak mulakan perenggan kena letak sukacita, dukacita, cita-cita? Aduh duh duh debor Cik Gayah weyh!

After since, memang sendiri berangan-angan yg saya lulus temuduga tu. Tp duk nasihat diri sendiri, jgn terlalu berharap. Jgn berangan yg pelik-pelik nanti kecewa acaner nk pujuk hati masa tu.

And when the day has come... bismillah..





Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk kegembiraan ni. Terima kasih en.Ubi sbb selalu restu, doakan, dan sokong apa yg isteri ni impikan, mahukan. Terima kasih Affan sebab lahir dari rahim ibu dan membawa rezeki untuk ibu tumpang. Terima kasih mama ayah tak pernah putus doakan kakyong. Terima kasih adik2 and kawan2 yg redha doakan saya bila saya paksa depa doakan saya lulus temuduga ni heheh 😊

Ucapan mcm dapat anugerah ape je kan.. The fact is, this is one huge happiness for me and none to compare (other than having en.Ubi as my husband and having Affan as my son)

My mom always reminds us adik-beradik, dalam setiap kejayaan dan kegembiraan kita, kadang2 bukanlah semata-mata atas usaha kita sahaja. Tapi terselit iringan doa-doa dari ibubapa, suami, keluarga, dan kawan2 yg ingat pd diri kita.

So what's next?

En.Ubi cakap, dalam kegembiraan ni, saya kena sedar yg there will be more to come. New tanggungjawab, new routine, new challenges, mcm2 lagilah yg baru. I want this so much so saya kena bersedia dan be wise utk hadapi setiap yg mendatang.

Semalam, sebelum tidur, I told to myself.. Ya Allah, I want this so bad. And You make it real for me. Thank you Allah. But oh Allah, tolong jgn biarkan saya harungi whatever next sendirian. Please guide ni, pimpin me in my every next steps. Kadang2, bila kita terlalu mahukan sesuatu dan kita minta bersungguh-sungguh pd Allah, Allah akan kabulkan.. walaupun, yg kita mahukan sgt2 tu belum tentu yg paling terbaik utk kita di sisi Allah.

Kepada yg terima result sama seperti saya, semoga kegembiraan dan rezeki ini adalah yg terbaik di sisi Allah untuk kita. Itu yg terlebih utama.

For those yg terima result selain dari seperti yg saya terima, percayalah, Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita masing2. Allah takkan kejam. Tak salah utk berasa kecewa. Kita manusia biasa. Tapi jgn sampai mempertikaikan rezeki Allah, jgn sampai terdetik fitnah di hati yg org tu pakai begitu begini, pakai itu pakai ini.

Kekecewaan itu ujian Allah untuk kita kukuhkan keyakinan kita pada rezeki Allah.
Kegembiraan juga sebenarnya ujian Allah, adakah kita akan terus istiqamah memohon dan berharap-harap hanya padaNya atau kita sedikit demi sedikit lupa apa yg kita usahakan saat kita meminta2 pd Allah sebelum ni.. Wallau'alam :)



p/s : Now dengar2nya kena tunggu surat dari SPA sampai kat alamat rumah untuk lapor diri. Will update later k inshaaAllah 😊




Thursday, November 2, 2017

SOALAN TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

Tahniah pada yg sama-sama dapat panggilan temuduga SPA untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 baru-baru ni. Temuduga dah bermula 29 Oktober 2017 (Ahad - untuk negeri-negeri tertentu) dan akan berakhir 17 November 2017 nanti.



Sesi temuduga saya di Kompleks C, Putrajaya, 30 Oktober 2017 haritu. Nervous toksah cakap lah kan. Tp persiapan still last minute mcm zaman sekolah and uni dulu pfffthh. Esok nak interview, malam sebelumnya baru terkial-kial nak baca berita isu semasa la, nak hafal nama menteri la, nak study tugas-tugas dan bidang kerja N19 la, print resume pun pukul 10 malam! ❗Disclaimer : Jangan ikut aksi ini

Ikut email invitation, interview pukul 9pagi so obviously I have to be there earlier la kan. Alhamdulillah journey dari Shah Alam to Putrajaya went well and I safely reached by 8.20am. Pengawal lalulintas ada bertugas kat gate nak masuk kawasan bangunan SPA tu so bertambah mudahlah nak cari kawasan parking pun. Time ni parking lot melambak so saya cadangkan kalau interview korang pukul 9 or 10 pagi, dtg jelah before 8.30pagi. 6kali nak go-head-go-stan masuk parking pun boleyy time ni kekekkekekkek.. Eh Cik Gayah terror reverse parking tau. Sekejapan je dah masuk parking bay cantekk punya *tetiba*

Dalam pada terkedek-kedek nak mencari Blok C7, saya nampak ramaaaaaiii sangat orang. Panic gak la sbb ingatkan dah awal dah rupanya mcm ter-paling lambat sampai.



Siap bawa luggage and family members datang beramai-ramai me-nye-port nk interview weh apekehei yeop?? Setelah dicek-cek, ghopenye deme ni semua batch yg dah lulus interview sebelum ni and harini datang utk lapor diri. Oooo patutla siap bawa luggage bagai dan turut ditemani sanak-saudara. Syoknye uolls dah dapat keje kajaan! Iolls baru nak intebiu ni. Wuwuwuwu 😰



Blok C7, tingkat 6. Berdebar tengok pintu ni macamkan nak masuk dewan bedah beranakkan Affan dulu 😀



Tak ramai candidates. Maybe yg ada ni batch pukul 8pagi dan 9pagi. Batch 10pagi belum sampai. Nanti akan ada kaunter saringan (untuk saring/cek dokumen kita cukup atau tidak). Lepas lulus saringan, baru dapat nombor giliran untuk diinterview.


Nombor candidate terkini yang tengah diinterview - 0405. 7 candidates more to go. Sempat la saya scan candidate2 lain. Masing-masing appearance (baju, kasut, gaya bawa handbag) dah mcm ongkeje kajaan. Hahahahah. Saya sorang je sendu pakai tudung bawal simpul bunjut kat hujung tudung. Bajet comel mcm Datin Norjuma la kah kah kah! Yg lain shawl lilit-lilit weh ngan make up vavavah vajiva!

Kecut perut mai dah masa ni. So untuk mengelakkan nervous sorang2, moh le kita ber-cik-gayah dengan candidate lain. Sayangnya, gugurls depan ni semua taknak kawan ngan titew. Maybe sebab appearance ku yg sendu ini 😩




See. Duduk sorang2 kat meja lain. Takde sapa nak layan Cik Gayah. Sobs. Tapi Cik Gayah tak berputus asa! LOL. Lepas tu sorang demi sorang Allah datangkan kawan baru pada saya dan alhamdulillah the ladies are all very kind and we were easily click siap create group whatsapp kau 😜




Ok. Habis dah babak-babak sebelum bermulanya interview. Sekarang masa yg ditunggu-tunggu.

THE INTERVIEW.

Sebelum masuk bilik interview, ketuk pintu, then masuk terus takyah tunggu interviewer jemput masuk.
Beri salam atau ucap selamat pagi.
Ada 2 orang pegawai penemuduga (masa saya, dua2 penemuduga lelaki)
Dokumen/Resume asal dan salinan, serah pada penemuduga.
Minta izin duduk, dan duduk dengan sopan.

SOALAN TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19.

1. Sila kenalkan diri puan dan nyatakan kenapa kami perlu pilih puan untuk menjawat jawatan ini?

Saya sebut nama, negeri kelahiran, sekarang menetap di mana, pengalaman kerja saya, tahap pendidikan tertinggi. Saya bagitahu yg saya patut dapat jawatan ni sebab saya berjiwa besar dan fokus pada ketelitian. Tu 2 points saya. Of course lepastu kena elaborate, kena huraikan 2 points tu. Saya yakin dengan 2 points ni sebab, itu memang character saya. So takde tipu-tipu. Agak smooth juga saya menjawab soalan ni CUMA taktahulah kenapa lidah ni gatai asyik nk tercakap bahasa inggeris. Bila saya tersedar saya menggunakan perkataan bahasa inggeris, saya cepat2 cantikkan balik susunan bahasa melayu saya. Maybe there is nothing wrong pun kalau bertutur dlm bahasa inggeris, cuma personally saya rasa agak kurang sopan la bila interviewer bertanya dan bertutur dlm bahasa melayu tapi kita nk jawab menggunakan bahasa lain.

2. Puan ada buat background study tak berkenaan jawatan ni? Kalau ada, apa yg puan tahu mengenai jawatan ini?

Ada. Bidang tugas jawatan pembantu tadbir antaranya ialah :

- memastikan tugas-tugas perkeranian untuk sesuatu jabatan berjalan lancar
- mengurus sistem perfailan
- jika perlu, bertndak sebagai PA kepada pihak atasan
- jika perlu, bertindak sebagai penghantar dokumen
- menyemak kehadiran pekerja jabatan

Percayalah.. Ini dua je soalan yg interviewer tanya pada saya. Selebihnya, antara soalan 1 dan 2, interviewer berminat nak tahu tentang diri saya (personal - i talked about my medical history) dan mereka mendengar dengan tekun dan penh minat. Bukan takat tanya buat cukup syarat.

Total time saya berada dalam bilik temuduga ialah 20minit.

Saya ada refer pd kawan yg skrg btugas dgn kerajaan. She said, some of her friends yg bertugas sbg penemuduga, they said the most important thing yg diorang nk tengok is keyakinan calon. Saya agak, sbb position ni kan kna banyak bergaul dgn staff lain. So maybe kena ada character yg mudah utk berurusan with. Rasanye lah....

Ok. Itu je yg dapat dikongsi dgn calon-calon lain. Semoga ada rezeki buat kita! Amin!!! Oh btw, result keluar 19 December 2017 nanti. Penantian suatu penyiksaan.


p/s : Ada sorang calon ni, dia ada degree. Tapi dia apply this position guna result SPM. Dalam fail dokumen yg dia bawa that day, dia letak sekali transkrip degree dia. So masa kat kaunter saringan, pegawai tu kata, patutnya tak boleh ni cik. Bila calon ada degree atau diploma maknanya dia dah lebih kelayakan utk jawatan ni. Tapi takpelah, cik cuba jelah k.




UPDATE 
26 SEPTEMBER 2018
jika ada yg nak bertanya apa2 soalan lanjutan dr entry saya ni, boleh email saya kat
mammagamma11@gmail.com


3 OKTOBER 2018

Wednesday, October 25, 2017

Cara dapatkan sijil SPM yang hilang

Assalamu'alaikum!

Ini kali ke 68 tulis assalamu'alaikum okeh 😒 Lepas tulis assalamu'alaikum terus blank tak tahu nak tulis apa lg. Lol. Banyak je nak dikongsikan sebenarnya, cumanya mcm biasa la.. Busy kemain uolls (insert emoji muka affan 😂)

As a start up after a long hiatus, meh saya share kan cara cepat dan mudah nak request salinan result SPM yang hilang. Tetiba buat post berilmiah sikit kan. Heheh.


Apa yang perlu dibawa?
1. MyKad
2. Duit (RM30 utk 1 salinan SPM)



Apa yang perlu diingat?
1. Angka Giliran SPM (kalau lupa tak mengapa)
2. Tahun peperiksaan diambil (kira tolak balik berdasarkan umur korang. SPM masa umur korang 17tahun. Hah, kira sendiri masa tu tahun berapa. 2003 ke, 2004 ke,,)
3. Nama sekolah di mana peperiksaan diambil
4. Negeri di mana peperiksaan diambil


Datang sendiri ke :

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
ARAS 2 , BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA.


Kat ground floor tu, terus pergi ke meja kaunter untuk ambil nombor. Beritahu pada pegawai bertugas yang anda datang untuk mohon salinan sijil SPM/PMR/SRP/yg seangkatan dengannya. Pegawai akan tanya, permohonan utk diri kita sendiri atau kita wakilkan utk org lain?

Prosedur untuk wakil, saya tidak tahu. Boleh hubungi Lembaga Peperiksaan untuk dapatkan prosedur yang tepat.

Kalau memang dtg untuk dapatkan salinan sijil diri sendiri, pegawai bertugas akan terus bagi satu borang untuk kita isi. Lepas dah isi borang, pergi semula jumpa pegawai tadi dan nombor akan diberi.

Note : Masa isi borang, kalau lupa Angka Giliran SPM kita dulu tu, biarkan ruangan tu kosong.




Tunggu nombor dipanggil oleh pegawai kat kaunter 2. Kaunter 2 verify information kat borang yg kita isi td then dia suruh tunggu nombor dipanggil pula oleh pegawai kaunter 4.

Kaunter 4 panggil, kita buat pembayaran. RM30 utk satu salinan SPM. Dah bayar, dapat resit, tunggu pegawai kaunter 3 panggil.

Kaunter 3 akan print salinan SPM dan kita perlu manually record (tulis tangan) kat buku rekod depa. Check ejaan nama dan nombor IC pada salinan result SPM tu samada tepat atau tidak. Kalau ok, sila ucap terima kasih pada pegawai dan boleh la beransur pulang.



Masa saya datang ni, around 10-ish hari Khamis. Keadaan tenang tak ramai sgt org yg hilang sijil SPM 😜 , so urusan memang cepat tak sampai setengah jam pun! Good job LP (Lembaga Peperiksaan)!

.

Ini kali ke-2 saya mohon salinan sijil SPM. Kali pertama saya mohon, tahun 2009 kalau tak silap and masa tu caj murah je. RM10 je (kot). So ni kenapa ni Cik Gayah nk request salinan lagi sekali? Satu nya sebab salinan yg pertama tu tertinggal kat tempat lain. Pergi cari, tapi tak jumpa pulak masa tu. Dah lepas dapat salinan kali ke-2 ni baru jumpa salinan pertama tu 😯

Dan sebab kedua kenapa Cik Gayah perlu mendapatkan salinan keputusan SPM ini ialah..



Gred tu Cik Gayah tak kisah. Yg pentingnya, SPA yg hantar message ni. 😃 Dulu pernah dapat panggilan gred pegawai tapi masa tu Cik Gayah buta mata tak nampak jalan di dunia kerana tidak nampak cahaya, tidak tahu ke mana hendak dituju ke hilir atau ke hulu (lagu nasyid sila google).

Ok la. Details pasal interview ni kita story later k. (buat modal nak rajin update blog)

Till then!