Showing posts with label pregnancy story. Show all posts
Showing posts with label pregnancy story. Show all posts

Monday, March 18, 2019

Here we goes NO.2!

Assalamualaikum.

Ok rasanya dah kena announce ni sbb mmg jenih lemau dah nak update blog. Dengan ini, saya mengumumkan... (drum roll.....)

SAYA MENGANDUNG ANAK KEDUA!

Alhamdulillah 😀
Alhamdulillah ðŸ˜€
Alhamdulillah ðŸ˜€

Hope that explains the ke-jarang-ness mengupdate blog. Hehe.

Her are SOME flashback on my pregnancy journey.


---

30 November 2018.
2nd UPT.



It feels sooo refreshing bila nk menulis tentang ni. Alhamdulillah. Im pregnant with our number 2 child! (yet to be official sbb blm gi klinik scan as of the moment i typed this)💕

This pregnancy, memang saya yg nak. I am 32yeras old this month/year, Affan pun almost hit 2y 6m by end of 2018 and bila adik dah lahir next year, Affan pun dah 3yo so inshaaAllah mmg saya mentally dh bersedia for second child.

Got to know that Im pregnant masa kandungan baru 3minggu camtu (based on my first day of last menstrual). Awal giler tahu ngandung, kan? So how I have been so far? 2 words - CEPAT LETIH.



24 December 2018.

Memang takde mood nak menulis. How I have been so far? 1 word - MALAS.

Malas bangun pagi.
Malas mandi.
Malas nak gi keje.
Malas nak buat keje.
Malas nak makan.
Malas nak jalan.
Malas nak duduk dalam kereta.
All M.A.L.A.S.



27 December 2018

MC. Sejak tahu pregnant, dh 3-4 hari kot MC. Mmg lembik lemah longlai nk gi ofis. Apart from that, dh 2-3 hari dilanda situasi keraaaap shishi. Lps shishi pulak perut jd senak. Seingat saya first pregnancy dulu mmg camni la jg yg saya hadapi. Masa pregnant kn Affan xde situation camni.

Alahan? Selain dari lembik tak larat bangun (tak lalu makan, so takde energy), saya asyik muntah angin. Ada a few times muntah mmg keluar food/air tp most of the time muntah angin jelah. Sbb makanan ape jer pun yg masuk dlm perut ni kan.. Pagi2, mmg tak boleh bangun dari katil. A yg siapkan Affan dari kejut dia bgn, dukung dia turun bawah, bg dia main-main kejap, mandikan, bg dia light breakfast, siapkan beg sekolah dia, iron baju sekolah dia, sampailah hantar Affan g sekolah.

In days yg saya MC, A akan singgah belikan saya some kuih or air dan hantar ke rumah. Then only he go to office. Alhamdulillah ya Allah sbb jodohkan saya dgn suami yg nak memahami keadaan isteri yg tgh mengandung. Selalu saya say sorry to A and cakap kt dia.. bukan saja2 buat lemah lembik badan mcmni.. Tp mmg nk lawan kan keadaan lesu ni pun tak mampu. Mujur dia faham and tak pernah judge me as saja2 mengada2 guna alasan mengandung utk berlesu-lesuan.



11 January 2019

Alhamdulillah dlm mggu ni, pagi dah boleh bangun and tlg A uruskan Affan. Tapiiii.. nak masuk Asar sampai la ke Isyak kepala saya akan pening pusing serba tak kena. Baring tak selesa, duduk tak selesa, makan tak kena, minum tak kena.



---

Ok takat tu je dulu. Hahah. Minggu lepas berkursus seminggu kat Sungai Petani. Mcm2 nak cerita ttg pengalaman berkursus time mengandung. InshaaAllah akan blog out jg ttg tu untuk kenang-kenangan sendiri.







Friday, June 17, 2016

Persediaan Bersalin : Di minggu ke 35

Anak babah ibu.. Ibu dah start naik shaikh excited nau nau shopping barang anak ibu ni tau! :) Walaupun ibu tak reti sgt sebenarnya nak kena beli apa (balik-balik rambang mata nak beli baju dgn swaddle. Pusing2 tu je. Ibu iz lulzz), ibu redah je juga buka blog sana sini, ig situ sinun. Obviously, ibu la yg lebih menunjukkan kredibiliti dan ke-bertanggungjawab-an dalam urusan membeli-belah ni nak oii. Babah duk dendiam sana please. Babah just pass kat ibu TAC number bila ibu need it okeh? Takpe, ibu suka redho dgn tanggungjawab yg ibu galas ni. Kekekkek.


*****

Berejam hokeh nak menyiapkan entry ni. In fact, it's actually taking me days! Sebabnya.. saya mmg still buntu apa yg betul-betul penting nak disediakan. Ada je juga saya refer check list org lain, tp tak tahu kenapa, saya still juga blur :/ Ni FTM syndrome ke? Gedik haihh mung ni Cik Gayah~

*FTM : first time mom

List bawah ni, utk FTM lain usoh le dijadikan panduan. Kang kome sesat barat pulak kang. Naya ke baby kome je. Ni saya saja tepek utk reference saya sendiri. Biar jelas di mata ku ini apa yg dah ada, apa yg belum ada.

Saya bahagi-bahagi ikut imaginasi sendiri (lulzz).

ANAK / IBU
1 - Keperluan di hospital
2 - Keperluan di rumah


*****

Ada apa dalam beg hospital anak?

The beg
Kakak en.Ubi ada bagi. Tp gatai nak beli ikut citarasa sendiri. Haritu singgah Mitsui Outlet yg menghala ke KLIA tu pastu masuk kedai BVO - beli beg anak yg Simple Dimple. Rm69.90. Size biasa. 

(Imaginasi)
Mula-mula lepas je anak ibu keluar dari perut ibu, mestilah nurse bersih-bersihkan, mandikan, kan?


Grooming
1. Towel
Yilek. Belum beli.

2. Toiletries
Berkenan tgk packaging JoielleBaby sbb packaging dia comel. Haha. Tp baca-baca, product ni ada paraben. Tp seller ada explain yg paraben dlm product JoielleBaby tu adalah paraben yg dibenarkan or something like that. 
Sebagai precaution, kita cari la product lain yg 100% organic sbb babah nya honeybun mmg ada eczema. (Ibu doa anak ibu tak inherits eczema babah ye manja ibu).

Now mcm berkenan dgn MiniMe product. Nak try beli travel set je dulu.
Tp kesimpulannya, belum ada, belum beli.


(Imaginasi)
Lepas anak ibu dah mandi, mesti nurse nk pakaikan baju, kan?



Pakaian
1. Romper - short sleeve (2 pasang)
Dah beli 5 pasang. 3 pasang premie size (53cm), 2 pasang newborn size.

Knp beli yg premie size? Standby. Just in case.

2. Baju lubang2 & baju butang depan - short sleeve
Beli baju lubang2 siap 1set dgn seluar, baju butang depan pun siap 1set. Cuma seluar masing2 seluar pendek. So nk kena cari seluar panjang.

Beli brand Fiffy. Material kain dia mcm lbh best dr brand lain, tu yg berkenan tu.

3. Legging with socks (2 pasang)
Utk pakai dgn romper kot-kot anak sejuk. 
Baru sat browse kat ig tp that ig seller belum reply pulak.

4. Swaddle/bedung (2 helai)
Dah!

5. Mitten, booties, hat (2 set serba berdiri. Muahhahhah. Ok, tak lawak)
Dah Baru beli sepasang.

6. Diaper/lampin - pakai buang (1pek)
Request sample from Drypers, Huggies, Mamy Poko through online. Katanya dlm 2-6minggu sample2 tu akan sampai.
Utk taknak nampak kedekut sgt standby, this weekend akan turun padang ke Giant, Aeon Big, Jusco & Parkson dan survey nak beli yg mana - at least 1 pek newborn size.



Ada apa dalam beg hospital ibu?

The beg 
Dah beli tp belum ambil kat receptionist office. Heee~


(Imaginasi)
Sebelum ibu ajaajafighting!, ibu kena minum makan minum yg memberi tenaga.

Energy supply 
- Kurma
- Milo?
- Biskut tiger


(Imaginasi)
Lepas anak ibu dah siap pakai baju, nurse pass kat ibu utk susu kan, kan?

Breastfeeding items
1. Nursing pillow
Yilek. Belum beli.  


(Imaginasi)
Kalau anak ibu dah poopoo and shishi, kita boleh balik dah, kan?
 
Grooming
1. Toiletteries
2. Towel

Pakaian
1. Maternity pad
Dah beli.

2. Nursing bra
Yilek. Belum beli.

3. Breastmilk shield
Yilek. Belum beli.

4. Kain batik

5. Stokin

6. Tudung sarung

7. Long sleeve

8. Sweater



*****

Beg hospital ni je pun dah banyak yg merah. Apetah lagi barang-barang bila dah keluar hospital.. Gegegegge. I iz panic....! Tak sanggup nak list down barang rumah lps bersalin. Esok-esok lah Cik Gayah update ye? Izinkan Cik Gayah meluruskan pinggang dahulu. Kaki kiri dah tembun (bengkak) T_T

Tata.




Saturday, May 21, 2016

Pengalaman Mengandung : 31minggu



Mujur ada kenduri adik saudara. Barulah ada gambar top to toe utk dibuat kenangan tengah mengandungkan honeybun. Start sakit dulu mmg dah tak menggedik sgt nk ambil2 gambar ni. Lgpun dah tua.. ye dak.. takde sapa nk nengok awok menggedik bergambar dah.

Baju sedondon ikut tema tak sempat siap sbb ada kematian dlm keluarga sehari sblm majlis ni. Takpe, takde masalah baju tak ikut tema. Kita pakai tudung matchy color sahaja pun, pengantin tetap boleh naik pelamin. Muahahahh.

Org agak kerap tegur that muka saya glowy2 berseri2 skrg ni. Saya yakin seyakin-yakinnya ni semua faktor ibu mengandung. If were to compare dgn pregnancy sblm ni, ya hampon, kalau hantu Kak Limah tgk muka saya time tu, dia surrender terus jadi hantu gamaknya. This pregnancy however, saya suka dan rajin la juga nak mencantikkan diri. At least setakat nak berbedak berlipstik tu, saya rajin nak tepek. Cuci muka pun saya rajin juga pregnant kali ni. Kadang-kadang duduk sorg2, raba2 pipi, dahi, hidung, boleh pulak puji muka sendiri licin halusss je. Hahah. Kalau pregnancy yg dulu, lantak mung sana hidung pipi berkerak. Nama nak cuci muka aduuuuuhai.. malas sungguh!

Tapi.
Dalam semua kemeriahan yg pregnancy hormone bagi pada saya tu, saya start dapat perubahan yg tak best. Dah nak masuk 32weeks ni, saya notice there are parts of my body yg bertukar color jd tone gelap. Gelap mcm berdaki sebulan tak kena sental. Pastu kalau badan saya start bahang sikit, saya mcm boleh hidu sendiri bau peluh saya. Snfff snfff snffff euwwwwwwwwww! Nangis wehh!!! Tak suka! Tak suka! Sebab tu saya sanggup mandi sehari 10kali asalkan saya tak berpeluh :( Apa lagi. O ha, badan saya tetiba banyak naik tahi lalat kecik-kecik. Adik saya yg start tegur. Pastu baru en.Ubi pun perasan dan tegur sbb skrg ni fokus beliau hanya tertumpu kek porut den yg bosar ni sajo. Bahagian-bahagian lain tak pulak beliau rajin nak belek dah -_-"

And the worst ever changes happen to me ialah saya starts ada vaginal-discharge. Uwaaaaaaaaaa!!! Tu bukan discharge turun tanda nak bersalin ye puan-puan. Tp discharge yg tak menyelesakan tu. Nangis 37jam please. Uwaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Walaupun discharge tu warna putih, tp itu tak bermakna dia suci ye puan-puan. Doktor cakap benda ni common jd pd ibu mengandung dan kebiasaannya akan hilang lepas bersalin. As long as the dischage tak mengeluarkan bau dan bukan dlm kuantiti yg banyak, kita boleh treat dia dgn antibiotik. So sementara dia ada sekarang ni, kena extra jaga private part tu. Nak pakai intimate wash sebarangan, saya tak berani langsung. So bergantung kat antibiotik yg doktor bg jelah sbb tak mau melarat jd infection ke apa pulak dah satu hal :( :( :(

Lain-lain perkara yg jadi masa tengah menagndung 31minggu ni ialah, ke-sensitiviti-an saya kembali mcm early trimester pulak. Saya cepat detect bau-bauan, saya kembang tekak tengok ayam goreng ada minyak2 bawah kulit (totally euwww), saya cepat letih badan.


Adakah ini normal puan-puan?

Tu je kot nak update.
Letih menaip *roll eyes*





Friday, May 13, 2016

Babah vs Ibu : Memilih Gelaran

Geram betul kan bila buka blog tengok2 takdak entry baru? Trust me, I know that feeling. Saya pun bengkeks je bila buka blog2 favorite saya but then berkecai hati jiwa lara sbb depa belum up kan any new entry. Udah mcm deme tu takde koje lain pulak ye? Hehehheh.

*****

Saya tak ingat mana yg kami berdua sembangkan dulu. Sembang tentang nama anak dulu atau sembang tentang panggilan anak buat kami. Both topics however have a special place in my heart :)

Mcm yg semua dh tahu, honeybun akan panggil en.Ubi, babah, dan saya, ibu. Meh saya nk kongsi teori saya ttg panggilan2 ni..

Kalau korang perasan, telinga, mulut dan hati kita mcm akan lebih selesa dan serasi dgn panggilan terhadap ibu bapa sendiri. Betul x? Let say kita panggil mak kita, mama. 'Mama' tu jg sebenarnya sedap nk digunakan utk membahasakan diri sendiri pd anak2. Masa kita main pondok2 kecik2 dulu pun mesti automatik kita bahasakan diri kita as panggilan terhadap mak kita kalau masa tu watak kita ialah seorang mak :P

Logiknya sbb dah berpuluh2 tahun, bergelen2 air liur kita nyebut manggil ibu bapa kita dgn panggilan tu. Mau tak serasi??

Zaman saya membesar, panggilan yg famous ialah mama-papa, ibu-abah. Tp skrg zaman ramai parents muda. Muda dan pengetahuan agama lbh meluas. So skrg famous dgn mommy-daddy, ummi-abi. Yg nk unik lg panggil bonda. Saya sendiri dipanggil bonda oleh anak2 sedara (on my side la). Poyo je kan? :P Kekok juga nak membahasakan diri sendiri bonda. Tp bila dgr anak2 buah yg memanggil, "kakak rindu bonda", "nk bonda mandikan!", sounds mcm ok je la puleks. Adik2 perempuan saya pun ikut bahasakan diri diorang bonda dengan anak2 sedara. Like, bonda cik, bonda su. But still.. saya tahu saya poyo. Hahah.

So. When it comes to my own baby, I decided to use Ibu. Alasan saya, mudah je, sbb en.Ubi call his mom, ibu. Saya sincerely wanted en.Ubi feels comfort and familiar to fit in his new role in life - jadi bapak budak. Kang udah le beliau kelam-kelibut nak belajar jadi bapak budak, dengar pulak saya start bahasa kan diri mommy ke mom ke umi ke mama ke bonda ke sambil membebel itu ini, lg celaru minda suami den sbb tak pernah dengar nama-nama tu dlm rumah kami.

Masa awal2 mengandungkan honeybun, ada jg belajar ckp2 dgn dia dan try bahasakn diri saya ibu. I have to admit yg saya tak rasa langsung the bonding between myself dgn gelaran ibu tu. Kalau saya tanya Anak ibu tgh buat apa tu..? Saya x rasa pun saya si empunya diri yg nk tahu honeybun tgh buat apa. But yet, saya xde pun rasa nk try guna gelaran lain. Then after months passed, the word ibu tu mula serasi dgn jiwa saya. The word ibu tu jg buat saya lebih seronok bersembang dgn anak. Nak-nak pulak bila honeybun dh start class taekwando dia. Laju je mulut saya tanya Anak ibu buat apa tu.. Tendang2 perut ibu nii. Anak ibu lapar ke? Anak ibu nk mkn apa? Kejap lg ibu mkn ye, sayang ibu..

I feel like the word ibu represent the infinite softness of being a mother. I feel like the word ibu represent how much I can be protective over honeybun. How much I can go strong for my baby. How much I can spoilt pamper my baby. How much I can be firm n garang towards my baby. Hehe.

So I guess it isnt just about the theory yg saya ckp awal2 td. Tp lbh kpd how much gelaran tu bond dgn diri kita :)

What about en.Ubi? Babah is the gelaran yg saya paksa pilih utk en.Ubi. Rasanya saya pernah tnya if he's ok to call himself babah. Tak ingat apa beliau jwb sbb i just dont care. Hahah. I insist he use babah. Muahahahah. Babah suits him. I just knew it! Babah represents perut en.Ubi yg makin muncit which I adoreeeeee so much!! Saya blh bayangkan betapa empuknya anak tidur atas perut en.Ubi sampai dua2 berdengkur :p Babah represents en.Ubi calmness AND clumsy-ness. Oh I cant wait to see en.Ubi kena buli dgn honeybun (I plan from now on to teach honeybun to merengek and only wants babah whenever en.Ubi starts nk main Dota. Lalalala) Babah, for me, also represents how much loves a father could reveals tnpa segan silu pd anak-anaknya. Kalau abah dgn abi tu imaginasi saya mcm garang sikit n susah nk tunjuk depan-depan kasih sayang depa pd anak2 wlupun obviously depa syg je anak2 depa tu. Kalau ayah or papa pulak imaginasi saya mcm terlebih mnjakn anak pulak. Hehehe. But again, ni semua sekadar teori tak bertauliah saya sendiri.

Tak kisah apapun gelaran kita pd anak-anak, cuba sedaya upaya jgn menyamakan gelaran kita terhadap suami/isteri. Make our gelaran pd pasangan kita the most special. Bila kita terus-menerus lovey-dovey, inshaaAllah hubungan suami isteri lbh indah dan bahagia. Anak-anak pun akan turut terima tempias kebahagiaan tu. Anak-anak yg membesar dlm keluarga yg bahagia inshaaAllah lbh berkualiti jiwanya.

Let's imagine. 40years after. I am at my gorgeous 70years old. And en.Ubi ajak saya gi terawih with our number fourth grandchild maybe.

En.Ubi would say something like this I believe, "Baby, nak ikut sayang dgn cucu pergi terawih?"

#babyituisteriku
#akulahbabyitu


Monday, April 25, 2016

Pengalaman Mengandung : Time Slip Check Up

28 minggu! Lots of thing happened dalam nak menyampaikan ke 28 minggu ni. Sakit on off, tp ibu rela demi anak babah ibu manja2 ni. 


*****

Flash back check up 27 minggu. Utk kali pertamanya saya lewat dtg appointment AnC. Biasanya pukul 7.30am dah tercongok tunggu pintu KKIA dibuka. Tp kali ni pukul 10.30am baru terhegeh2 nak letak buku pink kat raga kaunter sbb paginya ada emergency. Syukur the nurses kt KKIA saya ni mmg cool2 semuanya. Nk tunggu turn nombor dipanggil pun takdela sampai stgh jam. En.Ubi siap ckp better dtg time2 mcmni instead of appointment at 8am. Reason why, by this hour, patient dah berkurang dan tak too crowded.

Prosedur biasa, lps dpt nombor, gi shishi dlm botol. Urine was ok. Timbang berat, naik 2.5kg! Saya suka! Saya suka! :) :) :) Tp, nurse tak suka. Hahah. Nurse ajar lg sekali mcm mana nk control pengambilan karbo. Sbb they know better of course. Best range naik berat bdn dlm tempoh sebulan ialah 0.5kg - 1kg. Nurse mmg rajin ingatkan saya ttg ni. But why saya menggeletis happy bila berat terlajak naik? Simply sbb saya mmg aim nk tambah berat badan up to 45kg.

Walaupun skrg dh masuk third trimester dan nehi mungkin hey hasrat nk jejak berat 45kg tu tercapai, tp saya still happy seeing the number increase mcm skrg ni.

Hb naik, alhamdulillah walaupun masih just at good-hb-range-border-line.

Kali ni saya dpt nurse yg dh agak berumur tp saaangatla teliti dlm membuat kerja2 nursingnya. Mmg super teliti hokeh. Rezeki betul saya dapat nurse ni kali ni sbb sekecil2 benda yg saya xtahu, saya blh tanya and minta nurse ni terangkan. As simple as apa mkna LK/LR kt dlm buku pink tu? Rupanya LK tu Lawatan Klinik dan LR tu Lawatan Rumah. Now you know!

Dulu saya igt nurse ni cengeh. Rupanya bila dh had her service, I know that I have to pinch myself sbb cepat nau judge people's character.

Disebabkan ketelitian nurse tu lah baru la saya tahu yg saya kna buat blood test utk TFT atas permintaan doktor yg mula2 check saya masa buka buku pink dulu. (Saya ada tiroid sikit masa doktor check sblm ni). If not, forever saya xtahu dan saya berani jamin nurse lain pun unaware ttg TFT test saya tu.

*****

Ok enough on AnC result.
Ni saya nk share kot2 ada yg blur2 mcm saya tentang - kalau kita gi KKIA utk check up, kita nk bg apa dekat HR office kita? MC?

To be honest, all this while bila saya ada check up, saya akan tunjuk buku pink kt manager saya (yg alhamdulillah sgt baik hati) as a proof yg mmg saya ada appointment pd tarikh sekian2. Hbs check up biasanya saya lalalala gi lunch dgn en.Ubi ke, gi window shopping dgn en.Ubi ke, bantai tidur petang dgn en.Ubi ke, pendek kata bila saya ada check up, mmg saya cutikan diri 1 hari tu terus. The next day after appointment date, saya dtg koje mcm biasa dan manager pun idok ler minta apa2 dokumen utk di submit ke HR. Mmg bahagia hidup smpi la HR implement sistem baru. So my manager dpt la notification reminder utk approve kn non-attendance saya yg sblm2 ni.

Ah sudahhhh.. Menggelabah la saya call KKIA tanya acaner nk dibuek ni. Rupanya bila kita g check up, KKIA akan bg time slip (biasanya halfday mcm 8am - 12pm / 2pm - 5pm). Nurse kt KKIA saya kn baik2 hati semuanya. So utk back dated check up pun dorg sudi tlg keluarkan time slip tarikh lepas2. Yg penting, bawa buku pink so dorg blh keluarkan time slip ikut date check up kita.

Part saya bantai pi cuti 1hari terus tu, ha yg tu kena pndai2 kawtim ngan manager. Iskkk~


Friday, April 8, 2016

Beli apa dekat TCE Baby Expo 2016 MidValley

Dalam banyak2 kejadian blh pulak terlupa nak share cerita pi TCE Baby Expo hat kat MidValley nun. Plan nk ke expo ni kejap on kejap off. Saya yg awal2 dulu bgtahu kt en.Ubi tentang expo ni. En.Ubi on je nak pergi. Dah dkt2 tarikh nya, saya pulak yg rasa mcm hmm, perlu ke nak pergi? Sbb duk fikir, kalau nk beli pun, apa je yg nk dibeli awal sgt? Pampers? Wet tissue? Baju? Baby's bath set? Tak mcm awal nau ke nk beli? Saya baru masuk 24weeks rasanya masa tu. Ada 3-4bulan lg nk tunggu anak lahir. Nanti silap2 baju2 anak jd yellowish sbb lama tersimpan tak dipakai. Pampers, wet tissue kang expired pulak. Barang expo ni bkn blh caya sgt.

*First time mom syndrome*

Stroller, baby cot, semua yg besar2 tu lg la bg pndpt saya blm sampai masanya utk beli.

Tapi in the end kami gi jg TCE Baby Expo ni. Best? Satu je yg best. Saya dpt tgk depan mata dan pegang breastpump idaman saya! Hahah.
Spectra S1 idaman den!! Omey angat kan! Hewhew :)

Spectra S1 saya tu x byk seller kt Malaysia. Tu yg excited nau nau bila jumpa that breastpump face to face kt expo. Sonok tgk adik sales assistant tu tunjuk demo caner nk guna the breastpump. Siap ada breast mainan seketul. Nyottnyottnyottt nmpk meyakinkan betul breastpump tu berfungsi. Kekekkeke. En.Ubi kaku terus. Mungkin tak percaya yg beliau harus tebalkan muka mengadap demo sedemikian :P

Walaupun yg diidam-idamkan dah depan mata, tp saya tak terus beli sbb saya survey2 sblm dtg expo, blh dpt lg murah dari IG seller.

Ok now meh saya cerita apa yg saya observed masa hari akhir expo. It was sunday. Expo starts at 10am tp kami smpai around 9.15am dan mmg dh almost 30-40 parents melahu tunggu roller shutter dibuka. Ada yg bawa anak dlm perut, ada yg bawa anak dlm stroller, ada yg mcm dtg berlenggang sbb anaknya maid yg kendong. Walaupun agak dh ramai, we were cool sbb keadaan masih nmpk terkawal. Kami masuk queue properly. Tp bila lg 20minit nk pukul 10am, tetiba org mcm menggila serbu ke depan. Kalau td kitorg beratur kata lah nombor 12, ni tetiba dh jd no 38. Yg potong queue tu satu hal. Yg selamba badak buka palang getah pun ada hokeh. Apokono la buek perangai camtu. Masing2 dah nak pangkat mak bapak weh. Hormat la sikit petugas2 expo tu yg dtg awal pagi pasang dan susun palang tu semua. Bila petugas halau dari laluan yg memang tak dibenarkan masuk td, baru masing2 mencecet2 menyelit ke queue kami.

Bengkak je hati den ni ha. Tak pasal2 line queue yg gigih den pelihara td dh takde rupa line!

Saya fokus borak2 dgn en.Ubi sbb takmo terikut2 kebengangan mental dgn perangai manusia2 kt depan tu ha. By time roller shutter dibuka, hah mmg depa yg di depan tu tak cukup tanah masuk. Rupanya majority yg berperangai camtu are those yg dh dtg smlm ke kelmarin ke. Harini depa dtg just utk borong. Like they already know nak tuju ke booth mana, ambil barang, bayar, balik.

Berbeza dgn kami (dan mereka yg santun dlm queue td), majority harini la is our first day. So we queue to the registration counter. Tinggalkan email address, contact number, & dapat goodie bag. Then proceed ke hall 1. The flow isnt one way. So mmg kelam kabut dan berasak dlm tu. Aksi2 tersondol stroller dr depan tu mmg kena hadap jelah. Tu blm kira stuck kat tgh2 laluan sbb stroller bertembung tak muat nak lalu -_-"

Saya prefer expo dkt pwtc sbb depa arrange semua one way. Tak kisahlah expo apapun kt pwtc tu, setakat yg saya pernah pergi, mesti one way. Lg kelebihan one way system ni, kita takkan terlepas booth. Cuma yg letihnya kita kena memusing jauh. No short cut short cut.

Back to expo stuff. En.Ubi singgah kat booth prudential. Nawaitu beliau bagus nk dgr explanation ttg insuran utk our baby. Tp sbb lama nor org insuran tu gebang, my blood go upstairs la bhai. Ini mulut sudah ada itu yitik punya muncung. Saya rela tak duduk tepi en.Ubi mendengar sekali sbb saya mmg nk hint kt en.Ubi sila angkat montot tu cepat yang oiiii. Pusing-pusing, en.Ubi singgah kt booth free health screening pulak. Masa ni takde muncung itik sbb saya dpt duduk selesa dgn kipas ngadap straight ke muka saya. Haha.

Pusing-pusing lg, jumpa booth yg jual pregnancy-sleeping-pillow. Yg C-shape tu. RM170 hrga expo. Kalau beli kt IG dia or kt kedai dia di luar, hrga RM189 xsilap. Kekabu. Hampir sgt2 nk beli dah. En.Ubi la beria nak belikan. Katanya kesian tgk saya dah tak boleh baring terlentang. Baring kena menyendeng 30°-45°. Sikit lg nak sampai cashier, saya nekad ckp dgn en.Ubi, we dont need that special pillow. Like really. I can still bear tidur serong sendal belakang badan dgn bantal2 yg ada kt rumah tu. Mujur en.Ubi beralah. Kalau tak, ada dah seketul bantal C besar gajah kt rmh ni. Mmg bersyukur Allah berikan suami yg ambil berat dan prihatin, tp saya jg bersyukur sbb tak usaha mengadakan/mendapatkan sesuatu yg bukan keperluan-kemestian-kewajipan pun. Tengok kucing mengandung anak kembar 4-5 pun rilek je baring atas simen. Hahah. No la, I mean, seriously. There are thousand of ibu mengandung kt luar sana yg tidur berbantalkan lengan je. I dont need to pamper myself too much. Ada tilam ada bantal biasa kt rumah tu pun dah besar rahmat dah bg saya. Tak dilupakan ketiak en.Ubi :P

Next.
Lalu kt booth bio-oil. Teringat mama pesan suh start sapu anti-stretch mark oil kt perut. Saya x pernah survey this type of oil. Bila nmpk bio-oil, baca2 sikit function nya pastu tak fikir panjang terus beli botol paling kecik. RM27.xx botol hat 60ml. Kt luar bdk booth tu kata RM32.xx taksilap. Dlm setahun, kalau beli minimum 3botol, blh redeem 1 botol bio-oil free. Best jg rupanya bio-oil ni.

Tak menyesal beli. Nanti bila teringat, saya buat short review k*



Lagi beli apa ek. O ha.. saya beli maternity pad. Kononnya brand ni brand baru dr singapore. Pad ni pun saya main beli je. Bkn sbb the brand, bkn sbb dia dr singapore. Tp sbb saya tak pernah survey dan tak terfikir pun pasal maternity pad! Pendek kata takdak ilmu pasal ni. Plus, rasa mcm murah dah ni kot. Heeee. RM5/pack. Expiry 2017 nnt. Sempatlah saya bersalin dulu kan.. :P Dah balik rumah baru perasan ada dpt free pad dari that brand juga. Ok la tu. Kalau syok dan selesa makai nya, mujur benar la tu utk buat tambah2 stok :)

saya beli yg 240mm 1pek, 360mm 1pek



Kitorang ada juga tengok2 baju, stroller, cot, pampers, botol susu. Tp lalu gitu2 jelah. Sbb mmg takdak intention nk beli skrg. Baju, for me still pricey dan agak kurang pilihan utk newborn size.

Masa belek2 botol comotomo, perasaannya sama teruja mcm tgk breastpump idaman td. Kalau ada rezeki dan ada keperluan, nk juga beli comotomo tu kendian2 nnt. So yeah now comotomo dh masuk dlm list idaman. Heeee.


body botol ni mmg blh dipenyek2 kan rupanya. kagum kejap


2 jam lebih memusing dari hall 1 sampai hall 3, itu jelah yg saya bawa balik. Goodie bag, maternity pad, dgn bio-oil. Heeee. Cukup lah tu buat masa ni. For parents yg mmg dah tahu nak beli apa kt this kind of expo, good that they come. Mcm pampers ke susu ke, mungkin memang boleh dapat good offer kat sini. Saya tak ushar betul2 that section. Tp kalau barangan lain, saya rasa kat IG / kt vendor boutique luar ada je yg lebih murah harganya. Terpulang pd kehendak dan keperluan masing2.

Next TCE Baby Expo kat SACC Shah Alam. Pergi? Wallahu'alam :)



Ibu bukan tak excited nak menyambut anak ibu.. 
Ibu malah berdebar-debar. 
Babah apetah lg. 
InshaaAllah nnt tiba masanya babah & ibu sediakan yg terbaik utk anak syurga babah ibu ni,
ye sayangibu :)









*gambar semua ehsan google*

Tuesday, April 5, 2016

Pengalaman Mengandung : 25minggu, Injection ATT kali kedua

Result check up AnC (antenatal care) kt KK masa honeybun 25weeks byk yg buat saya feeling down. Berat saya cuma naik 0.5kg. Walaupun nurse ckp itu yg se-idealnya utk ibu mengandung (+0.5kg/sebulan), tp saya tetap sedih. Sbb saya aim nk dptkn berat 45kg masa dah 9bulan mengandungkan honeybun.

Korang mesti wonder berapa berat saya skrg kan? Jgn terkejut tau kalau baca ni. Berat saya skrg 33kg. Ye, itu berat saya plus berat honeybun at 25weeks. Nanti bila2 tergerak hati, saya tepek gmbr pregnant saya kt sini k.

Tu hal berat. Hal hemoglobin count lain pulak. Awal2 buka buku pink, hb saya 11.4. Just nice termasuk dlm kategori average (average hb 11.0-13.0). Second AnC hb count drop to 11.1. Tp still within average scale. Ni third check up drop pulak sampai 10.0. Adoilaaa.. Saya dh pndai sikit baca result lab test so sblm pass result ke nurse, saya dh feeling down. Bila dgr nurse tegur ttg hb count lagi la down. Bila dgr kna dtg KK 2 kali sebulan utk monitor hb laaaaaagi la down! :(

Blood pressure saya jgn tnya la. Mmg forever low je bp saya ni.

Result MGTT ok alhamdulillah.
Tinggi janin ok alhamdulillah.
Heartbeat anak ok alhamdulillah.

Ingatkan dh settle. Rupanya kena henjett ATT kali kedua! Baru saya tahu yg ibu mengandung anak pertama kena 2kali inject ATT ni. Mengandung anak kedua ketiga dan seterusnya nnt baru lah sekali inject je. Mcm kes saya, consider this as my second pregnancy tp first child. Inject ATT ni yg lemaunya sbb kesan dia buat lengan kita kebas lenguh pendek kata tak syiok la. Hehe.

Nk ditambahkan cerita, a night before, en.Ubi & I gi la mkn kt satu kedai tepi jln ni. We call it kedai makcik botox sbb makcik tu mmg obviously buat muka buat pipi hidung bibir segala. Kitorg sblm ni selalu je juga mkn kt kedai ni sbb sup tulang dia sedap. Tp that night we ordered satay dgn laicikang. Satay dlm 5cucuk camtu. The taste dari satay ke kuah kacang ke laicikang mmg out I must say. Tp hbs kn juga. Balik tu, saya vomit keluar habis satay dgn laicikang tu. Then saya start pening2. Mkn panadol, ok kejap. Dpt la tidur nyenyak.

The next day lps check up kt KK saya vomit lagi. Uncontrolled. Mmg mcm ada flush button kt bahu ni. Tekan je flush button, splassshhhhh saya vomit setengah gayung. 3-4kali splashh lps tu saya rasa lega dpt keluarkn semua tu. But then badan mmg terkulai la. Smpai ke mlm terbaring. Bdn mcm bisa2 sendi. Mujur perut x memulas. Kalau memulas, confirm food poisoning. Yg kes saya ni mungkin kedai mkcik botox tu guna air tak cukup masak or tak bersih :(

Hari seterusnya masih kelemauan tp dah xde vomit2.

Kadang2 bila duk review pengalaman sendiri time mengandung, rasa mcm comel jek Cik Gayah ni. Asal kandungan nk beralih minggu je, Cik Gayah mesti meragam. Udah ghope baby nk beralih bulan pulok ye :P


Sunday, April 3, 2016

Babah vs Ibu : Anak akan lebih rapat dgn siapa?

En.Ubi selalu cakap yg beliau risau honeybun x kenal beliau sbb most of the time, bila en.Ubi letak tangan kat perut saya, honeybun diam je taknak gerak2. Walhal kdg2 just few seconds before, punyalah galak honeybun bergelek kat dlm perut saya. So I told en.Ubi, jgnla kecil hati, jgnlah sedih.. Saya lebih percaya yg honeybun feel comfortable and peace bila dia rasa tgn babah dia, sbb tu dia blh duk diam2 bila en.Ubi pegang perut saya.

Bila masuk 24weeks, perut saya kerap mengeras. Saya pun xtahu ntah apa yg honeybun buat masa tu. Saya selalu imagine yg dia tgh main2 jd ninja turtle :p Sakit hokeh bila perut mengeras. Nk jln pun jd mcm nenek si bongkok tiga. Amazingly, bila babahnya usap2 perut saya, xsampai seminit, mesti perut jd lembut balik. That's why saya rasa, anak feel comfy n peace bila rasa tgn en.Ubi :)

En.Ubi rajin jg bercakap dgn honeybun. And he always expect honeybun akan bg tindak balas bila dgr his voice. Being the one who keeps the baby inside me, sbnrnya anak ni ikut dan dia bila dia nk kicking ke move here and there ke. Byk je masa bila saya sembang dgn anak, dia xde pun bg reaction. Time mandi saya sembang dgn anak, time iron baju saya sembang dgn anak, nmpk lampu2 saya sembang dgn anak, time nk cari mknn saya sembang dgn anak, time nk mula solat saya sembang dgn anak.. Selalu je dia buat dono kt saya! Hahah. Malas dia nk layan ibunya byk nau ngomel. Kekekek.

Nk memahamkan en.Ubi agak ambil masa. In fact, smpi skrg pun he still merajuk kalau anak x respons to him. Saya tahu en.Ubi sentimental sikit bab2 camni. Tp tgkla nnt bila anak dh lahir, dh besar bijak, masa tu kalau ditanya, "ni anak ibu ke anak babah..?" Laju je mulut anak jawab, "anak babah!". Ibu tertonggeng-tonggeng ngandung kan dia, anak babah yeeeee....

The truth is, i find it is sooo cute when your toddler is more attach to daddy dorg. Dan masa tu mommy akan try so hard to get their toddler's attention or even a kiss from that little tiny lips!

En.Ubi pernah warn saya, nnt jgn manja kn anak gitu gini, biar anak berdikari, jgn mengongkong anak, lepasni lahirkan anak kembar pulak ye bebeh *tetiba terselit warning beliau nk nau anak kembar -_-" Tp kan.. saya rasa kan.. babah nya tu nnt yg byk kalah dgn anak nnt. Saya ni jenis keras hati, yg en.Ubi pulak sentimental. Jgn nnt anak nk mnta something, xdapat permission saya, gi kat babahnya terus dpt permission. Hmmm...



Ada honeybun kerr dlm perut tu yang..? =P





Tuesday, March 15, 2016

Pengalaman Mengandung : Detail Scan oleh Ms Celynn di Klinik Fauziah Ampang

Teruja betul nk di scan oleh Ms Jezzlyn. Di kalangan mommy to be rasanya majority pernah come cross nama Ms Jezzlyn ni especially yg looking forward to do 3d/4d scan.


**Eh ni nak cerita ttg Ms Jezzlyn ke Ms Celynn?? Sabaq... baca bagi perabih please..**



So do I. Tp saya wasnt looking for 3d/4d scan. Pd pndapat saya, that can be wait. Lg pulak, 3d/4d scan tu sekadar nk menambah ke-excited-an para parents nak nengok mana ghupe anak dlm perut tu, ye dak? Asyikla nendang je keje deme, meh mommy ngan daddy nak skodeng gagah nau ke tgn ngan kaki baby? Ada ketul2 ke lengan baby? :p

Both en.Ubi & I lebih fokus untuk buat detail scan (atau nama lainnya Anatomy Scan). Saya pernah mentioned dlm previous post ttg NT Scan but we passed the weeks yg sesuai utk buat NT Scan (11-13w). Hence, the Anatomy Scan (Detail Scan).

Main reason kami nak buat detail scan sebab saya ada history pendarahan saraf otak. In my own case, based on MRI, mmg pakar ckp it was a spontaneous case which means bkn sbb genetic problem atau other injury caused like accident ke terjatuh ke terhantuk ke. So once saya ni dh ada sejarah, walaupun spontaneous, takut pulak jd genetik problem kan. Tak sanggup saya membiarkan anak saya inherits something yg not good from me :(

Nauzubillahiminzalik. Allah jua sebaik-baik pelindung.

For parent yg tak buat detail scan ni, saya sikit pun tak judge them as tak sayang anak ke tak bertanggungjawab ke. Saya percaya, kita as parents sentiasa nak yg terbaik utk anak kita, kan? Dan naluri kita tahu apa yg terbaik utk anak kita, kan? Saya anggap dapat buat detail scan ni sbg rezeki anak saya. Rezeki utk kami tahu awal if there's anything not really ok. Itupun dgn izin Allah.

Ok enough of explaining why. I myself getting bored explaining long :p


*****

Detail Scan ni dlm bentuk 2d. Harganya RM150 kat klinik yg kami saya mmg aim nak pergi - just because I know Ms Jezzlyn will be on duty on that particular date day time. Saya booked slot 2-3minggu awal dan yg bestnya xde advance payment / deposit yg perlu dibayar masa booking tu. Dh settle scan baru kita buat bayaran. Good for parent yg tunggu gaji! :D

Session yg saya booked tu pukul 2.40pm. Tp lps zohor kami dah parked kete depan klinik. Straight away saya call klinik and tanya what is the best time utk saya dtg (sbb malas nak tggu turn lama2 dlm klinik). Yg jawab the call sounds like a chinese lady. Dia cakap skrg tak ramai queue utk scan. Datang la now. Apa lg, moh babah moh kita masuk klinik! Masuk2 je klinik, humanghai ramai nya patient?? Rasa tertipu jg la masa tu. Hmmm..

Gi kt kaunter, ckp ada buat booking utk scan. Patutnya ikut procedure, kena tunjuk booking slot email (dr hp/printed paper). Tp hp battery flat. Mujur receptionist tu accept kami. Kalau ikut yg saya baca dlm website 3d-4d-Scan Malaysia, reason why kena tunjuk proof dh buat booking adalah supaya tak dikenakan harga yg mungkin berbeza dr apa yg kita tgk kt website (booked dgn walk in harganya berbeza sikit la kot). Oh fyi, saya did mentioned saya book Ms Jezzlyn to the receptionist. Pastu receptionist tu ckp Ms Jezzlyn xde, dia cuti bersalin. Lollllllllllzzz~

Yg ganti duty, ialah Ms Celynn.

At first, frust juga sikit sbb mmg berhajat benau kononnya nk di scan oleh Ms Jezzlyn. Tp cecepat positifkan diri - reminds myself bukan rezeki kami, bukan rezeki kami.

Dgn perasaan tertipu (sbb tgk ramai je patient tgh queue), we took a sit. Tp ehh tak sampai 15minit ada this chinese lady called few names. Nama ketiga ialah nama saya. The best part, patient nama pertama dan kedua takde dlm klinik waktu tu! Muahahahahah *gelak keluar tocang* Masuk dlm bilik scan (sempit biliknya. Heee), saya start Cik Gayah tanya you are Ms Celynn ke? Ramah je dia mengiyakan. So saya rasa yg jwb call td pun inilah orgnya. Dan betul lah dia idok le nipu Cik Gayah bila dia ngabo kan patient (yg dtg utk scan) idok le ghamei.. Yg ramai2 kat luar tu dtg as outpatient biasa. Maapkan Cik Gayah ye Ms Celynn sbb mikior awok nipu Cik Gayah td. Ngeee~

Baring, ngadap monitor. Ehhh yg babah nye tu pun semangat ngadap monitor. Siap berpeluk tubuh mcm tgk match game dota plak dah :D Bgtahu kt Ms Celynn nk buat detail scan so dia pun start her expertise. Ms Celynn indeed a good sonographer juga. Cakap lemah lembut, explain every graphics yg kita nampak kt monitor tu, pandai pujuk baby dlm perut suruh gitu gini so that dpt capture perfect view, bg chance kami tgk baby in 3d juga!, sudi jwb semua soalan en.Ubi and I, and the best part, dia sudi melayankan kepoyoaan Cik Gayah taknak-tahu-gender-tapi-en.Ubi-je-yg-nak-tahu. Makanya.. Ms Celynn ckp nanti mommy keluar dulu, daddy wait inside :) So yeah, now en.Ubi dah tahu dah tengok our baby's gender :)

Afterall, alhamdulillah subhanallah, our baby in a very good and healthy shape. Detail scan ni covers deep brain section, eyes, nose, mouth, bones, deep heart section, kidneys, inlet outlet, dan tak tinggal the tiny fingers and toes yg keep kicking me from inside! :)

Allah saja yg tahu perasaan saya waktu Ms Celynn fokus and explaining ttg baby's brain part. Bergenang airmata saya masa Ms Celynn ukur ruang cerebellum anak. Kat cerebellum tu lah saraf saya bleeds :'(

All good.
Baby good.
Ms Celynn good.
But let me share la jg apa yg saya rasa as tak good sikiiit. Ms Celynn cakap laju nau. Hahahah :p Tp yela, dh keje dia tiap2 hari buat scan, so dah expert. Yg kita ni once a while nengok graphic2 tu so kdg2 x faham apa yg kita tgh tgk. Kita la kna pandai2, kalau rasa tak faham and need sonographer utk tunjuk semula or explain semula, just ask the sonographer to rewind, re-explain. During the session, Ms Celynn sudi je layankan semua kerenah and pertanyaan kami :) Good job Ms Celynn! :)

One more thing yg kurang best sikit, one of the receptionists (yg older sikit) mcm kerek2 sikit. Hikhoks. Takpela, Cik Gayah bkn puteri raja pun nak dilayan beria nau :p

Last but not least, kat sebelah klinik tu ada kedai jual biskut jem nenas yg saya dah lama cari! :)


*****

Updates dari 3d-4d Scan Malaysia website :

1) miss jezzlyn will start the confinement session for march 2016, all the scan will be handle by miss celynn, miss shanice, miss irene dan miss ada. Please refer facebook for latest schedule.

Sumber : https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131


2) Something New Is Coming ↓



Sumber : 3d-4d-scan-malaysia.com


Saturday, March 5, 2016

Pengalaman Mengandung : ATT (Suntikan vaksin Anti Tetanus Toxoid)

Lepas minum air glukose, nurse akan suruh kita datang balik utk ambil darah kali kedua after 2hours. Patutnya saya blh balik rumah sat baring2 golek2. Tapi saya ada intermission! Meh nak cerita tentang intermission saya that day.

*****

Masa saya buka buku pink dulu, nurse ada tulis next appointment date kat buku pink. At the same time, doktor yg scan perut saya pun ada tulis appointment date. Nurse's date in February while the doctor's in March. Timbul salah faham di pihak saya sendiri bila tarikh date tu 2/3, 3/2. Confuse kan kan? Kalau dia tulis 2 mac atau 3 feb, inshaaAlah confirm tak confuse. Tp sebab cara tulis date tu angka semata-mata, so logikla kan if saya confuse (imma tryin' to back up myself here :p)

Being a first time mommy yg alhamdulillah sampai ke this stage (2nd trimester), I really dont have idea that kita akan dpt dua tarikh berbeza - satu dari nurse, satu dari doktor. In my previous pregnancy, saya tak sempat lalui semua ni :(

It was my own mistakes for not studying buku pink and to reconfirm the date. End up, saya terlepas appointment by the nurse - yg february tu. Which.. itu tarikh yg sepatutnya saya buat MGTT (minum air glukose), ATT (Anti Tetanus Toxoid - suntikan vaksin utk cegah bakteria Tetanus pd ibu mengandung dan unborn baby) dan juga AnC (antenatal care).

Yg doctor's date tu pulak mmg the doctor nak scan perut as to see baby's progress - in march. So yeah, memang ada 2 date yg berbeza - satu dlm bulan februari, satu lg dlm bulan mac. Yg saya pulak confident kena datang bulan 3 je without realizing saya dah ter-miss appointment bulan 2 tu. Bad mommy.. :(

*****

So... that will be my intermission - TFT and ANC. 

Syukur alhamdulillah nurses yg attend to my case (missed appointment date gitu gini) semuanya angguk2 senyum2 je bila saya admit on my mistakes. Dorg siap terangkan lagi in details, kalau check up kat KK mmg ada dua appointment berbeza - satu utk jumpa nurse (every months) dan satu lg utk jumpa doctor (yg ni ikut la bila doktor nak jumpa kita). Alhamdulillah, terima kasih ya Allah sbb mudahkan uruskan saya dan terima kasih nurse sbb being ramah-ramah dan memahami :) A sweet experience I must say :)

*****

Now, let me share pengalaman kena injection TFT and ANC at 20weeks!

Pengalaman saya extra best sbb nurse yg attend saya utk TFT & ANC tu, sedang dimonitor oleh seorang staff nurse - or we call them sister yeh? Tp ni dia pakai baju biru pekat. Blue black. Bukan hat biru ayaq laut mcm sister biasa tu. Assuming we call this super-senior-staff-nurse as Sister, Sister ni mula2 saya rasa garang (garang dgn nurse baju putih). Tp tu first impression saya jelah. Lps tu saya tgk dia ada je gurau2 dgn nurse baju putih. Sister ni siap hadang silau cahaya matahari dari memanchor ke muka Cik Gayah tau. Cool tak cool nya Sister tu.

ANC. Mula2 mcm biasa la, timbang berat, check blood pressure and all. Berat naik 2kg :p (tp still underweight. booo mommy), blood pressure turun 0.3 camtu - so kna continue religiously consume obimin, iron tablets segala. To be frank enough, saya dh sebulan jugak lupa makan those ubat-ubat (booo mommy booo). Nurse baju putih remind kan saya not to consume cafein sbb nutriens dr other foods akan vanish. Betul sgt la tu, dah masuk 2nd trimester mmg den bedal nescafe neslo ice yo manjang (booo mommy booooooooo).

Next, check perut. Manual ye anak-anak. Sister pun ikut sekali masuk dalam curtain. Sister siap minta izin kat saya utk follow masuk curtain. Hehe. Comel Sister, dahla cakap loghat utagha. Sikit lg Cik Gayah nak terkeluaq loghat utagha juga. Kekekkekekkek.

Nurse baju putih check ketinggian janin - ukur pakai tali tape je. Pastu cari heartbeat baby guna this one device - dah mcm device cari harta karun je. Hahah. Masa nurse lalu kan device tu kat perut, ada dengar bunyi voobvoob dlm perut. Sampai la detect bunyi dubb dubbb dubbb ha tu bunyi jantung baby rupanya. Sikit punya laju dan kuat! Payah juga nk detect kat mana jantung baby mula2 tu. Satunya sbb honeybun mmg tak duk diam. Satu lg mungkin sbb position honeybun masa tu ntah songsang lg ke melintang ke caner gaya ntah.

But once dh detect firmly kt mana jantung, nurse terus tunjuk kat saya bacaan heartbeat (Kt device tu ada bacaan heartbeat baby). Ok dah, now standby utk TFT injection pulak. Nurse awal2 bgtahu, lps inject, tgn akan rasa sengal2 dlm 2-3 hari camtu. Hadap jelah kan..

Gitu gini, jetttt kena inject. Mula2 tak rasa pun sengal, dh balik rmh baru datang rasa kesengalannya. Dan ye, mmg membawa ke 2-3hari. So mommy to be, ingat! Harusss inject kat tgn yg less active k.

Sambung sit down dgn nurse sat, nurse bg next appointment date. Kalini clear water baq hang bersungguh confirmkn tarikh dgn nurse. Dah puas hati, baru keluar pi kt kaunter utk org kaunter rekodkan dlm buku klinik depa pulak (tarikh & masa appointment kita).



Friday, March 4, 2016

Pengalaman Mengandung : Minum Air Gula (MGTT), 20minggu

Tak tahu nk mula dari mana. Lulz. Ok la kita mula dari bangkit pagi, gosok gigi, uhh poyos nyes Cik Gayah buat lawaks kerss?..

*****

So.
Malam sblm hari appointment minum ayaq gula, start puasa. Around 10pm stop consume food tp mineral saya bantai minum jg sbb cuaca bahang sgt baq hang. Esoknya, pukul 7.15pagi dah tercongok kat depan KK. Ni semua follow tips ttg pengalaman org lain minum ayaq gula. Majoriti bg tips silalah dtg pagi2 buta supaya air gula yg nurse buat tu masih lg hangat, suam2 dan tdk akan meloyakan sgt. 7.30pagi pintu KK mula dibuka dan org lain yg dtg lbh awal dr saya terus serbu masuk. Masing2 letak buku pink la, buku biru la, kat raga kaunter.

Turn saya no.2. Dpt je nombor, pandai2 bawa diri pi shishi dlm botoi. Tak lama lps tu, nama saya dipanggil. First thing, kena ambil darah. Lpstu bawa blood sample ke lab. Tggu result sat, patah balik pass result pd nurse dan mula la episod nak minum ayaq gula. Here's the thing yg kebanyakan org tak cerita/tak share/tak alami di KK depa.

- air gula tu nurse akan buat sikit2 ikut brp ramai mommy yg dah dtg. Mksudnya, katakn waktu tu depa dh dapat 4 buah buku pink, maknanya ada 4org mommy yg dh dtg, dh mnunggu utk minum. So nurse akn siapkn 4cawan air gula. Bkn prepare 10cawan terus. Maknanya xdak istilah air gula dah mendap pekat likat since every cawans are freshly prepared.

- bg pengalaman peribadi, dtg tercongok pagi2 buta pun, xde nya air gula tu panas ke suam ke hangat ke. Air yg saya dpt below than temperature suam. Walhal nurse tu buat and kacau air gula tu depan mata saya

- saya dpt air gula plain yg original. Xde perisa tambahan orange ke grape ke.

- rasanya? Alhamdulillah Allah bg lidah & tekak saya dull sikit kot that morning. Mmg rasa manis, tp bearable. Idok ler manih lleting / manis sgt2 smpai x blh telan lgsg

Ini pulak my own tips. (Just a sharing)

You see, keadaan setiap org berbeza. Saya mmg jenis yg xkan blh minum air teguk gokgokgok sekali lalu in one shot. Be it plain water ke, ice drinks ke, mmg saya jenis yg akan minum sikit2. Obviously I was a bit extra worried sbb most of experienced mommy, bg tips supaya minum gokgokgok one shot air gula tu.

I know I cant. So what I did was, I sat at one-undisturb-place which kebetulan sebelah tu tempat babies kena measure their ukur lilit kepala la, berat la, panjang badan la. Saya amik deep breath, and starts minum. Sambil minum tu mata ushar2 babies supaya mcm distracted sikit. Agak2 need to stop, saya stop kejap minum. Stop and take deep breath again. Dlm 2-3saat camtu sambung minum. In total, mungkin 5-6shots baru hbs air gula tu.

Petua yg saya cipta sendiri, bila minum tu kalau blh biar air terus mengalir ke lubang tekak so air terus masuk perut. JANGAN bg chance lgsg air lalu kt dinding pipi or like kita kumpul air gula tu dlm mulut baru telan. Reason why, Konon2nya supaya air tu zasss memintas masuk ke tekak dan perut tanpa perlu memintas tunas2 rasa pd lidah, dinding pipi, or celah2 gigi. Hahah. Gitew teori Cik Gayah :p

But hey, it works! Jujurnya, mmg saya sendiri tak expect saya blh success minum segelas air gula. Tp sbb ikut teori tu, saya rasa mcm minum plain mineral yg ada sedikit rasa manis. Cuma yg saya perasan, masa telan tu, tekak mcm perit sikit. Mungkin sbb ada molekul glukose yg tak betul2 larut bergesel2 dgn dinding anak tekak.

Dh hbs minum, tgk kt dlm cawan tu ada sisa glukose yg tak larut. Secoet je la. Saya x usaha licinkn juga cawan tu. Instead, saya jujur pi kt nurse and tunjuk. Hahah. Dia ckp meh dia tmbah air sikit, dia kacau2 bg btul2 glukose tu larut, pastu saya one shot habiskn (air tambah td mmg sikit je pun). Bagus jg nurse tu tlg tmbh kn air sbb bila minum yg terakhir tu rasa mcm kita membersihkan anak tekak. Memandangkn saya tak bawa mineral sendiri, lps tu saya terus gi kumur. Tip by others cakap, berkumur bagus supaya rasa manis tadi tak melekat dlm mulut. True enough.

Now, menunggu 2jam sblm darah diambil kali kedua. Elok je dpt seat kt ruangan menunggu, mata saya puuuunyalah berat. Mengantuk yg melampau! I havent read this reaction by experienced mommy. So saya mcm pelik. Knp mengantuk sgt ni? Mmg kesan minum air gula ke? I texted mama tp mama xde pulak ckp yg itu mmg tindakbalas normal. Mama just suruh tidur jap kt bilik penyusuan. Haha.

Saya tak blh beralih tempat. Sbb saya ada mission lain yg perlu disettlekn dlm tempoh 2jam menunggu ni.

*****

Yg inter-mission ni better saya story dlm next entry kot. Let this be MGTT entry only

*****

Lps 2jam, saya serah diri kt bilik nurse. Nurse tanya ada muntah tak? "Alhamdulillah tak nurse!" :) Nurse pun membalas senyuman terlajak manis Cik Gayah pasai td dh minun ayaq gula kan harusla kelihatan extra sweet. Hikhok. Jettt amik darah pastu siap! Tata nurse!!


Sunday, February 21, 2016

Babah vs Ibu : Baby boy ke baby girl?

Ok kita buka satu lg topik. Babah vs Ibu. Topik ni mainly ttg character en.Ubi vs character saya towards honeybun. Saja je suka-suka buka topik ni :)

From the very begining, saya perasan yg en.Ubi mcm berharap expect that I'm carrying a baby girl. He said simply sbb ada satu hari tu saya mimpi bersalinkn baby girl and we named her, M. Bila saya sebut nama tu pd en.Ubi, he fell in love like mmg berkenan nau nau dan mmg tak pilih nama lain dah. The name quite long (nama dlm mimpi tu was Mx xx xx binti en.Ubi. Panjang, kan?). So.. yeah, since then mmg en.Ubi keep on imagine baby dlm perut ni ialah bby girl.

Inside, saya ter-stress SIKIT sbb risau our baby bkn baby girl. Rasa mcm nk fulfill impian en.Ubi tu tp kalau bkn baby girl, mana nk terlawan ketentuan Allah, kan? Jujurnya, naluri saya rasa our baby is a boy. Bkn saya berharapkan baby boy tp mommy's instinct you see~ Tiap2 hari saya layankan je imagination en.Ubi bersembang ttg his daughter. To a point, saya rasa bersalah pd en.Ubi sbb mcm build the hope together. Jd saya start pujuk en.Ubi, saying what if our baby is a boy - will he be frustrated? - something like that.

Alhamdulillah beliau ok walaupun lps2 tu ada je masa2 saya notice yg beliau masih dgn imagination of having a daughter. In days he is ok, saya akan buka topik pilih nama baby boy. Surprisingly, en.Ubi came up with a name yg terus buat saya jatuh cinta :) We stick up dgn nama tu, inshaaAllah.. tp dgn syarat we are having baby boy la hehe. Otherwise, it's gonna be Mx xx xx binti en.Ubi :)


P/s : Honeybun, babah isnt around. Wanna tell ibu if you are a girl or boy? ^_^


Saturday, February 20, 2016

Pengalaman Mengandung : 16minggu - 18minggu

Berkorban, apa saja.. harta ataupun nyawa.. itulah, kasih mesra.. sejati dan mulia.. hm hmm hm hmm hm

Cik Gayah tgh nengok muzika extravaganza kt tv2. Sedap betul suara Hafiz Shuib ni. Sedang-sedang elok je lenggok suaranya. Tp tetap mendayu buat jiwa keibuan Cik Gayah ni bagai diulit2.

5hari ni rasa mcm extra bahagia :) En.Ubi manjakan gitu gini, dpt solat tanpa rushing, dapat breakfast dgn en.Ubi, dapat pakai tudung style baru, byklah rasanya mendapat 5hari ni. Terima kasih Allah utk 5hari ni. Tenang je rasa hati walaupun ada je moment2 yg we I suppose to feel serabut. But again, thank you Allah for the peaceful You've granted.

En.Ubi keje mlm harini. Bila tinggal kt rmh sorang2, tu yg terbawa-bawa melayan perasaan rindu kt suami sendiri #mustbethepregnancyhormone #ibukeanakygrindubabah

*****

Mengandung minggu ke 16-18 ragamnya mcm bukit! Awal minggu ke-16 tu saya cergas secergas-cergasnya. Asal celik mata je terus fikir nk merengek kt en.Ubi nk ajak pi jalan mana. Walaupun blm ada idea nk pi mana, tgn dh ligat dok iron baju tudung. En.Ubi geleng kepala sbb bila beliau celik mato yo, mesti den tongah tobongkok2 iron tudung. Lalu beliau panic sambil bertanyo, "Nak poie mano pulak gosok tudung bagai ni bebeh oi??" Of course den terpisat2 nk menjawab sbb den pun xtahu nk poie jalan mano. Yg den tahu, den nk poie jalan-jalan yo. Kekekekek.

Masuk minggu ke-17, bumi terbalik. Satu badan lemah lesu longlai lemau. Lps subuh, nk makan kuih sebiji pun amik masa setengah jam! Punyalah hilang selera sampaikn nk mengunyah pun slow motion je beb. Sebiji kuih tu cukup buat perut sebu, so, sorry to other foodies, mmg you guys are not attracted at all masa tu. Worst more, lps perut rasa penuh, mata ni akan rasa berat yg amat. Yg mmg tak boleh nk ditahan-tahan langsung. Tak sempat landing kt tilam, udah merekok mcm udang kna masak - terlelap kt sofa. Lps 2jam tidur, terjaga. Lapar. Mkn sikit. Lps tu super mengantuk balik. Tidur balik. And it goes round by round sampai naik stress dgn diri sendiri :(

Minggu ke-18 bumi condong. Hahah. Dah ok balik alhamdulillah. Tidaklah secergas minggu ke-16 tp tidaklah selembik minggu ke-17. Minggu ke-18 saya dapat rentak baru. (Thousand thanks to en.Ubi for his support. I beg to Allah to grant you His jannah). Saya bgn awal dan mandi sblm subuh. Saya tak skip breakfast. Saya solat zohor asar awal waktu. Saya having dinner before pukul 7. Saya mengaji antara maghrib ke isyak. Saya tidur sblm pukul 12. Puas hati dapat buat semua ni like a routine. Badan rasa ringan, hati pun tenang je..

*****

So yeah, basically that's how I've gone through my 16-18 weeks of pregnancy. Kalau nk go into details, boobs and tummy are getting wayyy plumpier like a pumpkin in halloween month! (Oh well, I'm 4m+ pregnant peeps. People will understand this ritee?). While other parts of my body still maintain and looks skinny as always. Perubahan pd muka pulak, en.Ubi ckp mcm makin berseri. Taktahula kalau tu just his saying, kan. Saya myself kalau tgk muka sendiri, yg saya notice, batang hidung mcm makin mancung pulak :p Shishi agak kerap jg but still considerable. Hahah. Berry mcm payah sikit. Kdg2 3-4hari sekali baru ada rasa nk berry walaupun saya byk gilos mkn buah. Risau jg kan? (Next check up kt KK akan tnya doktor on this)

Honeybun? Honeybun is super busy ukur-ing size of my tummy from the inside :) :) :) Saya TERperasan honeybun's movement masa check up kt KK sblm ni. Itupun sbb TERnampak kt screen kemain menggeletis dia kuek kuek. Tp masa tu saya blm dapat rasa pergerakan dia.

Did I share with you guys, honeybun was in kedudukan songsang masa saya scan kt Klinik Sofea sblm ni? 

Minggu ke-16 saya dpt start rasa. Minggu ke-17 makin kerap rasa dia bergerak dan en.Ubi pun dh sempat nak letak his hand on my belly utk merasa pergerakan anak :) Minggu ke-18 Ya rabbi, punyalah aktif si kenit ni ngukur perut den. Sometimes I records honeybun's movement yg dh mmg clearly buat perut saya berombak. And of course, I'm super excited utk tunjuk and watching it with en.Ubi :)


Thursday, February 4, 2016

Pengalaman Mengandung : 2D scan di Klinik Sofea Puchong

Getting into 16weeks haritu, saya mcm kerap pulak rasa tak selesa kat bawah perut - kat bahagian ari-ari. Macam senak, macam sengkak, ntah, saya pun tak tahu what is the right word utk describe rasa tak selesa tu. Kdg2 jd mcm kerap nk shishi. Lps shishi jd mengah. Kdg2 rasa mcm perut mengeras. Mmg agak merisaukan. Nk tidur berbaring pun rasa serba tak kena, last2 tidur duduk terlentok mengadap sofa sambil minta en.Ubi urut usap-usap belakang badan. Baby I manja betul dgn babahnya. Dapat rasa tangan babah usap-usap mcm tu baru dia syok tidur agaknya, ibu pun baru selesa nk lelap mata :p

Few days ago, nampak kat FB 3D 4D Scan Malaysia dorg ada buat promo utk bulan Febuari 2016 - Scan 3D hanya RM70 je. Murah tak terhingga! Mestilah excited nk tengok mana rupa honeybun titew :) Tapi bila di-study2 balik, 3d scan ni sesuai utk pregnancy 24week - 32weeks. Reason why, dlm tempoh ni tumbesaran baby paling perfect utk kita tgk dia secara 3d. Dgn debabnya, dgn lasaknya dia nk bergerak ha masa tu lah :) Kalau blm smpi tempoh tu, kang buat scan 3d risau pulak tgk anak halus kurus je mcm x cukup zat. Plus, pembentukan raut muka anak pun tak nampak jelas lg so hmm no point juga if nak book 3d scan.

(saya try cari semula iklan promo kt FB dorg tapi tak jumpa pulak dah)

Ni promo January 2016


Study lg.
Oh ada 2d detail scan pulak. Kalau kt pregnancy web biasa nya dorg guna term NT scan (Nuchal Translucency). NT scan sesuai dibuat sekitar 20weeks - 24weeks. NT scan ni sbnrnya penting utk memeriksa kalau2 anak kita ada masalah pd struktur jantung, leher, mata, mulut (sumbing), tali pusat, kedudukan uri dan baby, atau ketidaksempurnaan lain dr segi anggota tubuh badan dia. Jantina pun boleh check time ni. Satu je yg tak boleh - keadaan kromosom - antara masalah kromosom ialah syndrom down. (ni melalui pembacaan saya la).

But since saya baru je nak entering 16weeks masa tu, 3D scan tak sesuai buat, NT scan pun tak sesuai buat. Hmm.. Tapi, both of us sangat rindu nak tengok nak jumpa our honeybun :) En.Ubi la yg sgt excited and sgt demanding nak jumpa our baby :) So godek lg cari kat mana yg ok nk scan biasa. Jumpa la this review tentang Klinik Sofea Puchong. En.Ubi call, alhamdulillah the nurse yg jawab call elok je berbudi pekerti - trust me, saya pernah experience nurse yg jwb call punyalah kerek baq hang. Tak perlu set any appointment, blh terus walk in to Klinik Sofea ni. Lunch break pun xdak nurse tu kata :p

Gigih Cik Gayah dgn En.Ubi meredah tol dan jam sampai ke Puchong demi nk lepas rindu kat anak :) Tak susah nak cari klinik ni. By time kami smpai, dalam pukul 1.15pm. Prosedur mcm biasa, bg IC sbb first time datang. The clinic quite small, nothing fancy, tp patient mmg quite ramai (sblm saya ada lg 7 patients). Times fly, almost 2hours pun blm dpt turn jumpa doktor. Alhamdulillah saya still cool, kejap2 ngadap hp, kejap2 dgr En.Ubi ckp tentang ntahpape, kejap2 kunyah kismis.. But then  kami notice yg this clinic is actually attach business dgn klinik sebelah. Tapi.. klinik sebelah tu ialah klinik kencing manis. Ngeee. Mula2 mcm pelik sbb tgk nurse kat Klinik Sofea tu keluar masuk bawa jarum, insulin, segala. Tp lps dah tahu ttg attach business tu, rasa mcm erm.. kureng best pulak :/ Patient satu angka depan saya dah buat muka masa tanya kat nurse, "lama lg ke turn saya?"

Tunggu lg dalam satu jam alhamdulillah now it's my turn. Masuk jumpa doktor, doktor perempuan. Baik, lembut je bercakap. Tp zass dia suruh baring, zass dia sapu gel, zass dia scan perut den, zass zass zass padaiyappa dia explain gitu gini ttg our baby. Sempat la juga saya menyelit tanya apa yg saya nak tahu cumanya ke-rush-an tu mmg obvious sgt. En.Ubi sempat selit tanya satu dua soalan termasuklah 'doktor, isteri saya boleh makan durian tak?' (walhal beliau yg ngidam nak makan durian. like I didnt know it -_-). Doktor jawab dgn lemah lembut dan sopan tapi bab nampak-rush-mcm-nak-suruh-kami cepat-cepat-keluar-sbb-patient-ramai-lg-kt-luar-tu memang obvious bebenau. Kiranya kami dlm consultation room tu takdan setengah jam pun :/ But two good thing, doktornya lembut berbudi bahasa dan dia akan catat hasil pemeriksaan dia dalam buku pink!

Keluar dr consultation room, tak sampai 5minit dh dipanggil utk buat bayaran. Total bayaran ialah RM50 sahaja :) To be more positive on this session, sila la anggap doktor td just bg consultation free. Yg RM50 just charge utk scan honeybun.

Berbaloi tak drive all the way ke Klinik Sofea Puchong? Ok ok la :)
 



Saturday, January 30, 2016

Pengalaman Mengandung : Tukar KK, Buka buku pink, Scan 12minggu

Buka buku pink utk honeybun kali ni was at 12weeks. Dan berlaku sedikit penipuan mengelat sebenarnya >_< Suppose kejiranan saya ni hal2 berkaitan pregnancy kena refer to Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Sri Rampai. Tp experienced I had dgn KKIA kt situ (smnjak first pregnancy before) buat saya cari akal nak tukar KKIA. Alhamdulillah saya dapat registered dan buat buku pink kali ni di KKIA AU2. And I am all happy with them - the nurses, the sisters, the doctor. Meh saya nak share caner saya mengelat tukar KKIA ni.

Berdasarkn pengalaman, bila nk register buku pink baby, nurse akan tanya / minta 2 benda :
1) alamat rumah - sila bawa bil api ke air
2) kad / sijil nikah

Step 1, sila call KKIA yg diingini tu dan tanya - KKIA ni cover org yg duduk area mana je? Kdg2 lorong A, B, C blh register kt situ, tp lorong D x blh / kna register kt KKIA lain sbb dh falls under different zone.

Step 2, cari kawan yg duduk dlm listed td (Lorong A, B, C) dan pinjam bil api ke air dia. Tak kisah nama tuan rmh sbb blh ckp yg korang duduk menyewa kt situ. Tehee.

Step 3, call semula KKIA yg diingini dan reconfirm that alamat pinjam ni mmg blh register kt KKIA tersebut (tp jgn la pi bocor rahsia yg hampa pinjam bil elektrik kwn!)

Step 4, dh dptkn confirmation, set appointment utk register buku pink. At this stage, nurse akan tanya kandungan dh brp minggu? Kalau dorg rasa masih awal (say baru 4minggu), dorg akan suggest appointment date masa kandungan dah 7minggu - Contoh je ni. In my case, masa saya call, kandungan was at 8weeks dan nurse suruh register buku pink at 12weeks (nurse gave me a date & time utk dtg). Reason why tggu at 12w, katanya doktor blh scan baby sekali.

*****

Pd tarikh appoinment, of course hidung kembang kuncup happy bebenau nk gi register kan. Macam nk gi terima anugerah je gayanya bila nk gi register buku pink tu walhal perut kempes jek lg. Hahah.

Appointment saya was at 2pm. Best rupanya mai time2 ni sbb klinik lengang  selengang-lengangnya (td org lunch break kan). Saya jd org pertama yg mendaftar right at 2pm tu. Letak je IC dlm registration box kat kaunter lpstu ada nurse bg no.giliran dan instruct suh pi shishi dlm urine bottle. Kt KKIA AU2 ni, methodnya, kome amik sendiri urine bottle dlm toilet - lps dh shishi, tinggalkn je urine bottle tu dkt rak yg disediakan - tp korang kena ingat nombor botol urine td tu (dkt setiap botol urine mmg ada ditampal nombor).

Tggu no.giliran dipanggil. Skrg ni masa utk nurse timbang berat, ambil blood pressure, ambil darah (utk hiv test) - masa ni jg depa tnya nombor botol urine. Next tggu lg di ruangan menunggu. No.giliran dipanggil lg dan kali ni betul2 masa kita sit dgn nurse utk nurse tulis segala info ttg kita dan suami kt buku pink. Ha time ni siap2 pegang bil elektrik, kad kahwin, ic korang dan ic suami. Nurse tanya je, zasss padaiyappa tunjuk bil ke ic ke supaya senang dan cepat deme nk menyalin.

Akan ada sesi nurse suruh baring kt katil loose kn bra segala sbb nk check breast dan perut. So sila pakai pakaian yg mudah diakses. Haha.

Masa dgn nurse ni jg biasanya kita akn diberi obimin, folic acid, & vitamin.

Next (in my case), sesi dgn doktor. Doktor tnya ttg pregnancy sikit then dia ajak scan baby. At 12weeks masa tu, for the very first time, saya nampak dgn jelas dan tanpa was-was, my little honeybun (dah nampak rupa human-baby) tgh showing swimming skill dia. Bukan main menggeletis bergolek2 berenang2 terus saya terbayang perangai en.Ubi bila dtg pe'el menggeletis beliau. Kkekekekek. As I cant trust my own eyes, saya tnya doktor, "Tu my baby bergerak ke doktor?" Doktor mengiyakan dan saja je bg saya tgk lama sikit my baby :) The rest, doktor ukur size baby, terangkn on heartbeat baby, tulang blkg dia, saraf2 yg can be seen kt tempurung kepala dan beberapa hal baby which saya x ingat sgt dh sbb duk leka tgk gelagat baby bergolek2 tak duk diam :)

Alhamdulillah all went ok and I got my next appointment utk minum ayor gula in March!


Monday, January 25, 2016

Pengalaman Mengandung : Sakit gigi dalam trimester pertama

Masa mengandungkan Baby I sebelum ni, saya tak experienced loya2. Tp yg saya kena hadap siang mlm was sakit lenguh pinggang walhal by that time perut belum 'terbentuk' pun lg. Selain dr tu, i literally hate to be so close to en.Ubi. Bila en.Ubi mai dekat je, mulalah saya rasa rimas. Rasa nak kamekameha beliau! Sikit lg saya nk jd super saiya. But this time around, terbalik. Saya loya, tak blh bau itu ini, mudah kembang tekak (tgk minyak masak kt dapur, NO. Tgk telur goreng telur mata, NO. Tgk iklan kfc, NO), muntah teruk smpai there was a time saya muntah darah. (Yg muntah darah tu sbb saya ketagih mkn limau mandarin smpi perut luka - too much acid)

The best part pregnant kali ni, saya clingy gilos dgn en.Ubi! Manja nau nau rasa gi office pun nak bawa beliau pi koje. Rasa nk beliau ada dpn mata 24jam. Tak kisah kalau masing2 buat hal masing2 asalkn saya nmpk je beliau depan saya. Tehee. Dan.. dugaan paling mencabar pulak, masa saya sakit gusi / gigi. Masa ni still dlm first trimester.. baru 8-10weeks tak silap.

Dinding pipi bengkak bernanah. Tekak start kena infection. Dalam masa yg sama, gigi bongsu dh keluar tumbuh habis tp dia tumbuh menyenget. Senget nya pulak tu betul2 menghala ke dinding pipi yg bernanah. Eyyyyyy..! Sakit nya haa mmg sampai nangis teresak2 hentak kaki mulut berdecet2! Masa tggu turn jmpa dentist kt klinik pun saya dh tak pedulik - saya nangis merengek2 mcm budak2. Tabah jelah en.Ubi ngadap saya buat perangai masa tu. Saya rasa saya tak pernah lg menangis seteruk itu dpn en.Ubi tp 2-3hari masa sakit gusi tu mmg hilang Cik Gayah punya macho beb. Pagi gi klinik biasa, ptg gi klinik gigi, mlm kna warded - masuk air sbb bdn dh lembik nau.

Kalau diingat2 balik pengorbanan en.Ubi menjaga dan memujuk saya waktu tu, terus teringat kata2 Rasulullah saw, "Jika aku blh menyuruh seorang manusia menyembah manusia yg lain, nescaya aku menyuruh seorang isteri menyembah suaminya". Dari zaman saya terlantar lembik mcm dah tak mampu nk teruskan kehidupan, sampailah alhamdulillah dapat merasai pengalaman mengandung ni, bg saya en.Ubi lah anugerah terindah dlm hidup ni. Saya bersyukur Allah jodohkan en.Ubi sbg suami saya. Ada jg masa2 en.Ubi ckp saya mcm buat dono jek kt beliau as if mcm dah tak cinta mati kek dio, tp jang oi, Allah juo yg mampu memahami hati den ni ha. Den bajet2 macho yo dopan ekau sbb den suko bonar dongar ekau merengek2 minta perhatian den. Hahah. Eh melalut pulak cerita.

So.

Gigi bongsu tu patut di-operate je (cabut gigi) tp sbb masa tu still in first trimester, so kna hold procedure smpai 2nd trimester. 2nd trimester baby dh kuat sikit - so kalau kna bius sikit2, it wont give huge impact pd baby kita - that is my understanding la. Now that I am already in 2nd trimester, dh blh plan nk consult dentist semula tp itula, blm pergi2 juga.

In total, adelah dlm smnggu saya mnderita dek kerana sakit gigi gusi pipi tekak tu. Doktor hnya mampu bg paracetemol utk kurangkn sakit, ubat surut bengkak, air garam utk bg tenaga dan antibiotik. Selebihnya doktor pun hanya mampu cakap kesian dan suruh saya bersabar.. Mmg saya taat sgt mkn ubat nk baik cpt pnya pasal. But ubat shj x mencukupi hokeh. Berkoyan-koyan en.Ubi belikan koyok. Best jg tampal salonpass tu kt pipi. At least tempat yg saya mnderita sakit tu, rasa cam kebas2 so tidaklah terasa sgt denyut2 penderitaan lg. Bila rasa kebas tu dh hilang, saya tukar baru. Mungkin 7-8jam sekali saya tukar baru. Ada jg skin iritation kt bhgian pipi yg saya duk tepek koyok tu tp alhamdulillah it was very mild iritation dan lps seminggu stop bertampal koyok, iritation kt pipi tu pun hilang.

Gitu la cerita seorang bakal ibu yg menderita sakit gigi gusi pipi tekak segala. Tata~

Thursday, January 21, 2016

Pengalaman Mengandung (selepas keguguran)

Ok honeybun, let's us do this together!

Did I mentioned honeybun?? Uuuu yess :) En.Ubi is not my honeybun oh please *insert emoticon mata meleret pandang ke tepi*. En.Ubi itu adalah bapaknya si tecit honeybun. Maybe I'll call en.Ubi, roti-benggali later. Gahahhah.

So. I am pregnant (again) guys! :)

And this is again an unplanned pregnancy. I was the one yg rasa belum ready nk pregnant again. Mungkin sbb takut kehilangan lagi sekali. I miscarriaged Baby I April this year and in November we detected another honeybun is already swimming in my belly :) To share the truth, I didnt know that I was already carrying this another honeybun while we were in Bromo! Yerppp! It such a nightmare if I already knew it. And eventhough I only knew it a day after we touched down Malaysia, the regret-ness in me, the feel of being an irresponsible mom, oh my.. sangat sangat SANGAT diselubungi rasa bersalah okeyhhh :( The next thing came in my mind was - will the baby stay still inside my tummy way untill the fullterm or will the baby came out way too early like his/her abg/kakak before..? :((((((

The worriness.. oh only Allah knows :( I even minta ampun to en.Ubi awal2 tu because I was just too afraid I'll be loosing this sweety like I lost Baby I before :(

*****

Days changed. Months stepped away. I am Alhamdulillah has passed the scariest first trimester. Oh I must say that that were my scariest 3months.


I eats very carefully. I walks very carefully. I sleeps over carefully too! Haha. Bet en.Ubi geleng kepala sees me lps mkn je mengantuk. While asal terjaga je lapar :p  I didnt put weight so much though sbb saya makan dlm kuantiti yg sikit cumanya kerap. Kerap tu like every 2hours dh gelisah mencari makanan.

Opps dah mcm carcamarba plak cerita tak tahu hujung pangkal kan. Hm, for this entry, let me share detik-detik dapat tahu ttg this pregnancy and what were happened within the first trimester.

*****

Sblm fly ke Bromo, saya dh hint en.Ubi that I might have my menstrual there. In short, hrp beliau bertabahlah kalau saya emo ke apa masa kt sana kn :p After a few days at Bromo, I didnt have my mens. Yet, it still didnt ring a bell to me sbb saya rasa, mungkin saya too exhausted sampai hormon berubah a bit. Cramp2 perut like tnda2 biasa nk period, dtg sekali sekala. So I was cool je. Entah mcm mana on the last day at Surabaya, either en.Ubi ke saya ntah yg tergerak hati nk beli UPT kit. Beli yg stripe je. Sampai Malaysia midnight. So first thing in the next morning, saya bgn buat test tu. En.Ubi masih lg tidur kepenatan. Masa shishi tu, I told myself not too berharap. Tapi, sekejap je dah nampak the result!


Teruja!

Jujurnya, saya agak terkejut. Mcm eh, is this for real? Should I be happy now? Or should I be so-so je? Walk into our bedroom with the UPT in hand, there I sees en.Ubi tgh nyenyak dibuai mimpi. Tetiba terasa beliau sgt comel ketika tidur. Kekekkekke. Thank you to the pregnancy hormone :p Woke him up softly, I stared at him. En.Ubi terkial-kial nak memahamkan the look I gave. He must be thinking, ape ke hey yong tenung teman gini pagi2 gini..? Saya terus tunjuk the UPT stick. En.Ubi tengok, beliau tak faham gamaknya, so he asks me instead,  

Ada ke?

I nodded and asks him to hug me sbb mmg nak rasa 'ditenangkan' waktu tu.
He hugs me and say Tahniah...
Wakakkakkakakak. What derrrrr! Ekau ingat den boleh mengandung sorang-sorang tanpa ekau ko jang? Ekau sodar tak ekau yg mengandungkan den ni ha?? Ekekkekekkekkkek.

Tahniah pun tahniah lah yang oii. Lapar ni, jom pi makan. Sebelum pi makan, en.Ubi tanya bila saya nak test guna clear blue stick pulak. Clear Blue tu dah lama beli cumanya tak pernah guna. So dgn mengadanya saya pun pi la test.

Tarraaaaaaaaaaaaa..!!

Saya baca dekat box clear blue tu, kalau it shows 1+, maknanya dah 2-3minggu pregnant. Kalau 2+, maknanya dah 3-4minggu pregnant. Kalau 3+, maknanya dah pregnant 5minggu ke atas. So our honeybun by that time dah 5weeks mcmtu. Terus mcm buat kira-kira ni bila punya production yang oii? Kekekkkekek.

*****

Ha, camtu la detik-detiknya saya tahu yg saya mengandung. Symptom pra-mengadung takdak sangat or maybe sbb saya yg tak 'fokus' pd symptom yg badan saya rasa. But seriously this time around takdak symptom kerap shishi like pregnantkan Baby I before, takdak symptom sakit pinggang mcm nak patah, takdak apa.

Next entry rasa nya lebih banyak share on my pregnancy journey. Cerita Bromo?? Ya hampuuuunnn, besar kemungkinan dah terberanak nanti baru ada sambungannya >_<








Thursday, June 11, 2015

Pengalaman Mengandung (anak pertama) : Simptom

{auto published entry}



16 Mac 2015

Assalamualaikum. Saya keje malam (lagi). Td lepas dah siapkan keje, cuba untuk melentok kepala atas meja siap set alarm konon nk tidur barang sejam setengah. Tak berjaya. Makanya, menulis lah.. You can tell by the date (underlined) yg this post is kinda reversing the globe of my life. Masa menulis ni tak berani nk post out open to the readers. Hm well...

















En.Ubi, bakal jadi Babah.

:)






















Ye saya. Isterinya itu, guwe loh, udah dihamilin oleh beliau. Kekekekekek. Malu titew tau :p

Moh le saya share kan pengalaman-pengalaman kali pertama mengandung untuk yg sudi baca dan sudi berkongsi kegembiraan kami ni.

*****

Simptom-simptom awal mengandung


1. Cramp ari-ari terlalu awal dari tempoh sebelum period 
It was in February this year. Saya mula rasa cramp ari-ari (bahagian bawah perut. Saya tak tahu english word for this. My bad) macamkan nk senggugut. Tapi musim senggugut kali ni way too early dari tarikh saya sepatutnya pegi jepun (period). Saya ada beritahu en.Ubi tapi beliau buat rilex je sbb taknak dah false alarm mcm bulan-bulan lepas. (tiap2 bulan lepas menikah sokmo ingat dah pregnant tapi 2-3 hari kemudiannya period).

2. Badan lesu semedang
Saya memang azalinya pemalas tapi ni bukan pemalas yg dibuat-buat. Lesunya badan Cik Gayah hanya en.Ubi jelah yg bisa mengadapnya. Masuk dapur tak lalu. Duduk hall teman en.Ubi main dota tak lalu. Cuci bilik air tak lalu. Kejenya nak telentang je. Pastu kalau en.Ubi offer nak picit kaki, sampai ke pinggang ke tengkuk Iolls pergunakan beliau. Lenguh kat pinggang yang, lenguh kat tengkuk ni ha yang, eh lenguh balik kat betis td yang, ehh lenguhnya tuh di sini yang. Hah satu badan lah lenguh! Kekekekek. Yg en.Ubi pulak layankan jelah ngurut demi nk bagi saya diam dan tidur, baru lah beliau aman nak main dota en en ennn.

3. Lambat period
Ni mmg obvious la kan. Kalau ikut perkiraan en.Ubi, saya baru delay 2-3 hari so he kept on saying, Esok kot period. Hoyess, my period is my husband's business. Saya jenis mark kalendar kt tab jek. Kalau tab takdak bateri, maka saya pun terpinga2 la eh ni patutnya dah period ke belum. Sebab tu bersyukur bila en.Ubi amik berat jadual my period. Kalau ikut ilmu dari ceramah Ustaz Kazim, bab darah seorang wanita memang wajib utk suami ambil tahu, belajar, be an expert.

4. Berselera
Kuuuuuu semangat. Banyak nyo lah den makan jang oi. Kalau pagi tu breakfast roti canai ngan en.Ubi, agak-agak dah separuh roti tu saya makan, tekak ni mcm dah terbayang pulak telan nasi lomak dengan paru goreng berempah. Kalau en.Ubi makan lontong, mata Iolls ni jeling-jeling jek mangkuk lontong beliau tu. Kot beliau tak habis makan, memang servis mangkuk tu bertukar tangan la kat Cik Gayah.

Kat office pulak tak boleh lambat sikit lunch. Kalau lambat je macam mencungap tak cukup udara nak bernafas. Lapaaaaaaaaaaaaaarr. Bab kunyah-kunyah jgn kira la. But the good thing is that saya mengunyah benda yg berat mcm kuih & biskut atau buah. Bukan junk foods mcm keropok ke asam-asam ke.

5. Kerap shishi
Ni bg saya simptom yg paling akhir dan paling ketara yg trigger me to request en.Ubi utk beli UPT (urine pregnancy test) sticks. Ohmai. Sampai rasa tidur terganggu sangat sebab kerap nau nau gi toilet utk shishi. At early days, setiap kali shishi tu banyaknya macamkan saya baru lepas minum sebotol air. Walhal saya bukan seorang yg suka minum air. Trust me, saya ni spesis dalam sehari nak habiskan segelas air manis pun payah. Inikan air mineral. Tapi saya boleh kerap shishi dan kuantiti mililiter setiap kali shishi tu adalah banyak! Malu titew citew camni. Awww -_-"

Kerap shishi tu satu hal. Dah lepas shishi tu pulak saya akan mcm senak perut. As if shishi td tu saya tahan berjam-jam padahal tidak pun. Senak perut sampai kena meniarap, kena merekot utk bg perut or pundi shishi rasa lega sikit. It happens for several days sampai la saya nk minta mc tapi bos pulak evil gilos tak bagi kebenaran.

Miracle-ly, kat office rajin gi toilet juga tp takdela sekerap masa kt rumah. Cuma yg merisaukan saya pulak sebab yg kat office ni saya more to shishi tak lawas. Dah lepas shishi, akan rasa mcm nk terkucil lg tp bila try shishi, sikiiiiit je yg keluaqnya. Sempat saya jeling-jeling kat toilet bowl tu, nampak juga la yg shishi tu mcm ada habuk-habuk.

Hm. Risau pulak. Saya ni ada Baby I ke or ada sakit lain? Dulu dulu dulu zaman kat UiTM Sri Iskandar saya pernah kena UTI (Urinary Tract Infection) - shishi kotor. Sampai kena warded. Kena banyak minum plain water utk bersihkan kidney. After a while, ok dah. Seriau jg kot2 kes UTI tu jd blk.


*****


As I told all of these to en.Ubi, beliau pun pi lah beli UPT sticks. Satu brand Dip N Tell, satu lg brand Clear Blue. Dip N Tell tu jenis yg ada urine cup, tester strip, pastu result dia samada satu line atau dua line. Hat Clear Blue tu pulak yg digital. Jenis yg terus bgtahu dah pregnant berapa minggu.




Saya keje malam, en.Ubi keje pagi. Kami mmg x bersua muka. Jd benda2 tu en.Ubi beli masa beliau dh blk kerja, dan saya buat test tu the next day sorang2. Experienced people on the internet said the best moment to do UPT is by the time you wake up from a long night sleep. Masa ni kandungan Hcg (Human chrionic gonadothoprin) dalam badan adalah banyak jd sgt sesuai la utk buat UPT. Knp kena bergantung pada hormon Hcg ni? Sebab hormon Hcg ni adalah terhasil/terkumpul dari sel chrionic oleh fetal (janin).

Gila bahasa biologi. Rasa mcm dok kat makmal kelas form 4 pulak tetiba.

Jom sambung. Tp saya kn keje malam. Jd saya tak rasa pagi blk keje tu adalah best moment utk saya buat test. Tapi tapi tapi, orang cakap juga, kalau dah memang pregnant, makanya hormon Hcg tu memang akan tinggi dlm bdn. In short, buat bila2 masa pun kalau dah memang pregnant, inshaaAllah confirm akan dpt result pregnant tu.

Saya plan blk keje pagi tu nak tidur dulu, rehat, bgn nk solat zohor nnt baru buat the test. Sampai je rmh, golek2 atas katil, tak juga lena. Pastu mcm biasa rasa nk shishi tak sudah2. Sambil malas2 bgn nk pi toilet tu, ringan jek tangan capai Dip N Tell. So I did the test. Perasaan masa ni xde la teruja. Siap blh main2 air kolah lg masa tunggu the first line appear. As expected, line pertama appear dgn begitu terang dan pekat sekali. Mcm warna merah darah. Tunggu second line takdak. Terus panic sikit sbb if Im not pregnant, mksudnya saya ada UTI kah? Eh pastu teringat lampu bilik air ni dah lemau dah malap en.Ubi belum sempat beli mentol baru utk tukar. So saya pun stop main air kolah pastu lift up tester strip tu, renjis2, cuci urine cup, pastu bawa the strip masuk bilik. Now that my bilik mmg terang dek cahaya matahari maka terserlah lah garisan kedua yg berwarna pink :) Wiwiwi. *Gelek-gelek Mdaudkilau* Tersenyum sorang2 saya. Dari pndangan peribadi saya, line kedua tu sgt jelas cumanya the color is pink. Im guessing it appear as bright pink sbb content hormone dlm shishi saya td tak sebagus kalau saya dapat tidur panjang mlm semalam.

Right away saya text en.Ubi. Jujurnya, saya lebih teruja nak tahu his reaction daripada teruja tengok result UPT td.







Bertuah betul badan. Dpt tahu mengandung je terus tok laki nok beli ke ambo rumoh. Correction!! Cari rmh sewa baru ye Gayah, bukan beli :p Rezeki beli rumah, Allah hold lg buat masa ni. Mungkin kami yg masih kurang berdoa bab ni. Jgn pernah putus bersangka baik dgn Allah :) Plus, all I know now is that Allah has grant us dgn rezeki baby I. Tiada galang gantinya :)


*****

Mcm tu lah ceritanya :) Lps ni saya kongsikan hal2 check up inshaaAllah. Assalamualaikum!