Showing posts with label Playtime. Show all posts
Showing posts with label Playtime. Show all posts

Monday, October 1, 2018

Gymboree Sunway Velocity (Triall Class dan Fee structure)

Sunway Velocity ni kira-kira sepelaung je dari rumah. Lebih kurang jarak MyTown dgn rumah kitorang je tapi entah kenapa A jarang bawa kami tak selalu sangat gi sini. Kalau MyTown tu boleh dikatakan seminggu 4 kali kami pergi. Asal pegi MyTown je makan Chicken Rice Shop hahah sbb Affan mmg favorite betul nasi ayam kat situ. Sepinggan kids meal tu dia sorang boleh habiskan nasinye sorang. Kalau ada rezeki lebih, tak pandang sgt Chicken Rice Shop ni, kita belagak sikit makan kat Kodawari apentah nama penuh restaurant tu. Tapi deret2 Chicken Rice Shop juga. Yg Kodawari tu Affan ngan babah sama naik suka makan mi sup dia. Tak hafal nama menu yg diorang dua beranak selalu order. Tp Cik Gayah tengok ghope mi sup je cuma mi dia gemok-gemok. Kita mak-mak ni mestilah happy kan bila tgk anak ngan suami berselera makan. Sampai sanggup korbankan keinginan nak makan kt Absolute Thai atau KyoChon kt MyTown tu #ibumithali LOL

kalau kena time dia lapar sesangat, mmg licin tinggal 5-6 butir nasi je

Nak cerita pasal Sunway Velocity sebenarnya tapi mcm terlebih promote MyTown puleks.

Hritu scroll2 FB ternampak upcoming event Didi & Friends kt Sunway Velocity sempena Mid-Autumn Festival. Cantekk.. minggu ni kan cuti 3 hari tp kitorang tak tahu nak bawa Affan ke mana. Dia on and off temperature, plus A dan saya pun dah start selsema bersin2 so kalau boleh mmg tanak gi jauh2 weekend ni. Buka FB page Sunway Velocity utk tengok timing semua events. Yg paling hampir is Lion Dance. So we went.

Sementara nak tunggu Lion Dance start, saya ternampak Gymboree branch ni! Omagaddddd Gymboree dah ada kat sini???? And you know what... esoknya is Open Day diorang!! Aaaaa happy happy happy! Happy sebab saya duk survey pasal Gymboree ni masa Affan umur 6m+ lagi. Masa tu saya dah berhenti kerja JobStreet, nawaitu nak jaga Affan sendiri. Tp bila dah sebulan lebih jaga Affan sendiri kat rumah, rasa mcm kesian kt Affan sbb xde aktiviti. Balik-balik menyusu, makan bubur lenyek2, tengok Monstre Inc, tengok Baby Video, golek2 dgn saya. Saya tak reti nak ajar dia or should I say saya rasa environment di rmh waktu tu tak sesuai utk aktiviti pembelajaran dia. Affan kan fully breastfeed. So bila mlm dh terbangun2 menyusukan dia, day time mmg saya tak fully fit or emotionally stable nak jadi cikgu pulak. Nk masak proper meal utk diri sndiri pun tak menyempat, inikan nak berjoget nyanyi lagu ABC lagu Rain Rain Go Away dgn dia. Setakat nak ajar simple2 boleh, tp kalau nak optimize lessons within golden years of infants tu, memang saya surrender. Baik serahkan kpd yg pakar. Gitu getus hatiku hahah.



Survey yg dulu tu terhenti kat situ je satunya sbb location Gymboree ni takde yg dekat, keduanya sbb tak jumpa fees dia yg detail. Tanpa berlengah lagi, saya mendaftarkan diri Affan utk trial class masa Open Day diorang esok. Trial Class is FREE haruslah Cik Gayah tak melepaskan peluang kennn. Aktiviti utk Trial Class ada 2, Play Class & Music Class.

Affan bulan ni is 27 months. Kalau kt Gymboree ni Affan kategori Level 5. Level 5 dh dipanggil Senior Baby. Dah senior ghopenyer anak ibu ni kekekek. Nanti saya share full age segments by Gymboree. On the Open Day, kami dtg lewat sbb Affan cranky dr pagi (fever ssymptom makin ketara). So we kinda missed the Music Class. Sempat join less than 5 minutes je. Dlm tempoh 5 minit tu Affan pun tak sempat nk warm up, nk adjust his feelings sbb tetiba tgk ada kids lain berjoget2 tepuk tgn happy2 je semua. So dia lebih byk bpaut pd babah dan ibu sahajo.

Next is Play Class. Mula2 saya igt kn Play Class ni, playing jelah - sbb aktiviti dibuat kt play area yg mcm kita selalu tgk kt mana2 mall tu. Rupanya Play Class ni, the kids diajar utk Play-Pretend! Sounds good! Good sbb teringat masa check up Affan kt Klinik Kesihatan baru2 ni, nurse ada tanya, "Affan dia pandai tak main masak2 ke, main jadi polis ke.." Saya jwb pandai, smbil dlm kepala rewind Affan suka main jd dinosaur atau jd cat. Balik dr KK baru saya rasa yg umm Affan is yet to really know how to play-pretend. Cuma baru2 ni Affan start pndai main tembak2 baling2 bim dgn ibu n babah. Yg peliknya dia baling bom kt kita, kita mati. Tp bila kita baling bom kt dia eh elok je pulak dia hidup je tak kalah2 LOL.

Btw. Play-pretend ni penting utk budak2 sbb this is the phase where they can build imaginations and creativities. Kat Trial Class haritu, budak2 ni jadi Postman. So bertebaran lah depa semua dari mengepos surat kt pejabat pos, sampai menghantar surat ke rumah2. Teacher la yg guide budak2 ni and all the scene ialah dlm play area tu. Menarik la bg saya. It was an eye opener for me that, utk Play-Pretend ni actually kita mmg blh jd apa shj dan blh gunakn apa shj di sekeliling kita utk make it real.

Mungkin ada yg akan kata, "Hek eleh tu pun tatau keee?".
Saya tak malu utk jwb, ye saya tak tahu. Because I am a first time mom and my childhood was different than yours. So please. I don't need your judgement. Tiber emo kan.. eh cerita berkait pasal anak/kanak2 mmg la akan emo #doneexplain

Back to cerita Gymboree again. So here's schedule fee Gymboree utk rujukan makpak di luar sana.


Did we subscribes to the package?

As of now, kami blm decide utk subscribe. We are still surveying for other activities utk Affan join like swimming lesson ker, yoga class ker, ballet ker, martial arts ker.. Huh bunyi mcm ongkaya sgt ni gaji 6 juta setahun ke caner ni. Tak.. tak.. bkn belagak mcm org kaya. Cuma impikan yg terbaik dan termampu utk anak. Survey tdk bermakna pasti akan subscribe. Bkn jg memaksa anak gi kelas sana gi kelas sini. Kot Affan tak minat nnt stop la. Jimat duit ibu. Blh ibu mkn Absolute Thai #tiber


Thursday, August 23, 2018

Bawa Affan ke Petrosains KLCC

Salam Aidiladha!! Korang yg tahu pasal azam saya mggu lepas tu buat2 tak tahu jelah ye 😏

We were so happy dikurniakan rezeki untuk bawa Affan jalan-jalan. Tak lepas ke negeri lain pun, takat dalam KL ni je hahah. To Petrosains we go! Mula2 plan nak naik LRT tapi A cakap, dibuatnya Affan cranky towards the end of our trip nnt, lagi letih kami nk kendong dia dalam train. Might as well drive and park je kt basement KLCC. Paling tidak kalau dia ngamuk pun, bila dah masuk kereta nk gerak balik, boleh nurse him to sleep. Orait babah, ibu ikut cakap babah!


Trip ke Petronas dimulakan dgn sarapan kat Texas Chicken. A teringin nak makan Wendy's, tp Wendy's KLCC dah takde (rupanya?). Gambar ni nampak mcm candid kan? Bukan yer anak-anak. Ni A amik atas arahan Cik Gayah hahhahahhah. A ni takde der dia nak memandai2 snap moment saya sorang ke, saya ngan Affan ke.. Tu yg balik2, gambar deme 2 beranak je yg ada. Bila amik gambar pun asal namanya amik gambar je eyyyyy.. Dia tak kisah gambar tu tegak ke, lighting ok ke, nk amik sisi sini ke sinun. Takde ye. 


Babah yg punya plan nak dtg sini.. Dia nk bg anak dia jd genius mcm dia, katenyerrr. Padahal time ni patutnya morning nap Affan. Kalau dia cranky jap lg dlm tu, shoot balik jelah jwbnya.


Harga utk dewasa RM18.50. Affan (2y+) free. Beli walk in je. Kami pergi ahad, dtg awal pagi. 10-ish, pun dah agak ramai pengunjung queue nak masuk petrosains ni. Mungkin sbb cuti sekolah kot?


Lps beli tiket, beratur untuk masuk ke dalam petrosains ni menggunakan seketul train kenderaan berbentuk helmet. Hahah taktahu caner nk explain. Laluan train ni dinamakan Perjalanan Sekilas Masa Dark Ride.


Kami baru naik train. Saya cam biasalah sibuk nk amik gambar kan.. Dua beranak tu buat dono jek. Ciss. Nama pun Dark Ride, memang dark ye sepanjang laluan Sekilas Masa ni. Cuma ada skrin2 yg tunjukkan gambar2 seiring voice over.


Affan is at stage yg starts to develop perasaan takut skrg ni. Haha comel jek tengok reaksi dia bila dia face something yg mendebarkan or menakutkan. Contohnya masa ni live dia tengok seketul dinosaur besar gedabak camtu. Dia nak tengok, but at the same time dia takut. So dia tutup sebelah mata dia 😆😆😆 Masa Dark Ride tu pun lbh kurang gini la keadaan dia. Bezanya yg tu tutup dgn kedua-dua belah tangan, tapi mata duk menegok dari celah-celah jari. HAHAHHAHHAH comel gila 😆

Sebelum sampai kt bhgian dinosaur ni, ada la mcm2 section lain. Cumanya sbb lighting mmg dim-dim and handphone Cik Gayah pulak idok le canggih mana.. maka banyakla gambar yg terpaksa tak dapek dimasukkan di sini. 


Personally, saya rasa Petrosains ni sesuai utk all dewasa dan kanak2 with minimum age 4. Bukan apa.. sbb di usia 4 tahun tu, dorg dh blh lbh mhargai bnda2/ilmu dlm Petrosains ni. Aktiviti pembelajaran pun majoriti utk kids age 4 and above. Ada la satu dua section yg sesuai dgn height Affan. 


Impian nak naik tractor / backhoe terlaksana. Sayangnya sistem hydraulic backhoe ni under maintenance masa ni. So Affan tak dapat experience in full.



Ini kat section F1. Bg saya aktiviti2 kt sini menarik! Especially utk adults and men obviously. Menarik maybe sbb kt sini the activities kita boleh relate more dgn rutin harian kita. Contohnya halaju pergerakan, degup jantung, penggunaan tenaga dan tinggi..


Ok dah menguap. Sikit lagi ada jelah tu akalnya nak jd punca menangis padahal dia dah ngantuk nk minta susu, nk kita kelek-kelek dia, pok pok dia, sampai dia tidur. Padahal 2y+ dah Affan ni. Tapi masih minum susu ibu. Bila la nk wean off nye nak oiii....


Tak ingat sgt apa aktiviti menggunakan kapal layar ni. Tp ada kaitan dgn angin. Lps drpd main kapal ni, Affan pun mengamuk. Ok marilah kita pulang. Overall, do brings your kids and family ke sini. Kawasan selesa dan berilmiah. Boleh tengok mcm mana angkasawan tidur kt angkasa. Boleh rasa mcm mana kuatnya tiupan angin kt Jupiter (kot tak silap hahah). Boleh tahu mcm mana rasa gempa bumi. Kalau nk bawa stroller baby pun boleh cuma masa nk naik helmet masa mula2 tu, kesian kt pengunjung lain sbb stroller korang dh makan space utk pengunjung lain duduk dlm helmet tu. Selain dari tu, satu je lg hazab - nk tunggu lif depan Petrosains ni LOLOLOL. Tak pernahnya tak penuh lif tu. 



Wednesday, August 1, 2018

Naik Kuda dekat Gombak Horse Riding Club

Ada satu weekend tu memang Cik Gayah mcm jatuh cinta kali ke enamblas ribu kot pd en.Ubi sebab happy sesangat en.Ubi rajin melayan Affan and me. Hikhok. Sabtu kami ke Port Dickson just for the sake nak bg Affan main pasir and mandi pantai, and the next day - Ahad nye pulak, ke Gombak untuk naik kuda! Neighhhhhh (ini bunyi kuda 🐴)

Kami sampai ke GHRC ni around 3.30pm just nice after 2 hours plus noon nap anak beranak. Masa sampai, takde pengunjung lain pun. Ibu Affan dah excited gila dah nampak horse 2-3 ekor so cuaca terik tak terik bisa diabaikan waktu tu.

Disebabkan orang lain takde (kecuali beberapa org pekerja yg tengah bawa kuda keluar masuk), maka kami pun sedikit terpinga2 kat mana kaunter.

En.Ubi cari kaunter tak jumpa. Affan tengah kesat hinguih


Affan sekarang dah kenal pusat. Bila kita tanya 'pusat mana pusat?", nanti dia kelam-kelibut selak baju dia nak tunjuk pusat. Kalau pakai romper nanti dia buat muka confuse sbb tak boleh selak baju and rasa pusat dia takde kat perut 😆



En.Ubi tak jumpa kaunter, Cik Gayah pulak gi cari. Tengah terjenguk2 terhendap2 bahagian belakang tu, abang ni approach tanya nak naik kuda ke kak? Rupanya takde kaunter ke apa ye. Datang straight je ckp kt sesapa yg ada kt situ - saya nak naik kuda. 😁 Baik abang ni. Walaupun rupa paras tak mcm local Malaysian, tapi fasih gakla cakap melayu. Terus rasa bersalah sbb saya being judgemental masa mula2 selisih dgn dorg ni - tanya kat org kaunter la better, takyah tanya dorg. Moral of the story, belajarlah utk hormat dan hargai sesiapapun yg anda temukan di dalam hidup anda.

RM10 untuk 2 round. Riding helmet tu disediakan free utk kegunaan pengunjung. 2 round adela dalam 5 minit. En.Ubi dgn saya mmg siap2 pakai track bottom ngan loose shirt sbb tahu nnt mesti melekat bau kuda hahahah. Affan selalu kalau jalan petang saya pakaikan short tp sbb risau kena gigit nyamuk, so pakaikan dia seluar panjang gak.

Ngeri tengok en.Ubi terkengkang nak naik kuda sambil dukung Affan camtu

Ni lah mak-mak jaman skrg ni. (Cik Gayah lettew). Sibuk nau nk rekod la nk amik gambar la. Bila diulang tengok balik moment en.Ubi terkengkang sambil dukung Affan sebelah tangan mcmtu je, eee seriau. Patutnya time ni, saya pegang dukung Affan dulu. Dah en.Ubi duduk elok atas kuda tu, baru saya pass Affan pd en.Ubi. Mujur Allah lindungi tak jadi pape time ni. Dibuatnya kuda tu ternampak siput babi ke kt kaki dia pastu dia meloncat, daaaaaaaaaaah bahaya kat en.Ubi kendong Affan gitu. Moral of the story, be a wise mommy ok! Once you are a mommy, always remember your priority! Your child!

Kemahen 2 beranak tegeduk-tegeduk naik horse. Neighhhhhh (bunyi horse 🐴)

Dah habis 2 round, Affan taknak turun horse! Sudahhhhhhhh..... Kopaklah babah nk kena top up lagi seploh hengget nak oiii. Tu tengok tangan Affan tu. Dia pegang tangan babah tak bagi turun horse 😰

en.Ubi interview pasal pekerja tutentang penjagaan kuda. Nak beli kuda satu kerrr?

Pujuk-pujuk sikit akhirnya Affan redha. Kitorg pusing belakang pulak nak tengok haiwan lain. Ada rabbit, rooster, bird, goose, and more horses kat dalam kandang. Soon akan ada cow juga pekerja kat situ. Pekerja kat situ mostly ramah la and rajin nak suruh kita tengok segala pelusuk kawasan tu.

Tangan tu duk kais2 pasir sbb teringat pasir pantai PD semalam 
Dah start kena gigit nyamuk
Kelakar tengok budak ni nak naik tapi gayat
ehhhh dia nak naik horse lagiiiiiiiiiiiii




Last but not least, kita nak tengok ada anak ongkaya nak training horse riding. Umur baru 9-10 tahun agaknye budak tu. Datang dgn mini cooper. Mak ke kakak dia yg dtg hantar tp just tunggu dlm kereta je. Because outside is very hot chuolls. Heheheh.. Bestnyeeee jadi ongkaya.. Btw, kat sini memang ada kelas untuk belajar berkuda dan memanah. Tapi, belum sempat abang baju merah tu siapkan kuda putih tu, Affan dah start cranky. So, moh le kita balik cari makan.



dah start tak selesa bdn sbb berlengaih peluh. so mood nak ibu dukung pulak

More info on GOMBAK HORSE RIDING CLUB :

Overall kami rasa tempat ni best dan akan repeat lagi. InshaaAllah ada rezeki boleh subscribe utk belajar tunggang kuda. Aktiviti ni antara sunnah Nabi Muhammad saw so, boleh dapat pahal sunnah 💚💚💚

Monday, November 13, 2017

Playtime - Kidzoona

En.Ubi and I have an aim to let Affan to enjoy playground (be it indoor and outdoor) EVERY WEEKEND. Weekend is very crucial for me sebab that is the only days yg saya rasa saya betul2 together dapat main-main, exercise, gelak-gelak, relax-relax dgn Affan, dan dalam masa yg sama ajar Affan on sooooo many things! Colors, shapes, interaction, depth, macam-macam lagilah!

Just recently cuaca mcm tak berapa sesuai utk outdoor activity so kita keluarlah duit sikit belanja anak masuk Kidzoona. Kidzoona ni ada kat semua Aeon Jusco rasanya. Fee masuk pun taklah semahal Kidzania atau playarea shopping complex lain. Fee utk weekdays ialah RM10 all day long. Stokin budak rm3, stokin ongtua rm4. So kalau nak jimat, bawa stokin siap2.

Suppose activity mcm ni kami buat over the weekend. Tp disebabkan last week busy pindah, so babah belanja Affan on weekday lps pindah rumah tu. Best rupanya pergi on weekdays sebab takramai org hahahah. Takdela risau sgt ada budak-budak yg tgh galak berlari berkejaran terlanggar Affan ke apa.





I was so happy to see Affan dah berani meredah lautan bola-bola ni. Sebelum2 ni, Affan memang takut nak cecah kaki kat these balls. Tak tahulah kenapa tapi maybe dia rasa tak selamat.. maybe dia rasa dia akan tenggelam dalam balls tu kot 😕

I read somewhere, bila anak-anak is afraid on something that he/she suppose not to be afraid of, JANGAN PAKSA or lepaskan dorg konon mcm nk ajar dorg utk overcome perasaan takut tu. Perasan tak, bila dorg takut, dorg akan berpaut or lari and peluk or menyorok belakang kita his/her parent? Its a good sign that anak kita rasa lebih selamat dan lebih yakin dengan kita. Having that in mind, kita kena bagi masa pd anak kita utk overcome their feelings. Bukannya paksa anak-anak utk tak takut which in result, anak-anak boleh jd kurang kepercayaan kpd kita their parents (kita bukan lg penyelamat/pelindung dorg).

Contohnya sebelum ni Affan takut bola-bola ni, at first attempt, second attempts, third attempts, fourth attempts dia taknak, saya ikutkan aje. Saya dukung peluk dia but at the same time tunjuk kat dia yg the balls are not giving any harm, the balls are fun instead! Tp dia still takut, so it's okay. Next trip (percubaan kali kelima) saya cuba lagi and this time around saya yg masuk dulu dalam the balls island and slowly ajak Affan join in. Alhamdulillah dia start to berani.

Sama kes kalau anak taknak dengan orang. Kita as a parent pleaselah JANGAN terus lepas tinggalkan anak tu kat org lain. Be it atoknye ke, pak menakannye ke, best friend korang ke, big please, just don't. Jangan kerana anak tu kecik lagi takpandai tak kuat kudrat utk me-reject, maka kita memaksa anak silently. Kejam namanya tu. Berbijaklah utk interact dgn psychology anak slowly. Tanamkan dalam diri dorg it is ok and safe to be with that new person, while you (ibu/mama/mak/mommy/ummi) akan still ada kat sini. Memang akan ambil masa but slowly, anak akan built that kepercayaan yg kita tanamkan tu. Plus point, anak akan rasa "eh betul lah ibu kata.. tak bahaya pun benda ni.. tak scary pun org ni.."

Oh panjang pulak mengomel. Sambung tengok gambar Affan having fun kat Kidzoona jom.








Kebetulan teringat my friend yg supervised Kidzoona ni (different outlet) pernah tunjuk staff2 dia duk mengelap SETIAP biji bola ni as a standard procedure to keep mainan ni semua hygienic. So apa kata kita tanya dia sekali lagi utk kepastian.




Gotten the answer, so lepas ni bolehlah plan bawa anak on Monday itself sebab haritu mainan masih lagi super bersih. Heheheh.