Minggu depan Affan dah masuk 3 bulan. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik kang dah menggeletis suh babahnya gi minang anak dara orang. Halaaaaaahai.. Lomah jantung den mikir kan nya.
Before he even can kenyit mata kat ibu, meh ibu keeps memoirs of you here honeybun.
Berat Affan masa lahir 2.4kg.
Masa check up sebulan, 3.0kg.
Masa check up 2 bulan, 4.4kg.
Walaupun nurse cakap berat Affan below the graf, tapi ibu happy tengok Affan makin bambam and that ibu pun dah start lenguh2 tangan bila nk dukung Affan.
Few days after check up 2bulan tu, Affan warded sbb keep on yakyak.
Berat masa masuk ward, 4.85kg.
Berat masa keluar ward, 5.0kg.
Tanjat ibu. Dah sama berat dgn beras kat dapur ibu tu ha. Ingatkan bila ada episod yakyak tu berat turun, rupanya bertambah. Ibu happy riangria jadinya.
*****
Ok now saya nak cerita ups and downs saya selama 2 bulan lebih berusaha menyusukan Affan dgn susu badan sahaja.
Masa Affan lahir, Affan perlu minum 60ml. Plus minus 2oz. Bagi ibu-ibu lain, nak mendapatkan 2oz tu celah gigi je agaknya. Tp bg saya, celah gigi, celah bedah, celah gaung mana sekali pun halahai payahnya nak mendapatkan 2oz tu! Sangat susah. Sangat mental down. Dahla nak mendapatkannya payah, en.Ubi pulak pernah tumpahkan susu Affan la, lupa tutup peti ais rapat-rapat la (so susu Affan spoil). Urrrggghhhh. Bukan sekali dua ye.. Memang terseksa betul jiwa lara masa tu. Rasa nak picit2 jek dada en.Ubi tu meh tengok boleh ganti balik tak susu-susu eden yg beliau dh musnahkan tu. Kadang-kadang en.Ubi minta maaf and pujuk saya. Kadang-kadang beliau dah tak mampu pujuk saya sbb saya menyinga tahap singa pun mencecet lari keluar dari zoo.
So, yeah. Affan, you have to love ibu more than you love babah. Titik.
Macam-macam cara saya cuba utk banyakkan susu. Makan lobak putih, makan kurma, makan supplement MaMom, minum susu, macam-macamlah. Alhamdulillah ada perubahan. 2oz tu dh boleh
diusahakan bila duk bersandar mengepam 1jam. Lama, kan? Huhu. Tapi saya tamak, rasa belum cukup
power bila dah boleh
dapat 2oz tu. Siang malam godek google. Tanya orang sana orang sini. Then saya diperkenalkan dengan power pumping. Power pumping ni bukan nak bagi pump kita tu lebih power, tapi mempowerkan teknik ngepam. Saya follow. Tiap2 hari saya buat teknik power pump tu. Alhamdulillah, memang ada perbezaan seperti yg saya harapkan.
Tak cukup dgn tu, saya follow pulak beberapa mentor penyusuan. Mula-mula follow Puan Asiah Mahram. Suka tengok video-video dia kat FB nun. Kebetulan ada Minggu Support Breastfeeding so sana sini banyak betul program penyusuan la, sale barang2 menyusu la. Excited tengok Puan Asiah ni masuk rancangan Wanita Hari Ini. Puan Asiah ni dia lebih kepada aiming how to produce banyak susu. Bila tengok anak didik dia sekali pump boleh dapat 7-8oz (ada yg up to 15oz per session!), pulak tu sekali pump dlm 15-30minit je, saya mental down balik. Hahah.
Usaha lagi. Terjumpa pulak FB Puan Ziela Juzaila. Dia pun kategori mentor dalam bidang penyusuan. Saya follow dia diam-diam. Then rasa lebih seronok dgn pendekatan Puan Ziela ni. Pendekatan dia saya rasa lebih realistik. Dia tak fokus on banyakkan susu, tapi dia fokus untuk kerap menyusukan (atau kerap pump). Bila follow cara dia, saya tersedar yg selama ni saya dok compare kuantiti susu yg saya dapat dgn org lain. Saya berlumba-lumba utk ada banyak susu mcm org lain. Tapi dgn cara Puan Ziela, saya realize it's actually ok to just have 2-3oz per session. Pegang pd konsep bersyukur. 1oz ke, 2oz ke, itu rezeki Allah dah tetapkan utk anak kita. Pump beria sampai 88oz sekali pun, kalau Allah kata tu bukan rezeki anak kita, mesti jadi sesuatu kat susu tu. Tumpah ke, susu rosak ke, anything lah.
Satu lg kesedaran yg saya dpt ialah, susu kita pasti cukup utk keperluan anak kita. Pasti. Katakan anak kita sekali menyusu 3oz. Takkan lah Allah kejam isikan dada kita dgn susu 1oz je. Tak mungkin Allah sekejam itu. Kalau kita pump memang keluar 1oz je, bererti kita kena pump 3kali. Allah akan bg kita lebih kudrat utk mengepam.
See. Dia tak malu pun nk tunjuk yg dia dpt pump suku botol. Kalau org lain saya rasa tunggu botol penuh baru post kt FB.
Cantik je aturan Allah, kan? Dari ilmu menyusu pun kita boleh belajar menghargai rezeki dan rahmat Allah.
To those new mom yg masih mental down disebabkn isu susu ni, saya share semua ni sbb saya faham apa awak-awak rasa. Saya pun pernah lalui hari-hari yg downnnn sgt2. Saya pun pernah pump
angin je walaupun duk khusyuk menadah selama sejam! Yakinlah, yakinlah dgn setinggi2 keyakinan bahawa Allah dah sebelahkan rezeki anak kita. Dapat hatta 1oz pun, ucap ulang-ulang "alhamdulillah ya Allah, alhamdulillah utk susu ini". Pandang botol yg terisi susu 1oz tu dan senyum lebar2 sambil ckp "Ini rezeki utk anak ku". InshaaAllah bila kita set mind kita mcmtu, kita takkan stress, malah kita enjoy nk menyusukan atau mengepam. Bila kita enjoy menyusukan atau mengepam, automatically susu kita akan lebih byk terhasil! Percayalah! :) :) :)
Bukan tak ada org yg mengasak saya utk bg formula milk pd Affan. Selalunya org tua makcik pakcik yg old-minded memang cepat je nak suruh saya bg formula milk. Tak cukup itu, suruh bg air masak dgn nestum baby terus! Kononnya nk bg baby kenyang and badan jd Michelin. Babysitter yg paling tua kat nursery Affan pun ask me to buy him formula milk. Senang katanya... Tapi
kekecewaan yg paling hebat saya terima ialah bila en.Ubi sendiri in our early days as parents, dh plan nk belikn Affan fm. How did I react? Saya diam. Saya x response apa2. Tp dlm hati saya jerit laung kuat2 yg saya nk susukn Affan sampai usianya 2tahun (of course dgn izin Allah). Kalau dgn org-org tua yg suruh bg formula milk tu, saya pura-pura mcm
aww-i-am-so-happy-that-i-found-you-and-i-got-your-petua-and-nasihat-aww-aww-aww! Jgn lupa buat muka paling manis dgn angguk-angguk kepala tanda tekun mendengar nasihat depa penuh minat. The real fact, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Otak dan jiwa saya dah
full dgn susu yg Allah alirkan dlm badan saya.
InshaAllah nak, ibu takkan halang Affan dari mendapat rezeki Affan. Ibu ni cuma perantara yg mengalirkan susu Allah sampai pd anak ibu.
O ha. Ini pun lg satu tips supaya tak stress kena bgn tgh malam 3-4kali utk menyusukan anak. Bila anak merengek tengah malam nak menyusu, mmg kita akan lemau gilos. We are human! Nothing weird utk berasa lemau bila tidur kita diganggu. Tp try to cepat-cepat pujuk jiwa and mental kita, remind kan jiwa dan mental kita, bahawa yg terkandung dalam dada kita tu, yg membengkak dalam dada kita tu, adalah rezeki anak kita. Kalau kita malas bangun, tak ke mcm kita menghalang anak kita dari rezeki mereka sendiri?
*****
Saya pun belum all the time positive when it comes to hal-hal exclusive breastfeeding ni. Tp alhamdulillah, dh byk perubahan yg saya rasa bila kita fully yakin dgn konsep "bersyukur" & "rezeki anak" tu. Keep mingle around dgn mereka yg juga positive & support breastfeeding. You will feel the vibes. InshaaAllah :)