Showing posts with label rumah indah. Show all posts
Showing posts with label rumah indah. Show all posts

Wednesday, October 3, 2018

Kos Beli dan Pasang Aircond

Aircond dah siap pasang kt bilik tidur. Alhamdulillah merasa gak dlm bilik tidur sendiri ada aircond. Tu la korang kalau rasa susah, igt, org lain ada yg lg susah. Cik Gayah kekecik dulu family org susah. Derjah 6 Cik Gayah dah keje kantin time rehat. Bkn sbb nk duit tp sbb nnt makcik kantin bg lebihan lauk utk bawa balik. Kalau ada lauk ayam ha seronok sgt. Dari kecik mmg x merasa bilik ada aircond. Bila gi rmh sedara yg ada aircond rasa mcm wahhhh bapak kaya org tu. Dah umur 32tahun ni baru ada aircond dlm bilik sendiri. Cuba korg bayangkan tahap ke-terharu-an Cik Gayah..

Aircond bkn keperluan, tapi kehendak. Saya hendak mempunyai sebuah aircond sbb saya dh stress dgn keadaan hall rmh yg x pernah nk betul3 kemas. Puncanya sbb kami tidur berbentang tilam kt hall rmh. Igt x Malaysia sejak 2 thn lps ada bulan2 yg bahang sgt3? Rmh sewa kitorg ni 2 tingkat. Kat hall pun bahang, apetah lg bilik tidur kt atas. Udara panas kan ringan, so dia byk berada di kwsn yg lebih tggi. That explains knp bahagian atas rmh kitorg bahang dia mcm sauna. Pakai kipas pun sama je bahangnya. A yg sejenis xde hal tidur dlm keadaan berpeluh pun tak sanggup nk tidur atas. Apetah lg saya yg pernah ada sejarah sakit kt bahagian otak. Lg la x blh panas2 ni. Kang jd sakit kepala lain mcm.

Lama dh plan nk beli aircond tp sblm ni belum mampu nk beli. Range harga aircond 1HP (horse power)+ inverter biasanya RM1200 ke atas. Mampu survey jela. Tu pun A sesegan nak tanya byk2 kt sales person pasal aircond sbb dia tahu end up dia takkan beli masa tu jugak lulz. Sampailah baru2 ni, Allah kabulkan keinginan nk memiliki sebuah aircond. Dulu pernah survey kt Sen Heng and mmg jodoh beli kt Sen Heng jg akhirnya. Kau tgk ayat Cik Gayah syahdu tak syahdu cerita pasal beli aircond. Kau jgn memain Halimah.. Cik Gayah sensitip cerita pasal aircond ni tau..

Ngam2 je parking depan Sen Heng, Affan nk menyusu pulak so saya suruh A masuk dulu usha2 supaya nnt xde lama nau kt dlm tu nk buat pilihan. By time saya masuk kedai, A dh shortlisted 2 brand : Panasonic dan Sharp (sbb 2 brand & model ni jek yg ada feature air purifier kt Sen Heng tu. Hok lain takdok). Good job A, senang keje Cik Gayah tayah juling2 mata nk buat pilihan.
Brand SHARP

SHARP : installation fee RM84



Brand PANASONIC

PANASONIC : installation RM164



We end up bought Sharp sbb 1) design dia curvy sikit. Yg Panasonic tu bg saya too rigid. 2) With member price, total harga Sharp lg rendah (walaupun dah add up delivery + installation fee + extra warranty). Saya add RM152 utk warranty berapa tahun ntah x igt pulak tp yg pastinya mmg lama la hahhaha.

Kalau beli online tak jumpa pulak option utk extend warranty period.  

Just in case ada yg perlukan panduan sblm membeli aircond, maybe boleh baca info ni. Saya pun langsung tak expert ye tuan puan, sekadar berkongsi apa yg saya faham je hihi.

HORSE POWER
Nak pilik berapa horse power? 1HP ke, 1.5 HP ke, 2HP ke..
Rule of thumb dia, lg besar ruang, lg byk bilangan HP kena ada utk memastikan ruang tu dapat udara sejuk yg ideal.

INVERTER
Nak beli yg ada inverter ke non-inverter?.
First, kena faham/tahu apa fungsi inverter.

Inverter ni function dia utk jimatkan penggunaan electrik.
Yeee ke?
Iye.

Macam mana inverter boleh jimatkan penggunaan elektrik?
Macam ni..
Inverter boleh mengawal kelajuan kompresor aircond. Kebiasaannya, masa kita baru switch on aircond, kelajuan kompresor adalah laju (utk keluarkan suhu sejuk secara cepat). So masa ni, penggunaan elektrik tinggi. Tapi lepas lebih kurang 5 minit, suhu dlm ruang bilik dah mencapai tahap yg ideal, so masa ni kelajuan motor kompressor dah boleh dikurangkan (penggunaan elektrik berkurang).

So?
So.. kalau aircond takde inverter technology tu, kelajuan kompresor akan di tahap laju setiap masa sampaila kita switch off. Bila laju sokmo, penggunaan elektrik pun banyak sokmo sampaila kita tutup aircond. Pendek kata, tanpa inverter, bila dah tutup aircond baru xde penggunaan elektrik. Selagi aircond digunakan, selagi tu penggunaan elektrik sentiasa banyak/tinggi.

AIR PURIFIER
Perlu atau tak?
Ni feature tambahan. Kalau kt rumah korg dah memang ada air purifier atau diffuser, tayah amik aircond yg ada feature ni pun takpe. Fungsi air purifier basicnya utk membersihkan udara (dari bakteria) dan menghilangkan bau-bau yg tak enak.


Beli hari Sabtu, minta hantar hari Khamis. All were good Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.



Uncle yg pasangkn aircond tu baik. Ni no dia kalau korg nk guna service dia. 
UNCLE VINCENT +60 19-331 1867

So now dah ada aircond, xde alasan dah xnk tidur kt bilik atas. Hall pun dah boleh kemas sekemas-kemasnya. InnnnnshaaAllah. 😊😊😊


Tuesday, August 14, 2018

Sesi Luahan

Musim bahang balik, kan? Dah seminggu juga asal pukul 12 ke atas je mesti saya terbangun sbb muka berminyak2 dahi berpeluh2 pastu zass amik towel, mandi. Kalau belum isyak sblm tidur td, isyak terus lps mandi. Dah settle tu biasanya akan terkebil2 cari makanan kt dapur.  Biasanya makan roti jela. Kalau rajin sikiiit, buat scramble egg, letak kt roti, tuang sos cili, katup dua. Kalau tak berapa nk rajin, sapu je peanut butter. Kalau ada milo ais A tapaukan utk dinner mgrb td, slurrp slurrp sedapnyeee minum time2 bahang gitu kan. A ada je pesan kalau lapar tgh2 mlm, kejut la dia, nnt dia gi tapaukan pape. Tp xpe, yg tu kita simpan utk kegunaan masa kita ngandung nnt. Baru la rasa princessnya bila ngandung lalalala.

Oh lupa nak introduce. A tu suami meolls ler. Panjang nau nak taip en.Ubi hahah. Kasi anjakan paradigma sikit panggil beliau A je kt sini.

Ha balik pasal cerita pasal bgn tgh malam. Bahang satu hal.. nk dijadikan cerita ntah knp sejak malam kelmarin, tetiba saya dgr bunyi air - mcm terlupa tutup pili air/pili bocor. Jenuh A check kt dapur, kt bilik air, kt shower room, pili all ok. Takde lgsg kesan air paip tak bertutup. Tapi bunyi air mengalir tu mmg clear gila. A ckp, bunyi dari jiran sebelah kot.. hehh takkan lah kan.. sebab jelas gila kedengaran bunyi air tu. Last2 subuh smlm A dpt kesan dari mana dtgnya punca bunyi air tu. Rupanya dari tangki air rumah kitorg sendiri!

Tangki ni duduknya kt tingkat atas. Kitorg pulak mmg tak utilise pun tingkat atas rmh ni. Tidur pun kami bentang kt hall bawah je sbb atas, panas lit lit mcm kt afrika nun. Gitew hyperbola Cik Gayah. Sbb tu in the first place, tak ter-trigger pun punca bunyi air tu dtgnya dari tangki rumah.  Pelik gila knp tetiba tangki ni 'terisi' air. Maksud saya, all this while tangki tu tgh isi air sikit pun xde keluarkan bunyi apa2. Tetiba kelmarin rancak nau bunyi mcm tangki tgh fill up air. Pelik kan? Kan? Kan?

Dah 3 hari tp masih tak dpt jwpn. Sedikit terganggu dgn bunyi air tu sbnrnya. Sbb saya jenis yg kalau nk tidur, all kena gelap and silent. Unless kalau saya super exhausted atau makan ubat, then blh tidur dlm keadaan apapun. Honestly, ada je merungut dlm hati pasal rmh ni. Serba serbi ada je tak ok dgn this house. Kalau nk be demanding, ada la kot dlm 8pages saya list out kn apa yg kurang kt this house. Tapi, syukurlah Allah masih tak ambil sisa2 rasa insaf dalam hati ni. Lumrah sifat manusia kan.. iman turun naik. Lps merungut, alhamdulillah masih igt utk istighfar, masih blh doakan Allah tempatkan A dlm syurga, sbb beliau sediakan rmh ni utk saya dan Affan. InshaaAllah satu hari nanti Allah akan turunkan rezeki utk ada rmh sendiri. A selalu genggam tgn saya dan cakap camtu. Amin, inshaaAllah inshaaAllah.  Kitorg pun baru nk masuk 4tahun nikah. Kalau memasing anak ongkaya mungkin la kawin2 jek terus ada rmh/blh beli rmh. Tp ni x.. A bkn anak datuk. Datuk cucu berderet je. Saya pulak bkn PhD holder income puluh ribu sebulan.

Ada masa kita merungut bkn sbb kita lgsg tak tahu nikmat bersyukur. Tp kita merungut utk mengeluarkan apa yg negative dlm hati dan pemikiran kita. Let the negativity out and remains the positivity inside you. Merungut kalau blh membawa kpd kebaikan, apa salahnya merungut sekali sekala. Cth - saya selalu merungut tak suka ada cicak dlm rmh. Pastu A explain, cicak akan ada kalau rmh ada semut sbb cicak makan semut. So tindakan saya is to get rid off semut. Pastikan tiada sumber2 yg blh membawa kpd kehadiran semut. Ini termasuklah menjadualkan A utk buang sampah ke luar, sblm tidur setiap malam. A pun on je dgn jadual tu sbb smbil buang sampah, beliau blh fufu (smoke) kt luar rmh. All in all, one happy family. Tu yg penting.

Sama juga mcm menangis. Not all tears bermakna korang fail and terus forever at bottom low. Eh mcm beria nau pulak saya membebel. But hopefully uolls yg baca ni can get my points. Hm tu jela dulu kot nk luah for now. Tata!