Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Sunday, August 25, 2019

Masakan pantang mudah - Ikan tenggiri

Assalamualaikum!

Resepi ni lagi la simple nakmatikk. Jom cekidaouttt!

Bahan2 :

Sepotong ikan tenggiri
Lada hitam 10 biji
Garam kasar secukup rasa
Minyak setengah sudu besar

Cara masak :

1. Tumbuk kasar biji lada hitam


2. Lumur lada hitam yg dah ditumbuk pd ikan tenggiri. Sprinkle kan garam kasar sekali.


3. Utk memanggang/grill, panaskan minyak masak & terus letak kepingan ikan tenggiri tu td. Kiranya takyah perap semalaman ke setengah jam ke.. Lepas lumur terus grillkan.

4. Biarkan ikan dipanggang around 4-5minutes each side sblm panggang satu side lg.

Taraaaa!!

Crispy on the outside & yummy on the inside. Plus, heaven gila bila tergigit garam kasar tu hahahahah.


Selamat mencuba pd yg baru belajar memasak!

Friday, August 23, 2019

Masakan pantang mudah - Ikan bawal putih

Assalamualaikum!

Firstly mestila nk bgtahu yg Affan dah ada adik! Alhamdulillah.. 😀😀 Tapi all cerita pasal adik later la k saya storymori. Semua masih dlm draft box. Kita up cerita lauk pantang yg maha mudah dulu ni aci tak?

Nama menu :
Bawal putih steam bodo curah sup halia.

Mujurla ikan ni A beli dh siap2 disiang. Kalau blm siang, besar hrpn smpi ke sudah ikan ni saya x masak 😬

Bahan2 :
Ikan bawal putih
Bawang putih 2 ulas
Bawang besar 1/2 labu
Halia 1 ibu jari
Air
Kiub pati ayam knorr 1/2 kiub
Lemon 3 hirisan - if xde sokayy

Kekdah masak :

1. Prepare your steamer. Actually Cik Gayah takde steamer. So what I did.. saya pakai pot biasa (yg ada penutup) with penapis aluminium (big size).

Isi pot dgn air. Anggaran 1 1/2 cawan air. Masukkan jg 2 hirisan lemon. Ni konon2 nk hilangkan hanyir ikan la. Poyo jek Cik Gayah. Kahkahkah!

Mula didihkan air. Api sederhana saja ye puan. 


2. Letak ikan atas penapis. Selitkan 1 hirisan lemon kt mulut ikan bawal tu. Utk apa..? Ye pandaaiii... nk hilangkan bau/rasa hanyir ikan. Nak letak hirisan halia & bawang putih pun boleh.


3. Tutup pot supaya wap air terhasil sekaligus meng-create-kan kaedah steamer.

4. Steam kan ikan bawal anda selama 20-25 minit. Sementara tggu ikan bawal masak, bolehla pi basuh beras & masak nasi.

Juga, boleh lah start masak sup halia utk dicurah atas ikan bawal satgi.

Juga lagi, boleh lah buat roti ice cream kepit ni sat buat kunyah2 sbb ibu menyusu mmg lapar sokmo lulz.


5. Cara buat sup halia. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar & halia sampai caramelize sikit warna depa.

Kemain nyebut caramelize.. pdhal nk suh bg bahan tumis tu bertukar warna jd garing2 manja jek. Ni semua pengaruh 'Chefs' Line' nengok kt Netflix malam2 masa tgh pump susu utk adik.


6. Masukkan air. Nak kuah byk, masuk air byk sikit.

7. Masukkan jg kiub pati ayam knorr.


8. Angkat ikan bawal putih dh siap steam letak dlm mangkuk. Then curah je sup halia yg dh siap masak td.

Taraaaa!!

Nampak mcm pale sikit kan the color? Tp rasa dia... fuhh.. mkn dgn nasi panas2. InshaaAllah susu bdn meriah sbb lauk sedap jd nasi mkn bertambah hahahah!



Selamat mencuba kpd yg baru nk belajar masak!


Wednesday, June 10, 2015

Berpantang Keguguran : Apa yg saya makan, guna, pakai, dan buat?

{auto published entry}


Kemain panjang tajuk. Entry ni pun mmg dah siap draft cuma nk gali gambar dari folder ntah maa-mana yg buat lambat di publish. By the way, entries sebelum ni sarat dgn ayat panjang berjela lotih nak baca, kan..? but hey it's okay, I dont mind typing long asalkn benefitial for some who's purposely looking for it.

Kali ni inshaaAllah selang-seli dgn gambar. Jom start tour berpantang keguguran with my style.


*****


1. Luaran

Berstokin. Of course utk ibu-ibu yg dlm pantang x kisahlah berpantang bersalin normal ke bedah ke keguguran ke, pakai stokin is a must! Kenapa? Bg mengelakkan 'angin sejuk' masuk dlm bdn ikut tapak kaki. Apetah lg rmh jaman skrg ni kn bersimen bermosaic. Kang kembang urat2 dlmn, bentan pulak. Na'uzubillahiminzalik. Na'uzubillahiminzalik.


Peha kanan bercinta dgn peha kiri. BERKEPIT 24jam

Kain batik tu buat syarat je. In my case takde jahit apa kat bawah tu jadi nk pakai seluar pun boleh. Tapi utk maintain feel berpantang, seminggu pertama saya tekun berkain batik.

Tp sebelum jumpa stokin (kami baru pindah rumah jd x jumpa stokin), kita balut dgn selimut dulu. Janji kaki x masuk angin. Tukang balut, tu yg pakai kain pelekat biru tu :)




Bengkung. Masa kt rmh mertua, kakak ipar saya bg pinjam her bengkung yg jenis stripe (white cotton material). Kakak ipar saya ni big size sikit orgnya. Dia dh pesan, nnt pandai2 la adjust bengkung tu (while I'm looking at my 25-26" waist -_-'). So by time en.Ubi cuba pakaikn saya that bengkung, punyalah kami mengekek2 ketawa kami suami isteri sbb dh adjust gitu gini bengkung tu tp still tak fit me well. Kalau terlebih lipat the bengkung, nnt x jumpa hujung nk stripe. Kalau terkurang lipat, nnt londeh bebenau bengkung tu. End up saya pulangkan.

Bengkung sendiri. Brown color.
 
Dh berpantang hari ke-5 baru en.Ubi berkesempatan belikan saya bengkung sendiri. Jenis stripe juga. Free size tp padat dan kemas bila saya pakai. Sekali lilit jek. Brand V'Asia. Rm33 tp dpt discount jadi Rm30. Beli dkt kedai jamu dlm Jusco Au2. Pakai 2hari je perut dah kempes. Tak tahu nak rasa ceria ke rasa sedih -_-"



Minyak panas. Saya pakai minyak ni je. Beli dari kawan. Rm10 mcmtu ke belas2 sikit. Minyak ni berangin dan beraroma lemon. Takde bau2 typical minyak angin yg berherba sgt. Walaupun bau lemon tp rasa panas minyak ni tetap best. Plus dia jenis roll on dan kecik jd sgt covenient. Saya beli dan pakai ever since sblm pregnant, sampai skrg blm hbs (saya kerap pakai tau. En.Ubi pun). Ni buat sapu kt perut, betis, tapak kaki, pinggang, tengkuk, hidung, kt kepala pun saya sapu kalau pening. Alhamdulillah minyak ni serasi dgn saya. Saya tak berani nk sapu yg pati halia mustajab tu sbb saya ni bdn dh x byk isi, kang terlebih mustajab pati halia tu dgn kulit2 saya kempes.




*****


2. Dalaman


Manjakani & Pati Halia. Kakak ipar belikan. Makmen pesan mesti minum ni utk kecutkn rahim semula. Saya belum minum sbb mcm berdebar2 takut tekak x boleh terima. Tp saya akan minum juga sbb dh tak sanggup dgr en.Ubi membebel knp tak minum knp tak minum demi menjaga kesihatan dalaman.



Tungku. Saya nk beli tungku ni sebab tungku ni boleh re-heat guna microwave. So saya survey through insta and saya contact this seller. Tp tengok apa dia cadangkan.



Hee. She suggest mcmtu sbb dia rasa rumah saya ni dekat dgn Kemensah. Tp saya rasa mcm jauh bebenor je -_-" Whatever it is, sampai ke sudah takde pun merengek kat en.Ubi soh pi cari batu sungai tu. Perut pun dah kempes sekempes kempesnya ni ha. Plan B berkaitan tungku ni (sbb mcmana sekali pun, nak bertungku), berharap kat tukang urut kalau ada rezeki nanti. InshaaAllah.

 



*****

3. Makanan

Saya ada 3 kategori makan.
1. Breakfast. Breakfast every day without fail menu nya ialah cream cracker HupSeng cicah milo panas kurang manis. Sedap tak ingat. Sekali hadap adela dalam 10 keping biskut. Pastu slrrp slrrp air milo panas-panas. Aduh duh duh~
2. Lunch & Dinner. Nasi putih baru ditanak atau bubur kosong, ikan bilis goreng dgn lada hitam, bawang, & cili padi / sup ayam / sawi masak air dgn ayam. Masa berpantang kat rumah mertua, makmen buat nasi ayam. Ya Allah SIN - DAL - PA SEDAAAAAAAAAAAAAAPPP!!! Siap tambah nasi hirup-hirup sup. Alhamdulillah bertuah badan makmen pandai angat masyak au *tak amik gambar nasi ayam takut makmen ingat bentan tak pernah jumpa nasi ayam apa menantu ku ini?*
3. Kunyah2. Yg ni boleh jadi at any time. Setakat ni anggur merah dan cornflakes tak pernah putus. Oh that day masa kat rumah mertua ganti anggur dengan buah epal merah. Minta tlg en.Ubi kupaskan kulit bila mkn epal merah tu tetiba rasa mcm eh sedap juga epal merah rupanya. Selalu saya tak pandang epal merah ni. Saya suka epal hijau. Masam-masam.


Dari segi makan, kalau ikut my in laws, they didn't ask you to strictly do not eat this and that. Kakak ipar sulung saya berpantang keguguran, maggie pun she bedal. Wuwuwu saya tak beranilah nk hardcore to that point.

Honestly, bg pendapat saya, makan dalam tempoh berpantang keguguran mudahnya begini : yg mana obvious mmg tak boleh consume like iced water, cold water, ikan tajam2 (pls don't imagine ikan buntal), buah-buahan (terlalu) sejuk/panas like tembikai, pisang, durian, sayur menjalar (you can simply google those), jgnlah buat degil pi makan juga. Tu mmg sendiri cari penyakit.

For others yg kita confuse2 eh boleh makan ke ni ye like chocolates, roti, gula2, you can always try makan in small quantity once, then you monitor how your body reacts. For example, there was this one night, sugar level saya rendah. Nk makan biskut kering tak sesuai sbb saya perlu cari benda manis utk stabilize my sugar level. Nk buat milo tak larat. Gula2 takde. Yg ada coklat Kitkat. Saya baca ingredients pd wrapper Kitkat tu. Ada yis. Yg saya tahu, dlm pantang jgn makan benda berunsur yis sbb tu kalau nk makan roti better go for roti bakar. Tp sbb saya takut saya black out pengsan sorang-sorang kat rumah, so saya telan juga kitkat tu. Dgn niat nk ok kan sugar level. Mula2 mkn satu bar je, mcm ok. Mkn lg satu bar, eh sedap pulak. Last2 habis semua 4bar. Mlm tu saya tidur ok je. Tp the next day saya rasa mcm loya2 sikit. So saya tak makan dah coklat. Semalam kejadian sama berlaku lg and again saya gigit sikit kitkat just to stabilized sugar level. Bukan mkn kitkat utk sedapkan tekak mcm sblmnya. And today, alhamdulillah, takde loya2. Roti canai pun saya try makan tapi tak cicah kuah dal/kari. Saya cicah dgn susu pekat mcm zaman blm sekolah dulu. Alhamdulillah, makan roti canai cicah susu pekat dalam tempoh berpantang ni bdn saya takde rasa tidak ok.



Ubat. Atas nasihat doktor, saya continue makan all this medicine yg saya dapat masa mengandungkan baby I. Doktor cakap takde masalah utk saya continue and habiskan those medicines. Sesekali bila saya headache dan nak cepat2 hilangkan sakit kepala, saya makan paracetemol. Pun yg ni saya beli kt klinik masa tgh mengandungkan baby I.

*****


4. Kebersihan

Part ni intimate sikit tapi inshaaAllah 
demi manfaat wanita yg senasib dgn saya (keguguran), saya kongsikan juga.



Saya mandi air suam togel. Takde rumput-rampai dalam baldi air mandian saya. En.Ubi akan masak satu kettle air panas, beliau curah dalam baldi, then saya tambah dgn air paip ikut takat suam yg badan saya boleh terima. Biasanya kuantiti air tu akan jadi 3/4 dari saiz baldi. Tempoh saya mandi bergantung pd air. Selagi air baldi tu blm habis, selagi tu saya duduk atas toilet bowl jirus2 air ke kepala, badan, kaki semua. Biasanya dgn syampu, sabun, gosok gigi, around 15minutes kot.



Saya syampu rambut guna Head & Shoulder biasa. Ada entry dr blogger lain yg pesan jgn guna syampu with menthol sewaktu berpantang. Head & Shoulder yg ada dlm bilik air kami takdak menthol rasanya. Tp demi berwaspada, cara saya bersyampu camni : Basahkan siap2 rambut dgn air mandian. Tuang syampu kat tapak tangan (kuantiti syampu around size duit 50sen), letak air sikit, terus gosok2 guna kedua belah tapak tgn. Bila dah ada buih sikit, baru bawa syampu td ke rambut. Tonyoh2 rambut ala kadar, sekadar saya rasa semua rambut dh kena the syampu (tak perlu tunggu buih byk2 atas kepala) then bilas. Hasilnya? Rambut cun je. Walaupun teknik syampu setakat 2-3minit je, tapi sebab kita berpantang makan, jd rambut tak banyak masalah. Ini teori saya la. Wallahu'alam.

Tu part syampu. Part jaga kebersihan yg di bawah tu pun kena ambil berat. Saya pakai sireh ayu warna pink tu ha. Tp sebenarnya saya lebih suka yg warna hijau. Yg tu mmg bau daun sireh, kira bau herbs la. Kelebihan pencuci wanita ni rata-rata sama je - ph yg sesuai utk dia. Bila ph sesuai, nak sental sabunkan lama mana pun saya rasa mcm tak risau. Lagi lama sental sabunkan dia lagi rasa bersih dan ayu suci.

On top of that, jgn lah malas tukar pad/panty liner. Wanita yg melahirkan atau keguguran akan mengeluarkan darah kotor yg kita panggil sbg darah nifas. Kalau ikut kajian kesihatan, sekali pemakaian pad sesuai utk tempoh 5-6jam (ni utk amount of darah yg biasa, tak terlalu heavy). So maksudnya dlm sehari, penggunaan pad 4-5 keping adalah wajar. Jgn rasa nk jimat nau sampai sehari tukar 2kali je. Kesian dia, nanti mcm2 kuman pulak serang. Kalau betul nak jimat, bila darah nifas dh slow down (berkurangan), boleh tukar pakai panty liner dah.


*****

5. Aktiviti

Tentulah rindukan baby I, ingat Allah, makan, tidur, tengok tv, browse internet, melahu, ulang-ulang. There was a day saya cuba2 basuh pinggan, tuptup darah nifas turun lebih dr kebiasaan. Jd saya maklum sendiri, kena rehat mean sila duduk atau baring sahaja. Nak apa-apa kena minta pertolongan en.Ubi. Rumah bersepah, dapur tak kemas, pejam mata. Dah habis pantang nanti baru senseng lengan ngemas.

*drama favorite saya sepanjang berpantang ni ialah drama korea tv2. tajuknya My Kids Give Me Headache. Pukul 5-6petang*


*****

Masa mula2 nak berpantang, saya ada anggapan yg I have to spend like at least RM300+ or maybe up to RM1k utk segala hal berkaitan pantang ni. Manakan tidak, tengok set berpantang yg ada di pasaran je dah berapa ratus ringgit. If ada rezeki, go ahead. Mungkin mmg lagi mudah beli yg set berpantang tu. Semua benda dalam set tu dah sah-sah utk keperluan ibu berpantang. But unlike me myself, masa nak kena berpantang ni lah ada hal lain yg lebih memerlukan duit. Jd saya pilih cara yg jimat cermat mcm ni. Kalau nak compare dgn wanita seangkatan saya di luar sana yg ada set berpantang plus panggil mak bidan urut 3-7hari, berlauk pantang ikan siakap setiap hari, memang ada rasa jeles dan sedih sayu sikit. Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri, Ini rezeki yg Allah turunkan buat saya saat ni. Ini yg termampu suami saya sediakan saat ni. Saya harus redha sebagaimana beliau juga redha menerima saya apa adanya sbg isteri. Dan hasilnya, saya rasa kos berpantang saya alahai berapa ringgit je rupanya! :)

Selepas kesulitan ada kesenangan 
(petikan surah favorite saya, Insyirah)
  
Semoga bermanfaat! Tata~




Saturday, May 30, 2015

Berpantang Keguguran : Hari pertama

{auto published entry}


Cerita tentang moment keguguran rasanya dh hbs. Kalaupun ada yg tertinggal, mungkin bab bil - berapa kena charge in total. Part tu nnt esok saya godek2 cari kt mana en.Ubi simpan bil semua. Tengah berpantang ni rajin juga nk berblog sbb rasa nk kenang sampai bila2 sambil nk hiburkn hati sendiri pun ye jg. Kalau tak dihiburkan nnt terikut perasaan rindu kt baby I, bahaya pulak.

Baru beberapa hari berpantang, soal hati dan perasaan I must admit mmg a bit challenging. Semoga Allah memudahkan saya 'melepasi' tempoh berpantang - semoga xde benda yg meng-stress-kan saya. Oh wanita yg keguguran juga tersangat digalakkan berpantang ye mengikut nasihat org dulu2. Saya tertanya juga knp mat saleh tak perlu berpantang ek tapi badan deme lebih solid dari asian people yg berjamu bertungku segala. Saya tak jumpa jawapan. Takpelah, sbb sedar diri ini xde setitis pun darah mat saleh, makanya berpantanglah saya. Feeling mak-mak sangat bila nak menulis entry pengalaman berpantang keguguran :) But I'm tooootally ok with the feeling of being mak-mak sbb perasaan ni buat saya rasa baby I would have known how much I miss and of course love her :')

Oh ibu misses you, honeybun..!!


*****


So, pantang. Saya blh dikatakan berpantang sendiri di KL. Hari pertama berpantang sendiri tanpa pengawasan org-org tua, saya rasa mix feeling sgt. Sat sat rasa sedih sbb byk sgt yg saya tak tahu. Ini boleh makan ke, itu boleh minum ke, macam ni boleh buat ke. Google and whatsapp helped me a lot, and of course en.Ubi the great bidan. Balik je dr HKL sepatutnya saya dah mula berpantang, tp sbb semuanya berlaku terlalu pantas, dan ketandusan ilmu, dan juga sbb terlalu lapar, maka saya bedal je mkn fish and chips pukul 1pagi lps balik dari HKL. Sebenarnya teringin nk mkn bubur kosong (the moment settle hal kat hospital, terus niat nak berpantang strictly) tp org warung tak buat bubur pulak malam tu.

Fish tu wallahu'alam org warung tu pakai ikan apa.
Chips tu pulak nk dijadikan cerita org kedai tu pakai chips made of ubi kayu. Bedalll.
Coleslaw pun saya terrrsuap sikit.
Air, saya teguk sekali sahaja teh ais en.Ubi walaupun paling tahu bahawa org pantang tak boleh minum ais.
Dah esok-esoknya baru tahu yg org pantang (keguguran especially) tak boleh take foodies yg ada unsur ubi kayu (remember my chips?) dan kobis (remember my coleslaw?) Nasib la hai badan.. :/

Byk juga list of lauk-pauk, ikan-ikan, buah-buah yg org berpantang kena elakkan rupanya. Bila dpt tahu ni, mix feeling lagi sedih pantang sorang2 :( Depan en.Ubi buat2 kebal boleh je berpantang sendiri sbb taknak beliau susah hati. En.Ubi insist saya duk rmh his family sbb makmen saya mmg dh berpengalaman sesangat jaga org dlm pantang (both pantang bersalin & pantang keguguran) tp saya mcm berat hati sikit nk menyusahkan makmen and ipar duai semua. Demi mendamaikan hati en.Ubi, saya turut kan jugalah permintaan beliau supaya balik ke kampung mertua. Tapi tak lama pun kat kampung.. 2 malam je, lepas tu balik kl semula sbb ada hal.


*****

Hari pertama officially berpantang:

Bangun mungkin dalam pukul 8pagi. Minta tlg en.Ubi sediakan air panas utk mandi. Mood swing masa ni, mudah betul monyok kalau ada apa-apa yg en.Ubi buat tak berkenan di mata. Thinking of it now, penyabarnya suami mithali saya ni *sebak* Tengok dlm baldi hanya air panas sesaja pun saya sedih. Yelah, org lain berpantang mandi air herba segala. Air suam saya togel je *sebak lagi* Saya duduk di atas toilet bowl dan en.Ubi siram2kan air suam. Saya tak basahkan rambut sbb tak sure org berpantang boleh basahkan kepala ke tidak. Berus gigi, sabun, mandi semua tu adela dalam 15minit kot. Ikut pengalaman org lain kat google patut mandi 5minit jek sbb takut badan 'sejuk'.

Kami kan baru juga pindah rumah, kain baju mmg belum sempat saya sort out jadi antara yg penting saat ni tp tak-tahu-ada-dalam-beg-mana ialah kain batik dan stokin. Solution saya, pakai kain telekung kebetulan kain telekung bukan jenis yg bergetah pastu saya minta en.Ubi balut kaki saya dgn selimut utk gantikan stokin :p

Saya minta tlg en.Ubi simpulkan kain telekung ketat2 kt perut sbg ganti bengkung *sebak lagi*. Lps tu en.Ubi keluar beli breakfast. Utk saya, beliau belikan biskut tawar 4segi (cream cracker cap ping pong) dan beliau punya bihun goreng. En.Ubi buatkan saya milo panas. Cicah dgn biskut segarnya rasa. Sikit pun saya tak mengecek bihun goreng en.Ubi. Alhamdulillah, bangga dgn diri sendiri sbb tak terliur nk mkn bihun goreng :)

Lps breakfast, en.Ubi sediakan asid folik, iron tablets, vitamin b complex dan duphaston sbb doktor yg treat saya kat EPAU suggest saya continue habiskan ubat2 tu. Stgh jam lps tu, en.Ubi suruh saya baring berehat (read: tidur balik) while he do house chores.

Tengahari terjaga sendiri sbb badan berpeluh. Semua kipas dlm rumah on slow speed sbb taknak bagi saya sejuk. Lapar. Bgtahu kt en.Ubi dan beliau masak kan nasi. Cuma lauk je terpaksa beli kat luar (ready cook) sbb kepala gas rosak. Saya google cari lunch menu org pantang and decide utk makan sawi masak air dgn ayam. Saya keep on reminding en.Ubi utk bgtahu kat org kedai yg lauk tu utk org berpantang. Alhamdulillah, dapat apa yg dihajati. Air, minum air suam. Sedap? Alhamdulillah, sgt kena dgn selera dan mengenyangkan!




Pukul 6.00petang merengek kat en.Ubi nak mandi tak tahan badan berlengaih dan nak makan nasi. Kali ni en.Ubi belikan lauk ikan bilis goreng dgn lada hitam. Gambar takdak sbb masa ni entah angin apa merajuk nangis2 jenuh betul en.Ubi nk melayan sampai makan pun en.Ubi suap dlm bilik. Haih la jiwa.. Lps mood dah ok, hantar en.Ubi pergi kerja. Hantar ke muka pintu jelah. Ye, en.Ubi kerja malam hari pertama saya berpantang. Sedih kan...? *cry a river*

Tgh malam lapar sorang-sorang kt rumah, buat susu enfagrow lps tu makan dgn cornflakes. Selain tu mengunyah anggur purple merah dan juga biskut tawar 4segi. Kalau perlu ke bilik air, saya akan bawa hp sekali just in case kan. Dan saya sgt mind my walk sbb sgt berusaha elakkan tersadung apa-apa.

Aktiviti malam selain mengunyah, saya sibukla cari lebih info tentang berpantang kerana keguguran. Start juga survey tentang bengkung, tungku moden, dan orang mengurut. Any hasil from the surveys cerita kemudian. Entry berpantang satu hari pun dah too wordy.

Jom berehat.