Showing posts with label makan lagi. Show all posts
Showing posts with label makan lagi. Show all posts

Tuesday, February 12, 2019

Review KILANG KITCHEN

Assalamualaikum.

Padahal ada org request further entry pasal new joiner kerja kerajaan, tapi mood tgh takde ke arah nk bercerita tentang tu. Kalau kat email pulak, masih berderet org email tanya tips tanya pendapat tanya hal2 yg berkaitan dgn interview kerja kerajaan.  Sama kategori, takde mood nak menulis tentang tu. Maafin ya.

Mood yg ada skrg ni is nk bercerita pasal tempat makan - Kilang Kitchen.

Ada haritu teringin nak makan ABC yg sesedap. Google, then entah mcm mana terbaca pasal Kilang Kitchen kat area Danau Kota, Setapak. Siapa tahu kedai bundle Baden Baden, ha bekalang Baden Baden tu je sbnrnya. Kt situ takde ABC tp ada bingsu. Tukar plan nk mkn bingsu sbb Affan actually tgh flu, so kalau ABC kan dia mcm very icey. Kalau bingsu tu dia tak as icey as ABC getus hatiku LOL. Then ada terbaca gak kt situ takoyaki sedap. Ha, sedang molek lah tu.. lawan makan bingsu ngan takoyaki sbb rasa nk mkn light2 je pun malam tu.

Lps solat maghrib terus gerak. Kami sampai around 8pm. Parking space very easy and convenient. Keluar je kereta dh blh dengar suara buskers menyanyi. Sampai kt dalam Kilang Kitchen tu, first impression was.. "O, kecik je tempat ni.." And yes, dalam tu cramp/crowded - as apa yg org selalu bg review tentang tempat ni.


Yg paling hujung tu is booth Kilang Kitchen. Booth paling besar (panjang). Kt booth tu la jual bingsu dan dessert ala2 menu kt Dip 'n' Dip. Air minuman pun kt booth tu sahaja. Tempat ni actually berkonsepkan foodcourt. Keliling tempat ni ada byk booth/stall (10-15 stalls tak silap), tetengah tu meja kerusi. Korang boleh order dr mana2 booth yg korang nak. Masa order, kena bgtahu nombor meja. Ada booth yg kena bayar sesiap nnt org dia hantar makanan ke meja, ada booth yg makanan dah sampai kt meja, baru bayar, ada pulak booth yg lps order, dpt nombor giliran. Nnt kt booth dorg ada display nombor giliran siapa yg menunya dah siap, sila lah datang collect.


The buskers. Boleh tahan.. bukan kategori buskers yg menjerit2/membingitkan. Kalau nampak ada bangunan putih hujung sana tu, ha tu kedai RM2. Parents yg nk mkn kt sini dan ada toddler, bolehlah umpan anak2 mencukai kt kedai RM2 tu. Dapat seketul mainan RM2, inshaaAllah aman sikit dunia korang nak mencekik.


Hasil cukaian. Tractor RM2. Balik-balik beli tractor, balik-balik beli tractor. Boringgggg~

Kerusi meja very limited. Atau sbb tempat ni tgh viral, jd yg dtg mmg ramai gilos membuatkan kerusi meja tak cukup. Masa kami dtg malam tu, adela dlm 15 minit tggu turn meja kerusi. Itupun sbb ada a couple yg cuit saya suh cecepat amik tempat dorg lps dorg selesai makan. Diorg kesian agaknya tgk saya tercangak2 cari meja kosong sambil dukung Affan 11kg 😁


Mango bingsu dari booth Kilang Kitchen. RM12. Utk harga ni, ok ok la rasa dia. Nk sama rasa mcm bingsu kt restoran2 korea (Sopong ke cthnya..) yg harga semangkuk RM20+ tu, memang jauh panggang dr api la. Tp utk harga RM12 takat nak lepas kepingin merasa mana rupa bingsu tu, boooolehla... A beratur order dalam 15 minit. Tggu bingsu dihantar ke meja, 15 minit jg lebih kurang.


Meatball dari booth nama apa tak sure. Tp satu booth ni je yg jual meatballs ni. Harga pun saya tak tahu. Kena check balik dgn A sbb ni dia yg order and makan. Dia tak bagi saya rasa secoet pun sbb dia kata tak sedap πŸ˜…πŸ˜… A mmg jenis kenal tekak saya. Kalau benda tu tak sedap, tayahla jemput saya merasa. Nnt turn off terus deria rasa saya hahah. Sebenarnya A teringin nak makan char kuew tiao kt situ tp brother booth char kuew tiao tu kata, order ditutup sementara, nanti pukul 10pm baru dia open order balik. Masa tu pukul 8.45pm lbh kurang.. tp order yg brother tu dh accept terlalu byk and dia takut tak terbuat. Malam tu dia la tukang masak, dialah tukang cuci pinggan kt booth dia. Korang rasa??? Rasa tapayah la order hahah.. Anggap je takde rezeki nk makan char kuew tiao malam tu.

Mana gambar takoyaki?
Tak ada.
Tak amik gambar.

Sebab, takoyaki lambaaaaaaaat sangat siap. Saya dan Affan menuju ke kereta lps habiskan bingsu sbb nk bg chance kt org lain pulak duduk makan. A sorg tggu takoyaki siap (tapau je sudahnya). Takoyaki ayam 6 biji RM6. Beli kat booth Tako Maharaja gitu kot namanya. Rasa blh tahan sedap. Kategori tako malaysia sbb guna isi ayam, bkn guna chicken slice/chicken ham. Fish flakes dia tabur banyak and sos tako pun blh tahan sedap.

Overall, kalau nk dtg lepak2, rasanya tak berapa sesuai kt sini. Kt sini style eat and go. Satunya sbb rasa serba salah nk bertenggek lama dan makan slow2 sedangkan kt kiri kanan meja kita tu, org gigih menunggu dan berzikir bila kau nk habis, bila kau nk habis.. Melainkan korg gigih bawa kerusi dan meja lipat sendiri, ha yg tu nk bertapa 6jam pun ok. Keduanya, this place aint for family with baby/toodler. Budak2 mmg tak bebas nk ke mana2 sbb table2-to-table mmg berhimpit plus takde baby chair pun.

Tentang the foods, my comments are as per yg saya share kt atas tu.









Wednesday, November 21, 2018

Review PORMTIP THAI RESTAURANT

Tahap kestrategikan lokasi : 5/10.
Kalau dtg 6ish pm, parking ada 3-4 spot betul2 depan kedai. Kedai is corner lot.

Tahap keharmonian restoran : 3/10.
Lampu malap2. Kot yg suka suasana romantik tu ok la. Kot yg rimas dgn lampu malap2, mesti rasa agak menjajau nk ambik lauk. Table n seating arrangement ok. Tak terlalu close to each/next customer. Meja melekit! I. IS. STRESS.

Tahap kemeriahan pilihan menu : 7/10.
Tak meriah melampau yg sampai taktahu nk order apa. Very straight fwd and as per standard kedai tomyam.

Tahap kepantasan servis : 3/10.
Kita duduk kna panggil waiter beberapa kali baru dpt menu book. Lepas order, air cepat sampai. Good. Makanan, dlm 20minit sampai satu per satu dish yg kita order. Crowd lain yg ada masa tu dlm 3 meja with 2-4 pax per table. Telur dadar ngelas skali baru sampai (setelah nasi habis separuh pinggan)

Tahap kebagusan restoran : 5/10.
Cash only. So kalau dtg with whole big family, total damage RM300-400, you still have to pay in cash. Mind you ini restoran shoplot ye bukan restoran atas jeti. Kalau atas jeti rasanya blh faham kna byr guna cash je.

Tahap kerakusan harga : 8/10.
Tomyam ayam small pot RM10.80
Sotong goreng tepung (8-12 ketul) RM10.80

Tahap kelazatan makanan : 3/10.
1 point utk tomyam - pedas, pekat
1 point utk sotong goreng tepung - digoreng style tempura, bukan style cekodok
1 point utk air limau - not too sour or sweet. Just nice
Siakap masak steam halia x sedap langsung. Kuah rasa pahit
Telur dadar x sedap langsung
Nasi jenis nasi pulut, ok. Portion pun ok.

Will I come again?
Obviously no.

Will I recommend to others?
Obviously no jugak.

Kalau korang dh dekat2 area tu, better gi mkn kt Satay Station atau Wong Solo atau Kayu Nasi Kandar.

Monday, June 25, 2018

Nasi Beriani Asif M-Suites Jalan Ampang

Assalamualaikum semua! Lemau ke tu minggu pertama naik keje lepas bercuti lama? Mihmihmih. Saya minggu lepas dah memang start keje dari hari isnin. Tp tak stress langsung keje minggu lepas sbb bos semua takde. Keje pulak saya dah settlekan before raya, cuma ada satu task je pending. Kiranya dtg ofis lalalala jela. Sunyi je ofis. Syiokkk nya!!! Kan best kalau hidup memang sentiasa begitu hahahhahah.

Haritu en.Ubi teringin nak makan nasi beriani. Terus teringat kak Su - blogger Choyaya recently ada post cerita dia buka puasa menu nasi beriani dekat2 area ampang. Kak Su mcm biasa, kalau dia up cerita pasal makanan memang akan disudahi dgn ayat - terpaling sedap! Contoh eh, kalau dia post pasal tomyam so dia akan letak toyam terpaling sedap dalam donia! Kalau dia post pasal cupcake so dia akan letak cupcake terpaling sedap dalam donia! Kalau agak-agak dia tak boleh brain sgt tahap kesedapan menu tu dia akan buat ayat cenggini pulak - letak spenda ke apa? πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†Sakit perut gelak baca blog dia kalau keluar ayat camni tau! Exaggerate tau Kak Su ni hahhahahhah. Tapi Cik Gayah suka dia punya exaggerate tu. Buat kita tertelan-telan airliur nak merasa gak menu dia tu πŸ˜ƒ

Pernah je saya try tempat makan and menu yg kak Su post tapi tak kena selera sendiri. But sokayyy. Lidah, tekak, and citarasa manusia kan pelbagai. Tu dia dah tolong share tempat makan and menu best pun dah huntong sgt dah. Kalau tak, bebalik nak makan nasi beriani ke nasi arab ke, saya tuju ke Saba' Jelatek or ke kedai MakTam. Tapi suasana kedai MakTam sekarang ni mcm dah kureng sikit. Plus, sepanjang 3 tahun kitorang tahu kewujudan kedai Maktam ni, 3 kali dia dah berpindah lokasi. Dah kenapa MakTam? Nak tanya, mcm CikGayah nau pulak saya ni hahhahah.

Dah, dah. Mananye nasi beriani nya?



Beriani Asif restaurant yg menyediakan menu pakistan. Yg kat Jalan Ampang ni ialah cawangan kedua. First restaurant dorg kt Bangsar kot. Berpusing 2 kali gak mencari restaurant ni sbb kalau ikut waze, tetiba je kt tengah2 jalan sebelum traffic light, waze cakap "You have arrived. Your destination is on your left" Dah kelibut en.Ubi drive sbb tang mana Asif nya tak nampak pun. Rupanya.. restoran ni dia kt ground floor bangunan M Suite - Serviced Residence. 



sumber : google


Ini rupa signage building M Suite tu. Kalau drive malam, first time kat area sini, memang besar harapan tak jumpa jalan masuk sbb kebetulan kt depan bangunan ni penuh dgn blocks putih oren org tengah buat road construction. Apa pun, landmark building ni ialah ia terletak betul2 sebelah bangunan perkeso.


terpaksa letak confetti kat atas tu sbb lighting dlm gambar nampak terang bebenau


Masa sampai depan restoran ni, 2 kali saya tanya en.Ubi, ok ke nk makan kt sini? - sebab takde customer and kedai nampak sendu hahahahhhah. Maybe sbb decoration kedai ni so so plus lighting dia mcm serba tak happening bg pendapat saya. En.Ubi masa ni mcm dah seminggu tak makan, so takde dah nak cari2 kedai lain. Mari kita serbu. Parking disediakan free utk customer Asif. Ada beberapa lot parking kat basement bangunan ni.


En.Ubi order plain beriani rice (rm5/sepinggan) dengan chicken masala (rm10/semangkuk). Saya dapat rasa sesuap je nasi beriani tu so tak igt sgt how it taste. Tp lebih kepada sedapla. The chicken masala.. walaahh. Sedap! Tp utk org yg sensitive garam, mungkin akan kata salty masala ni. Tp it was almost perfectly flavored to my taste.



Saya order Cheese Nan je sebab sblm gerak gi sini dah makan nasi goreng kampung. Sedapnyaaaa cheese nan dia! Saya mcm lebih prefer cheese nan kat sini berbanding yg kat RSMY. Nan kat sini tak dry / crispy mcm kt RSMY. Yg kt RSMY tu pun bukanla crispy mcm crust pizza cuma nan diorg biasanya a bit dry. Yg kt Asif ni roti nan dia memang fluffy mcm pipinya Affan! πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ 3 keping gone cicah dgn chicken masala en.Ubi. En.Ubi sempat kidnap sekeping my cheese nan.













En.Ubi kata ni makan kat sini sempena birthday Affan ke? Sbb 21 Jun 2018 haritu birthday anak ibu yg ke-2. Ahahhahah comel jek umur baru 1 angka. Banyak ibu doa utk Affan. Biarlah jadi rahsia antara ibu and Allah πŸ’š  By thahh wayyy, sempena apa dah kalau ibu babahnya yg terlebih mentekedarah . Kekekkekekk.

Affan recently berselera makan flavored rice. Suka ibu tengok πŸ˜ƒ Badan pun dah makin debab, bila dukung tu memang berzikir la dalam hati "ilovemyson-ilovemyson-ilovemyson-bilanaksampainihaaa.." πŸ˜…


Dah kata babah makan kat sini sempena kan.. so moh le kita buat cukup syarat bergambo 3 beranak.

Perut kenyang.
Hati bahagia.
Alhamdulillah.




Credit to Kak Su for sharing this place!
https://surayasulatin.blogspot.my πŸ’š


Thursday, October 15, 2015

Ke Kedah Ke Kita? : Rumah Kelahiran Tun Mahathir dan Laksa Ikan Sekoq

Trip Ke Kedah Ke Kita? ni actually saya byk lepas tangan sbb saya cuma buat basic itinerary. Lps tu adik ipar berbijak-bijak ubah itinerary bg trip ni fun to the fullest. Fun to the fullest I mean by makan makan makan makan! Yezza we ate like having a cow's tummy :P

my travel buddies

Lps makan nasi minyak dkt Royal Ledah Golf Club, kami visit Rumah Kelahiran Tun Mahathir. All the way mmg kami bergantung pd waze dan google map. So much thanks to the technology. Hihi. Masuk Rumah Kelahiran Tun M, percuma. Ada 3 buah rumah yg blh pengunjung masuk. 2 buah rumah dikhaskan sbg information centre dan satu lg tu mmg rumah mak ayah Tun M. Kiranya mmg itulah rumah di mna Tun M dibesarkan. Guard yg bertugas kt dlm rumah tu bgtahu pd saya, dulu blh je nk ambil gmbr dlm rmh tu. Tp lps ada kes kecurian brg2 dlm rmh tu, terus larangan ambil gmbr dikuat kuasakan. Abg guard tu baik berbudi pekerti sesangat smpi cheq pun terkeluaq loghat utagha. En.Ubi geleng kepala tengok isteri x kuat iman suka nau tukar-tukar loghat. Kekekekek.

Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad

Rumah-rumah warna coklat ialah rumah tambahan dijadikan ruang informasi

Cuaca mmg panas dan bahang. So next mission, cari port minum petang. Kami ada 2 options tempat makan - Nasi Lemak Royale dan Laksa Ikan Sekoq. Ohsom punya ohsom, Laksa Ikan Sekoq menang!

How it taste?
YEWW WINNNN!!!!!

This is laksa kedah yow. Perfecto!
Ini je signboard kedai yg sempat di snap

Kami order laksa ikan sekoq dan cendol biasa. Dua-dua marvelous tahap mengidam-nak-lagi mengikut kata lidah saya. Laksa Kedah for sure a bit different from Laksa Penang. Saya belum pernah try pure Laksa Penang, makanya for now, Laksa Kedah Ikan Sekoq ni memang win-se-win-win-nya. Ulang lagi, win!!!

Yg bestnya lagi dekat kedai ni, kalau nak tambah laksa (kiranya second round order), FREE! Tapi sbb kami ada mission nak makan nasi lemak royale pulak malam kang, kita bawak-bawak tahan nafsu order laksa lagi ye nak..



Ikut plan asal, singgah Masjid Zahir ni, solat jamak maghrib dan isya', then terus hunting nasi lemak royale. Tapi takde rezeki. Allah tak jemput kami ke masjid ni. Lalu je.. Sayu pulak bila tengok gambar ni balik. Ye la, dah depan mata sgt dah, kenapa la tak singgah, kan? Ni la namanya bukan rezeki. Masjid ni cantik. Saya dari KL lagi dah niat sgt2 nak singgah solat kat masjid ni. Tapi.. hm.. itulah..

*For additional info, menara jam Alor Star pun dekat-dekat masjid ni je.

Tukar plan, balik hotel masing-masing, mandi, bersihkan diri, solat jamak di hotel, then keluar ke Nasi Lemak Royale.


Berlemak ke tak Nasi Lemak Royale ni? Tunggu next entry na! Cik Gayah nak tidoq dulu. Esok keja~









Tuesday, October 13, 2015

Ke Kedah Ke Kita? : Review Hotel


Rezeki berjalan ke utara ni atas sponsor adik ipar. Tq adik ipar, lain kali jgn segan-segan menyeponsor I lagi :P Kami tinggal jejak di Alor Star, Padang Besar, Sungai Petani, Ipoh, dan Kampar. Asal usul misi adik ipar ajak ke utara ni sbb dia nak attend kenduri officemate dia, tapi misi yg para penumpang ni (me & en.Ubi) pulak ialah memburu makanan best. Selesai misi food hunting ni, perut en.Ubi berlipat tiga. Tp den mcm biaso menten yo. Gahahhah.

*****

Review hotel
 
1. AST Hotel - The Good Things
Location wise, super close to exit Plaza Toll Alor Star Selatan. Keluar je toll terus dah boleh nampak signboard berapa km lg menghala ke AST Hotel ni. Oh hotel ni juga super dekat dgn Alor Star mall. Tapi kami tak singgah any mall pun sepanjang trip Ke Kedah Ke Kita ni. Fyi, en.Ubi yg bg nama trip ni. Gayah sangat suami Iolls ni~

Harga Standard Double Bed, book through Booking.com ialah RM76. Kalau direct walk in, harga yg saya tengok at the counter was RM90. Kami tiba di Alor Star around 10.30am dan dapat early check in without any additional charges! Tapi... Bilik yg saya book tu sebenarnya still occupied by time kami sampai. So, the receptionist bg suggestion utk kami upgrade bilik kpd Superior Double Room (upgrade size katil actually - queen to king - yg beza harganya cuma RM5!) dan boleh terus masuk bilik. Terus saya dan adik ipar (tokey keluar duit) setuju sbb beza harga RM5 je kan. Ce kalau RM50 beza, gigih juga kot kami tunggu sampai check in time pukul 2ptg tu. Kekekkekek.

Saiz bilik, ok-ok. Takde la spacious sampai boleh bersumo kat lantai, tapi cukup selesa utk kami 4org baring (katil king size kan..), tukar baju, solat, kunyah2 sementara tunggu nak serang makan nasi minyak. Kami letih dgn perjalanan 5jam Selangor-Alor Star tapi masing-masing tak boleh tidur bila dah masuk bilik. Sebab semua menggelupor dalam bilik tu wifi laju kauuu! Makanya en.Ubi dikerah utk mencari sesuap makanan kat tepi-tepi hotel tu. En.Ubi beli 2 bungkus nasi lemak ayam yg harganya cuma RM1 tapi sedap baq hang! Kami, berempat. Nasi lemak, 2 bungkus je. Memang betul-betul sesuap makanan en.Ubi bagi -_-"

AST Hotel - The Not So Good Thing

Toilet bersih, tapi smelly. Adik-adik ipar believe bau tu datang dari saluran WC. Tapi saya pulak rasa bau tu sbb en.Ubi berry :P


2. The Leverage Business Hotel Bandar Baru Mergong - The Good Things

Hotel ni more-a-less 15minutes dari AST Hotel. Adik-adik ipar tidur berdua kat sana. Kami suami isteri tidur berdua kat Leverage ni ha. Tapi sbb hotel kami tak boleh early check in, sbb tu dari pagi menumpang kat hotel adik-adik ipar. Hehe.


Toilet takdak bau! :)

Yg best juga sbb luar hotel ni cantik cun je malam-malam depa buat lampu bilik warna-warni. Plus point juga pd hotel ni sbb kanannya ada beberapa indi-cafe, kirinya ada 7E dan Maybank, belakangnya pulak ada foodcourt. Seberang kiri jalan besar hotel ni pulak ada Tesco. Hampir-hampir saya nak heret en.Ubi masuk Nagoya kat Tesco tu :P

Harga Standard Queen Room RM88, book through Agoda.com. Masa check in, bayar cash sekali dgn deposit cuma RM100. Kiranya refundable deposit cuma RM12. *refundable deposit kat AST Hotel was RM50

Wifi was awesome malam tu. Seronok, seronok :)

Ada cermin besar dan free maggie cup - 2 cups lagi tau.

The Leverage Business Hotel Bandar Baru Mergong - The Not So Good Thing

Bilik agak sempit kalau nak dibandingkan dgn AST Hotel tadi. Ruang nak solat dalam bilik takde langsung.

 *****

Hari kedua kami gerak dari Kedah masuk ke Perak pulak. 
Kami overnight satu malam kat Ipoh sbb nak food hunting 
dan bergambar kat Kellie's Castle.


3. De Parkview Hotel - The Good Thing

Hanya beberapa minit dari exit Plaza Toll Simpang Pulai. Waze atau Googe Maps je, inshaaAllah memang senang je jumpanya.

Hotel ni agak baru jadi memang the experience we had best nau nau! Bilik cun dan boleh dikatakan everything were new. Kali ni saya book Family Suite (2 Queen Beds, 2 TVs, 1 shower and toilet) through Booking.com pd harga RM168. Refundable deposit dorang minta RM50 tapi sbb masa tu cash in hand cuma ada RM20, maka kami terus terang je and they accept the RM20 :)

Both the aunty and uncle yg jaga reception sangat la baik dan ramahnya. Bila saya tanya recommended places utk makan, uncle tu dgn penuh semangat bagitahu kat mana nak makan. Siap bagi namecard restoran-restoran tu lagi.

Hotel ni pun dekat je dgn dataran ipoh yg banyak street stall tu.


3. De Parkview Hotel - The Not So Good Thing

Takde maggie cup, cuma ada kopi ipoh :P  Oh, dan takde hair dryer.

*****


Ok, habis bab hotel. Next entry bab food hunting pulak. Till then!






 

Wednesday, September 16, 2015

Takoyaki tersedap setakat ini

Jom main teka-teka lagi. Ni kat mana?



Hint sikit. Kat situ ada seating bentuk Y, and in three candy-colors. Oren, merah, kuning. Memang tema tempat ni ber-color oren, merah dgn kuning.

Model sedang duduk di atas seating Y oren

Dapat teka dah tak? Model memang tu jelah yg saya mampu hire. Nama glamer model ni, model temenung. Asal amik gambo je, pose sume nak termenung apekehey ntah. Kalau soh pose sikit, paling hebak beliau pegang dada. Bajet sado lettew.


Hah dapat tak teka?

Ok la. Ok la.

Ni dekat Sunway Putra Mall y'alls!

Building ni setentang PWTC. Sunway Putra Mall sbnrnya dah lama ada, cuma dorg baru renovate its interior and exterior. Mmg totally berwajah baru. Best! Best sebab dalam ni ada Daiso, Kaison, dgn DIY sekaligus. Puas hati den nak shopping! Saya ni org marhaen.. Takat beli tipuware atau kotak corak-corak harga RM5 tu pun dah masuk kategori heavenly-shopping. Huhu.

Dah 2kali en.Ubi bawa jalan-jalan sini. Sekali tu pergi hari bekerja, and the other day pergi on hari cuti. Hari kerja mmg agak kurang org tapi over the weekend pun ok lg, blm tahap penuh rakyat mcm KLCC nun.

Yg best lg kat Sunway Putra Mall ni is interior dia la. Dia besar, tapi tak memenatkan kita berjalan mcm IOI Mall Putrajaya, or OU, or Midvalley. Kedai-kedai pun dah banyak buka. Name it high brand outlet like Braun Buffel, Dressing Paula, Fareeda (kedai Fareeda pun ada kat dalam ni hokeh) atau yg average one mcm Kitschen, Padini, Uniqlo, pendek kata bestla cuci mata kat sini. Takdela org-org mcm saya ni yg tak banyak pitih ternganga bila masuk mall ni.

Lagi yg saya suka, style foodcourt dia. Rasa mcm ada seribu jenis tempat makan dalam tu. Heaven weyh! Ni saya tgh tggu Boat Noodle buka kat situ. (mmg coming soon akan dibuka kat situ)

Sebelum kita merasa Boat Noodle, saya nak gebang tentang this one Japanese restaurant called


T E P P A N K Y U K O

Restoran Jepun ni CONFIRM halal sebab tuan tanah nya orang Islam kita. The cook org Islam, the cashier org Islam, cuma ada sorang dua serving-helper yg bukan local people. The cook and the cashier (kitorang suspek cashier ni owner kedai sbb dia banyak explain pasal the kedai and the menu) baik-baik and buat kita selesa nak makan kat situ.

Menjak en.Ubi pandai makan takoyaki, semedang jelah beliau nak rasa takoyaki. Pantang nampak. So we ordered 1 set chicken & cheese takoyaki dgn 1set beef teppanyaki.


Teppanyaki kat sini sama je rasanya mcm kat Mr Teppanyaki tapi tapi tapi, perisa kat sini tak keterluan. Ngamngamsoi je. Kalau kat Mr Teppanyaki tu sokmo mujiburr yg masak set teppanyaki tu akan tabur seasoning setengah botol. Naik bergulung lidah kalau makan teppanyaki set kat Mr Teppanyaki sbb perisanya byk sgt. Tp yg kat Teppankyuko ni, again, ngamngamsoi. Dan yg paling penting, the cook, org Islam.

Jom kita beralih pulak pada menu seterusnya. Takoyaki!!!


Dia punya takoyaki ya Rabbi.. sedap tu dah tentu satu hal. Gemok-gemok pulak tu! Bukan takat takoball tu yg gemok, dgn fishflakes dia pun gedabak-gedabak tak lokek punya dia tabur. Puas hati ngunyah fishflakes dia. Teehee. Oh and the sauce. Mmmmmmmmm. Sauce tu ada kelainan sikit. Kelainan yg yummy. The cashier (yg kami suspek dia ni owner) bgtahu, sauce tu depa buat and modify sendiri. Sedap. Syabas encik cashier! Bila saya puji takoyaki tu sedap, dia cakap Alhamdulillah.. Huu, saya pulak yg sejuk hati mendengonya :)

Mula-mula belek menu, saya nak rasa California Roll dia (RM6.90/satu), tapi xde pulak. So tukar order takoyaki. Takoyaki tu RM5.90/3biji. Mahal 30sen dr takoyaki jusco tapi seriously, their takoyaki ni gemok gedempol. Beef teppanyaki td RM14.90/set.

Masa kami makan kat sini, sup yg comes together dgn set teppanyaki tu boleh refill. Almost 2 mangkuk jugala saya hirup. Sedap dihirup panas-panas. Kat Mr Teppanyaki tak sure boleh refill ke tak ek the sup?

Restaurant ni takdela besar sgt. Maybe boleh cater maximum 20-25 customer dalam satu-satu masa. Tp mcm saya ckp td, Sunway Putra Mall blm padat sgt pengunjungnya, so dari segi keselesaan, mmg selesa sesangat la masa kami makan tu. Lgpun layout restaurant ni agak terbuka, tak mcm Mr Teppanyaki - konsep kedai mesti nk terkepung ke dalam. Cik Gayah tak kenan sgt layout terkepung-kepung gitu.

Overall, saya bg 4.5 bintang (dari 5 bintang) utk Teppankyuko! Kalau ada yg tertanya knp bertepek-tepek saya kondem Mr Teppanyaki? Jawabnya, bukan sbb saya anti norr dgn Mr Teppanyaki, tapi sbb saya dah jumpa yg berganda lg best dgn konsep dan menu yg almost the same. Makanya. Review ikhlas dari anak tekak saya :)








Motif update blog pasal ni? 
Moga en.Ubi ada yg sudi bawa jalan-jalan makan kat sini lagi esok nanti.

Friday, August 28, 2015

En.Ubi dan sayapnya



Ce teka kat mana ni.

Hint. Yong Tau Foo kat foodcourt dia sedap.


Hint akhir. Tempat ni tak pernah takde sale. Manjang sale.

Tahu dah?

It's Sogo y'all. Tak igt dah bila tp ada haritu en.Ubi heret gi Sogo sementara tggu ada hal kat Pertama Kompleks sebelah nya tu. Berkurun tak masuk Sogo ni. Mungkin sbb jauh kot. Alangkan KLCC yg sekilas dari rumah ni pun dah bertahun tak pergi, takat lalu-lalang depan KLCC je. Inikan pulak Sogo yg ke tengah alam tu.

Masuk Sogo makan yong tau foo best kat foodcourt dia. Alhamdulillah dapat merasa. Macam biasa, Sogo ni akan open sale berkoyan-koyan kt courtyard tu. Konon nk jeling-jeling je, sekali ter-me-maksa en.Ubi try this one pants brand Charges kot tak silap. Eh cantik pulak beliau menyarungnya. Eh ada pulak saiz muat2 dgn beliau. Eh murah nau nau pulak harga lepas sale 70%. Ambiklah yang. Titew belanja *blow nails*


Sebelum naik foodcourt td masuk Braun Buffel. Singgah sebab nak cuci wallet en.Ubi. Wallet tu was one of hantaran saya pd en.Ubi. Kami pilih sama2 dulu :)

***

Pertama Kompleks. The last time saya pergi Pertama masa tu 2008 ke 2009 ntah. After 6years and revisit Pertama, sekilas pandang mcm xde apa pun yg berubah. Hahah. Sama jek. Masih lg boleh bikin org sesat turun naik tangga dari satu penjuru ke satu penjuru dalam Pertama tu. Kalau campak saya sorang2 dalam Pertama tu, confirm saya nangis hentak-hentak kaki. Gerun okeh. Bg saya, Pertama tu sama gerun dgn Low Yat.


Pergi Pertama Kompleks demi me-nyeport en.Ubi and his business. En.Ubi buka kedai jahit plak dah.. Tp dia pakai nama Jimmy konon komersial la sikit. Takkan nak letak Ubi Fashion tak glamour lgsg. Ekekekek.

Idok, idok. Jimmy Fashion tu mmg kedai dalam Pertama nun. Kami visit sbb nak beli baju jek. Kalau korang tgk dalam gambar ni yg mana skin color lebih kurang warna kulit en.Ubi hah tu semua kroni2 beliau.

Things I noticed about en.Ubi is that beliau happy bila saya dapat mingle dgn kawan2 beliau. Mcm ni saya join kan, ha balik tu meleret je beliau senyum. Cuba kalau saya lepaskan beliau gi sorang2 keluar dgn kawan2, balik tu muka biasa2 je happynya. Eh ke.. beliau pura2 je depan den konon xdela happy nau lepak bujang ngan rakan-rakan? Hmm.. nanti Cik Gayah selidik..


Ni dalam bulan raya kot. Ke dalam bulan puasa. Tak ingat dah. Kemain lg happy en.Ubi bila kawan-kawan dtg rumah pastu saya entertain depa sediakan makan minum. Saya rasa beliau fe-feeling "Tengok ni rakan-rakan. Aku nakhoda dan itulah isteri aku yg senantiasa menurut perintahku. HA HA HA" sambil Cik Gayah membawa jug air dari dapur ke ruang makan. Bajet tak takut bining la tu..


Yg ni pun meneman beliau utk perihal business beliau. Dari dulu lg saya mmg suka lelaki yg sentiasa berusaha memperbaiki financial keluarga demi masa depan bersama. Biar dari awalnya tak kaya, tak mewah. Asalkan tahu berusaha dan menampakkan hasil. Saya rasa lelaki yg jenis mcmni mmg family-man :) En.Ubi cakap dia ada dgr taklimat perniagaan, "lelaki yg dah berkahwin bila tak dapat sokongan isteri ibarat burung yg kehilangan sebelah sayapnya".

Makanya. Makanya bertenggeklah saya kt building ni sesama ngadap pegawai SME yg attend en.Ubi haritu dgn harapan masa depan nnt kot-kot dapat title datin *tetiba bajet isteri business man paling berjaya*

Dah. Stop. Lg panjang tulis lg mengarut kang. Bai.



Saya berdoa suami saya berjaya dunia akhirat dan semoga Allah memudahkan urusan suami saya selagi tidak membelakangkan agama. Amin.