Showing posts with label Affan. Show all posts
Showing posts with label Affan. Show all posts

Friday, January 25, 2019

Pengalaman (best dan tak best) hantar anak ke nursery

Kitorang start hantar Affan ke nursery masa umur dia 30 hari if im not mistaken. Tapi yg pastinya saya belum habis tempoh pantang 44 hari pun waktu tu. Owner nursery tu baik sgt2. Staff pun okay, cuma nursery tu baru jd dorg kekurangan staff (pengasuh). Affan nak masuk 6 bulan, saya berhenti kerja dan jaga Affan sendiri. Tak lama.. dalam 3-4 bulan je. Then terpaksa start kerja balik sbb kami financially x strong bila bergantung pd gaji A sahaja waktu tu.

This time around, hantar Affan ke rumah pengasuh instead of nursery. Sebab? Sebab bayaran lebih murah. Kalau hantar ke nursery sebelum ni monthly fee was RM450, kt pengasuh saya bayar RM300 sebulan. Mmg yg paling murah dah tu. Alhamdulillah the family yg mengasuh Affan tu takde menyusahkan hati saya. Alhamdulillah dorg dapat jaga Affan semoleknya walaupun adela beberapa perkara kecil yg kadang2 tak serasi dgn parenting-style saya. Tapi overall, alhamdulillah all are ok.

After almost half a year hantar kat pengasuh, kami berpindah rumah. Kebetulan jugak, pengasuh Affan waktu tu dapat offer jadi polis. Jadi sampai situ jelah kenangan Affan dgn pengasuh dia. Kat kwsn perumahan baru, agak susah jg nak cari nursery.. Masa ni umur Affan nak masuk 17 bulan (1 thn 4 bln). Cari cari cari, dapat register kat nursery Affan yg pertama dulu (cawangan dkt area rumah baru ni). Of course saya happy sbb ini ialah brand nursery yg sama - yg saya dah ada pengalaman hantar Affan masa dia very small dulu). All looks good. The teachers, the nursery environment, the play areas, i even love the fact that they use vinyl/laminate flooring inside the nursery 😃

Day 1 kt nursery

Tapi, in mid July kitorg withdraw Affan dari nursery tu. Kenapa? Ini ceritanya..

Kitorg hantar Affan kt situ starts May. Few first weeks Affan menangis. Masa hantar menangis, masa kitorg ambil pun menangis. Tapi both A and i cekalkan hati. We keep on telling ourselves, "biasalah tu.. permulaan.." Alhamdulillah one of the teacher yg rajin communicate (whatsapp me to update pasal Affan) pun kata, Affan nangis 10-20minit je lepas kitorg tinggalkan. Lepastu dia start leka main2 dgn kwn2 dah. Alhamdulillah of course lega sikit hati dgr feedback mcm tu.

But then, dah berganti bulan (June), Affan still menangis bila dihantar ke nursery. Mmg nampak betapa dia sedih bila A nk pass dia pd the teacher. A starts buka mulut - bgtahu rasa mcm x ok hantar Affan kt situ. Entah knp.. saya pulak mcm 'keras hati' waktu tu.. saya calm kan A, ckp, inshaaAllah all are good. Sampai lah towards the end of June tu, that nursery bertukar owner. Ntah saya pun kurang faham, tp yg pastinya, teacher kt situ pun dh bertukar org. Teacher sblm ni ditukar ke cawangan lain.

Actually kami xde mslh pun, nursery tu bertukar owver ke bertukar teacher ke.. so long maintain its services atau lagi bagus kalau ada penambahbaikan. Sadly, the week yg management bertukar tu, I started received whatsapp from the new owner (merangkap teacher kt situ), bgtahu that Affan keep buat kawan - mostly the reports were Affan gigit kawan and cengkam/cakar kawan. At first, of course saya minta maaf on behalf Affan. Yela, budak2 kan. Mmg tu salah satu perangai nakal dorg to which for me, at his age, dia tak tahu pun apa yg dia buat tu is kategori perangai nakal. We as adult la yg kena bantu tegur and ajar budak sekecik tu. Am im wrong somewhere in this statement?? I even told the owner that I am okay / allow her to marah or pukul sikit Affan dgn tujuan menegur bila Affan buat silap. I will totally understand.

Kat rumah, obviously Affan xde buat pe'el gitu. So I keep telling to myself, mmg kadang2 anak ni bila dgn parents sendiri, pe'el nya lain, tp bila xde parents, pe'el nya lain. Saya tak pernah sesekali kata Affan la budak yg paling baik, yg paling senang dijaga, paling dgr cakap. No! I know the real fact, budak2 mmg mcm2 ragam, mcm2 kerenah, mcm2 pe'el. But again, org dewasa kena monitor and tegur wherever appropriate. Berbalik kpd reports owner tu tadi, bila dah EVERYDAY dia whatsapp saya camtu, naik bengang la jg jadinya. Kau teacher kt situ, kau la tolong monitor and halang kalau ada budak buat perangai. Kau keje nk report kat mak budak tu je, kau expect mak budak tu boleh start enjin kereta pecut gi nursery dan marah budak tu ke? Dia kata, tak sempat nak halang Affan dah buat kawan. Hello, kau dah kenalpasti ada student kau yg perlu extra monitoring, kau monitor la extra sikit. Budak umur Affan tu.. kalau ditegur/dibabab sikit, dia xdenya 28 minggu kendian pun nak ulang buat salah yg sama. Melainkan that kid ada special situation (autisme ke adhd ke), yes, yg tu probability dia keep doing the same mistakes mmg ada.

A memang naik meluat dah bila saya sampaikan report owner tu pd dia. Sbb EVERYDAY benda yg sama! And kitorg pun rasa mcm eh kau nk manage nursery budak2, kau patut lebih arif dgn pelbagai ragam budak. Kau bukan manage nursery flora yg ada pokok2 tumbuhan tu ye.

Naluri keibuan saya pun dah trigger something tak best. Entah mcm mana A found out that kawan yg Affan selalu buat tu is anak that owner! Patutla kau merentan semacam bila anak kena cakar. Oh lupa nak cerita.. lps dah 2-3 kali owner tu report Affan cakar/gigit kawan, saya minta no phone parents that kid (si mangsa). Tujuannya biar saya dan A sndiri minta maaf atas kenakalan Affan. Tahu apa owner tu jawab? Dia kata xpe, biar kami selesaikan sendiri. Hoihhh kau ingat ni kes maha besar ke ada pertumpahan darah ke nk pihak management sahaja yg selesaikan? Ni kes budak-budak umur setahun dua kot! Makpak budak2 tu memasing bernyawa lagi. Takat nk minta maaf atas kenakalan anak umur setahun dua saya sanggup salam cium tgn la dgn makpak budak tu!

Tak sempat kitorg nk confront pasal benda ni, the next day kebetulan A dpt keluar ofis awal sikit and sampai kt nursery lebih awal dr kebiasaan. No teacher perasan yg A dh sampai. A sempat intai dr tepi tingkap nursery and nampak Affan di asingkan kt tempat lain dlm nursery tu. Sorang2 je Affan kt situ okeh! Bapak sedih anak aku kau buat camtu! Entah berapa lama and entah dah berapa hari dorg asingkan Affan dari yg lain2. Patutla budak tu sedih semacam bila A amik dr nursery. Ya Allah, sedih sgt bayangkan perasaan anak umur setahun lebih kena 'denda' diasingkan mcm tu 😭😭😭

A bg salam. Affan dgr je suara babah dia terus dia menangis weyh 😭😭 Masa teacher buka pintu mmg nampakla Affan 'keluar' dr tempat pengasingan tu then meluru ke arah A. Pastu ada pulak budak lain (tak sure ni anak owner ke atau bkn), dia mcm hadang guna tangan tak bagi Affan nk capai A. So Affan autimatically reaction dia, dia cengkam la tangan budak yg menghadang tu. Korang tahu apa teacher tu act? Dia boleh just cakap kt A, "Ha, mcmtu lah Affan selalu buat kawan (cengkam tgn budak lain). WHAT THE TAHIKKKK!!!

A terus tarik tangan Affan slowly and kind of warn Affan, "Affan, tak baik buat kawan mcmtu". Yg teacher td sikit pun xde nak alih tangan Affan ke ape wehhh. Dia mmg nengok gitu je Affan cengkam tangan budak tu. Hoi kau sakit otak ke apa??? Kalau camtu cara kau monitor budak dari pagi, memangla semedang kau-tak-sempat-halang Affan buat kawan dia. Sbb kau menengok aje tanpa halang. Yang kau buat, asingkan anak aku duk kt tempat lain sorang2 kan!

Kejadian tu hari Jumaat rasanya. A balik cerita dkt saya, terus saya decide - that's it! Kita tayah hantar dah Affan kt situ! Mmg saya nekad betul waktu tu. Terus gunakan weekend yg ada utk cari nursery baru utk Affan.

Dan rezeki Allah bukakan jalan, temukan jodoh dengan kindy baru. Dah hampir 6 bulan Affan kt kindy baru and all I can say Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ya Allah utk rezeki temukan kindy baru ni dgn kami sekeluarga.

Affan is happy and learning so much new thing kat kindy baru. Later saya cerita pasal kindy Affan ni k. Thank you sudi baca luahan perasaan pasal nursery Affan yg lama tu.

tadika baru. a lil bit trauma sejak kes kt nursery lama tp alhamdulillah he is happy



Monday, October 1, 2018

Gymboree Sunway Velocity (Triall Class dan Fee structure)

Sunway Velocity ni kira-kira sepelaung je dari rumah. Lebih kurang jarak MyTown dgn rumah kitorang je tapi entah kenapa A jarang bawa kami tak selalu sangat gi sini. Kalau MyTown tu boleh dikatakan seminggu 4 kali kami pergi. Asal pegi MyTown je makan Chicken Rice Shop hahah sbb Affan mmg favorite betul nasi ayam kat situ. Sepinggan kids meal tu dia sorang boleh habiskan nasinye sorang. Kalau ada rezeki lebih, tak pandang sgt Chicken Rice Shop ni, kita belagak sikit makan kat Kodawari apentah nama penuh restaurant tu. Tapi deret2 Chicken Rice Shop juga. Yg Kodawari tu Affan ngan babah sama naik suka makan mi sup dia. Tak hafal nama menu yg diorang dua beranak selalu order. Tp Cik Gayah tengok ghope mi sup je cuma mi dia gemok-gemok. Kita mak-mak ni mestilah happy kan bila tgk anak ngan suami berselera makan. Sampai sanggup korbankan keinginan nak makan kt Absolute Thai atau KyoChon kt MyTown tu #ibumithali LOL

kalau kena time dia lapar sesangat, mmg licin tinggal 5-6 butir nasi je

Nak cerita pasal Sunway Velocity sebenarnya tapi mcm terlebih promote MyTown puleks.

Hritu scroll2 FB ternampak upcoming event Didi & Friends kt Sunway Velocity sempena Mid-Autumn Festival. Cantekk.. minggu ni kan cuti 3 hari tp kitorang tak tahu nak bawa Affan ke mana. Dia on and off temperature, plus A dan saya pun dah start selsema bersin2 so kalau boleh mmg tanak gi jauh2 weekend ni. Buka FB page Sunway Velocity utk tengok timing semua events. Yg paling hampir is Lion Dance. So we went.

Sementara nak tunggu Lion Dance start, saya ternampak Gymboree branch ni! Omagaddddd Gymboree dah ada kat sini???? And you know what... esoknya is Open Day diorang!! Aaaaa happy happy happy! Happy sebab saya duk survey pasal Gymboree ni masa Affan umur 6m+ lagi. Masa tu saya dah berhenti kerja JobStreet, nawaitu nak jaga Affan sendiri. Tp bila dah sebulan lebih jaga Affan sendiri kat rumah, rasa mcm kesian kt Affan sbb xde aktiviti. Balik-balik menyusu, makan bubur lenyek2, tengok Monstre Inc, tengok Baby Video, golek2 dgn saya. Saya tak reti nak ajar dia or should I say saya rasa environment di rmh waktu tu tak sesuai utk aktiviti pembelajaran dia. Affan kan fully breastfeed. So bila mlm dh terbangun2 menyusukan dia, day time mmg saya tak fully fit or emotionally stable nak jadi cikgu pulak. Nk masak proper meal utk diri sndiri pun tak menyempat, inikan nak berjoget nyanyi lagu ABC lagu Rain Rain Go Away dgn dia. Setakat nak ajar simple2 boleh, tp kalau nak optimize lessons within golden years of infants tu, memang saya surrender. Baik serahkan kpd yg pakar. Gitu getus hatiku hahah.



Survey yg dulu tu terhenti kat situ je satunya sbb location Gymboree ni takde yg dekat, keduanya sbb tak jumpa fees dia yg detail. Tanpa berlengah lagi, saya mendaftarkan diri Affan utk trial class masa Open Day diorang esok. Trial Class is FREE haruslah Cik Gayah tak melepaskan peluang kennn. Aktiviti utk Trial Class ada 2, Play Class & Music Class.

Affan bulan ni is 27 months. Kalau kt Gymboree ni Affan kategori Level 5. Level 5 dh dipanggil Senior Baby. Dah senior ghopenyer anak ibu ni kekekek. Nanti saya share full age segments by Gymboree. On the Open Day, kami dtg lewat sbb Affan cranky dr pagi (fever ssymptom makin ketara). So we kinda missed the Music Class. Sempat join less than 5 minutes je. Dlm tempoh 5 minit tu Affan pun tak sempat nk warm up, nk adjust his feelings sbb tetiba tgk ada kids lain berjoget2 tepuk tgn happy2 je semua. So dia lebih byk bpaut pd babah dan ibu sahajo.

Next is Play Class. Mula2 saya igt kn Play Class ni, playing jelah - sbb aktiviti dibuat kt play area yg mcm kita selalu tgk kt mana2 mall tu. Rupanya Play Class ni, the kids diajar utk Play-Pretend! Sounds good! Good sbb teringat masa check up Affan kt Klinik Kesihatan baru2 ni, nurse ada tanya, "Affan dia pandai tak main masak2 ke, main jadi polis ke.." Saya jwb pandai, smbil dlm kepala rewind Affan suka main jd dinosaur atau jd cat. Balik dr KK baru saya rasa yg umm Affan is yet to really know how to play-pretend. Cuma baru2 ni Affan start pndai main tembak2 baling2 bim dgn ibu n babah. Yg peliknya dia baling bom kt kita, kita mati. Tp bila kita baling bom kt dia eh elok je pulak dia hidup je tak kalah2 LOL.

Btw. Play-pretend ni penting utk budak2 sbb this is the phase where they can build imaginations and creativities. Kat Trial Class haritu, budak2 ni jadi Postman. So bertebaran lah depa semua dari mengepos surat kt pejabat pos, sampai menghantar surat ke rumah2. Teacher la yg guide budak2 ni and all the scene ialah dlm play area tu. Menarik la bg saya. It was an eye opener for me that, utk Play-Pretend ni actually kita mmg blh jd apa shj dan blh gunakn apa shj di sekeliling kita utk make it real.

Mungkin ada yg akan kata, "Hek eleh tu pun tatau keee?".
Saya tak malu utk jwb, ye saya tak tahu. Because I am a first time mom and my childhood was different than yours. So please. I don't need your judgement. Tiber emo kan.. eh cerita berkait pasal anak/kanak2 mmg la akan emo #doneexplain

Back to cerita Gymboree again. So here's schedule fee Gymboree utk rujukan makpak di luar sana.


Did we subscribes to the package?

As of now, kami blm decide utk subscribe. We are still surveying for other activities utk Affan join like swimming lesson ker, yoga class ker, ballet ker, martial arts ker.. Huh bunyi mcm ongkaya sgt ni gaji 6 juta setahun ke caner ni. Tak.. tak.. bkn belagak mcm org kaya. Cuma impikan yg terbaik dan termampu utk anak. Survey tdk bermakna pasti akan subscribe. Bkn jg memaksa anak gi kelas sana gi kelas sini. Kot Affan tak minat nnt stop la. Jimat duit ibu. Blh ibu mkn Absolute Thai #tiber


Saturday, September 1, 2018

Lambat check up anak 18 bulan

Harini kita cerita mak-mak.
Mesti panic kan bila dah lama tak bawa anak pergi check up? Perasaan bercampur baur. Antara takut dgn reaksi nurse/doctor, dgn rasa kesal yg menebal dlm diri sbb mcm x acuh dgn hal kebajikan anak. Kalau tanya A, saya berani bet dia tak tahu pun brp byk jab lg yg Affan kna amik. Walaupun setakat ni alhamdulillah, hanya sekali je dia miss tak teman bawa Affan ke klinik utk check up dan immune jab, tp percayalah he have no idea apa bnda urusan anak bujang dia kt Klinik Kesihatan tu. Yg dia tahu, Cik Gayah remind kn dia sekian-sekian tarikh kna bawa Affan ke KK utk check up/jab.

Last year bln 9, Affan was 18months old (setahun 6 bulan). Suppose to have check up dan get his 3 types of suntikan imunisasi. But he had fever so we brought him to hospital instead dan dpt appointment follow up dgn HKL afterwards. Arakian lps drpd tu, A and I myself gilir2 x sihat. Moving fwd, busy pindah rmh pulak.. so terus tak teringat ttg suntikan imunisasi 18 bulan.

Lewat sebulan.. 2 bulan.. 6 bulan.. smpi lah Ogos 2018 Affan dah 26 bulan (2 tahun 2 bulan), saya pejam mata call KK dan cerita hal sebenar. Alhamdulillah nurse tak marah, just suruh walk in dan ambil appointment date.

Pagi, lps hntr A & Affan to work & school, saya walk in ke KK dan terus dptkn tarikh appointment.  Which is that day jg, pukul 2 ptg. Mula2 mcm nk bawa Affan sndri je check up and jab tu. Tp bila fikirkn how he gonna meronta dan saya ni berat bdn sndri tak sampai 32kg mcm mana la nk handle Affan sorg2. So decide mnta A teman. True enough, Affan a bit cranky masa nk check up sbb 2-ish tu nap time dia sbnrnya.

Berat 10.4kg
Tinggi 83cm
BMI 15

Alhamdulillah all are ok walaupun sipi2 je ok nya hahah. Cuma nurse raise 2 issues.

1. Kena tambah sesi mkn nasi (now 1-2 sesi je. Kt school lunch time mkn nasi. Mlm dinner ngn kami kdg2 mkn nasi kdg2 menu lain).

2. Nak refer Affan utk theraphy on speech delay sbb Affan blm boleh bercakap.

Reaksi saya? Here's are :

Utk kes mkn nasi tu, amazingly lps mkn ubat cacing yg KK bekalkn, Affan terusss senang gila nk mkn nasi. Mmg nmpk pbezaan yg sgt ketara pd selera mkn dia. Kalau sblm ni, sekali makan nasi adela dlm 5-10suap.. Tapi sekarang, sesenduk tu inshaaAllah blh hbs tnpa btangguh. Selain nasi, bnda lain pun dia nganga je bila kita nk bg mkn. Biskut ke, roti ke, spaghetti ke. Kek ngan ice cream tu jgn cakapla kn...

Info
KK bg ubat cacing dlm bentuk tablet (2biji /sekali mkn).
Blh gigit je sbb rasa dia manis2 sikit. Ni nurse yg kata haha. Farmacist pulak kata kalau anak refuse nk mkn ubat tu mcm tu saja, blh larutkn dlm air/susu/minuman anak.
Affan gigit je. Sebiji pertama rilex je dia kunyah mcm mkn gula2 halls. Masuk biji yg ke-2 lamaaaa dia pegang je kt tgn. Esoknya saya jmp ubat yg ke-2 tu dh mereput kt carseat dia. Hoihla anak oiii...

Utk kes speech delay tu pulak, Affan mmg blm bercakap. Nk dgr 1 pkataan dgn jelas pun blm blh lg. Apetah lg nk create a sentence dgn 2 pkataan. At his age now, ikut chart buku KK, Affan patut dh blh buat ayat dgn 2-3 patah perkataan. Cthnya, "nak-susu", "babah-work". So doctor bg tempoh 3 bulan to the next check up dan harapnya by that time Affan dah show his ability to speak. Or else, doctor will suggest to jumpa pakar speech terapi la kot. Honestly, I am not in the state of gelabah or feeling down. I have faith in Affan yg dia mmg a bit delayed but he surely will do fine at his own pace. Sama la dulu mcm time nk meniarap, time nk merangkak, berjalan. Affan lambat sikit, tp alhamdulillah all are ok. Still, saya selalu reminds myself utk jgn be denial hahah. Kalau doktor suh gi jmp therapist, jumpa jelah. No biggie. Bknla bermakna bila kena jumpa therapist tu anak kita anak masalah yg langsung tak dapat diubati. Sbg ibu, saya kna berlapang dada utk kebaikan anak. Dan sebagai ibu juga, tanggungjawab saya utk pastikan Affan dpt apa jg bantuan dan latihan yg dia perlukan sejak dr kecik ni ha.

But one thing yg saya proud dgn Affan is that, he is now schooling dgn kids yg berumur 3,4,5,6 tahun. And oh boy, dia mmg alhamdulillah easily imitate his schoolmates activities mcm dancing, singing, story telling, coloring.. Nnt inshaaAllah nak tulis kt blog on his school life.

Till then peeps!










Thursday, August 23, 2018

Bawa Affan ke Petrosains KLCC

Salam Aidiladha!! Korang yg tahu pasal azam saya mggu lepas tu buat2 tak tahu jelah ye 😏

We were so happy dikurniakan rezeki untuk bawa Affan jalan-jalan. Tak lepas ke negeri lain pun, takat dalam KL ni je hahah. To Petrosains we go! Mula2 plan nak naik LRT tapi A cakap, dibuatnya Affan cranky towards the end of our trip nnt, lagi letih kami nk kendong dia dalam train. Might as well drive and park je kt basement KLCC. Paling tidak kalau dia ngamuk pun, bila dah masuk kereta nk gerak balik, boleh nurse him to sleep. Orait babah, ibu ikut cakap babah!


Trip ke Petronas dimulakan dgn sarapan kat Texas Chicken. A teringin nak makan Wendy's, tp Wendy's KLCC dah takde (rupanya?). Gambar ni nampak mcm candid kan? Bukan yer anak-anak. Ni A amik atas arahan Cik Gayah hahhahahhah. A ni takde der dia nak memandai2 snap moment saya sorang ke, saya ngan Affan ke.. Tu yg balik2, gambar deme 2 beranak je yg ada. Bila amik gambar pun asal namanya amik gambar je eyyyyy.. Dia tak kisah gambar tu tegak ke, lighting ok ke, nk amik sisi sini ke sinun. Takde ye. 


Babah yg punya plan nak dtg sini.. Dia nk bg anak dia jd genius mcm dia, katenyerrr. Padahal time ni patutnya morning nap Affan. Kalau dia cranky jap lg dlm tu, shoot balik jelah jwbnya.


Harga utk dewasa RM18.50. Affan (2y+) free. Beli walk in je. Kami pergi ahad, dtg awal pagi. 10-ish, pun dah agak ramai pengunjung queue nak masuk petrosains ni. Mungkin sbb cuti sekolah kot?


Lps beli tiket, beratur untuk masuk ke dalam petrosains ni menggunakan seketul train kenderaan berbentuk helmet. Hahah taktahu caner nk explain. Laluan train ni dinamakan Perjalanan Sekilas Masa Dark Ride.


Kami baru naik train. Saya cam biasalah sibuk nk amik gambar kan.. Dua beranak tu buat dono jek. Ciss. Nama pun Dark Ride, memang dark ye sepanjang laluan Sekilas Masa ni. Cuma ada skrin2 yg tunjukkan gambar2 seiring voice over.


Affan is at stage yg starts to develop perasaan takut skrg ni. Haha comel jek tengok reaksi dia bila dia face something yg mendebarkan or menakutkan. Contohnya masa ni live dia tengok seketul dinosaur besar gedabak camtu. Dia nak tengok, but at the same time dia takut. So dia tutup sebelah mata dia 😆😆😆 Masa Dark Ride tu pun lbh kurang gini la keadaan dia. Bezanya yg tu tutup dgn kedua-dua belah tangan, tapi mata duk menegok dari celah-celah jari. HAHAHHAHHAH comel gila 😆

Sebelum sampai kt bhgian dinosaur ni, ada la mcm2 section lain. Cumanya sbb lighting mmg dim-dim and handphone Cik Gayah pulak idok le canggih mana.. maka banyakla gambar yg terpaksa tak dapek dimasukkan di sini. 


Personally, saya rasa Petrosains ni sesuai utk all dewasa dan kanak2 with minimum age 4. Bukan apa.. sbb di usia 4 tahun tu, dorg dh blh lbh mhargai bnda2/ilmu dlm Petrosains ni. Aktiviti pembelajaran pun majoriti utk kids age 4 and above. Ada la satu dua section yg sesuai dgn height Affan. 


Impian nak naik tractor / backhoe terlaksana. Sayangnya sistem hydraulic backhoe ni under maintenance masa ni. So Affan tak dapat experience in full.



Ini kat section F1. Bg saya aktiviti2 kt sini menarik! Especially utk adults and men obviously. Menarik maybe sbb kt sini the activities kita boleh relate more dgn rutin harian kita. Contohnya halaju pergerakan, degup jantung, penggunaan tenaga dan tinggi..


Ok dah menguap. Sikit lagi ada jelah tu akalnya nak jd punca menangis padahal dia dah ngantuk nk minta susu, nk kita kelek-kelek dia, pok pok dia, sampai dia tidur. Padahal 2y+ dah Affan ni. Tapi masih minum susu ibu. Bila la nk wean off nye nak oiii....


Tak ingat sgt apa aktiviti menggunakan kapal layar ni. Tp ada kaitan dgn angin. Lps drpd main kapal ni, Affan pun mengamuk. Ok marilah kita pulang. Overall, do brings your kids and family ke sini. Kawasan selesa dan berilmiah. Boleh tengok mcm mana angkasawan tidur kt angkasa. Boleh rasa mcm mana kuatnya tiupan angin kt Jupiter (kot tak silap hahah). Boleh tahu mcm mana rasa gempa bumi. Kalau nk bawa stroller baby pun boleh cuma masa nk naik helmet masa mula2 tu, kesian kt pengunjung lain sbb stroller korang dh makan space utk pengunjung lain duduk dlm helmet tu. Selain dari tu, satu je lg hazab - nk tunggu lif depan Petrosains ni LOLOLOL. Tak pernahnya tak penuh lif tu. 



Wednesday, August 1, 2018

Naik Kuda dekat Gombak Horse Riding Club

Ada satu weekend tu memang Cik Gayah mcm jatuh cinta kali ke enamblas ribu kot pd en.Ubi sebab happy sesangat en.Ubi rajin melayan Affan and me. Hikhok. Sabtu kami ke Port Dickson just for the sake nak bg Affan main pasir and mandi pantai, and the next day - Ahad nye pulak, ke Gombak untuk naik kuda! Neighhhhhh (ini bunyi kuda 🐴)

Kami sampai ke GHRC ni around 3.30pm just nice after 2 hours plus noon nap anak beranak. Masa sampai, takde pengunjung lain pun. Ibu Affan dah excited gila dah nampak horse 2-3 ekor so cuaca terik tak terik bisa diabaikan waktu tu.

Disebabkan orang lain takde (kecuali beberapa org pekerja yg tengah bawa kuda keluar masuk), maka kami pun sedikit terpinga2 kat mana kaunter.

En.Ubi cari kaunter tak jumpa. Affan tengah kesat hinguih


Affan sekarang dah kenal pusat. Bila kita tanya 'pusat mana pusat?", nanti dia kelam-kelibut selak baju dia nak tunjuk pusat. Kalau pakai romper nanti dia buat muka confuse sbb tak boleh selak baju and rasa pusat dia takde kat perut 😆



En.Ubi tak jumpa kaunter, Cik Gayah pulak gi cari. Tengah terjenguk2 terhendap2 bahagian belakang tu, abang ni approach tanya nak naik kuda ke kak? Rupanya takde kaunter ke apa ye. Datang straight je ckp kt sesapa yg ada kt situ - saya nak naik kuda. 😁 Baik abang ni. Walaupun rupa paras tak mcm local Malaysian, tapi fasih gakla cakap melayu. Terus rasa bersalah sbb saya being judgemental masa mula2 selisih dgn dorg ni - tanya kat org kaunter la better, takyah tanya dorg. Moral of the story, belajarlah utk hormat dan hargai sesiapapun yg anda temukan di dalam hidup anda.

RM10 untuk 2 round. Riding helmet tu disediakan free utk kegunaan pengunjung. 2 round adela dalam 5 minit. En.Ubi dgn saya mmg siap2 pakai track bottom ngan loose shirt sbb tahu nnt mesti melekat bau kuda hahahah. Affan selalu kalau jalan petang saya pakaikan short tp sbb risau kena gigit nyamuk, so pakaikan dia seluar panjang gak.

Ngeri tengok en.Ubi terkengkang nak naik kuda sambil dukung Affan camtu

Ni lah mak-mak jaman skrg ni. (Cik Gayah lettew). Sibuk nau nk rekod la nk amik gambar la. Bila diulang tengok balik moment en.Ubi terkengkang sambil dukung Affan sebelah tangan mcmtu je, eee seriau. Patutnya time ni, saya pegang dukung Affan dulu. Dah en.Ubi duduk elok atas kuda tu, baru saya pass Affan pd en.Ubi. Mujur Allah lindungi tak jadi pape time ni. Dibuatnya kuda tu ternampak siput babi ke kt kaki dia pastu dia meloncat, daaaaaaaaaaah bahaya kat en.Ubi kendong Affan gitu. Moral of the story, be a wise mommy ok! Once you are a mommy, always remember your priority! Your child!

Kemahen 2 beranak tegeduk-tegeduk naik horse. Neighhhhhh (bunyi horse 🐴)

Dah habis 2 round, Affan taknak turun horse! Sudahhhhhhhh..... Kopaklah babah nk kena top up lagi seploh hengget nak oiii. Tu tengok tangan Affan tu. Dia pegang tangan babah tak bagi turun horse 😰

en.Ubi interview pasal pekerja tutentang penjagaan kuda. Nak beli kuda satu kerrr?

Pujuk-pujuk sikit akhirnya Affan redha. Kitorg pusing belakang pulak nak tengok haiwan lain. Ada rabbit, rooster, bird, goose, and more horses kat dalam kandang. Soon akan ada cow juga pekerja kat situ. Pekerja kat situ mostly ramah la and rajin nak suruh kita tengok segala pelusuk kawasan tu.

Tangan tu duk kais2 pasir sbb teringat pasir pantai PD semalam 
Dah start kena gigit nyamuk
Kelakar tengok budak ni nak naik tapi gayat
ehhhh dia nak naik horse lagiiiiiiiiiiiii




Last but not least, kita nak tengok ada anak ongkaya nak training horse riding. Umur baru 9-10 tahun agaknye budak tu. Datang dgn mini cooper. Mak ke kakak dia yg dtg hantar tp just tunggu dlm kereta je. Because outside is very hot chuolls. Heheheh.. Bestnyeeee jadi ongkaya.. Btw, kat sini memang ada kelas untuk belajar berkuda dan memanah. Tapi, belum sempat abang baju merah tu siapkan kuda putih tu, Affan dah start cranky. So, moh le kita balik cari makan.



dah start tak selesa bdn sbb berlengaih peluh. so mood nak ibu dukung pulak

More info on GOMBAK HORSE RIDING CLUB :

Overall kami rasa tempat ni best dan akan repeat lagi. InshaaAllah ada rezeki boleh subscribe utk belajar tunggang kuda. Aktiviti ni antara sunnah Nabi Muhammad saw so, boleh dapat pahal sunnah 💚💚💚

Wednesday, May 2, 2018

Pesta Buku Antarabangsa KL 2018

Wow Cik Gayah pergi Pesta Buku Antarabangsa uolls. Menjak keje kajaan ni, nilai2 positiviti semakin meningkat nampaknya. Saya bersyukur and happy sgt dgn kerja saya skrg. Alhamdulillah thank you Allah. Kalau korang perasan, saya ni mcm tak boleh move on pulak dgn happiness dpt keje kajaan. Yes, memang saya admit saya still tak boleh move on. Susah saya nak explain how happy I am sbb rasa diri ni mcm really functionate semula after a while yg sakit dulu tu. Lepas cuti sakit lama dulu tu, memang saya ada kerja di a few companies termasuklah one of it a big name - JobStreet Malaysia. But to be honest, masa tu kerja mcm tak kerja. I mean, saya still tak fully functionate, tak boleh fully deliver my best at work. Selain tahap kudrat tubuh badan yg still lemah2 juga time tu, salah satu sebab saya tak dapat deliver my best ialah kerana saya morning sikcness - mengandung.

Bila join in kajaan ni, tahap kudrat saya dah makin better, Affan pun dah getting into his 2nd year of life - masih menyusu, tapi tidak bergantung 100% dah pd susu badan. Jd saya dah kurang penat kt situ (untuk kumpul stok susu). Tidur malam pun dah kurang terganggu - Affan bangun menyusu tidak sekerap masa dia masih below 1yo dulu. Ini yg saya rasakan diri saya betul2 functionate balik. Walaupun tidaklah 100% setangkas dan selincah sebelum sakit dulu saya bekerja skrg ni, but saya tahu saya boleh deliver at least 88% to my job now.

Panjang pulak intro padahal nak cerita pasal Pesta Buku kt PWTC. Berbulan tak update blog so dia mcm lepas gian menaip hewhewhew.

Ok cerita Pesta Buku. Harini firstday masuk office lepas cuti agak panjang dari Jumaat sampai Selasa (Labor Day). Masuk2 ofis terus menggeletis follow rombongan ke Pesta Buku kat PWTC. Naik bas office, bestnya! 😝 Masa pergi takde aim nak beli pape. Just standby duit sikit kot ada buku-buku untuk Affan yg memurah. Last beli buku Affan, maybe a year ago. Kt popular. Tetiba rasa diri ni terlalu kejam and not a good mom sbb tak belikan bahan bacaan utk anak 😩


Dalam bas, kakak-kakak ofis sibuk membincangkan apa yg nak dibeli. And dorg suggest saya utk gi ke booth Ana Muslim. So moh ler kita ikut arahan sbbnya masa yg diperuntukkan hanyalah 2 jam (termasuk nak huha-huha berjimba sat kt Sunway Putra Mall seberang PWTC ni je ha eheheheh). Kalau nak terkial-kial keluar masuk satu persatu booth mmg confirm tak sempat.

Saya lone ranger terjah booth Ana Muslim. Kakak-kakak lain biarkan deme sbb deme ada yg aim nk beli novel la, nk beli exercise book utk anak yg dah bersekolah la.. Aim kita berbeza, so pepandai lah bawa haluan.



Booth Ana Muslim kat tingkat 2. Boleh tahan juga pilihan buku2 kt sini. But section utk yg baya2 Affan limited la sikit. Saya grab 2 buah story books kat sini. RM3/book. Murah! 😄





Comel je kena beratur belakang budak2 sekolah ni 😄


Lps settle kat Ana Muslim, saya merayap kat booth tepi2 tu. Then nampak section flash cards kat booth Pelangi! The moment nampak section ni, terus saya mcm ckp kt diri sendiri, "Ok, this is a must buy item!". Byk kali dah baca benefits dan efficiencies penggunaan flash card utk anak seawal usia 3 bulan. Tp setiap kali pun tak terbeli. Ni dah depan mata, harus beli.




Eh cara nak beli tu mcm kan banyak je bawa duit kenn... Hehe. Dalam hati dh berkira2 jugak berapa puluh ringgit la agaknya set flash card ni. Mau lps diskaun pun dekat rm70-80..

Sales assistant kt situ duk explain2 the goodness of flash card tu. Bila tanya harga, dia jawab, "Satu lapan belas". RM118. Hm, dah agak dah.. mahal.. Tapi rupanya, 1 set flash card, harganya RM18!! Mughoh dah ni weeehhhh! 😄 Kt luar harga dia RM21+.

Udah tahu murah mulalah tergedik nak beli flash card ABC ke, numbers ke, animals ke, eh mcm2 la tajuk keluar. Kita tarik nafas sikit... kena buat pilihan bijak... Dalam pada bertafakur tu, terjeling pulak kat section kiri booth Pelangi ni. Ada pulak 3D flash card. Hat ni mahu harga confirm ratus. Gedik2 pulak gi menempel kat sales assistant situ. Bagus2 SA kat booth Pelangi ni. Chinese, tp rajin melayan pengunjung2 tanya itu ini.

To my surprise, yg 3D flash card ni pun RM18/sekotak. Beli 2 kotak, harga jatuh RM16 sekotak! Berpinar mata tak tahu nk beli yg 3D ke yg biasa je. Sekali fikir, mestila rasa mcm lg best berbaloi beli yg 3D. Tapi... saya taknak nnt Affan attach to handphone je pulak - kena guna apps kt handphone utk tgk flash card tu jd 3D. Nak beli flash card yg biasa, mcm kurang menarik SIKIT hohoho.

Fikir punya fikir, proceed beli yg 3D. About Affan-attach-to-handphone, it is up to us the parent. Kalau tak didedahkan dgn the apps, boleh je gunapakai flash card tu as a normal flash card. Kan? So be smart ibu Affan! Heheh 😄




Comel gilos flash card ni 😍 Harap2 Affan suka 😍

Sebelum balik, nampak box ni. Box tin, The Good Dinosaur. Affan tgh SUKAAAAAAA sgt dgn cerita ni. Hampir2 nak belikan. RM44.00, after 50% off jadi RM22.00. Dalam bekas tin ni ada coloring buku, alat tulis, sticker, dgn poster. Hmm, mcm Affan takkan guna sgt je buat masa ni. Melainkan tin tu je yg dia suka nnt. So, nope thank you for now 😊




Untuk yg belum pergi, pesta buku ni berlangsung hingga 6 Mei 2018 Ahad. Pergi k!



Monday, November 13, 2017

Playtime - Kidzoona

En.Ubi and I have an aim to let Affan to enjoy playground (be it indoor and outdoor) EVERY WEEKEND. Weekend is very crucial for me sebab that is the only days yg saya rasa saya betul2 together dapat main-main, exercise, gelak-gelak, relax-relax dgn Affan, dan dalam masa yg sama ajar Affan on sooooo many things! Colors, shapes, interaction, depth, macam-macam lagilah!

Just recently cuaca mcm tak berapa sesuai utk outdoor activity so kita keluarlah duit sikit belanja anak masuk Kidzoona. Kidzoona ni ada kat semua Aeon Jusco rasanya. Fee masuk pun taklah semahal Kidzania atau playarea shopping complex lain. Fee utk weekdays ialah RM10 all day long. Stokin budak rm3, stokin ongtua rm4. So kalau nak jimat, bawa stokin siap2.

Suppose activity mcm ni kami buat over the weekend. Tp disebabkan last week busy pindah, so babah belanja Affan on weekday lps pindah rumah tu. Best rupanya pergi on weekdays sebab takramai org hahahah. Takdela risau sgt ada budak-budak yg tgh galak berlari berkejaran terlanggar Affan ke apa.





I was so happy to see Affan dah berani meredah lautan bola-bola ni. Sebelum2 ni, Affan memang takut nak cecah kaki kat these balls. Tak tahulah kenapa tapi maybe dia rasa tak selamat.. maybe dia rasa dia akan tenggelam dalam balls tu kot 😕

I read somewhere, bila anak-anak is afraid on something that he/she suppose not to be afraid of, JANGAN PAKSA or lepaskan dorg konon mcm nk ajar dorg utk overcome perasaan takut tu. Perasan tak, bila dorg takut, dorg akan berpaut or lari and peluk or menyorok belakang kita his/her parent? Its a good sign that anak kita rasa lebih selamat dan lebih yakin dengan kita. Having that in mind, kita kena bagi masa pd anak kita utk overcome their feelings. Bukannya paksa anak-anak utk tak takut which in result, anak-anak boleh jd kurang kepercayaan kpd kita their parents (kita bukan lg penyelamat/pelindung dorg).

Contohnya sebelum ni Affan takut bola-bola ni, at first attempt, second attempts, third attempts, fourth attempts dia taknak, saya ikutkan aje. Saya dukung peluk dia but at the same time tunjuk kat dia yg the balls are not giving any harm, the balls are fun instead! Tp dia still takut, so it's okay. Next trip (percubaan kali kelima) saya cuba lagi and this time around saya yg masuk dulu dalam the balls island and slowly ajak Affan join in. Alhamdulillah dia start to berani.

Sama kes kalau anak taknak dengan orang. Kita as a parent pleaselah JANGAN terus lepas tinggalkan anak tu kat org lain. Be it atoknye ke, pak menakannye ke, best friend korang ke, big please, just don't. Jangan kerana anak tu kecik lagi takpandai tak kuat kudrat utk me-reject, maka kita memaksa anak silently. Kejam namanya tu. Berbijaklah utk interact dgn psychology anak slowly. Tanamkan dalam diri dorg it is ok and safe to be with that new person, while you (ibu/mama/mak/mommy/ummi) akan still ada kat sini. Memang akan ambil masa but slowly, anak akan built that kepercayaan yg kita tanamkan tu. Plus point, anak akan rasa "eh betul lah ibu kata.. tak bahaya pun benda ni.. tak scary pun org ni.."

Oh panjang pulak mengomel. Sambung tengok gambar Affan having fun kat Kidzoona jom.








Kebetulan teringat my friend yg supervised Kidzoona ni (different outlet) pernah tunjuk staff2 dia duk mengelap SETIAP biji bola ni as a standard procedure to keep mainan ni semua hygienic. So apa kata kita tanya dia sekali lagi utk kepastian.




Gotten the answer, so lepas ni bolehlah plan bawa anak on Monday itself sebab haritu mainan masih lagi super bersih. Heheheh.






Monday, January 16, 2017

Affan and his milestone


TINN! TINN! PERHATIAN!
ENTRY NI agak BANYAK GAMBAR TAU :)







Jarang update milestone Affan kat sini. Sebelum terlambat, marilah kita melihat-lihat apa gambar yg ada dlm handphone tuh.

Affan bulan 12/2016 haritu dia genap 6 bulan. His progress I would say a BIT slow if were to compare dgn buku dan geng2 babies Affan kat his nursery. Dua tu jelah comparison saya pun. Lol. Tp saya tak risau sgt sbb there were once, my pumping buddy kat office pernah bgtahu yg baby boy memang malas sikit hahah so progression pun mmg akan slower compare to baby girls. Sooo happen to be, cousins Affan yg baya dia semuanya girls, dan geng dia kat nursery pun semuanya girls. Terus tenang hati Cik Gayah lallallallalala~

Selain dari tu, faktor lambat sikit sebab Affan ni prem-baby. Dia lahir sebulan awal dari EDD. Paed HKL pernah pesan kat saya, kalau nk ukur progress Affan, kena based on umur sebenar dia (ikut EDD), bukan ikut umur dia lahir. Affan 5m+ baru boleh meniarap while his cousin and girlfriends kat nursery umur 4m+ dah boleh meniarap dgn jayanya. Tapi kalau calculate mcm yg paed advise (kira dari tarikh yg sepatutnya saya dijangka bersalin/EDD=genap 40minggu), umur Affan (Dec 2016), baru 4m+. Maksudnya kat sini, Affan on a same track la. Alhamdulillah Alhamdulillah :)

*En.Ubi tak suka saya compare-compare kan anak beliau dgn babies lain.


Ok, picturesss time.

Affan was a small baby. Weighting 2.4kg masa lahir. Had jaundice lama juga (sebulan lebih) and warded a night kt HKL. Masa lahir kulit putih merah! Lepas duk bwh lampu tu terus warna kulit bertukar jd warna cekelat cam babah ekekkekkek. Mula2 saya ingatkan mmg skin color dia ikut en.Ubi. Tp bila sembang2 dgn mak sedara, anak dia pun (my cousie la) same case. Masa lahir putih melepak (lahir kat New Castle uolls), lepas duk bwh lampu for couple weeks, terus kulit cam negro. Like seriously, seriously peeps. No jokes.

Jaundiced baby memang tend to tiduuuuuur je. Nak kejut minum susu memang payah! Sua kan lah nipple lagu mana pun kat mulut depa, depa buat donoooo jek. Dah la mulut tu kecik gilos payah ibu nak tonyoh tauuu. Masa discharge of jaundice tu, berat Affan 2.235kg.


Affan 5 hari. First day kat rumah

Affan 10 hari. Bermalam kat hospital due to jaundice

Sedih sangat sangat sangat tengok keadaan anak macam ni kan..? :'(



Affan lahir 21/6. First day gi nursery 28/7. Ngam ngam umur dia satu bulan 7hari. Saya belum habis pantang 44hari pun lagi. Poor my little baby.. Ibu minta ampun nak, terpaksa hantar Affan while ibu & babah work. Ibu promise ibu akan jaga Affan by myself inshaaAllah.

Nursery time is ok for us in the beginning yela sbb dia kecik nau lagi. Asalkan ada org bg susu, tukarkan pampers, tidurkan, agah2 sikit, dia ok la. But slowly bila dia dah start to recognise faces, dah start evolve emotions, ha masa ni terasa a bit challenging. Hati keibuan saya ni sgtla meroyan nak jaga Affan sendiri. But, can we survive with only babah goes to work? Hmmm...


Ada kala ceria pop star tidur bersama rakan di sekolah :D

Ada kala sedih sesaja. Tu mata tu baru lepas menangis. Ibu pun nangis tengok.. :'(

Tu dua2 gambar masa Affan dh start bambam :) Tak jumpa pulak gambar masa first day gi school.

Raya Haji 2016 kami beraya kat Muar. Masa ni umur Affan 2m+. That was his first long journey :) Ayah saya (wanyah Affan) cukur habis rambut cucu sulung dia. Yg sunnah nabi tu pulak awal2 mama saya dah buatkan. Just potong sikit (3 helai) rambut Affan masa umur dia 7hari.

Mmmotakcim
Mmmotakcim mmaca mmuku



Affan had his very first fever when he was just turned into 4months old. Sehari selepas dia kena injection immunisation. Majority said, babies' temperature may get high and low lepas kena suntikan imunisasi ni as a reaction that their body is cooperating and adjusting to the vaccine. Tapi alhamdulillah, selain dari temperature yg tinggi sikit dr kebiasaan, dia aktif je dan consume susu mcm biasa :)



Roll over moments! Masa ni 5m+. Alhamdulillah both of us manage to be the first person who witness the first attempt & success-fullness of the roll over ahahahh!

Berdebar-debar ibu tunggu saat ni tau hahhahah

And after since, position tidor mesti camnih. Syiok lettew...




And, presently! Exploring-taste-bud-timeeeeee! Weeeeee!!

Favorite menu for now ialah beras perang kosong tanpa sayur ke buah ke ikan bilis ke chicken ke. Senang keje ibu :P


We were late 3-4days of following the rule of 6-months-to-start-solid. Lambat beberapa hari sbb satunya ibu iz totaly nervous I tell ya. Taktahu la apa yg saya nervous kan. Maybe saya takut nak berhadapan any unpredictable reaction from Affan kot.., like allergies ke. Cuak haihhh.. And secondly, lambat beberapa hari bg solid food kat Affan sbb kat rumah takdak machine utk prepare makanan Affan. Hahah, boleyy gitew alasan ibu.. >_<





I think that's it for now. Nanti ibu track from 6m to 12m pulak ok! ;) Doakan Affan membesar dgn rahmat Allah ye semua. Terima kasih :) :) :)