Showing posts with label krabi. Show all posts
Showing posts with label krabi. Show all posts

Sunday, December 7, 2014

Kelam-kabut ke Krabi : Touchdown

Buka tutup buka tutup blog sendiri tengok traffic makin hari makin naik. Ni dh sah2 korang pun buka tutup buka tutup my blog tapi memasing kecewa dgn guwe sbb cerita Krabi tak berkesudahan pun. Maaf. Dah, jom sambung cerita.

(Entry ni diupdate guna hp. Gambar dlm laptop. So kebarangkalian ayat pnjg bjela tnpa gambar adalah tinggi)

Touch down kat airport Krabi at 7.00pm waktu Msia. Waktu depa lambat 55minit dari kita. So jam depa time tu ialah pukul 6.05pm. Tapi keadaan langit dah mmg nampak gelap senja sama mcm kt Msia. And how were us bila dah sampai bumi Thailand, yg tu saya sambung next entry k ;)

Immigration Msia and Thailand tak ketat sgt (dari pengalaman sendiri) :p Mungkin tak seketat Aussie's (dari pembacaan saya). Dah pass kt immigration, saya menonong cari kaunter shuttle bus. Mmg saya dah aim nak naik bus shj ke Krabi Town sbb murah. Kalau mai dldm 5-6 orang baru berbaloi naik taxi. Harga selain bas ke Krabi Town sila tengok kt slip bawah ni :


Kan saya rajin study about going to Krabi kan. So rupanya di luar sedar, saya dh set in mind, utk bus ni 150 THB/seorang. Tapi bila kat kaunter tu, counter girl tu cakap 90 THB per person. 2 person 180 THB. Blurr kejap guwe. Bakpo lain yeh? Pastu dalam pada terkebil-kebil nak keluarkan duit, saya pi bagi kat akak kaunter tu 2000 THB -_-" Mujur akak kaunter tu jujur. Dia bgtahu that is 2000 ka. Ticket only 180 ka.. Pastu en.Ubi terbuntang biji mata kt titew sbb titew blur. Haha.

Ingat ni. Gi Krabi Town naik shuttle bus 90 THB sahaja per person. Hat 150 THB tu kalau naik shuttle bus pi Ao Nang terus.

Dah berjaya beli tiket bas tanpa ditipu oleh diri sendiri, kami keluar dari bangunan airport. Jalan sikit jek sbb airport depa kecik comel je. Kat luar airport, ada sorang akak ni terus approach kami tanya where to go? Kami jawab Krabi Town. Dia tanya lagi Which hotel are you staying? Kami jawab Andaman Legacy hotel. Dia angguk2 pastu dia bgtahu yg bas akan drop kami betul2 kat that hotel sambil tunjuk tu ha bas. So kami pun pi la menghala ke arah bas.

titew naik Merc tau :p

dalaman bas. bersih, ada aircond, selesa - driver bas tunggu
sampai agak2 bas penuh - tingkap bas -_-" - my husband, ofcourse
Kat head bus tu tulis Ao Nang-Airport kan.. kiranya dari airport dia stop jap kat Krabi Town then continue trip ke Ao Nang. Kami antara yg awal sampai. So ade la dalam 20minit menunggu bas penuh, baru bas jalan. Kalau ikut notes yg sempat saya tulis, bas ni bergerak at 7.31pm dan kami sampai ke bandar krabi pukul 8.10pm.

Jlnraya kt sana tak ubah mcm jln kt negara kita. Signboard, traffic lights, deret2 kedai & pokok2 sepanjang jln mmg sama sgt mcm jln luar bndar di Malaysia ni ha (mcm kt muar, port dickson, meru, sri iskandar). Saya tahu yg kami dh memasuki Krabi Town bila nmpk mcm ada pasar malam yg happening. But then bas berhenti kt satu bgnn ni. Bkn bus station tp more look a like of hotel. Mula-mula tercengang-cengang jugalah. Ni ke hotel kami?

Driver bus dah jerit2, "Krabi Town! Krabi Town!". Saya & en.Ubi angkut segala beg, turun, dan nmpk satu kaunter. Terus tanya kt counter girl tu Excuse me, do you know where is Andaman Legacy Hotel? Dia bgtahu kak jln kaki 5minit je. Hala ke kiri. Wahhhh ckp melayu! Gotcha! Tu titew dh siap2 translate. Hiks~ Menapak la kami suami isteri ke hotel. Ye mmg sekejap je menapak terus jumpa hotel budget yg saya dh siap2 reserved online. 500 Thb/malam. Yg hotel ni saya reserved guna credit card tp saya choose utk bayar masa check in.

Important notes people :
1. Print every single reservation receipt yg korang dah buat.
2. Put all printed documents dalam satu poket/beg khas. Mudah nk dicapai bila diperlukan.
3. Almost 89% of Krabi's people yg saya jumpa, susah sikit nk bcakap dlm bahasa Inggeris. Depa nk faham apa kita cakap pun payah. Jd, sila tabah.

Sambil2 en.Ubi fill up check in form, sempat lah saya Cik Gayah dgn budak kaunter tu. Lelaki. Tp mcm au au sikit. Saya tanya psl nk sewa motor, tanya pakej island tour, tanya jauh tak nk gi night market, mcm2la. This guy sgt ramah walaupun payah dia nk bcakap dlm bahasa inggeris dan payah utk Cik Gayah faham apa yg dia cuba sampaikan -_-" Masuk bilik, golek2 sat bg hilang penat, mandi, solat jamak, terus merengek kt en.Ubi nk gi Night Market.

(Gambar hotel dan bilik dlm laptop)

Night Market ni pasar malam la senang cerita. Dibuka dgn meriahnya pd hari Jumaat, Sabtu, & Ahad shj. Yg famous kt sini ialah sourvenirs yg murah kalau nk dibandingkan dgn harga kat Ao Nang nanti (apetah lg kt airport). Memandangkan harini ialah hari ahad dan esok kami dh bermusafir kat Ao Nang pulak, so mmg dh diset dlm jadual saya utk terjah Night Market mlm ni. So how's the Night Market in my own experience? Hmmm hummm hemmm hammm.. tak best sgt :( Tapi tapi tapi! Saya rasa saya tahu knp ianya tak best (tak seperti yg diceritakan dlm blog org lain) sbb kebetulan mlm tu ada karnival or keraian apentah jd gerai karnival lbh byk berbanding gerai pasar mlm. Karnival tu Cik Gayah rasa karnival nelayan kot sbb byk gerai2 berunsur hasil laut. Idok ler Cik Gayah nk memborong ikans and sotongs utk dijadikan cenderamata kan.. Sampai Malaysia sok kocut2 dh cenderamata tu.

(Gambar Night Market dlm laptop)

We end up buy nothing kat situ. En.Ubi ajak balik hotel tp kami tak mkn lg. Nmpk 7e, kami masuk. Beli kunyah2 utk mlm tu. Saya suka masuk 7e sbb blh compare hrga brg kt Msia dan boleh jumpa kopok2 dan air minuman tempatan yg adakala menarik, adakala pelik.

(Gambar barang2 yg dibeli kt 7e dlm laptop)

Dlm pjalanan balik hotel, kami nampak satu tempat yg agak meriah juga dgn lampu2 & mcm ada gerai2 makanan. Jadi kami melencong ke situ. Rupanya ni tepi jeti apentah. Ada gerai2 makanan. Survey punya survey, nampak gerai pancake. Nak kena cuba nih! Saya order banana+nutella, en.Ubi order egg+cheese. Mine was heavenly heaven. Sedap weyhhhh! En.Ubi punya saya kembang tekak sikit menelannya. Heee. Tp en.ubi rilex jek makan. Beliau mmg hantu cheese. So tekak beliau tak boleh dipercayai. Beliau jd buyers bila ada unsur2 cheese ni. En.Ubi beli juga teh ais yg subhanallah sangatla manis. Tak tertelan Cik Gayah.

(Gambar dlm laptop)

Dh settle dinner makan, walk back to hotel dan tidur tak gerak2.






Sunday, November 23, 2014

Kelam-kabut ke Krabi : Tentang duit

Entry kali ni pun belum betul2 masuk cerita percutian kat Krabi & Ao Nang. Saya nak cerita pasal persediaan dan bekalan duit yg di bawa ke sana.

Currency exchange / Money changer / MYR to THB

Seminggu sblm fly, saya check kat google dulu berapa nilai duit kita and Thailand. By time saya check tu, 1 MYR = 9.83 THB. This will be my baseline. Saya study gak kat mana money changer yg jual duit asing dgn harga yg paling murah. Rata-rata orang cakap kat Midvalley & kat Kajang (deret kedai depan Metro Kajang). I hate to go to Midvalley just because jalan nk ke sana tak pernahnya tak sesak, basement parking kat situ bahang lain macam, and lastly of course sbb mall tu besaq sgt melecet kaki I nk menawaf. I hate to go Metro Kajang jugak sbb dulu masa nk pi Bali pernah survey money changer kat situ & mmg tukar duit kat situ pun. Murah ke idok tak igt. Tp kwsn situ horror beb I tell you. Masa survey dulu tu saya siap witness kejadian warga asing bergaduh2 kat situ. So no no no gi situ. 

Saya sambung survey lagi through google kat mana area KL yg ada money changer murah. There is one blogger ni cakap kat Ampang. But then saya lupa la pulak hat dia habaq tu Ampang Park ke Ampang Point. Entah kenapa my instinct says kat Ampang Point, not Ampang Park. So saya heret la en.Ubi gi situ (4 hari before fly). Sblm shoot to Ampang Point, saya singgah money changer Jusco AU2. Depa jual 1 MYR = 10.45 THB. Mahal! Gi Ampang Point, dalam mall tu cuma ada satu je outlet money changer. Depa pulak jual pd harga 1 MYR = 10.50 THB. Ushh lagi mahal. So tanya kat receptionist kot2 ada nearest money changer yg lain. Rupanya kat blkg mall Ampang Point ni ada kedai money changer kecik (next to CIMB). Ha yg ni jual 1 MYR = 10.38 THB. Murah antara ketiga2 tempat yg saya dah survey tapi.. kenapa kat google baru 9.83? Saya keluar dari kedai kecik tu dgn dahi berkerut2. Pastu en.Ubi explain panjang lebar yg harga niaga mmg takkan sama dgn harga google. 

Dh puas hati dgn penjelasan en.Ubi, saya masuk balik kedai kecik td and cakap nk tukar RM500. Walaupun ikut itinerary patut bawa 10,000 THB, tapi Cik Gayah degil, still nak cari tempat yg dapat tukar lagi murah. Sbb tu tukar separuh dulu. Pekedai tu cakap, nak tak beli 5000 THB terus, bayar RM519? 



Oh ok jugak tu. Pekedai pun nampak friendly dlm berurusan dan tak kekwat nak menjawab bila Cik Gayah gayah sgt bertanya itu-ini. So urusniaga selesai di situ.

*Actually saya ada amik namecard that kedai kecik tapi ni cari2 tak jumpa pulak. Kalu jumpa nanti saya tepek k.

The next day saya check berapa money coverter MYR to THB.


Nampak tak dia dah turun harga 0.02 THB. Nilai yg ciput ni kalau tukar ratus2 ribu2 akan jadi besar perbezaannya. Tapi.... sadly lps dh ada 5000 THB dlm tgn, kami masing2 sibuk sampai lupa tukar another 5000 THB. Tu yg kelam-kelibut tukar duit last minute dalam entry sebelum ni T_T

Td saya saja check lagi berapa money coverter MYR to THB.


Hamik kawww~

If you rarely travel or a first time traveler to outside of the country, mungkin tips2 ni blh membantu.

a. Elakkan tukar duit terrrrrrlalu awal like a month before. Takut rugi tang nilainya. Tp kalau hampa spesis busy dan short term memory lost ala-ala Cik Gayah, sila lah tukar dgn awal. Kang kelam-kelibut mcm I pulak.

b. Senantiasalah (omboih) ngadap laptop/hp/pc kome utk survey deep deep kat mana money changer yg murah dan berbaloi utk kome. 

c. Sebolehnya elakkan tukar kat airport sbb depa juai duit lagi mahal I tell you.

d. Rancang aktiviti kat negara yg kome nk kunjungi tu supaya bawa duit ngamngamsoi. Kalau bawa sikit, naya pulak. Kalau bawa lebih pun naya juga sbb mata juling nk membeli je kejenya kat negara orang (selagi duit masih berbaki dalam tangan)

And one thing yg saya experienced bila kita gi negara orang ni (apetah lagi yg nilai matawang mereka sedikit lbh rendah bbanding kita), kita tend to rasa seolah-olah duit negara tu mcm duit monopoli. Jgn salah faham. Bkn saya merendahkan negara orang. Maksud saya ialah, kebiasaan kita pegang duit negara kita. Kita tahu nilai RM5 besar mana, RM10 besar mana, RM50 besar mana, RM100 besar mana. Bila kita pegang duit asing, kita tengok duit tu mcm duit menan monopoli. Kita tak rasa, tak nampak duit 500 THB tu sama nilai dgn RM50. Unless kepala kita ialah kalkulator bergerak. Dengar je peniaga sana sebut harga "30 baht, ka.." zass kita convert jadi RM3. So kita pun nilaikan, utk sekeping roti canai RM3, berbaloi ke idok kita order? Sekian.



International Withdrawal / Pengeluaran Antarabangsa menggunakan kad ATM

Yg ni pun saya dapt ilmu dari blogger lain. Depa byk buat while still in Msia. Buat melalui setting kat mesin ATM nk keluar duit tu.

Pengeluaran Antarabangsa menggunakan kad ATM ni membolehkan korang guna kad ATM Msia (Maybank ke, CIMB ke) di mesin ATM negara yg korang kunjungi dengan syarat mesin ATM negara luar tu dan kad kome ada icon PLUS & VISA (this one mainly for Maybank users). 2days before fly saya soh en.Ubi activatekan international withdrawal ni utk ATM card dia. Dah bawa sampai ke ATM machine tapi beliau cakap tak jumpa butang mana nk tekan T_T Gerammmmmmmmmm sangat! 

So dipendekkan cerita, both of us takde kad ATM yg dah di activate kn dgn fungsi pengeluaran antarabangsa. Sampai bumi Thailand, dalam tangan mmg ada 7,000 THB and I know that kami mmg akan short of money. Masin mulut Cik Gayah. Hari ketiga mmg kami rasa tak cukup duit nk berbelanja. Bukan berbelanja mewah pun, tp masa ni sourvenir belum beli, duit airport transfer (dr hotel ke airport) esok tak sebelahkan lagi, duit nk dinner malam tu, kot-kot ada tax kat immigration check pulak nanti. Gelabah juga la sbb kita ada kat negara orang, kan. So masa keluar nk cari dinner malam akhir kat Ao Nang, kami ternampak ATM station. Dengan machonya kami menonong ke situ. Guess what, tak boleh withdraw. Hahah. Ekau tak setting, memang la ekau tak boleh keluo kan duit. Cik Gayah obviously dah stress2. Tekak ngidam nk makan pancake Yaminla tp dah kalau duit yg ada cukup2 nk bayar duit taxi ngan makan nasi jek malam ni, mmg sampai balik Msia pun xdapat la merasa :(

Dalam hati dh mengomel itu ini bisingkan en.Ubi yg tak-jumpa-butang-mana-nk-tekan-masa-kat-ATM Maybank haritu. Kalau en.Ubi dengar apa yg saya mengomel dalam hati waktu tu, berdarah telinga beliau agaknya. Then en.Ubi membijakkan diri utk buat international call - nak call Maybank - utk allow international withdrawal. Rezeki kami, kami jumpa satu-satunya cybercafe kat Ao Nang yg ada perkhidmatan international call. HP kami mmg still under flight mode (konon taknak kena caj perayauan antarabangsa) sbb tu tak buat international call guna HP sndiri. 

Nama cybercafe tu minta maaf saya tak ingat dan tak ambil gambar luar kedai. Yg saya ingat, kedai tu sederet dgn SCB Siam Commercial Bank (selang 5-6 kedai makan/hotel dari SCB). 

SCB ni warna purple

tokey kedai namanya Mark ke Mek entah. Baik budi pekerti
Mark (anggap jelah nama dia Mark okeh) charge 40 baht utk seminit call ke luar negara. Kalau nak kira betul2, RM4.152/minit. By time ktorang masuk kedai dia and bgtahu nak make international call, terus dia tanya "Malaysia? Maybank?" Bila kitorang iyekan, dia bgtahu yg ramai rupanya org Msia buat camni - lupa activate international withdrawal masa kat Msia - so activate guna internatinal call. Mark dah sesiap pesan, masa call adelah bergantung pd kecepatan dan ketangkasan operator Maybank yg menjawab call kami.

Ok saya cerita sikit isi-isi conversation saya dgn Maybank utk pengaktifan pengeluaran antarabangsa ni.

1. Nombor nk call Maybank dari luar negara ada kat belakang kad ATM korang : 603-7844 3696 


2. Terus akan disambung ke bahagian kad kredit (ni my own experienced). Bgtahu yg kita nak activate international withdrawaal utk ATM kad - operator akan sambung kan ke bhg kad ATM

3. Verification process. Basically soalan yg depa tanya utk kesahihan identiti adelah sgt detail. Kalau tak ingat (cth : depa tanya kali terakhir pengeluaran berapa amount, guna ATM ke guna Mbb2u, berapa haribulan last pengeluaran, cawangan bank buat kad ATM mula2 dulu kat mana), jawab je jujur Cik, saya tak ingat. Ada soalan lain tak Cik? Mungkin yg lain saya ingat dan boleh bg jawapan yg betul. Gittew... Sila bersopan ye. Ingat, kome nk minta tolong depa, jadi molek2 sikit bahasa dan tonasi tu yo.

Jumlah masa my call haritu was 18minutes. Jadi 40 THB * 18 = 720 THB tapi en.Ubi cakap Mark tunjuk kat calculator 360 THB sahaja. Tak tahula Mark y salah kira ke caner. Dah dia tunjuk caj byk tu, itu jelah pun yg en.Ubi bayar kat dia.

Operator Maybank akan activate pengeluaran antarabangsa serta-merta kalau verification successful. Zasss, boleh patah balik SCB dan susutkan jumlah simpanan anda T_T

200 = rm20, 500 = rm50, 1000 = rm100 & seterusnya. Kalau tak yakin pilih English

nin dia jejaka yg
tak-jumpa-butang-mana-nak-tekan
masa kat ATM Maybank.

4. Ada additional fee ok utk setiap pengeluaran. Machine akan tulis You will be charge 180 THB for this transaction. Lebih kurang RM18 la kalau convert duit kita. Tp td masa call Maybank depa kata RM12 sahaja. Part ni Cik Gayah belum cek kesahihannya yg mana satu sbb Cik Gayah tak buat pengeluaran masa kat sana. Kita kikis duit suami kita dulu. Muahahhahahh.

Hm, tu je kot yg saya nak share dalam entry kali ni tentang persediaan kewangan bila ke luar negara. Boring sikit entry ni. Hadap jelah yo. Till then!



Friday, November 21, 2014

Kelam-kabut ke Krabi : Pre-story

Assalamualaikum. En.Ubi asyik cakap yg kami dh balik ke dunia nyata. Tapi saya masih dalam mood bercuti. Kan best kalau hari-hari boleh bercuti tapi gaji masuk :)

Nah straight to main content. Of course saya nak gebang pasai recent vacation to.. Krabi! Yg ada my FB sure dah tahu I went to Krabi on 16-19 November 2014. Tapi kat blog saya dok cakap nk pi 'A' kenapa pulak? A is for Ao Nang, which is located next to Krabi. Dalam setengah jam - 45minit naik motor/kereta.



Sebelum saya gebang panjang, let me put some keywords dulu biar mudah orang lain nk buat study pasal bercuti ke Krabi.

Bercuti di Krabi 2014
Bercuti ke Krabi 2014
Honeymoon di Krabi 2014
Percutian Bajet Krabi
Percutian Budget Krabi

Penting untuk saya put the year as well sbb besar kebarangkalian harga barang, harga pakej semua dah berubah mengikut tahun & musim.

Oh utk entry ni saya akan bercerita pasal my own preparation before the vacation days itself yo. Biar kome tahu mcm mana kelam-kelibutnya Cik Gayah ngurus segala tok nenek benda berkaitan percutian ni. Cik Gayah kengkonon nk surprise suami Cik Gayah, remember?? Tapi tobat lahum dah pasni nk gi memana mesti nk bincang dgn beliau dulu. Stress tau uruskan itinerary segala sorang diri. To the part saya tak tahu nak naik bus ke, nk jalan kaki ke, nak makan ini ke, nak makan itu ke (sepanjang proses preparation i mean).



Siap ada excell sheet utk susun semuanya. Ada lagi satu file on what to bring, what to wear. Yg tu saya taknak tepek sini sbb nanti berapa helai boxer en.Ubi nak kena bawa pun korang tahu :p

So the plan is that, Day 1, flight on 16 after Asar - sampai airport Krabi - shoot gi Krabi Town - stay semalam kat Krabi Town (check in hotel) - mandi solat - keluar gi Street Market (cari makan, cari sourvenir, ambil gambar) - balik hotel, tidur.

Was that happened to as what I have planned? 50-50. Hahah. Meh nak cerita.

1. Kalau ikut timetable Cik Gayah, siap ada part cook lunch, having lunch bagai. Nan hado okeh. Masa tu la sibuk nak gi kedai self laundry sbb nk keringkan baju2 en.Ubi. Nk dijadikan cerita, malam sebelumnya saya basuh baju beliau yg nak dibawa ke Krabi tapi pagi ahad tu hujan selebat-lebatmya so memang lencun la baju suami titew T_T Rush pegi dry laundry tghri tu tapi super pack dgn makhluk alam yg sama issue takdak washing machine mcm Cik Gayah gamaknya. Stress level go up one level dah ni. Takpe, kita buat2 takdak hal lah baju still belum kering. Shoot pulak pegi money changer. Sebelum ni dah tukar 5000thb, tapi ikut plan, perlu tambah lagi 5000thb. Apakan daya kedai yg kami pergi tu close shop! Stress level go up second level now. Patah balik and singgah kat Jusco. Ni option terakhir sbb rate kat sini kedua murah based on yg saya dah compare sebelum2 ni. Tapi kat sini cuma tukar 2000thb sbb cash kat tangan cuma ada tak sampai rm300 and we are out of time already.

2. Naik LRT pi KL Sentral. Sampai KL Sentral around 3.15pm terus pi kat kwsn nak naik Skybus. Mujur masa ni saya bijak sikit, suruh en.Ubi tanya kat abang driver Skybus kalau flight pukul 4.30pm sempat dak naik bas bang? Jawapannya tidaaaaaaaaaakkk. Maka terkedek2 lah kami gi pulak kat ERL Express kaunter. Beli yg non-stop to KLIA2. RM35 seorang. Hangussss duit di situ. Tiket Skybus rm8 seorang yg dah siap2 beli online hangus juga T_T Naik ERL Express dari KL Setral ke KLIA2 dalam 33minit dan train schedule every 20minutes. Rezeki kami, train yg ada kat bwh time tu lagi 4minit nk gerak. Challoo challoo mere tum se pyar ka ti ho! Dah dalam ERL baru la rasa lega. Bergedikla dgn suami amik gambo mcm kan jakun sgt tak pernah naik ERL. Saya dah web check-in the day before & everything yg kami bawa mmg saya dh set by hand-carry. So at this point of time, mmg bab timing Im pretty sure takkan ada masalah dah.

3. Well, this is my first time jejak kaki ke KLIA2. Punyalah jauh nak menapak ke departure gate T_T Penat weyh.. Sebelum masuk gate, suami Cik Gayah nak terkucil pulaaaaaak. Adoi dah mcm ada anak kecik pulak nak terberry nak tershishi time-time genting camni. Ku relakan jualah si suami gi toilet. Kang tak bagi kang satu hal pulak nk ngelap dia tershishi tetengah gate tu. Dah lepas gate & immigration check semua, duduk lah kami kat waiting area. Baru dapat tahu yg flight delay
T_________________________T
Perut lapar bukan main time ni tapi sbb dorg tak announce delay sampai pukul berapa, so tak berani la pulak kami nak gi makan dulu. Lgpun dah kat waiting departure area tu kalau nak beli juga makanan, harga memang dindingding too expensive for me. So, no. Jenuhla pujuk en.Ubi utk beli nasi lemak pak nasser dlm flight nnt. Yg saya igt, nasi lemak pak nasser tu mmg sedap.

4. Almost 5.05pm camtu baru blh naik kapal. Tu pun menunggu lg sbb kapal tgh isi minyak. 5.30pm kapal berlepas. Jarak masa utk unfasten seat belt & cabin crew serve/jual makanan agak lama dari masa kapal berlepas sbb kt luar hujan (keadaan cuaca tak stabil). Tunggu punya tunggu dkt pukul 6.15pm baru dorg start jual makanan. Menggelupur la kami berdua order 2 pek nasi lemak pak nasser (rm15/pek) dgn 1 kopi panas (rm6/cup). Bayar in RM. Tengah-tengah syok makan, dengar kapten announce yg kapal nk landing dah. Omo! Im still eating nasi lemak pak nasser ni kapten! Tercungap-cungap nk habiskan my lunch. Tp confirmla tak habis so pass kat en.Ubi. Biar beliau bambam. Muahahhah.

Touch down kat airport Krabi at 7.00pm waktu Msia. Waktu depa lambat 55minit dari kita. So jam depa time tu ialah pukul 6.05pm. Tapi keadaan langit dah mmg nampak gelap senja sama mcm kt Msia. And how were us bila dah sampai bumi Thailand, yg tu saya sambung next entry k ;)