Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, February 28, 2016

Mengingat Usia 16 bulan Pernikahan

Eh, dah 16 bulan rupanya jadi suami isteri. Lovey dovey? Still on going of course! Tapi idok ler se-miang masa baru 16 hari menikah dulu. Hikhokhikhok :P 16 hari baru nikah dulu, sedar dari tidur je tangan meraba cari en.Ubi kt sebelah. Risau dik non bila tak rasa hangatnya ketiak suami titew. Awww..! Ni dah 16 bulan menikah, sedar dari tidur je tangan meraba cari mano eh selimut den - dengan prasangka bahawa en.Ubi telah meng-conquer selimut den seorang diri. Prasangka awal pagi buta tu biasanya tepat. Hahah. Time nak tidur kemain lg beliau buka kipas laju mcm nak tercabut dr siling. Dah subuh-subuh cerdik pulak tarik selimut kita.

So.
Bahagia sgt ke kehidupan lps menikah?

Bg saya, kehidupan rmhtangga akan bahagia kalau kita nak bahagia dan kita tak henti usaha utk temukan bahagia tu.

Pernah je sekali dua saya merajuk dgn en.Ubi smpi termenangis. Walhal en.Ubi taktahu hujung pangkal apa salah beliau pd saya. Haha. Selalunya bila pitching en.Ubi bercakap dgn saya tertinggi sikiiiit. Sensitip mak nak! Bila diingat2, dulu2 dgn ayah saya pun saya mmg sensitif camtu. Sbb ayah susah nk marah saya. So bila setahun sekali dia tinggi suara sikit, saya rasa mcm sedih nau blh rasa nk pack baju lari rmh terus! Lg satu, saya ni ada bad attitude yg suka memendam menjeruk rasa or more like keep it to myself - like kalau org marah ke salah fhm ke, saya malas nk explain pnjg2 hanya demi nk membuktikan yg saya x bersalah dlm hal tu. Saya rasa baik saya diam je bawa diri jauh2. Geydit??

Tu kerenah saya. Kerenah en.Ubi pulak, I am (very) sure juga pernah je en.Ubi merajuk dgn saya cumanya beliau tak termenangis. Lelaki, peopleee~ Saya sure en.Ubi pernah merajuk sbb saya ni mmg kuat membebel. Ore klate oyak, bobey. Lagi2 kalau dlm kereta, meter mulut saya ni automatik je jd 2kali pecut dr halaju keto. Dop tahu laaa bakpo >_<

Tp sbb en.Ubi nak kami bahagia, makanya beliau hadam sabar jelah dgn bebelan saya. Dan beliau cuba set in his genious mind that kejadian membebel dlm kete ni mmg karakter saya. Karakter seseorang blh diubah dibentuk x anak-anak? Jwpnnya, boleh. So selain sabar, beliau selalu bagitahu saya, my good characters yg buat beliau sayang saya. Dihujung2 tu nnt baru beliau selitkan apa karakter saya yg beliau kurang berkenan. Being a normal wife, of course kita nak jd yg terbaik utk suami, kan? So apa yg suami nasihat tu, saya tak pernah ambil sambil lewa. Sbb saya pun nak kami bahagia! :)

Slowly, saya dah kurang membebel. Dah pandai ajar diri supaya tenang2, lebih bersabar, tak cepat stress.. To a point, dah malas dah nak membebel. So saya senyap je terus. Hahah. Haaa masa ni pandai puleks en.Ubi gelabah sbb saya senyap pulak nau :p

As for now, ini jelah yg saya blh record kan utk my own reference in future. What is it feels like bila usia pernikahan dah menginjak setahun lebih. It feels like imperfect but we do strive to be closer to perfect. No marriage is perfect sbb you are married to a human being, like hellooooo~~~

Thursday, February 11, 2016

Rezeki Anak

In total dh 8tahun juga saya jd career woman (nampak x yg Cik Gayah dh dimamah usia?). 8 tahun ni idok ler termasuk kerja-kerja ringan yg pernah saya kerjakan dulu mcm kerja jual air kt kantin sekolah agama dan kerja tlg makcik kantin kt sekolah menengah time rehat. Zaman tu bkn kna interview dgn makcik kantin pun. Atas dasar mata duitan nk cari duit, Cik Gayah terus je masuk kaunter kantin pastu tolong bungkuskn order murid2. Eceh murid2.. walhal time tu awok pun murid sekolah tu jugak :p

Masa kt UiTM Sri Iskandar saya tak kerja tp saya berniaga. Jual selfmade hotdog bun dgn sandwiches bapak sedap dr bilik ke bilik. Fuhh.. mmg pengalaman yg sgt berharga. Dah berangan nk cerita ttg hal ni kt cicit Cik Gayah nnt! =D

Masa kt UiTM Shah Alam pulak saya part time kt Secret Receipe Seksyen 9, dekat2 Plaza Masalam. Tu pekerjaan pertama saya yg ada potongan EPF. Tp kerja tak lama pun sbb pekerja abadi kt situ asyik la kerek dgn den - kau budak Uni apehal sibuk nk kerja sini?? Camtu la lbh kurang. Drama sgt dorg buat titew time tu. Pdhal titew ikhlas nk cari rezeki taknak susahkn mak ayah kt kampung duit nk siapkn assignment tak cukup :( Mmg pengalaman perit la dgn pekerja abadi kt situ :(

Sehari start cuti sem, dh ligat fikir caner nk kumpul duit utk next sem nya. Tak sanggup dah nk part time lps pngalaman sblmnya. Rezeki Allah - dpt temporary job kat satu Legal Company - pun dkt Seksyen 9. Tak berkembang langsung komuniti den masa tu. Kekekek. Dgn xdak pengalaman lgsg, bos company tu still sudi bg kepercayaan kt saya utk bantu lawyer2 dia sediakn legal2 document. Saya akn kenang jasa bos tu smpai bila2 :') Saya happy kerja kt situ. Satunya sbb saya mmg dr kecik suka membayangkn diri saya bekerja dlm suasana pejabat. Keduanya sbb bos saya tu rules the company in islamic way. Gaji? Gaji kecik masa tu tp saya rasa banyak! Bos bg gaji minggu2, setiap hari jumaat sblm balik kerja. Hehe. Cash RM 200 kerja isnin-jumaat. Tp kt sini x potong EPF - mungkin sbb temporary worker je kot. Bila sem dibuka, saya pun stop la berkhidmat.

Dalam resume, saya letak this job as my first working experienced. Nama and contact number ladyboss ni pun sampai skrg saya jadikan reference. Walhal ntah-ntah bos dah tukar nombor phone lain. Tp sbb tmpt kerja ni bg kenangan manis kat saya. Sbb tu saya appreciate dan sgt ingat pengalaman keje kt situ.

Zaman jd budak architecture, merasa la intern kat architecture firm. Firm cina, kecik je pun. Jd draughtmen masa tu. Dorg byr RM300 je sebulan tp workload sama hebat mcm pekerja lain kt situ. Dgn kna ot nya. Mmg kaw-kaw boss dgn bini boss firm tu 'gunakan' bdk intern. 4bln tempoh intern mmg memenatkan travel dr Shah Alam - Damansara Heights naik public transport tp masa tu darah muda beb, apa adehall. Lulz~

Tanpa konvo, again, saya tak duduk diam terus buka surat khabar cari kerja! Hoyess Cik Gayah cari kojo masa tu guna surat khabar je hokeyyy. Penghujung 2008 camtu. Kt ruangan iklan kerja tu kan, ha sebiji demi sebiji huruf saya baca. Rezeki Allah, dpt kerja kat catering company. Position ala2 sales personnel. Gaji mati RM2000. Kiranya kalau close deal byk mana pun dlm bulan tu, gaji tetap RM2000. Komisen ilek. Benefits lain medical ke, ot ke, pun tarak. Bos masa tu perempuan, kutturunan mamak. How was she? Saya bertahan 3bln je camtu. So again. How was she? :p

Dlm sebulan jg saya menganggur lpstu. Sgt panas montot. Kais balik semula surat khabar dkt rak tv. Selak balik semula bhgian iklan. Rezeki Allah lg. Dpt interview kat bangsar, jawatan Executive Customer Service Representative. Ni first pengalaman interview siap kna buat typing test. Few days lps tu dpt call dr that company suruh second stage interview kat Menara Celcom pd tarikh sekian2. Menara Celcom? Knp tmpt interview lain2? Masa ni rasa mcm kna scam pun ada. Tp pd tarikh yg disuruh, saya gi juga interview kt Menara Celcom. First day stepped in kat Menara Celcom, hati berbunga2 kembang setaman! Perasaan 'nak' kerja kat that building membuak2 apetah lg bila tgk the staff yg sama2 naik lif gojes2, semark2 abe weh!

Interview tu pun berjaya diharungi and few days lps tu dpt call dr company bangsar td, bgtahu saya boleh start kerja kat Menara Celcom pd sekian-sekian haribulan. Happy bukan kepalang. Yg kelakarnya, masa first day at work baru saya tahu yg company bangsar tu is actually a third party yg supply manpower kpd client2 dorg. Btw company bangsar saya ni namanya Millenium Consultant.

Setahun saya duk under Millenium Consultant tapi berkhidmat kpd Celcom. Dlm tempoh setahun ni, term saya ialah Leasing Employee - kira mcm staff yg dipinjamkan. ID saya pun waktu tu temp_ias = temporary_huruf-pertama-nama-penuh. Dlm tempoh setahun ni, saya pulun buat OT. Sehari 3jam OT. Kdg2 sabtu ahad pun mai dtg buat OT. Ada masa mmg force OT, ada masa mmg sengaja buat OT sbb nk seronok tgk payslip hujung bulan. Dan kebanyakkan bulan, OT shj RM800+. Saya mampu sewa satu rumah 3bilik masa tu tanpa sentuh duit gaji basic. Kenangan betul semua tu. Tp yg tak bestnya masa dlm tempoh leasing ni, bila staff Celcom dpt bonus, awok melopong ler. Dh la bonus Celcom zaman tu meletop ya amat! Rezeki saya, lps setahun tu Head of Department buat proposal ke HR utk absorb kan saya sbg staff Celcom. So berterusan lah khidmat saya kat situ lg 2tahun tp kali ni sbg permanent staff - ID pun dh upgrade takde tempias tempias lg dah :p Masa tahun ketiga saya kat Celcom, saya frust menonggeng putuih cinta yeop oii terus rasa mcm nk tinggalkan KL, tinggalkan semua kenangan. Hahah poyo sungguh! Tp mmg masa ni start la eyeing on new job sbb saya tahu, deep down in me, I can do more, I can earn more!

Dlm pd tu, ehhh kena ngorat puleks dgn jumpa en.Ubi kat UTM. Ha kalau korang nk tahu, saya apply part time study sbb rasa nak challenge diri sendiri. 3tahun buat benda yg sama, keje keje keje, mula lah rasa mcm bosan. Tu yg mai moto 'I can do more, I can earn more'. Skali kau hah earn suami terus. Kekekkkekek.

Masa tgh cintan-cintun dgn en.Ubi, dapat pulak offer interview kat Shell. Mula2 gi interview mmg tak confident langsung akan dapat. Siap sesat jalan lg nk ke building Shell kat Cyberjaya nun. Tp tu la, berkat setiap hari bersungguh berdoa minta Allah luaskan pintu rezeki, dapat jg keje kat Shell tu. Excited bgtahu en.Ubi and he was excited too. Sampai la kami bercakap tentang saya akan move to Putrajaya sbb nk ulang-alik KL-Cyber akan consume byk duit, masa, tenaga.. masa ni, like berbelah hati juga nak proceed pindah ke idok. Tp saya ni spesis keras hati. Walaupun by the day saya nak dekat2 pindah ke Putrajaya, there was one moment en.Ubi nangis (aww thank you for loving me that way)(oh and sorry that I share it here :p), saya buat keras je juga. Masa ni saya yakin, kalau mmg jodoh dgn en.Ubi, kot kot mana pun, we will still love and jujur to each other. Moreover, it's oil and gas company! Takkan nak lepaskan! :p

Jodoh kerja di Shell 2tahun je. Bermula dgn tragedi sakit, lps tu nikah, pindah balik KL, kerja kat small company, VERY small salary, and now, here I am. New chapter to start soon. Of all above, semua yg saya pernah ada dan akan tempuh, semuanya dgn ehsan rezeki Allah. New chapter yg akan saya hadapi bersama honeybun dalam perut ni pun, adalah rezeki Allah. Cuma kali ni I have to look it from another angle - rezeki anak :)






Wednesday, August 19, 2015

Dah lama tak cerita pasal en.Ubi kan?

Kebetulan tgk drama cina malaysia kt tv. Kebetulan scene nya si boyfriend tgh berterus-terang kt si girlfriend, yg dia dh ada org lain. Dh kawin pun (baru kawin). Bila perempuan tu tanya selepas 6tahun bersama, knp sanggup diperlakukan mcmtu.,., lelaki tu bgtahu yg dia (this girl ni) terlalu bergantung pd dia (this guy). Sedangkan Jenny (the isteri yg baru dikahwini) pandai berdikari.

Rasa terpalit kat diri sendiri. Ehhhhhh bukan en.Ubi buat perangai. Nauzubillahiminzalik!!!!!
Intan payung, i love you to the moon and back and go back and go again! :p

Terpalit akan kisah cinta lama zaman blm kenal dgn en.Ubi pun. Gitu la lbh kurang. 6tahun konon menyulam cinta tuptup dia merisik & berkahwin perempuan dr negeri di bawah bayu. Cik Gayah mmg drama ayaq mata la time tu. Rasa kalau dongak ke atas tak nampak langit, tunduk ke bawah tak nampak tanah. Mmg begitu hakikat pedihnya putus cinta I tell u.

Lalu berdoa lah Cik Gayah tanpa jemu, merayu pd Allah moga didatangkan dlm hidup ni seorang suami yg blh menerima diri Cik Gayah & keluarga siapa adanya kami. Igt lg, butir2 doa setiap kali lps solat masa tu. Minta dijodohkan dgn lelaki yg elok rupa parasnya, yg cukup hartanya, yg jelas agamanya, dan yg akrab keluarganya.

Maha kuasa Allah, en.Ubi tepat sgt mcm yg Cik Gayah merengek minta pd Allah. Indahnya dunia sampai jantung berdebar2 tiap kali memandang wajah sang suami :p

Ku sangka indah siang dan malam, rupanya malam tak berapa nak indah. En.Ubi tidoq berdengkur gegak gempita hohoii! Stress juga tidur sebantal sekatil segebor dgn org yg berdengkur ni. Kadang tu rasa nk je tidur sorang2 kt bawah katil ke, kt hall ke kt dapur ke. Janji blh tidur lena. Tp saaangat igt pesan en.Ubi, apa jd sekalipun sepanjang kehidupan kami suami isteri, jgn tidur asing! Kalau dh bercucu pun nanti pehtu tergaduh ke, still tak boleh tidur asing.

Maka bertabahlah Cik Gayah umpama isteri solehah. Umpama je. Walhal tgh2 mlm kalau stress sgt dgr beliau berdengkur, selamba je saya pok pok pok pipi beliau. Kejutkan beliau supaya ubah posisi baring. Kadang kena beralih bantal sikit baru tak berdengkur. Dulu seminggu dua baru kawin punyalah saya loving, ggih bangun tgh2 mlm dan adjustkan position kepala dgn bantal en.Ubi supaya beliau tak berdengkur. Masuk 2bulan... hahh! Pok pok pok pipi je kejut soh beralih sendiri :p

Sampaila satu malam tu, saya mcm lena sangat2 pulak tidur. Then rasa pelik sbb x dgr sebarang dengkuran. Cepat2 buka mata raba2 cari suami sendiri. Eh ada je. Tp knp x berdengkur langsung? Susah pulak hati ni. Siap kejut en.Ubi tanya ok ke x. He was ok & continue his sleep. Cuma saya yg terkebil2 smpi ke pagi tak selera nk tidur sbb en.Ubi x berdengkur. Like seriously saya terus x boleh tidur that night.

And there were nights after that night yg mmg saya akn terjaga if x dgr his snoring. Rupanya en.Ubi menyelinap main dota kt hall. Same thing happen, saya x nyenyak tidur dh lps tu. Kena ada en.Ubi kt sebelah bru blh sambung tidur.

Mengada? No. Ni pengerat kasih sayang suami isteri namanya :) :) :)

Saya igt kn saya sorg yg alami situasi stress bertukar ketagih dengkuran suami sendiri ni. Rupanya ramai yg lain experienced the same :)




Saya lupa nk screenshot komen2 utk this post. Kalau baca komen2 akak-akak, makcik-makcik lain, majoriti semuanya pesan kt this wife supaya sabar dan sama-sama usaha bantu suami hilangkan masalah tidur berdengkur tu. Sebab dengkuran suami tu lah yg akan dirindu2 bila suami takde di sisi.

As for me now, yep saya rindu dgn dengkuran en.Ubi. Sweet tak saya? Wakakakkakak.


Wednesday, April 8, 2015

Cik Epal VS Imam Muda Asyraf

Idea nk tulis pasal entry ni dh berminggu juga. Cuma tak jumpa mana en.Ubi sumbat cable charger laptop.

Arakian satu hari tgh scroll2 insta, terpaku mata tgk blogger terkenal Cik Epal share gambaq dia pi London pulak. Wahhh jelesnya! Rasanya dia baru je blk dr Jepun. Bestnya hidup weyh keje bercuti luar negara sokmo mcm kn bangun pagi jek menguap wa wa wa keluar duit gittew. Adakah Cik Epal ni betul2 menguap keluar duit? Kot botoi, nak gak den tunggu topi katil dio tiap2 pagi. Dapek dlm limo ratus setiap pagi cukup lah. Den mintak diri poie balik.

Sedar bhw itu semua khayalan, saya pun scroll2 la gmbrb kt insta Cik Epal lg (such a stalker botoi. Gahah). Pastu terjumpa dia pernah share cheque bernilai 24k plus minus hasil dr dia berblogging. Terbuntang biji mata iolls di situ. Nk stalk lg tp meyhhh x payah la. Baru tgk sikit gmbr dia pun hati dh jahat dgn noda2 cemburu. Cemburu yg positif kalau tdk dikawal blh bercambah mnjadi cemburu yg negatif.

So saya tekan button back dan kembali ke newsfeed insta. Scroll2 this time around terhenti pulak pd insta Imam Muda Asyraf. He posted gmbr beliau dgn his wife. First thing yg terdetik dlm hati saya Ayu je raut wajah isteri Ustaz Asyraf ni. Baca caption beliau pulak. Panjang. Tp demi mekeme yg tak berapa rajin nk pi cari which post yg saya mksud kn ni, let me share it here.


*****

By @imammudaasyraf "Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung. Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"...Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu. Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang. Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan.  Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan. Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta. Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.#HindustanGitu #TetibaBaikNiKenapa"

*****

I've told ya. It's lenghty.

But worth reading it right? Bg saya, it is more than worth. Kalau saya tak stop stalk insta Cik Epal, tak mustahil cemburu positif saya bertukar mnjadi cemburu negatif. Which will buat diri sendiri tak memasal sakit jiwa tgk knp org lain hidup mcmkan xdak mslh lgsg. Dahla tak memasal sakit jiwa, pulak tu kita ni ntah sapa2 sikit pun Cik Epal xdak hati nk berkenalan. Gahahah. Buang karen jek sakit jiwa sensorang.

Lagi, kalau saya x stop stalk insta Cik Epal, bateri hp saya mungkin hbs dan x dpt la memotivasikn diri sendiri dgn pngalaman berharga Ustaz Asyraf.

Well, my point is, in times I felt so down, these are the kind of motivation yg saya perlukan. Kehebatan dan kekurangan mereka2 insan yg Allah pilih. Tak boleh kalau saya semedang dok tgk org yg lbh susah dr apa yg saya alami/lalui jek. Nnt xde pulak smgt nk majukn diri supaya lbh mnjadi manusia yg berkualiti. Dan tak boleh jg kalau forever tgk org yg berjaya shj sbb nnt akn mkn diri - sikit2 terkikis rasa bersyukur pd pmberian Allah pd kita dgn apa yg kita ada skrg.

Penutup bebel pnjg saya hari ni, to both Cik Epal & Ustaz Asyraf, walaupun mungkin forever mekeme takkan mngenali Cik Gayah, Cik Gayah tetap nk ngucapkn terima kasih sbb mekeme telah memotivasikn mike dlm keadaan mike down. Mike doa kome terus diberkati Allah dunia akhirat. Amin.