My praises to Allah. What else can I say. Dari plan nak ke Ho
Chi Minh, akhirnya tiket ke Surabaya juga yg dibeli. Dari sekadar menyimpan
angan-angan menunggang kuda di kaki Gunung Bromo, akhirnya tiket ke Surabaya
juga yg dibeli. Dari beralah hati mahu ke Cameron Highland sahaja, akhirnya
tiket ke Surabaya juga yg dibeli. Such a dramatic plan, really.
Awal bulan 9, dah mula memasang angan-angan utk berjalan
November nanti. Biar lah Oktober tu dah mengukur Kedah dan Perak sekalipun.
November bulan cinta saya dan en.Ubi. Jadi ke-harus-an berbulan madu tu
meluap-luap susah nak habaq :) (sila geli)
Jangkauan terluas di mana nak berbulan madu masih dalam
boundary Asia. Belum mampu nak ke negara bersalji. Nak-nak pulak currency yang
kuuuuu semangat hujung-hujung 2015. Kaki ni dah pernah menjejak tanah
Indonesia, tanah Thailand, tanah Singapura. Walaupun hakikatnya kawasan dalam 3
negara tu jejaknya sepelaung dua je, tapi eh eksen nya kemain lagi Cik Gayah
nggak mahu ngulangin di negara-negara tu lagi. Makanya tanah Vietnam jadi
buruan – Ho Chi Minh!
Itinerary sepanjang plan utk berada 4h 3m di Ho Chi Minh dah
cantik-cantik saya susun. Hanya menunggu sale kawkaw tiket KUL-SGN-KUL. Dalam tempoh
menunggu ni, yg paling murah saya pernah jumpa, berharga RM290/per pax/return –
via Vietnam Airlines. Was so excited to buy tickets! Tapi bila diusulkan pd
en.Ubi, he said, “Sabar dulu, tunggu dulu..” Walaupun en.Ubi excites utk try
naik Vietnam Airlines, but his rasional-mind said nanti.. Sudahnya of course
saya pun kena rasional kan diri sendiri - Nanti.
Days change. Sun rises. Sun sets.
Harga tiket dah mula naik, naik, dan naik. Dari rasional
skala 1, saya up rasional ke skala 5 dgn sendirinya. Tak perlu lagi en.Ubi suruh
sabar atau cakap nanti dulu. Saya sendiri yg memilih utk call off the plan. I guess
memang bukan rezeki tahun ni utk menjejakkan kaki di bumi Allah yg lain. Diam-diam
pujuk diri sendiri.
Pujuk mcmmana? Cari option lain. Haha. Then it came the idea
of touring bumi Cameron Highland. Cameron Highland pun best apa! Boleh petik-petik
strawberry, boleh ambil gambar cantik-cantik dekat ladang teh boh dan ladang lavender,
takpayah pakai passport, takpayah beli tiket flight mahal-mahal, boleh drive
kereta sendiri, senang cari makanan halal, takde language barrier. Huh positifnya
rasa! After a month or so, it seems like Cameron Highland it is.
Sampai la satu malam ni, TERRRRbuka website AirAsia dan
TERRRRperasan yg AA ada buat promo to certain Indonesian states. Medan,
Jakarta, Surabaya, Banda Acheh and Padang, one way ticket starts from RM41.00! Cek pulak date yg saya
nak, ehhhhhhh kena pulak dgn harga promo tu! Cepat-cepat google tourist
attractions kat Medan, Jakarta dan Surabaya. And so happen to be, Mount Bromo
explodes before my eyes! Haha. Over tak perumpamaan? :p
Terusssss menggelupurss okay. Hilang dah segala ego kemain
tadi taknak repeat countries yg den dah ponah poie. Skala rasional pun dan dan
turun jadi -18. Kekekekekekek..
Tapi tapi tapi, tak terus beli weyh. Harus minta izin kat
en.Ubi dulu. Jenuh juga la kuis-kuis jari telunjuk kat bahu beliau dgn harapan
kali ni beliau izinkan. Dan akhirnya..
Jadi, kenapa Bromo? Sebab tiket tengah murah dan .. (nanti cerita apa yang best kat Bromo dalam entri lain)