Friday, August 28, 2015

En.Ubi dan sayapnya



Ce teka kat mana ni.

Hint. Yong Tau Foo kat foodcourt dia sedap.


Hint akhir. Tempat ni tak pernah takde sale. Manjang sale.

Tahu dah?

It's Sogo y'all. Tak igt dah bila tp ada haritu en.Ubi heret gi Sogo sementara tggu ada hal kat Pertama Kompleks sebelah nya tu. Berkurun tak masuk Sogo ni. Mungkin sbb jauh kot. Alangkan KLCC yg sekilas dari rumah ni pun dah bertahun tak pergi, takat lalu-lalang depan KLCC je. Inikan pulak Sogo yg ke tengah alam tu.

Masuk Sogo makan yong tau foo best kat foodcourt dia. Alhamdulillah dapat merasa. Macam biasa, Sogo ni akan open sale berkoyan-koyan kt courtyard tu. Konon nk jeling-jeling je, sekali ter-me-maksa en.Ubi try this one pants brand Charges kot tak silap. Eh cantik pulak beliau menyarungnya. Eh ada pulak saiz muat2 dgn beliau. Eh murah nau nau pulak harga lepas sale 70%. Ambiklah yang. Titew belanja *blow nails*


Sebelum naik foodcourt td masuk Braun Buffel. Singgah sebab nak cuci wallet en.Ubi. Wallet tu was one of hantaran saya pd en.Ubi. Kami pilih sama2 dulu :)

***

Pertama Kompleks. The last time saya pergi Pertama masa tu 2008 ke 2009 ntah. After 6years and revisit Pertama, sekilas pandang mcm xde apa pun yg berubah. Hahah. Sama jek. Masih lg boleh bikin org sesat turun naik tangga dari satu penjuru ke satu penjuru dalam Pertama tu. Kalau campak saya sorang2 dalam Pertama tu, confirm saya nangis hentak-hentak kaki. Gerun okeh. Bg saya, Pertama tu sama gerun dgn Low Yat.


Pergi Pertama Kompleks demi me-nyeport en.Ubi and his business. En.Ubi buka kedai jahit plak dah.. Tp dia pakai nama Jimmy konon komersial la sikit. Takkan nak letak Ubi Fashion tak glamour lgsg. Ekekekek.

Idok, idok. Jimmy Fashion tu mmg kedai dalam Pertama nun. Kami visit sbb nak beli baju jek. Kalau korang tgk dalam gambar ni yg mana skin color lebih kurang warna kulit en.Ubi hah tu semua kroni2 beliau.

Things I noticed about en.Ubi is that beliau happy bila saya dapat mingle dgn kawan2 beliau. Mcm ni saya join kan, ha balik tu meleret je beliau senyum. Cuba kalau saya lepaskan beliau gi sorang2 keluar dgn kawan2, balik tu muka biasa2 je happynya. Eh ke.. beliau pura2 je depan den konon xdela happy nau lepak bujang ngan rakan-rakan? Hmm.. nanti Cik Gayah selidik..


Ni dalam bulan raya kot. Ke dalam bulan puasa. Tak ingat dah. Kemain lg happy en.Ubi bila kawan-kawan dtg rumah pastu saya entertain depa sediakan makan minum. Saya rasa beliau fe-feeling "Tengok ni rakan-rakan. Aku nakhoda dan itulah isteri aku yg senantiasa menurut perintahku. HA HA HA" sambil Cik Gayah membawa jug air dari dapur ke ruang makan. Bajet tak takut bining la tu..


Yg ni pun meneman beliau utk perihal business beliau. Dari dulu lg saya mmg suka lelaki yg sentiasa berusaha memperbaiki financial keluarga demi masa depan bersama. Biar dari awalnya tak kaya, tak mewah. Asalkan tahu berusaha dan menampakkan hasil. Saya rasa lelaki yg jenis mcmni mmg family-man :) En.Ubi cakap dia ada dgr taklimat perniagaan, "lelaki yg dah berkahwin bila tak dapat sokongan isteri ibarat burung yg kehilangan sebelah sayapnya".

Makanya. Makanya bertenggeklah saya kt building ni sesama ngadap pegawai SME yg attend en.Ubi haritu dgn harapan masa depan nnt kot-kot dapat title datin *tetiba bajet isteri business man paling berjaya*

Dah. Stop. Lg panjang tulis lg mengarut kang. Bai.



Saya berdoa suami saya berjaya dunia akhirat dan semoga Allah memudahkan urusan suami saya selagi tidak membelakangkan agama. Amin.




Tuesday, August 25, 2015

Almost September

Sekejapan je dh nak masuk bln september. Lps tu bln oktober dh. Oktober is our anniversary month but I have reminded myself utk igt tarikh nikah based on hijriah calendar - 2 Muharram. Rasanya saya pernah blogged on this. So basically kalau ikut georgian calendar, our nikah date last year 26/10 tp tahun ni anniversary jatuh on 15/10. Lalalala. Im expecting en.Ubi not rememberring the date satunya pasai tarikh georgian berubah-ubah, keduanya simply pasai he is a man. Selalunya bab excited terlebih nk celebrate2 ni kita org pompuan kan Yah? Bunga? No no no. Bg2 bunga ni is too miehhh for him walaupun zaman hingusan 5-6tahun dulu sblm kami kenai, beliau pernah je bg bunga kt so call his gf waktu tu (ish sakit pulak hati kita membayangkannya).

I dont really have plan to busy with for our anniversary. Tapi.. kalau utk bln november ye saya semangat nk plan itu ini :) Both our birthdate kn sebelah-sebelah in november tu (17, 18). Hence.

Last year nikah bln 10, tp bln 11 bru gi honeymoon - pun atas reason yg sama :) Rindu nk jejalan jauh sikit berdua. Ada la survey sikit2 nk ke mana tp survey gitu2 je. Xde perancangan firm and detail lg. Kalau dpt ziarah negara org kali ni, saya berangan nk pergi kt tempat yg ada unsur sejarah. Nk gi negara 4musim rasa mcm buang duit sgt pulak. Yg penting, no laut-laut or main air this time. Officemate ajak gi Mabul Island. Hm xpelah dik, korang gi lah. Akak dh umur2 gini tempat2 sejarah la jd bahan tarikan akak :p

Saya personally dh pernah jejak Singapore, Bali, Thailand. Ntah di mana Allah bg rezeki peluang berjalan lg. Vietnam? Cambodia? Sri Lanka? Ke.. Sabah? Ke.. repeat Singapore?


Saturday, August 22, 2015

AiHappiness. Kayuh pelan-pelan.

How do you like this new haihayahai look? Ni gara2 en.Ubi dah ketiduran sbb esok (sabtu) beliau kerja dan saya takde kawan nk berbual. Makanya.

Maghrib td sementara tunggu en.Ubi balik kerja, sempatla kemas hall rumah sikit. Kemas asal nampak tak bersepah. Pastu membawa sampai ke tgh malam, hati membuak-buak nak hias rumah gitu-gini. Walaupun ni rmh sewa je but I do fall in love dgn rmh ni. En.Ubi berlebih lg rasanya sbb beliau mmg jiwa raga dah meresap sayangkan this area. I used to menyewa dkt2 area sini zaman bujang dulu. And since then mmg jatuh cinta dgn sekeliling kwsn ni.

Dlm diam-diam sbnrnya saya aim nak beli one of the house dkt apartment yg saya duduk zaman bujang dulu tu. Saya suka layout dlm rmh tu - simple. Nk beli landed house dpn2 ni rasanya di luar kemampuan. Yg apartment tu pun by time saya nk beli esok2 gamaknya harga dah setengah juta. Mana la nk cekau duit. Sbb tak tercekau la dok berangan je dulu. Berangan takyah keluar duit! :)

For now, saya suka yellow+grey+white theme. Tones ni saya suka ever since masa rancang2 nk kahwin dulu. Tengokla baju nikah kami tu :) :) :) Oh btw, gambar header mmg sengaja crop to the lower sbb nk tengok baju nikah sokmo. Muka sendiri ngan muka en.Ubi boring boleh tgk kt cermin hari2. Teehee.

Back to the theme color. Hm, mmg dlm setahun dua ni berangan sambil telan air liur jelah. Nk make it real, harus buat tabungan khas. InshaaAllah start bulan ni paksa ajak en.Ubi buat tabung AiHappiness mcm dlm cerita UP tu.

Dh 10bln nikah baru nk buat tabung rumah? Feel free to blame us. Biarlah org nk kata apa. Kewangan fmly kami, kami berdua yg lbh tahu apa yg perlu didahulukan. Dan bg saya, biar lambat asalkan ruang kesedaran tu ada dan terus bertindak. Rezeki Allah, aturan Allah. Saya yakin semua tu.







Gojesss sgt kan??? Bila la nk dpt cenggini. Perut lapar pulak tgk living hall idaman. Nasi dinner td ada lg sikit dlm rice cooker. Nak buat telur dadar sat.

Telur dadar pun warna kuning! #tetiba #kayuhpelanpelan


Wednesday, August 19, 2015

Dah lama tak cerita pasal en.Ubi kan?

Kebetulan tgk drama cina malaysia kt tv. Kebetulan scene nya si boyfriend tgh berterus-terang kt si girlfriend, yg dia dh ada org lain. Dh kawin pun (baru kawin). Bila perempuan tu tanya selepas 6tahun bersama, knp sanggup diperlakukan mcmtu.,., lelaki tu bgtahu yg dia (this girl ni) terlalu bergantung pd dia (this guy). Sedangkan Jenny (the isteri yg baru dikahwini) pandai berdikari.

Rasa terpalit kat diri sendiri. Ehhhhhh bukan en.Ubi buat perangai. Nauzubillahiminzalik!!!!!
Intan payung, i love you to the moon and back and go back and go again! :p

Terpalit akan kisah cinta lama zaman blm kenal dgn en.Ubi pun. Gitu la lbh kurang. 6tahun konon menyulam cinta tuptup dia merisik & berkahwin perempuan dr negeri di bawah bayu. Cik Gayah mmg drama ayaq mata la time tu. Rasa kalau dongak ke atas tak nampak langit, tunduk ke bawah tak nampak tanah. Mmg begitu hakikat pedihnya putus cinta I tell u.

Lalu berdoa lah Cik Gayah tanpa jemu, merayu pd Allah moga didatangkan dlm hidup ni seorang suami yg blh menerima diri Cik Gayah & keluarga siapa adanya kami. Igt lg, butir2 doa setiap kali lps solat masa tu. Minta dijodohkan dgn lelaki yg elok rupa parasnya, yg cukup hartanya, yg jelas agamanya, dan yg akrab keluarganya.

Maha kuasa Allah, en.Ubi tepat sgt mcm yg Cik Gayah merengek minta pd Allah. Indahnya dunia sampai jantung berdebar2 tiap kali memandang wajah sang suami :p

Ku sangka indah siang dan malam, rupanya malam tak berapa nak indah. En.Ubi tidoq berdengkur gegak gempita hohoii! Stress juga tidur sebantal sekatil segebor dgn org yg berdengkur ni. Kadang tu rasa nk je tidur sorang2 kt bawah katil ke, kt hall ke kt dapur ke. Janji blh tidur lena. Tp saaangat igt pesan en.Ubi, apa jd sekalipun sepanjang kehidupan kami suami isteri, jgn tidur asing! Kalau dh bercucu pun nanti pehtu tergaduh ke, still tak boleh tidur asing.

Maka bertabahlah Cik Gayah umpama isteri solehah. Umpama je. Walhal tgh2 mlm kalau stress sgt dgr beliau berdengkur, selamba je saya pok pok pok pipi beliau. Kejutkan beliau supaya ubah posisi baring. Kadang kena beralih bantal sikit baru tak berdengkur. Dulu seminggu dua baru kawin punyalah saya loving, ggih bangun tgh2 mlm dan adjustkan position kepala dgn bantal en.Ubi supaya beliau tak berdengkur. Masuk 2bulan... hahh! Pok pok pok pipi je kejut soh beralih sendiri :p

Sampaila satu malam tu, saya mcm lena sangat2 pulak tidur. Then rasa pelik sbb x dgr sebarang dengkuran. Cepat2 buka mata raba2 cari suami sendiri. Eh ada je. Tp knp x berdengkur langsung? Susah pulak hati ni. Siap kejut en.Ubi tanya ok ke x. He was ok & continue his sleep. Cuma saya yg terkebil2 smpi ke pagi tak selera nk tidur sbb en.Ubi x berdengkur. Like seriously saya terus x boleh tidur that night.

And there were nights after that night yg mmg saya akn terjaga if x dgr his snoring. Rupanya en.Ubi menyelinap main dota kt hall. Same thing happen, saya x nyenyak tidur dh lps tu. Kena ada en.Ubi kt sebelah bru blh sambung tidur.

Mengada? No. Ni pengerat kasih sayang suami isteri namanya :) :) :)

Saya igt kn saya sorg yg alami situasi stress bertukar ketagih dengkuran suami sendiri ni. Rupanya ramai yg lain experienced the same :)




Saya lupa nk screenshot komen2 utk this post. Kalau baca komen2 akak-akak, makcik-makcik lain, majoriti semuanya pesan kt this wife supaya sabar dan sama-sama usaha bantu suami hilangkan masalah tidur berdengkur tu. Sebab dengkuran suami tu lah yg akan dirindu2 bila suami takde di sisi.

As for me now, yep saya rindu dgn dengkuran en.Ubi. Sweet tak saya? Wakakakkakak.


Tuesday, August 4, 2015

New

Did I tell you guys that I got the job? Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan. Punya lah sblm ni menjajau cari kerja baru yg dokek dongan rumah tup tup hah kau betul2 depan rumah terus nampak dinding office! Semoga duit titik peluh jln kaki gi blk kerja, Allah berkati. Semoga bila rmh dh dekat, senantiasa lah solat pd awal waktu. Jgn pulak dok kata heh rumah den dokek yo. Balik nanti pukul nam suku den asar la kek rumah den. Haaa.. meh sini Cik Gayah seret syaitonirrojim yg menghasut tu. Biasaaaaa dia!!

First few days kt office goyang2 inul la lagi kan.. Paling busy pun mengunyah tumpi ambik dr pantry. Sedap nya la hai tumpi tu. Krupkrap krupkrap ngunyah macam kn risau norr tumpi 2 balang tu habis. Lulz.

My routine obviously has been changed. Not to say rutin yg baru ni too good. Sbb bila rmh dekat dgn office, kita tend to snooze kn alarm 2.6bilion kali :p So esok kalau tak busy mengunyah tumpi, saya nk buat routine schedule. InshaaAllah cuba utk jd org yg berdisiplin tinggi balik (I used to be someone yg sgt berdisiplin. Perasaannya was like, wahh ringan nya hidup sbb semuanya teratur).

I have nothing much to write.. mata dh layu. Hujan lebat pulak tu. Moh le kita tidur. Assalamualaikum.