Monday, February 16, 2015

Oh my rumah gajah

Assalamualaikum!!

Omo.. dekat sebulan takde sesi meluah perasaan kat sini. Titew busy ya amat :( Now that my working hour is 8.30-8.30, mmg rumah yg 2 kangkang gajah tu pun saya kena pejam mata jek kalau agak2 nmpk dh ciri-ciri bersepah. Hall, dapur, bilik ayor saya usaha maintain kemas supaya first thing blk rmh xde la terseksa jiwa lara tgk rmh bersepah. Segala kerusi meja saya tolak rapat ke dinding biar ilusi optik buat hall nmpk lapang. Fizik sgt ada term ilusi optik bagai. Hahah.

Sila jgn pelik mcmmna duduk bertiga je pun (en.Ubi, kakcik my adik & me) rmh blh bersepah?

Saya rasa en.Ubi la culprit penyepah dlm rmh ni. Mati la tak dpt duit belanja gi kje dr beliau lepas ni sbb salahkn beliau rmh bersepah. Ekekekek. Eh tp betul... Kt hall tu saja dh segala mcm toys beliau tinggalkn. Laptop la, helmet la, segala mcm wire la, kadang2 deodorant beliau pun ada kt hall! Tu blm kira kusyen sofa penyek sbb beliau kalau main Dota kejap2 kang bila makhkuk Dota tu mati nnt beliau sandar ntah gaya apa kt sofa pastu penyek kusyen tu. Smpi 3hari kmudian kalau tak saya yg pok pok kusyen tu confirm sampai bln puasa nnt pun kusyen tu penyek jek.

Towel, sejadah, jeans, lg la ikut ringan tangan beliau nk hayun kt mana. Kadang2 sipi2 tempat sangkut, kadang2 sipi2 drawer tepi katil, kadang2 kt kusyen penyek td -_-"

But one thing for sure, bila dh kronik sgt, beliau pandai menyumbat membantu mengemas blk rmh 2 kangkang gajah ni. Kronik tu ialah bilamana saya start membebel. Biasanya aktiviti membebel ni saya praktikkan 2 minggu sekali ye puan-puan. Tak sanggup pejam mata lama2 biarkn rmh bersepah. Semalam masa sembang2 romantik vroom vroom atas motor en.Ubi cerita ada sorg abang ni turun ilmu kt dia. Konon org perempuan ni time bercinta baik lemah gemalai kemain bila bercakap suara pun antara dgr tak dgr jek. Tp lepas dh kawin mulut pokpek pokpek ada jek yg tak puas dihati dgn sang suami. Jd sang suami ada 2pilihan. Pertama, tenangkan diri sendiri. Kedua, tampor je sang isteri. Ewaaah bijak betul ilmu abang tu ye? Option pertama yg soh tenangkn diri saya setuju. Yg option kedua tu meh saya soh tok saya yg tampor abang, nak?

Tu la, ilmu rmh tgga ni kna bljr cara agama, bkn cara bangsa melayu cina india melanau bidayuh. Kalau ikut cara bangsa mmg fesyen tampor, flying kick, nintendo (nintendo?) dan sumpit semata-mata.

Sedangkan Umar Al-Khattab pun memey sokmo kena bobey nge bining dio mu tahu dop??? Umar rilex je I tell you. Dia admit dia salah ke tak ke, time wife dia membebel, dia diam, istighfar, sabar, tenangkn diri. Sebabnya purata masa ore tino ni bobey iolah 20-30minit jah abe oi. Kalau lepas minum redbull tu mungkin la lama la sikit durasi bebelan. Lps kami sang isteri dh puas hati meluah perasaan membebel, that's it. Habis dh. Back to normal. Titik. Esok nya atau lusa nya kami pulak yg akan flashback semula pengisian bebelan kami haritu. Dan kami realize tak semua pengisian bebelan kami tu tepat/patut/wajar/betul. Tp yg penting, kami puas hati dan bertambah sayang kpd sang suami yg pandai menenangkan diri sendiri :) Cuba kalau suami tu td tampor isteri tgh bobey td, silap2 sebulan hilang hari khamis tauuuuu~

So apa sumbangan kakcik dlm rmh gajah ni? Tiada. Hence, I'm literally packed & tiring than ever. Allah shj yg tahu apa yg badan saya rasa bilamana nk juggle between office duty - wife duty - tugas kakak sulung - tugas sbg anak - tugas abg menantu - tugas sbg online seller (yg ni siapa tahu, dendiam). Hanya Allah yg tahu sbb Allah yg kurniakan saya dgn tahap kesihatan dan kecergasan badan yg saya carrying skrg ni.

Sbnrnya bkn nk tulis pasal rmh gajah in the first place. Tp melalut panjang dah pulak. Hewhew. Doakn saya diberi kelapangan masa memenuhi antara kewajipan dan memuaskan hati org lain.

Last but not least, saya nk ajak awak yg baca post ni utk sedekahkan suratul fatihah utk arwah tok Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Ini my sincere ajakan, xde lgsung kaitan dgn politik. Saya tak pernah ngundi pun lg. Sayu je kan hati dr hri khamis lepas masa dgr berita arwah tok dh memulakan perjalanan bertemu Allah :'( Honestly, I was so sad yg saya pun x reti nk describe camana walhal hanya kenal tok melalui pembacaan je.. Al Fatihah :'(


Sunday, January 18, 2015

AJL 29

Rasanya semua orang pun mcm tgh layan AJL 29. Saya vote for Mojo, Dayang & Hafiz. Kena vote sesiap sbb jap lg nk kena fetch adik blk keja. Hoyes selain menjadi bibik masak, basuh pinggan, kemas rumah, membebel kat en.Ubi, ada tanggungjawab baru bertambah di bahu saya yg bersaiz 13.5cm ni ye puan-puan. Iaitu menghantar dan mengambil adik pi balik keja. Bahasa pasarnya jadi mbak supir. Adik saya hat no.4 dah stay with us kat KL ni ha. Selain sebab keje, sebab nk memudahkan urusan check up kt HKL. My not-so-little-sis suffers from talesmia. She inherits talesmia dari both my parents yg merupakan pembawa gen talesmia. Saya pun pembawa gen talesmia. En.Ubi, wallahu'alam taktahu sebab beliau tak pernah cek lagi. I pray hard en.Ubi bukan pembawa gen talesmia so that Baby I wont inherits sakit talesmia tu.

My sis is a nurse kat klinik swasta. Makanya rajinla kakyong dia ni berdoa siang malam biaq berjodohan dgn tuan dokter yg baik. Dulu kakyong ngidam nak jadi dokter tp payah benor nak dapat A subjek biologi. So doa dapat adik ipaq dokter pun rasanya dh boleh hilangkan ngidam tu. Ekekekek. Btw ada sorang dokter tu ya ampun hensem sangat. En.Ubi pun cakap dokter tu hensem. Confuse I~

Entry ni takdak specific pape. Cuma rasa nak membebel sbb en.Ubi tgh keje kang nak membebel kat beliau je tak capai tahap isteri mithali pulak.

Ni baru lps Najwa dgn Shila Amzah perform. Biasa2 je to me. They were awesome but the songs yg bg saya biasa2. Lagu yg saya rasa hebat ialah 3 lagu td tu. Roman Cinta, Di Pintu Syurga dan Matahari. Performers lagu2 tu pulak td mmg vavavah meremang bulu tengkuk. Lagu Sesal Separuh Nyawa pun best melampau tapi the way Alyah perform td below impressive level. Mungkin dia tgh susah hati kan. Poor her :(


Friday, January 16, 2015

Enjoying Me-Time

Baru lepas tengok Cinta Ilahi. Menggeletis sengsorang tgk cerita tu. (En.Ubi keje malam) Syok sgt tgk bila Hud usaha nak tackle heroin apedah nama lupa. Teringat zaman kegemilangan bila en.Ubi usaha nak tackle iolls. Uh takpelah kita tinggalkan kisah zaman kegemilangan tu sbb skrg bukan lagi zaman bila dgr lagu boleh feeling2 mcm berkait jek dgn kisah cinta diri ini. Hewhew. Skrg zaman kena perbanyakkan mendengar kuliah pasai rumahtangga, tanggungjawab suami isteri, pengurusan kewangan dan persiapan bersalin. Heh?

Taktahu merapu apa tp yg nak diceritakan sbnrnya ialah i am now really enjoying my me-time. Selalunya bila en.Ubi keje dan saya dok sorang kat rumah, tak dan dua jam sekali mesti ping beliau merengek sebab takde kawan nak kacau. Tapi mlm ni mcm lain sikit. Rasa mcm oh best pulak duk relax sendirian kat rmh. Lepas solat boleh doa nangis2, masak ikut tekak sendiri, ngadap tv dgn volume rendah (saya jns yg tgk tv x suka volume mcm kn rmh kita je ada tv) dan boleh berambut seperti kak limah yg femes itu.

Like i mentioned just now, lauk blh masak ikut tahap kemalasan tekak sendiri. Macam malam ni, rasa nk habiskan baki isi ayam sbb esok ada pasar tani jd nk beli lauk baru yg fresh. Nak buat nasi goreng, telur dah habis. So lauk paling malas mudah yg boleh dicampak-campak je teknik memasaknya ialah ayam masak kunyit. Bukan ayam goreng kunyit ye sebab mmg saya tak goreng dulu ayam tu. Potong kasar2 bawang kecik 2ulas, tumis, campak isi ayam yg dah didadu, letak serbuk kunyit sikit, garam sikit, potong satu rantai kacang panjang (satu rantai?), campak kacang panjang, tuang air sikit. Kacau kacau kacau sampai isi ayam dah masak dan kacang panjang dah rangup. Patahkan cili padi 2, campak. Tutup api, cedok masuk pinggan.

Taraaaa!!


Makan dgn nasi putih panas. Dah suapan kedua baru baca Allah humma bariklana sampai habis -_-"

*cedok nasi guna sudu ye puan-puan barulah terbukti kemalasan di tahap maksima. Oh dan jua selepas itu sudu itu digunakn pula utk mencedok lauk. Jd selepas mkn hanya perlu basuh satu sudu. Bijak kan puan-puan?*

Saya pun taktahu pasaipa me-time mlm ni mcm heaven sgt. Intan payung jgn risau ye. Guwe masih cintain luh :p Yang benar donggg~




One step forward by en.Ubi on his business. I pray that you will be blessed by Allah for everything that you pray and work on. Jangan lupa saya masa dah senang nanti ye :')