Sunday, March 5, 2023

Checklist Preparation Darjah 1

17 March ni Affan will be having his orientation for standard 1 guys!! We (read babah) end up registered him at SJKC. At first the school memang strategically perfect for our routine and life sbb sangat lah close to my office. But when I moved back to HQ late last year, terkebil2 mikirkan caner nnt nak adjust hantar/pick up Affan to/fro school. 

Times flies. It just less than 2weeks before the big-school starts! In short, kami takde pun minta tukar sekolah. Both babah and I agree utk kita tgk dulu caner keadaan nya nnt. Sbb kna consider juga how well Affan fits in chinese school. Memang for about 3years plus he'd been attending to chinese kindy but bila sekolah ni mungkin jadi lain sikit kan.. Tu yg kami - tengok nanti mcm mana.

Anywayyss.. Nak simpan sini cerita tentang preparation ke darjah 1. Esok2 Nouf pulak nak masuk darjah 1 boleh kita refer balik kat sini.

Basic checklist :

Kemeja putih lengan pendek - 3

Seluar panjang blue black - 3

Stokin - 5

Kasut hitam - 3

Bag sekolah - 1

Bekal makanan/botol air - 1/1

Name sticker label


Lahh pendek je checklist hahhhaha. Actually at this stage I rasa ni jelah yg essential. The rest mmg I tggu hari orientation. Like sampul buku. I memang have no idea how many to buy. Sbb tu tggu hari orientasi. Macam pensil, pensil case, pemadam semua tu guna yg sedia ada dari zaman kindy dia jelah.


2weeks to go and here are items yg dh settled. 

Kemeja putih lengan pendek - 1 (pending lagi 2 helai)

Seluar panjang blue black - 1 (pending lagi 2 helai)

Stokin - 0 (pending lagi 5 pasang)

Kasut hitam - 2 (pending lagi 1 pasang)

Bag sekolah - 0 (pending 1)

Bekal makanan/botol air - 1 (settled) /1 (settled)

Name sticker label - (pending)


The very first item yg I beli was kasut! haha and that was unintentionally. Masa tu tgh jln2 kt mall pastu ternampak Skechers, saja la belek2 kasut sekolah warna hitam. RM100+. Jalan lagi sikit pastu masuk Al-Ikhsan and berderetla pilihan kasut sekolah (hitam gak). 

Belek punya belek pastu ternampak satu ni very unbelievable harga dia. Was only RM8 per pair! Banyak kali belek kasut, tengok tag, belek kasut, tengok tag. Masih takpercaya it was only RM8 per pair daripada harga asal RM40+.

The brand was Diadora. I rasa ok la kot that brand. Check size Affan, ok nice ada. At first nak beli sepasang je. Then time nak bayar, sales girl tu kata - Kak, belilah 2 pasang terus. Sbb murah kan? and she ended with hahaha. I pun felt hahaha too mcm eh yelah why not kan? RM8 je kot? Dalam hati adela sikit rasa mcm eh ni ok ke amik dua2 size yg sama? Satgi in a month kaki Affan dah memanjang sikit ha how? Bazir je beli sampai 2 pasang.

But then I told myself. Kalaulah ditakdirkan dah buka sekolah and memang Affan dah tak fit to the shoes, takpelah, kita sedekah je kt boys lain. Kiranya kalau ada rezeki Affan pakai kasut tu, ade lah. Kalau kata kasut tu is actually rezeki budak lain, maka akan sampai lah kasut tu kpd 'tuannya' juga later.

Habis cerita kasut sekolah.

Next is baju sekolah.

I joined this fb group named Malaysia Primary School on facebook. Obviously loads of primary school topic being discussed there. Salah satunya pasal baju sekolah la. After join group tu baru lah I tahu, nowadays parents are looking for uniforms yg anti wrinkle. Sbb malas nak gosok (OBVIOUSLY - A N T I W R I N K L E). List of brands listed and antara yg paling top ialah ThomX. 

Couple days later I ordered at ThomX website (You are welcome). 

Measured bahu Affan for the baju and labuh dari pinggang ke kaki for his seluar. 



Cost me RM58.00 included shipping and first timer rebate points.

Since I'm planning to have 3 of this set and only bought 1 set, ingat nak try different brands for the other 2 sets. One I'm eyeing is Professor brand and the other one ntah tatau lagi.

Now cerita pasal beg sekolah pulak.

Beg sekolah pun eh panjangla list yg parents share dlm fb group tu. Tp of course semua yg recommended adalah yg memahai harganya haha. Mahal tu means dalam range RM150 ke atas - atas tu pulak boleh pergi sampai RM400-RM500 kauu. Gitu harga sebuah beg sekolah jaman ni. Kot cikgu suh buat karangan pastu ada tajuk pilihan saya sepasang kasut atau saya sebuah beg sekolah, pilihla tajuk saya sebuah beg sekolah, nak oi.. Dah spend memahal kan, jgn disandang aja beg tu, bior abadikan dlm buku sekolah terus. Untung-untung karangan tu dapat A+ hah boleh ibu lagak-lagak sikit amik gambo homework Affan share kat status whatsapp ke buat reels ig ke wakkakkakkakkak.

So ada satu hari I purposely suh babah bawa kitorang tgk Didi the movie kat Atria Mall sbb nak singgah this one schoolbag shop. The Tiger Family namanya. Ingatkan kedainya mcm rupa kedai bag sekolah la kan. Rupanya kedai tu dah mcm kedai Braun Buffel hokehh. Kemahen cara display school bags nya. Mau kan tidak kalau harga seketul dekat RM400 😆 I would say 99% yg ada inside the shop waktu tu are Chinese family and they were not window shopping yeh. They came and keluar dgn tangan berisi (buy out bag). Kalau anak satu, satu bag la di tangan. Kalau anak 2, 2 bags la di tangan makpak tu haha.

We? Of course keluar tangan kosong kekkekkekke. Belum ikhlas lagi nak spend sampai RM400 utk bag sekolah anak 😛 Other option yg I'm eyeing are American Tourister, Swan, and Kocotree. AT price range RM100+ ada kt sogo, Swan kalau bag biasa (bukan ergo) starts at RM50+ pun ada.. Swan ni outlet byk je rasanya. Kocotree pulak setakat ni yg I tau available online shj (shopee, lazada). Price range RM100+. Fact is, beg sekolah ni yg jadi mahal adalah sbb teknologi yg menjadikan beg tu ringan dan ergonomic utk budak2 sekolah memikulnya. Kalau takat nak sekadar ada beg sekolah, beli kat aeon hat RM20-RM40 pun banyak je corak yg fancy2. 

Tapikan, Smiggle was never in my wishing list. Kt mata I, corak-corak Smiggles ni idok ler menarik mana. Or maybe girls' design menarik but since I only check on boys' kan, so..

To conclude, beg sekolah I mcm tak kalut sgt. I rasa the best is hari orientasi nnt I nk tgk kelas Affan kt mana, ground floor ke upper floor ke, perlu ke beli trolley type atau sandang biasa, buku nya sebeban mana, ha kena tgk dulu la pendek cerita. Kalau baju and kasut yes mmg kena awal (like now - 2-3weeks before school starts just nice to buy) sbb size cepat sold out. Apetah lagi Affan ni kategori kecik budaknya. Risau his size cepat je habis.

Basically that's all preparation utk Affan masuk darjah 1 as of now.

I keep berdoa luas dan banyak rezeki Allah kurniakan for him utk we sediakan yg terbaik utk dia. Kita parents ni perantara je, Allah kurniakan rezeki utk anak benornya. Tapi, melalui kita - the parents.



Btw, ni my secret wish la haha. I kekonon berangan nak belikan Affan smart watch. Yg I boleh evesdrop segala aktiviti dia kt school mbahhahha. Yela risau la sbb he will be minority kt sekolah nanti. So nk la tahu ok ke kwn2 treat dia, cecikgu treat dia, makan ke idak bekal yg I bekalkan nanti.. ntahkan makan bekal sendiri ntahkan belasah makan bekal kwn chinese nya ha pitam mak.. Smart watch tu nnt dia boleh call I/babah bila perlu and I can always track where he is (especially after school period). Tp tu lah, harga smart watch nya 😛  




I bekenan R1s dgn D3s. D3s ni hat paling muroh sekali ya lalalalala.. R1s tu hmm gi check sendirilah harga dia LOL. 

#kehendak #bukankeperluan (eh tapi kalau atas dasar keselamatan anak, dia jadi keperluan kan? en? en? Kbai 😝)






Thursday, August 19, 2021

Cara keluarkan duit KWSP kerana pencen pilihan

Cik Gayah dah lengkap 2 dose Sinovac. Masa first dose 2weeks ago ok je, normal je kehidupan post-vaxx. Tapi kalini, mood swing gila hokeyy. Mungkin sbb kena cucuk time awal2 period so the vaccine affected my hormone so much. Yeke? Ntohhh..

Ni pun memula beria nak tulis itu ini banyak benda la konon nak cerita. Tapi udah 3-4 baris ni rasa apela yg aku buat ngadap blog pulak tetiba ni.

Oh ok lemme cerita la sikit sementara masih ada sisa-sisa mood ni. Cerita pasal keluarkan duit KWSP sebab dah dapat taraf berpencen. Cik Gayah rasa sharing ni berguna sebab prosedur pengeluaran kwsp dah ditambahaik dek kerana kan PKP/PPN.

As of August 2021, untuk pengeluaran KWSP bagi pencen pilihan caranya ialah :
2. Print, isi, dapatkan sign dan cop Ketua Pengarah
3. Buat appointment kat https://www.kwsp.gov.my/janjitemu

Kat KWSP tu nanti, petugas kaunter akan tanya nak kreditkan duit kat bank mana dan apa nombor akaunnya. So nak senang, korang sesiap lah print bank statement korg (just nak nampakkan nama bank, nama korang, nombor akaun - balance duit dlm bank tu ada berapa, petugas kaunter tu tak heran pon).

Pastu nnt korang kena cop ibu jari kanan dan kiri kat borang yang diberikan. Done, settled, ammak~ 
Boleh balik rumah tayah merayap-rayap time Covid ni (serious advice okayy).

Settle tu bukan lah bermakna vavavahh check dlm akaun bank terus dah ada 20juta duit kwsp korang no no no. Kena tunggu 21 hari baru duit kwsp tu credited dalam akaun bank korang.

Nanti kalau ada kerajinan, Cik Gayah share lagi cara-cara mengisi Lampiran A tu okay!

UPDATE
Takdan seminggu, duit kwsp Cik Gayah yg berjumlah namratuspatplohlapan jota tu dah masuk dalam bank Cik Gayah diknon! Vavavavahh Alhamdulillah!


Sunday, June 20, 2021

Nouf's Swab Test

Berdetak jantung di tengah hari Jumaat 28 Mei 2021 bila tiba-tiba kat group taska Nouf, principal maklumkan ada sorg transit student positive covid. His whole family members was positive covid. The mom and dad bergejala while the kid not. Bila dgr khabar tu, majority parent were not sure what to do. Terus ambil anak ke, terus bawa gi swab test ke, mcm2 persoalan diaju dlm group whatsapp masa tu. Even the principal taktahu nak kena report kat siapa dahulu. Hehe.. faham je.. yela sbb biasanya kita dgr kes org je kan, tetiba jd dekat taska anak sendiri. 

Honestly, antara yg bermain kat fikiran juga time tu was, "aduhai kena kuarantin lama ni.. keje office banyakkk mcm ni..!" 😵😵

 

Long story short, saya contact UMBI (UKM Medical Molecular Biology Institute) utk book slot swab test untuk Nouf seorang sahaja. Sebelum tu saya consult staff UMBI and share scenario kami sbb nak tahu perlu atau tak the whole family kami 4 beranak buat swab test. 

*Later kat bawah saya share scenario "taska-Nouf-our family" and how only Nouf yang kena buat swab test tu.



Ok saya elaborate sikit the scenario.

First thing you guys have to know is that, kat taska Nouf, bilik / play areas adalah di bahagi-bahagikan ikut peringkat umur. Nouf is under babyclass below 2yo while the transit student yg positive tu is 6yo. Eventhough they (Nouf and this transit kid) never had contact with each other, TAPI among teachers tu mestilah ada berhubungan after school-time kan. 

So in this scenario, pihak UMBI kata lightly Nouf akan 'kena'. But please do swab test just to be sure. Once we got Nouf's result, then only fikir perlu buat swab test utk babah, Affan & myself atau tak.


Result Nouf ALHAMDULILLAH negative so the rest of us 3 beranak tak buat swab test.

Tu jelah pengalaman pendek buat swab test untuk ahli keluarga terdekat. Kat bawah ni saya share beberapa info tentang UMBI just in case ada yg nak buat reference.

Untuk Nouf haritu kami buat RT-PCR : RM150. 

Slot Nouf pukul 10am- 11am. Pukul 7pm camtu dah dapat result melalui email.

If nak book slot, isi maklumat kat link ni : https://www.ukm.my/umbi/uwc-covid-19-screening/. Please make sure korang letak email address yang betul2 accessible so korang tak miss out the test result. 

Tempat menunggu, tempoh menunggu, parking areas, alhamdulillah selesa kat sini.

No. phone ada kat link booking tu juga but in case korang nak reach out person yang kami in touch with tu, here is his number +60 19-870 3380 (En.Razif).

Till then peeps, stay safe!