Sunday, January 29, 2017

Bila waktu yang sesuai untuk tambah anak?

Sambil2 update information kat SPA8i, sambil update blog. Multitask katenyerr. Dah tua2 ni tingin norr pulak nk keje kerajaan. Pakai baju batik, pakai nametag :)

Td en.Ubi bawa pusing2 sebab nak layankan Affan taknak tidur pulak dia dh pukul 9 malam. Selalu pukul 8 lebih dah lena. Sejak dah pandai itu ini skrg ni kemain ha asyikla dia menahan mata taknak tidur. Yg kita ni gigihla pokpokpok nyanyi lagu batu belah batu bertangkup ke lagu negaraku ke ehhhhh sibuk dia menjengah mengecek babahnya tgh buat apa. Eyyyy gerammmm. Pastu kang babahnya konon nk dtg membantu menidurkan la. Haghammmm. Didukungnya pulak anaknya ajet-ajet nak dodoikan sambil berdukung tu la. Sampai ke sudah budak tu tersengih-sengih tak jadi tidur. Ok tetiba tersedar yg saya memang dah bersifat mak-mak sgt sbb mulut non-stop membebel je. Baru anak sorang mulut dah camni. Esok anak sebelas tebal terus bibir I. Blergghhhhh~

Sebenanrnya nak cerita, td masa pusing2 tu, singgah la satu kwsn tempat mkn ni. En.Ubi bawa Affan gi order mknn, saya stay je dlm kereta sbb pakai seluar tidur warna purple, baju kelabu, tudung biru, selipar hijau. Color block sgttttt! So sementara tunggu en.Ubi ngan Affan tu, mata Cik Gayah ni harus la melilau, kan. Then saya ternampak abg ni, dia buka warung kerang bakar. Then kt tepi tu mcm ada 3-4 org budak2 kecik umur maybe 3-7 tahun. Saya agak tu anak2 abg tu la. Yg kecik sekali antara budak2 tu ialah budak lelaki. Dia ralit main atas motor yg di stand kan betul2 tepi warung kerang bakar tu. Terus saya terdetik dalam hati, kasih seorang bapa, mencari rezeki utk anak2. Mungkin pagi, abg tu ada pekerjaan lain. Mlm, dia berniaga, angkut sekali anak-anak bawa ke warung. Mungkin isteri kt rumah tak sihat? atau jaga anak yg lain? atau ada baby kecil? Jauh saya memikir.

Kalau tak kerana tgh pakai seluar baju tudung yg color block ni, mungkin Cik Gayah turun membeli kerang sambil beramah mesra dgn abg tu. Bkn beramah gelenyar, tp menjak dah jadi mak budak ni, saya concern terlebih bila tgk budak-budak or anak orang lain. Actually kan.. sepanjang saya perhati budak-budak tu, saya tgk yg budak kecik lelaki tu main sorg2 kat motor. Kejap dia naik motor tu, kejap dia turun. Mungkin dia dh biasa, dan ayah dia pun dh biasa tgk anak dia main motor. Tp saya kecut perut tengok!! Mcm2 terlintas kat fikiran saya. Caner la kalau tetiba motor tu tumbang? Kalau motor tu terhimpap atas budak kecik tu? Ekzos motor tu dah sejuk ke? Sebelah motor tu mcm ada longkang. Gelap, tak nampak sgt. Eeeeeeee honestly, mmg dupdapdupdap saya tengok td. Secara taklangsung ringan je mulut ni mendoakan Allah lindung budak tu. Eeeee ngeri ngeri. Saya tak boleh nk bayangkan badan halus kecik tu terjadi apa2. Na'uzubillahiminzalik..

Dah jadi mak bapak ni perasaan kita memang akan mcm ni ke ye? Cuak je tak memasal. Saya admit saya overprotective. Nak prepare bubur Affan ada kuali khas, ada sudu khas, ada air khas, ada bekas khas. Bukaan api gas pun ada sukatan khas ye tuan puan! Tu belum kira surah khas apa nak kena baca masa kacau bubur atas kuali, masa nak tuang bubur dlm bekas kang surah lain pulak. Lulz utk diri sendiri!! Dan sikap ni satu hari nanti akan bawa masalah pd saya sendiri. I know that. En.Ubi selalu cakap, saya ni la puak-puak mak yg meroyan bila anak kena duduk kat jalan tar masa perhimpunan sekolah nanti -_-"

Of course skrg ni saya menidakkan yg saya akan jadi begitu. Anyhow, sekarang ni pun, setiap apa yg saya buat utk Affan, kalau boleh saya nak en.Ubi perhati satu per satu sbb saya selalu fikir, kalau Allah ambil nyawa saya dulu, siapa lg yg dpt jaga Affan sebagaimana saya ibunya yg redha perut dibelah-belah demi melahirkan dia? Just to think of siapa nak tidurkan Affan kalau saya takde pun, dh boleh buat naluri keibuan saya ni haru-biru. Arrrrggghhhh stress nye jadi mak!

Kisah budak td tu sampai situ jelah. Lps dh en.Ubi dgn Affan dh masuk keta, kami pun pulang ke rumah :) Masa tgh menulis ni, saya teringat, ada satu post kt FB tentang budak ni gi sekolah tak bawa duit belanja ke or takde baju sukan sekolah saya tak ingat sangat. Bila cikgu dia selidik, rupanya murid ni mmg dari keluarga yg sgt susah. Budak ni ada 10 org adik-beradik. Masa baca tu, saya.. sceptical jadinya. Mak ayah pendapatan sekian-sekian, anak.. 10 orang? Allahu. Allahu. Allahu..... Jauh di sudut hati saya, saya mohon mohon mohon agar Allah tak mengizinkan saya menjadi ibu yg kejam. Saya tak kata mak budak tu kejam, tapi ini saya persiapkan ingatan utk diri saya sendiri. Kejam rasanya kalau saya tahu en.Ubi dan saya sendiri tak mampu nak menyediakan nafkah utk anak, tapi saya terus menerus melahirkan anak. Entahlah, benda ni sensitif saya tahu! Ada yg akan pantas kata bahawa anak itu rezeki! Anak itu kurniaan Allah, setiap anak ada rezeki masing-masing. Wallahi, saya akur dan akui semua tu benar. Tapi, pandanglah di satu sudut yg lain. Anak tu Allah amanahkan pd kita mak bapak utk bukan setakat melahirkan, tetapi memberi makan, tempat tinggal, pendidikan, mengisi rohani anak-anak sewajarnya, dan sejuta mcm perkara lagi! Dah kalau kita tahu kita tak mampu, mcm mana kita boleh serah bulat2 kata bahwa anak tu rezeki? Maksudnya kita nak harap menumpang rezeki Allah turunkan utk anak tu je ke? Kita ni mak bapak takyah usaha ke caner? Kot kalau dah usaha tapi belum mencukupi buat anak yg dah ada, nak tambah anak lagi pulak? Takyah cakap hal nk bg anak duit belanja sekolah la, cuba cakap hal ajar anak solat, mengaji. Kalau 5 anak yg dah ada kita mak bapak mampu ajar and didik anak tentang solat tentang quran, alhamdulillah, hebat mak bapak begitu. Tp kalau dah ada 5 org pun kita masih tak mampu nak ajarkan yg dua ini, yg ada anak perempuan punn kita tak mampu nak suruh pakai tudung, mcmmana kita boleh giat nak tambah anak lg? :( Allahu, Allahu. Subjective sgt perkara ni :( Tak semua point yg saya cakap ni betul. Ini sekadar perkongsian apa yg saya rasakan dari pengalaman terdekat :( Dan sekali lagi, saya tak kata that parents kejam. Mungkin dulu the parents memang mampu utk menyara 10 org anak and it just happen family dorg ditimpa musibah/ujian Allah sampai tak mampu menyediakan yg sewajarnya utk anak dia. Wallahu'alam.

Apapun, kuasa Allah dan perancangan Allah jua sebaik-baik ketentuan.

En.Ubi and I memang ada sembang-sembang on when and berapa org anak kami mahu. Part berapa org tu, en.Ubi suka ramai. Maybe sbb family beliau memang jenis berderet-deret. Plus alasannya nanti dh tua, anak-anak can take care of us. Saya pulak honestly tak fikir sgt on how many, tapi lebih fikirkan on when are we ready for the next. Personally, saya mohon pada Allah agar setiap anak-anak saya mendapat fokus dari saya semaksima boleh waktu dorg kecil. Maksima tu setahun ke, dua tahun ke, tiga tahun ke, Allah sahaja yg maha mengetahui.





p/s :
my own calculation : 2 1/2 years breastfeeding + 1 year boobies rest = 3 1/2 years gap until I share my boobies with next baby! :P












No comments:

Post a Comment