Kenapa lama takde update? Malas. Jujur sangat ni, memang malas berkodi-kodi nak menulis walaupun kdg2, tgh basuh pinggan ke, tgh gosok gigi ke, tgh tukar pampers Affan ke, ada je terfikir cerita apa nak share dlm blog. Baca blog orang seronok, blog sendiri krik krik. Ni pun mcm main taip je, takde nafsu nak tulis bersungguh-sungguh. Why oh why.....
Actually nk share pasal deko-deko rumah yg lama tertunggak sbb mmg takde buat apa pun kt rumah tu. Plan nak pasang vinyl dulu tu pun terbantut sbb tengok2, lantai simen rumah tu tak rata. Kalau nk pasang vinyl juga, kena buat levelling dulu. Kos tambahan tetiba. Haih. So kita pakai jelah tikar getah foam yg bercorak vinyl. Jaaadilah. Pejam mata jelah buat-buat hepi walaupun dalam jiwa hentak-hentak kaki nak kan vinyl.
Recently rumah tu ada a few progress on deko-deko. Alhamdulillah rezeki Allah. Takdela tetiba dekorasi rumah kebabom cantik persis istana, tp syukur syukur syukur. Ada je Allah bantu luaskan rezeki utk menyelesakan kami 3 beranak dalam rumah tu. Semalam, solat tengah malam, en.Ubi ngan Affan tidur. Syahdu je rasa. Nangis2 masa doa. Sebab timbul rasa insaf, hati dan mulut ni selalu nak mengomen je itu tak kena ini tak kena. Walhal, banyak je Allah kurniakan rezeki.
Sambil2 zikir lps habis solat tu, tgk lantai, cantik ha en.Ubi dah pasangkan tikar getah penuh tutup lantai dari hall ke ruang makan. Sebelum ni bersimen, karpet secoet je kt bhgian hall.
Alhamdulillah.
Then tengok pulak dalam plastik pergi Kenanga Wholesale kelmarin, ada wallpaper. Sekarang ni dinding plain putih je tu pun cat murah mcm cat kapur tu. InshaaAllah weekend ni en.Ubi dapat pasangkan wallpaper tu.
Alhamdulillah.
Terpandang kt sinki dapur, nampak rak pinggan baru beli kat Ikea jenis besi tahan karat tu. Sebelum ni pakai rak plastik je, mudah berlumut.
Alhamdulillah.
Toleh tingkap ruang tamu, railing dengan langsir jenis pakai eyelet dah tergantung cantik. Sebelum ni togel je tingkap sbb beli kain langsir tp forever tak bertempah.
Alhamdulillah.
Lastly, dengar dua beranak tu berdengkur. Nyenyak la tu dua2 tidur. Yg ni yg paling saya syahdu. Saya tahu mereka berdua hanya pinjaman Allah utk saya. Diorang milik mutlak Allah. Allah sahaja tempat pengharapan saya untuk lindungi diorang berdua. Tak sanggup nak bayangkan hidup tanpa diorang berdua. Affan kerap juga kena bebel dgn saya skrg ni, siap kena denda diri ngadap dinding sbb sikit-sikit campak barang. Hai lah anak... Kenapa mengapa suka nau campak barang skrg ni? Bila ibu denda suh diri ngadap dinding, elok pulak tu menurut perintah. Nangis tetap nangis, tp elok je berdiri ngadap dinding. Hahahhhah. Good boy.
Ngan en.Ubi pun saya mudah sentap recently. Nk kata ngandung, tak. Nk kata pms, tak jugak. Mungkin fasa 4 tahun perkahwinan mmg gini. Hahahahhah. Kadang2 saya tgk, en.Ubi hilang sabar gak dgn saya. Kalau beliau hilang sabar, mmg beliau bolayan kan saya. Hah masa tu la biasanya saya akan menyesali kesentapan diri sendiri. Kekekkeke.
Point is, I have to remind myself utk selalu tgk pd rezeki yg Allah kurniakan. Jgn asyik tgk pd yg kurang/belum ada. This may sounds very simple and light. But to think of it, mudah sgt saya terleka with all kurniaan and rezeki yg Allah dah limpahkan.
Semoga hari-hari akhir Ramadhan ni saya lalui dgn penuh hikmah. Aminn...
No comments:
Post a Comment