Thursday, July 10, 2014

The Turning Point - Part 4

Mama saya susah hati agaknya tgk saya bermenung pasal isu shishi tu. Jd dia cuba turutkan kemahuan saya utk remove that tube. But there's a catch! Saya kena pakai pampers -_-" At first saya taknak pakai lah kan. Kalau doktor diagnos saya setakat ABE je takkan lah sampai nk berpampers bagai. ABE ni xdela serious mana.. Doktor ckp suppose dlm 3-5hari dh ok dh. That's why saya rasa mcm over je kalau sampai kena berpampers. No no no yes. Yes juga akhirnya sbb saya period. Alang2 nk kena pakai pad, baik pakai pampers terus. Lg pulak, nk memudahkan mama saya menguruskan hal-hal peribadi saya. Since then, saya tanam niat dkm hati yg walau sesakit mana pun, saya perlu menjadi pesakit yg tak membebankan orang lain. Saya mahu people yg tolong jaga saya, rasa mudah je nk jaga saya.

Ingat best ke pakai pampers? Meh saya wakilkan baby-baby kt luar sana, anak-anak kome yg tak pandai berckp lg tu bahawasanya pakai pampers adalah tak syiok okayyy. Panas, tak selesa. Rasa mcm pakai seluar dalam plastik berlapis2. Brand apa pampers tu saya tak igt tp cik gayah pakai pampers size m. Haha siap bgtahu saiz :p

Start pakai pampers, saya dh blh byk buka mata. I mean less sleep. Alhamdulillah deria rasa utk shishi masih ada. Mungkin betul ckp mama, bila kita pakai tube tu, mmg kita tend to hilang deria rasa nk tershishi. During these days, bila terasa nk shishi saya akan bgtahu mama sbb nk mnta tlg mama bawa ke washroom. Mula2 tu mama suruh shishi je dlm pampers tu. Aiyo tak sanggup iolls. Pelik rasanya memandang ke luar jendela dgn nurse kejap keluar masuk amik temperature kt ketiak I tetiba I rilex je shishi sambil duduk bersila atas katil -_-" No no no no. This time around, no yes at all. Actually mama suruh saya shishi dlm pampers bkn sbb mama malas or tak larat bawa sya pi washroom. Tp sbb hakikat saya kalau duduk bersila takat 5minit je pun dah sakit kepala nk rebah. Ini kan nk berjalan ke washroom. Mahu tumbang. Indeed, saya blh tumbang kalau pi sendiri. Saya nk turun katil sendiri pun tak blh. Berdiri saja2 pun tak blh. Semua kena ada bantuan org. Utk pegang, utk pimpin. We thought sbb saya sakit kepala sgt sbb tu x blh berdiri berjalan semua.

Bila berjalan ke washroom (yg jaraknya tak sampai 30saat pun -_-"), saya bkn hanya berpimpin mama, malah saya kaut tubuh mama. Tp tdklah sampai kaki berseret. Kaki masih blh langkah kecil2, setapak demi setapak. Tgn kiri paut mama, tgn kana dok sorong tiang antena ke apa nama tak tahu. Ala, yg gantung drip bags tu.

Mama akn masuk sekali dlm washroom. Saya shishi (buka pampers yayy! Bernafas sikit montot I. Haha), mama tggu. Mama hulur dan bukakan pili, saya bilas sendiri. Alhamdulillah masih boleh buat part tu sendiri. Malu bila mama buka kan pampers sbb saya period, remember? But my mom, being a mom of course.."Takpe..kakyong kan anak mama. Mama yg mengandungkan, mama yg melahirkan"

Sedih. Rasa nk menangis dgr mama ckp mcmtu. Tp jgn! Jaaaaaangan menangis dpn sesiapa pun! Itu saya paling janji dgn myself. Saya taknak org kasihan kn saya bila tgk saya menangis. Saya taknak org susah hati bila tgk saya menangis. Dan paling penting, saya taknak mama saya menangis bila saya menangis. I just know my mom. Saya putus cinta pun dia sama naik teriak, ini kan kalau saya menangis sbb sakit. So I hold the tears inside.

8 Oktober 2013
En.Ubi dtg dgn paklang, maklang, ayah, abg (my adik yg study kt Machang tu). Ceria je semua org. Dorg pi turun makan kt cafe bawah tinggalkan saya sorang2 kt bilik pun xde hal sbb saya mcm dh getting better as compared to the very first day I've been admitted - langsung taknak buka mata. Skrg dh blh bersembang sikit2 dgn org yg mai melawat but selera makan masih takdak. Bau mknn masih mendorong saya wek wek.

Saya prefer biskut cicah teh o pns selama bbrapa hari kt hospital. There was 1 particular day, teh o pns xde jd mama tuangkn air pns dr thermos. Sambil tu mama ralit bersembang dgn ayah & maklang. Tgn kanan saya pegang biskut. Tgn kiri saya pegang cawan. Berat juga cawan ni, mungkin sbb mama tuang air penuh kot - I told myself quietly. Saya bawa cawan ke mulut nk minum. Tp cawan pergi ke hidung saya. 3-4kali saya cuba betul2 sua kan cawan dr hidung ke mulut sampai terpercik2 air kena muka. Dahla air panas, mujur tak melecur. "Kakyong! Minumla betul2. Tumpah dah tu" Mama sound sekali lalu. Saya ketawa. Rasa geli hati. Igtkan takde saiapa perasan moment tu. Tak pasal2 kena marah :p


2 comments:

  1. Lagi...lagi... nk tau ape yg terjadi kt badan irma. Kenapa jd mcm tuh? *
    **mcm citer 'kerana terpaksa aku relakan plak**... menanti the ending episod. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kelakar lah kikin ni. InshaaAllah akan ada sambungan smpi kin pueh hati. Haha

      Delete