Friday, July 11, 2014

The Turning Point - Part 5

Mengenangkan semua org nk beraya haji, (lgipun my big family mmg dh ada some event planned for ths raya haji) so saya pun gagahkan diri buat2 dh sihat. Sakit kepala masih ada dan makin teruk tp bila doktor tanya, syaya ckp dh kurang. I even berlakon blh duduk dr baring sendiri tnpa bantuan sesiapa. Pura2 blh duduk lama walhal tak sampai 2-3minit saya rasa nk rebah dah. Rasa nk baring cepat2 supaya kepala beralas. Wek wek pun saya tahan setahan tahannya. Ada masa dh nk terkeluar dh wek wek tu tp saya lawan balik smpi boleh rasa process ayaq liuq nk merembes keluar dr dinding pipi. Tu diaa bahasa sains tinggi dh keluaq. Kalau hangpa nk tahu, bila kita tahan wek wek maknanya kita cuba reverse proses wek wek, whereby kita paksa tutup rongga tekak. Masa ni liang2 ayaq liuq akan terbuka so ayaq liuq akan menderus dirembes dr pipi. Kot2 kome nk ter-wek wek nnt, acer terai.

Dgn segala lakonan, doktor pun agree discharge saya. Doktor pun muda baru masuk practical so senang nk mnta keluar. In total, 6 hari saya warded kt hospital putrajaya plus been given mc sampai weekend slps raya haji. By time di discharge, saya ber-wheel chair. Masih x boleh berjala/berdiri. Shoot to kuala selangor rumah baru mak uda. Kebetulan wheel chair arwah maktok ada, so kt rumah kuala pun saya guna & bergantung to it.

Wek wek.
Sakit kepala.
Tak boleh berdiri/berjalan.
I thought that's about it but no. They (mama ayah mak-mak sedara) discovered 'new thing' on me - my eye balls tak bergerak at all! Mama guna term buta celik. Saya nampak, saya boleh melihat semua benda, cumanya biji mata saya tak bergerak mcm kita biasa melihat laa ni. Orang yg melihat saya waktu tu akan igt saya tgh termenung 24jam. Padahal saya sendiri yg taknak gerakkan sbb walau sikiiiiit pergerakkan, kepala saya akan rasa mcm nk meletup sakitnya. Jd kalau nk tgk ke kiri kanan atas bawah, saya kena toleh dgn seluruh kepala. So biji mata statik je. Mcm mama ckp, buta celik.

Nk dijadikan cerita, apek yg buat rumah mak uda tu baru nk pasang aircond. Nk kejarkan siap pasang sblm raya haji. Saya ni dahla 23jam sakit kepala melampau, dgr pulak bunyi tokpek tu drill dinding. Mcm nk pecah tengkorak kepala rasanya. Byk betul saya istighfar masa ni sbb nk lembutkan hati dr perasaan bengang kt apek tu. Haha. And not to my surprise, satu petang masa mama nk mandikan saya, mama tanya if saya sakit kepala lagi ke, makin sakit ke mcmana. Bila saya tanya knp, this is what she said, "Mama takut tengok dahi anak mama td. Urat dah timbul2. Sakit kepala sgt ye..?"

Mengaku jugalah yg sbnrnya saya rasa makin sakit. Tp never ever buat muka sakit dpn mama. Buat muka toyer je. Buat mcm alah nnt ok la ni. Raya haji, saya terbaring je jg. Ramai yg dtg ziarah & was really terkejut dgn my condition. Sbb tiba2 je kan. Rata2 buat muka sakit apa ni sbnrnya? Dh keluar hospital kot makin teruk, bkn makin baik? Hm. Tp mnta maaf kt semua yg ziarah, sorg pun saya tak mampu layan. Saya jd tak mampu nk hiraukan sekeliling melainkan figure out ya Allah mcmana nk kurangkan sakit kepala ni ya Allah.. Sakit ya Allah, sakit yg teramat. Hp pun saya bolayan masa tu.

Satu je ziarah yg saya paksa myself utk bgn, utk pakai baju kurung (sbb raya kan..), utk berbedak, berlipstik nipis, utk tak nmpk pucat, utk nmpk sihat (padahal dok telepot atas wheel chair juga -_-"). It was ziarah dr family en.Ubi. En.Ubi if I can remember correctly, pun terkejut dgn keadaan saya yg obviously makin merosot kesihatan, bkn makin sihat. Ibu ayah abg adik en.Ubi jgn ckplah depa punya terkejut. Semua pelik knp tiba2 saya turn 360darjah dr dulu fizikal sblm ni yg dorg jmpa to as what they can see now. Camera 360darjah ke Ema?? My bakal makmen call me Ema. Kdg2 Emah. Ikut dan beliau. Eh tipu je soalan td tu. Dia tak tanya cmtu. Dia cuma promote supplements dia kt saya. Haha. Matila ngumpat bakal makmen bulan-bulan posa ni :p

Sempat jg dorg bincang ttg our majlis which obviously kena tunda tggu smpi saya sihat. Sebaknya hati masa tgk en.Ubi nk balik, saya kongsi dgn Allah je. Ntah knp saya fikir slps ni, en.Ubi takkan dtg2 lg ziarah saya, en.Ubi takkan mahu jumpa saya lg. Rasa nk bgn dr wheel chair and berlari pd en.Ubi minta dia berjanji utk sentiasa igt saya...


1 comment: